Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk


Portal rasmi DELIMa 2.0 boleh diakses di https://d2.delima.edu.my dan merupakan platform pembelajaran digital yang disediakan oleh KPM untuk guru, murid, dan ibu bapa.
Sistem ini direka untuk membantu guru dalam menguruskan pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
BACA JUGA: Login DELIMa, Ciri Terkini & Tebus Baucar Buku 2025
Apa itu ID Delima 2.0? ID Delima 2.0 ialah singkatan daripada Digital Educational Learning Initiative Malaysia versi 2.0. 
Ia merupakan sebuah platform pembelajaran digital yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. 
Dengan ID Delima 2.0, guru dan pelajar mempunyai akses kepada pelbagai alat serta sumber pendidikan digital yang menyokong pembelajaran interaktif, bersemuka, dalam talian dan hibrid.
Platform ini mengintegrasikan aplikasi pembelajaran utama seperti Google Classroom, Microsoft 365, Canva, dan banyak lagi dalam satu pelantar. 
Halaman Utama ID Delima 2.0 ID Delima 2.0 menyediakan bahan pembelajaran digital seperti buku teks, modul interaktif, kuiz, video pendidikan dan ruang komunikasi antara guru dan pelajar. Selain itu, ia juga membantu guru memantau prestasi pelajar dan mengurus aktiviti pengajaran dengan lebih efisien.
Ciri utama ID Delima 2.0 ialah antara muka yang mesra pengguna, fleksibiliti pembelajaran dan akses yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dari mana-mana peranti yang mempunyai capaian internet. 
ID Delima 2.0 juga adalah percuma untuk semua pelajar dan guru di bawah KPM serta menyokong inisiatif pendidikan digital Malaysia agar lebih moden dan inklusif.
Matlamat & Kepentingan Dalam Pendidikan DELIMa 2.0 bertujuan menyokong pembelajaran digital yang inklusif dan boleh diakses oleh murid dan guru dari mana-mana lokasi. 
Ia membantu meningkatkan kualiti pendidikan dengan menyediakan sumber dan alat terkini yang selari dengan silibus KPM serta menyokong pembelajaran kendiri dan berkolaborasi secara berkesan.
Fungsi DELIMa KPM Mengintegrasi aplikasi pembelajaran utama dan alat pihak ketiga dalam satu platform Menyediakan bahan pembelajaran digital seperti buku teks, modul interaktif, kuiz dan tutorial Membolehkan PdP secara bersemuka, dalam talian (PdPR) dan hibrid Menyokong analitik prestasi murid untuk guru memantau kemajuan Menyediakan ruang komunikasi antara guru, murid dan ibu bapa. Jom Kenali DELIMa Sumber Pendidikan dalam DELIMa 2.0 Terdapat pelbagai jenis bahan dan aplikasi digital yang membantu guru dan pelajar dalam proses pembelajaran yang ada dalam sistem DELIMa 2.0 ini, antaranya:
Buku Teks Digital yang memudahkan akses bahan rujukan dan pembelajaran secara atas talian. Bahan Interaktif seperti modul digital, kuiz elektronik (e-kuiz), dan tutorial yang menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Aplikasi Pendidikan Utama seperti Google Classroom, Microsoft 365, Apple Education, Canva, Padlet, dan Tinkercad yang digunakan untuk penciptaan bahan pengajaran serta kolaborasi dalam talian. Pusat Sumber dan Sumber Rujukan PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) yang menyediakan bahan ilmiah, modul pengajaran, latihan, dan panduan. Aktiviti Guru dan Peraduan/Pertandingan yang menggalakkan kreativiti dan penglibatan murid dalam bidang digital seperti pertandingan animasi dan Minecraft Education. Program Pensijilan dan Pembangunan Profesional Guru untuk meningkatkan kemahiran digital guru dalam penggunaan platform DELIMa. Ruang Ilmu sebagai platform kolaborasi dan perkongsian idea serta bahan pendidikan antara guru. Tonton EduwebTV dan sumber video pendidikan lain yang berkualiti untuk pelbagai subjek. AI Tools yang menyokong pembelajaran dipersonalisasi dan membantu meningkatkan kecekapan belajar pelajar. BACA JUGA: DELIMa 2.0 KPM (d2.delima.edu.my) – Cara Daftar & Login 2025
