Idea Masak 3 Menu Seafood 10 Minit Je


Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang  gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba,  ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye… asalkan bahan utama diperap awal.

UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih1 sudu teh garam1 sudu teh minyak bijan½ sudu teh serbuk lada sulahHirisan:
4 ulas bawang putih | cincang1 biji bawang besar | cincang3cm halia muda | hiris halus memanjangLain-lain:
4 biji telur1/2 sudu teh serbuk lada putih50gm daun bawang | potong 3cm1 sudu makan susu segarGaram secukup rasa2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga  udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang  satu minit.Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.Kacau rata dan tutup api.Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm1 sudu makan putih telur | pukul perlahan1/4sudu teh serbuk lada sulah2 sudu makan tepung jagungBahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap3 sudu makan air1 sudu makan tepung jagung1 sudu teh gulaSedikit garam jika perluBahan-bahan lain:4 ulas bawang putih | cincang kasar4 pokok daun bawang | potong 2-3cm5 tangkai cili kering | potong 2cm1/2 sudu teh perasa ikan bilisCARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.Tutup api, dan gaul rata.Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG  MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus1 biji bawang besar | dadu kecil3cm halia muda | hiris halus memanjang3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkaiBahan-bahan lain:2 biji cili hijau | hiris bulat1 pokok daun ketumbar | hiris halus1/2 sudu teh serbuk lada hitam1/2 sudu makan serbuk kunyit1 sudu teh rempah masala1 biji tomato | potong dadu2 sudu makan air asam jawaGaram dan gula secukup rasa.2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/idea-masak-3-menu-seafood-10-minit-je.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Dinner Telur Masak Kari

Menu Dinner Telur Masak Kari

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 475 hits
Menu Dinner Telur Masak Kari Macam dah boring ayam dan ikan Sesekali kita bertelur pulak Rasanya macam dah lama The post appeared first on
Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah Dan Sayur Campur

Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah Dan Sayur Campur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1183 hits
hai assalammualaikumMasak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah dan Sayur Campur Seronok bila masing masing berkumpul dekat rumah mak Bila semua ada part masak memasak sorang ambil satu menu hahaa Tu yang na...
4 Menu Daging Korban Yang Campak Campak Siap Masak Sedap Sungguh Wei

4 Menu Daging Korban Yang Campak Campak Siap Masak Sedap Sungguh Wei

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 692 hits
Esok dah Aidil Adha ada yang berkira kira nak masak ada dengan daging korban Kalau tengah mencari menu yang ringkas sedap dan cepat dimasak ini RASA kongsikan empat resipi bercita rasa Malaysia yang gerenti tak perlu tunggu dapur lama punya...
Idea Menu Potluck Sedap Sempena Cuti Hari Merdeka

Idea Menu Potluck Sedap Sempena Cuti Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 761 hits
Bercadang nak buat makan makan dan tercari cari menu potluck sempena cuti hari kemerdekaan hujung minggu nanti Ini antara menu menu potluck yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengahari Semuanya sangat sedap mudah dan me...
Pho Street Hidangan Asli Vietnam Melancarkan Menu Istimewa Hari Kemerdekaan

Pho Street Hidangan Asli Vietnam Melancarkan Menu Istimewa Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 1316 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Jauh berbenar Maha nak bawa korang makan kali ini ke negara IndoChina mana lagi Vietnamlah Restoran Pho Street iaitu jenama restoran yang terkenal ...
Sarapan Percuma Menu Enak Untuk Anak Sekolah Rendah Mula Januari Depan

Sarapan Percuma Menu Enak Untuk Anak Sekolah Rendah Mula Januari Depan

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 223 hits
Bermula Januari 2020 kerajaan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara Mengumumkan berita itu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan pelajar pelaja...
Urban Kitchen Adds Signature Dish By Uk Masterchef Champion Ping Coombes To Their La Carte Menu

Urban Kitchen Adds Signature Dish By Uk Masterchef Champion Ping Coombes To Their La Carte Menu

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 229 hits
A home cook who rose to stardom in the world of cooking after winning the coveted MasterChef trophy back in 2014 Ping Coombes with her family in tow were in Sabah for a week earlier this month Coombes was hosted by Hilton Kota Kinabalu duri...
7 Sebab Buah Avocado Sangat Sesuai Untuk Menu Diet

7 Sebab Buah Avocado Sangat Sesuai Untuk Menu Diet

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 731 hits
Buah avocado sangat popular dalam setiap menu diet yang dijadikan salad Pernah terperasan tak Untuk menu diet di Malaysia Fiza rasa agak jarang menggunakan buah avocado dalam menu diet seharian sebab faham faham ajelah harga buah avocado di...
3 Menu Masakan India Vasantha Sungguh Sedap Memukau Selera

3 Menu Masakan India Vasantha Sungguh Sedap Memukau Selera

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 443 hits
Rempah ratus bagaikan satu elemen penting dalam masakan India Kerana itulah Puan Vasantha sanggup membuat sendiri campuran rempah ratus dalam setiap masakan yang dimasak Kata beliau hasil air tangan adalah kepuasan dalam menyediakan masakan...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage