Paling Jimat Masa Ibu Bekerjaya Idea Pack Bahan Masak Ikut Menu Ni Wajib Buat
Bagi ibu bekerjaya, menyiapkan kelengkapan awal untuk memasak lebih membantu melancarkan kerja-kerja harian. Balik ke rumah penat, bahan memasak yang disiapkan lebih awal pastinya sangat membantu.
Bagi wanita ini, Nadia Rusllan, dia selesa untuk menyiapkan lebih awal setiap menu masakannya setiap hari bagi membantu melancarkan waktunya ketika balik bekerja.
Justeru, timbul idea untuk dia menyediakan bahan-bahan masakan lebih awal dan mengasingkannya di dalam bekas siap-siap mengikut jenis menu yang diinginkan.
“Saya bekerja di sebuah syarikat kontraktor enam hari seminggu iaitu Isnin sehingga Sabtu. Apabila balik kerja dah penat, lepas tu nak memasak lagi.
“Waktu tahun pertama kahwin, saya hanya potong siap-siap seperti bawang, sayur, bahan basah. Tapi kemudian pening pula nak masak menu apa.
“Jadi datang idea untuk siapkan bahan masakan secara set. Saya potong dan sediakan bahan masakan mengikut set menu dalam bekas yang sudah dilabel contohnya set tomyam, set daging goreng kunyit dan sebagainya.
“Balik kerja, saya tinggal keluarkan saja dan masak. Bahan basah tak ambil masa lama nak defrost (nyah beku) sebab dah diasingkan dalam portion kecil,” ujarnya berkongsi.
Baginya, menyediakan lebih awal lebih menjimatkan masa malah perbelanjaan bulanan juga dapat dikurangkan dengan cara begini.
Menurutnya lagi, dia akan menyediakan set bahan masakan untuk tempoh seminggu sehingga dua minggu malah menyediakan kira-kira 10 hingga 15 jenis menu termasuklah siakap stim, singgang daging, daging goreng kunyit, sup ayam dan sebagainya.
“Biasanya selepas balik kerja pada Sabtu, saya akan beli barang. Pagi esoknya saya akan mula memotong dan mengasingkan bahan-bahan ikut menu. Nampak macam banyak, tapi biasanya dua jam saja saya buat.
Videonya yang dikongsikan ibu ini di TikTok meraih sehingga melebihi 260,000 jumlah tontonan. Memang inspirasi!
View this post on Instagram
A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kredit: Mstar Online
The post Paling Jimat Masa Ibu Bekerjaya, Idea Pack Bahan Masak Ikut Menu Ni Wajib Buat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/paling-jimat-masa-ibu-bekerjaya-idea-pack-bahan-masak-ikut-menu-ni-wajib-buat/