Ciri Utama DELIMa 2.0 Ciri Utama DELIMa 2.0 Antara muka (User Experience) yang mesra pengguna dan mudah digunakan oleh guru dan pelajar, dengan paparan baru yang responsif dan boleh diakses dari pelbagai peranti seperti komputer, tablet, dan telefon pintar. Pembelajaran peribadi (personalised learning) menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analitik data untuk membantu murid belajar mengikut tahap kemampuan masing-masing. Integrasi pelbagai aplikasi pendidikan utama seperti Google Classroom, Microsoft 365, Apple Education, Canva, Padlet, dan Tinkercad dalam satu platform tunggal. Penyediaan bilik darjah maya, kemudahan penyerahan tugasan secara dalam talian, kuiz interaktif, forum perbincangan, serta aktiviti pembelajaran kolaboratif. Analitik prestasi pelajar yang membolehkan guru memantau kemajuan pembelajaran dengan mudah dan mengambil tindakan sewajarnya. Fungsi menyusun dan sesuaikan papan pemuka (dashboard) mengikut keperluan pengguna untuk akses yang lebih efisien. Sokongan pembangunan profesional guru melalui kursus dalam talian, webinar dan komuniti guru. Ruang komunikasi dan kolaborasi aktif antara guru, murid dan ibu bapa. Penyepaduan dengan sistem KPM lain seperti APDM, e-Operasi dan SPLKPM untuk memudahkan pengurusan sekolah. Tersedia bantuan tutorial dan sokongan teknikal 24/7 untuk menyelesaikan masalah pengguna. Platform menyokong pelbagai aktiviti digital seperti pertandingan Minecraft Education dan animasi serta penggunaan teknologi AR/VR dalam pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan Menggunakan DELIMa 2.0 Kelebihan Menggunakan DELIMa 2.0 Kelebihan menggunakan DELIMa 2.0 adalah seperti berikut:
Akses Mudah dan Fleksibel: DELIMa 2.0 boleh diakses pada bila-bila masa dan dari mana-mana peranti yang bersambung ke internet, membolehkan pembelajaran berlaku tanpa had tempat dan masa. Pelbagai Sumber Pendidikan Digital: Platform ini menyediakan buku teks digital, modul interaktif, e-kuiz, video pendidikan, dan pelbagai aplikasi utama seperti Google Classroom, Microsoft 365, Canva, dan lain-lain yang menyokong pengajaran dan pembelajaran secara interaktif. Mesra Pengguna dan Integrasi Canggih: Dengan antara muka yang responsif dan mesra pengguna, DELIMa 2.0 mengintegrasikan pelbagai aplikasi pendidikan dalam satu platform yang mudah digunakan oleh guru dan murid. Sokongan Pembelajaran Peribadi: Menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analitik data, DELIMa 2.0 membantu mengadaptasi pembelajaran mengikut tahap dan keperluan pelajar, menjadikan proses belajar lebih efektif. Menyokong Pelbagai Mod PdP: DELIMa membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara bersemuka, dalam talian (PdPR), atau secara hibrid, sesuai dengan keperluan semasa. Pengurusan dan Pemantauan Mudah: Guru dapat memantau prestasi dan kemajuan pelajar dengan sempurna melalui analitik prestasi yang tersedia dalam platform. Sumber Sokongan dan Komunikasi: Terdapat sistem sokongan 24/7, tutorial, dan ruang komunikasi antara guru, pelajar, dan ibu bapa untuk memudahkan interaksi dan bantuan teknikal. Percuma untuk Semua Warga Sekolah: DELIMa 2.0 disediakan secara percuma untuk semua murid dan guru di bawah KPM. Menyokong Inisiatif Pendidikan Digital: Platform ini merupakan sebahagian daripada usaha KPM untuk memperkasakan pendidikan digital dan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21. Pelbagai Aktiviti Digital dan Pertandingan: Menyediakan platform untuk pertandingan digital serta aktiviti pengajaran yang menggunakan teknologi AR/VR dan lain-lain untuk meningkatkan minat dan kreativiti pelajar. Siapa yang Boleh Mengakses DELIMa? DELIMa 2.0 boleh diakses oleh semua murid dan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari peringkat sekolah rendah hingga ke Matrikulasi atau Tingkatan Enam.
Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan anak mereka melalui sistem DELIMa. 
Untuk mengakses DELIMa 2.0, pengguna mesti log masuk menggunakan ID DELIMa, yang biasanya diberikan oleh guru kelas atau pentadbir ICT sekolah masing-masing. 
Sistem ini direka untuk membolehkan penggunaan dari pelbagai lokasi dan peranti dengan capaian internet, menyokong pembelajaran secara bersemuka, dalam talian, dan hibrid secara fleksibel.
Ringkasnya, yang boleh akses DELIMa adalah:
Murid dari sekolah rendah hingga Matrikulasi/Tingkatan Enam Guru KPM Ibu bapa yang ingin memantau kehadiran dan rekod anak ID dan kata laluan untuk log masuk perlu diperoleh melalui sekolah (guru atau pentadbir ICT).
Panduan Pengguna: Cara Log Masuk ke ID Delima 2.0 Berikut adalah panduan pengguna langkah demi langkah untuk daftar dan log masuk ke ID DELIMa 2.0:
LANGKAH 1: Dapatkan ID DELIMa Daripada Guru Kelas/Pentadbir ICT
Sebagai pengguna pelajar atau guru KPM,  ID DELIMa ini diberi terus oleh guru kelas atau pentadbir ICT di sekolah.  Jadi anda cuma perlu mendapatkan ID dan password tersebut daripada pihak sekolah untuk log masuk portal DELIMa 2.0 KPM.  LANGKAH 2: Layari Portal Rasmi DELIMa 2.0
Layari Portal Rasmi DELIMa 2.0 di URL: https://d2.delima.edu.my
LANGKAH 3: Log Masuk ke DELIMa 2.0
Di laman utama DELIMa, terima Terma & Syarat. Klik ✅ “Accept Term & Conditions”. Tekan butang “Click Here to Login” Pop out paparan emel akan keluar. Anda boleh klik mana-mana emel (sebagai ID) yang telah didaftarkan oleh pihak sekolah (biasanya akaun Google KPM yang menggunakan emel berformat @moe-dl.edu.my). TIPS: Anda boleh klik “Use another account, sekiranya pilihan emel tidak muncul di paparan pop out). Klik butang log masuk dan anda akan dibawa ke halaman utama akaun DELIMa anda. Paparan untuk ID MURID dan ID GURU adalah berbeza.  Setelah berjaya log masuk, anda boleh mula menggunakan pelbagai fungsi DELIMa seperti mengakses bahan pembelajaran digital, menyertai kelas maya, mengemukakan tugasan, dan lain-lain. NOTA:
Jika Lupa EMEL DELIMa 2.0:
Hubungi guru kelas atau pentadbir ICT di sekolah untuk reset kata laluan. Kata laluan baru akan diberikan supaya anda boleh log masuk semula ke akaun DELIMa anda. Penggunaan Portal
Untuk rujukan dan panduan visual, terdapat juga video tutorial login ID DELIMa 2.0 di YouTube yang boleh membantu pelajar dan guru memahami langkah ini dengan lebih mudah:

Cara Log Masuk ke ID Delima 2.0
Cara Log Masuk ke ID Delima 2.0
Cara Log Masuk ke ID Delima 2.0 Mana nak dapat ID Delima Murid? ID Delima 2.0 boleh diperoleh melalui guru kelas atau pentadbir ICT di sekolah. Mereka akan memberikan ID (biasanya dalam bentuk emel rasmi KPM) dan kata laluan kepada murid dan guru untuk log masuk ke portal DELIMa. 
Jadi, jika anda mahu dapatkan ID Delima, anda perlu menghubungi guru kelas atau pentadbir ICT di sekolah anda. 
Ciri-ciri email ID DELIMa biasanya mempunyai format dan fungsi berikut:
Murid: [email protected] (contoh: [email protected]) Guru: [email protected] (contoh: [email protected]) Email ID DELIMa berfungsi sebagai ID log masuk (login ID) untuk akses ke portal pembelajaran digital DELIMa dan sistem sokongan pendidikan yang lain dalam ekosistem KPM.
Lupa Kata Laluan Email ID Delima Jika anda terlupa kata laluan untuk Email ID DELIMa, cara terbaik adalah menghubungi guru kelas atau pentadbir ICT di sekolah anda untuk bantuan reset kata laluan. 
Pihak sekolah yang menguruskan akaun DELIMa dan mereka akan menetapkan semula kata laluan supaya anda boleh akses kembali portal DELIMa 2.0.
Atau, anda boleh klik “Forgot Password” dan ikuti arahan selanjutnya yang diberikan. 
Navigasi Portal DELIMa 2.0 Navigasi portal DELIMa 2.0 berbeza sedikit antara pengguna guru dan murid, dengan fungsi dan ruang khusus bagi memudahkan penggunaan.
DELIMa 2.0 – Guru ID DELIMa 2.0 – Guru Navigasi DELIMa 2.0 untuk Guru:
Gambar guru, nama guru, dan nama sekolah dipaparkan untuk identifikasi. Ruang carian untuk mencari bahan atau fungsi tertentu. Ruang utama dashboard yang memaparkan pilihan utama. Pautan terus ke perkhidmatan dalam talian KPM. Pilihan bahasa dan mod gelap/terang (dark/light mode). Sentimen diri (fungsi penilaian atau maklum balas diri). Ruang Pembangunan Profesional bagi kursus dan latihan guru. Ruang Pengajaran Saya untuk akses cepat ke kelas dan bahan pengajaran. Butang pilihan ruang pengajaran (contoh: Google Classroom). Ruang pengumuman dan kemas kini terkini. Ruang aktiviti pengajaran seperti kelas maya. Ruang pertanyaan melalui chatbot untuk bantuan segera. DELIMa 2.0 – Murid ID DELIMa 2.0 – Murid Navigasi DELIMa 2.0 untuk Murid:
Gambar murid, nama, dan sekolah dipaparkan. DIGITAL ME – lencana digital yang diperolehi oleh murid. Ruang carian bahan pembelajaran dan fungsi. Ruang utama yang menempatkan pilihan pembelajaran utama. Pautan ke perkhidmatan KPM. Pilihan bahasa dan mod gelap/terang. Sentimen diri untuk refleksi diri. Ruang pengumuman dengan info penting. Ruang Pembelajaran Saya untuk akses bahan dan tugasan. Butang pilihan ruang pembelajaran, seperti Google Classroom. Ruang tugasan (misalnya Google Drive). Ruang aktiviti pembelajaran. Ruang pertanyaan chatbot bagi bantuan dan soalan. Cara Menebus Baucar Buku MADANI Guru Cara Menebus Baucar Buku MADANI Guru Cara menebus Baucar Buku MADANI melalui portal DELIMa 2025 adalah seperti berikut:
LANGKAH 1: Layari portal rasmi DELIMa
Pergi ke laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login.
LANGKAH 2: Klik pautan “TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025”
Pautan ini biasanya ada pada halaman utama selepas log masuk. Penebusan dibuka mulai 1 Julai 2025 jam 12 tengah hari hingga 30 September 2025.
LANGKAH 3: Log masuk menggunakan ID DELIMa anda
Masukkan ID DELIMa (biasanya emel rasmi KPM seperti [email protected] untuk murid atau [email protected] untuk guru) dan kata laluan yang diberi oleh sekolah.
LANGKAH 4: Akses Portal Book Capital
Selepas klik pautan tebus baucar, anda akan dibawa ke portal Book Capital (https://mall.bookcapital.com.my). Baucar bernilai RM100 akan dikreditkan secara automatik kepada akaun yang layak.
LANGKAH 5: Pilih buku daripada senarai “Judul Khas Baucar Buku Guru”
Anda mesti memilih sekurang-kurangnya satu judul dari senarai khas ini. Anda juga boleh memilih buku lain di portal tersebut.
LANGKAH 6: Pembayaran dan pengesahan
Baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam satu transaksi. Jika jumlah pembelian melebihi nilai baucar, baki perlu dibayar menggunakan kaedah pembayaran yang disediakan.
LANGKAH 7: Penghantaran buku
Penjual akan memproses pesanan dan menghantar buku ke alamat yang anda daftarkan menggunakan kurier seperti DHL eCommerce, Ninja Van, atau KEX Express.
Status pesanan akan bertukar ke “FINISHED” selepas penghantaran diterima tanpa apa-apa pertikaian.
Bantuan & Pertanyaan:  Sekiranya PPP mengalami sebarang isu atau pertanyaan, sila gunakan SISTEM TIKET SOKONGAN melalui akaun Book Capital:
Log masuk: https://mall.bookcapital.com.my/user/login 
 Klik ‘Dashboard’ > ‘Help’ > ‘Open Ticket’
 Pilih kategori BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025
 Tulis dan hantar pertanyaan atau aduan anda.
 VIDEO TUTORIAL CARA TEBUS BAUCAR BUKU MADANI GURU MELALUI PORTAL DELIMA KPM 2025
Tarikh & Tempoh Penebusan Baucar Buku MADANI Guru 2025 Tarikh dan tempoh penebusan Baucar Buku MADANI Guru 2025 adalah dari 1 Julai 2025 jam 12.00 tengah hari sehingga 30 September 2025, pukul 11.59 malam. 
Semua guru yang layak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menebus baucar bernilai RM100 untuk pembelian bahan bacaan berkualiti secara dalam talian dalam tempoh tersebut.
Penebusan dilakukan melalui portal DELIMa 2.0 dengan klik pautan “TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025” dan seterusnya di portal Book Capital. 
Baucar hanya sah digunakan sekali sahaja dan mesti digunakan dalam satu transaksi. Guru yang layak adalah mereka yang masih berkhidmat di KPM pada tempoh Julai hingga Disember 2025.
BACA JUGA: Baucar Buku Madani Untuk Guru 2025 – Semakan & Penebusan
Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang ID DELIMa, ID Murid DELIMa, ID Guru DELIMa dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.
Link Portal Delima KPM: https://d2.delima.edu.my
Soalan Lazim Login DELIMa 1. Apakah itu ID DELIMa 2.0? ID DELIMa 2.0 ialah akaun rasmi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada guru dan murid untuk mengakses portal pembelajaran digital DELIMa. 
2. Cara Log Masuk DELIMa 2.0? Anda perlu layari https://d2.delima.edu.my/login dan masukkan ID DELIMa (emel rasmi moe-dl.edu.my) beserta kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah. Emel DELIMa menggunakan format emel rasmi seperti [email protected] bagi murid dan [email protected] bagi guru.
3. Bagaimana cara mendapatkan ID DELIMa murid sekolah rendah? ID DELIMa murid sekolah rendah akan diberikan oleh guru kelas atau pentadbir ICT di sekolah. ID adalah alamat emel rasmi KPM yang digunakan untuk log masuk ke portal DELIMa 2.0.
4. Siapa yang boleh mendapat ID DELIMa dan menggunakannya? ID DELIMa diberikan kepada semua murid dari sekolah rendah sehingga Matrikulasi atau Tingkatan Enam, guru KPM, dan juga ibu bapa yang ingin memantau perkembangan anak melalui portal DELIMa.
5. Apa yang perlu saya buat jika terlupa password ID Delima? Hubungi guru kelas atau pentadbir ICT sekolah anda untuk reset kata laluan ID DELIMa. Reset hanya boleh dibuat oleh pihak sekolah demi keselamatan dan pengurusan akaun yang lebih baik.
6. Apakah fungsi utama DELIMa guru dalam platform ini? DELIMa guru membolehkan guru menguruskan kelas maya, membuat penyerahan tugasan dalam talian, mengakses bahan pembelajaran digital, memantau prestasi murid melalui analitik serta bekerjasama dengan murid dan ibu bapa secara berkesan.
7. Bagaimana cara untuk murid DELIMa 2.0 login? Murid boleh log masuk dengan menggunakan ID DELIMa (emel moe-dl.edu.my) dan password yang diberi. Jika belum ada ID, murid perlu minta daripada guru kelas atau pentadbir sekolah.
8. Adakah ID DELIMa boleh digunakan untuk akses aplikasi lain? Ya, ID DELIMa juga digunakan sebagai akaun pengguna dalam aplikasi seperti Google Classroom, Microsoft 365, Apple Education di bawah integrasi DELIMa 2.0.
9. Bagaimana saya boleh semak status aktif ID DELIMa? Cuba log masuk ke portal https://d2.delima.edu.my menggunakan ID dan password. Jika berjaya, ID anda aktif. Jika gagal, hubungi pentadbir sekolah untuk semakan dan reset.
10. Apakah itu login DELIMa moe-dl edu my login delima password? Ini merujuk kepada proses log masuk menggunakan emel rasmi KPM (contoh: [email protected]) dan password yang diberikan oleh sekolah untuk akses portal DELIMa 2.0 bagi guru dan murid.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/id-delima/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=id-delima

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk Percuma Ke Aquaria Klcc Sempena Bulan Hari Jadi Ini Cara Tebus Tiket

Masuk Percuma Ke Aquaria Klcc Sempena Bulan Hari Jadi Ini Cara Tebus Tiket

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 98 hits
Masuk Percuma Ke Aquaria KLCC Sempena Bulan Hari Jadi Ini Cara Dapat Tiket Hari jadi merupakan antara tarikh penting yang ada dalam kamus hidup seseorang Ia sangat istimewa kerana tarikh tersebut mengingatkan kita kepada detik detik kelahir...
Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 201 hits
Original Content Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menzahirkan komitmen membantu rakyat terutamanya dalam menangani tekanan kos sara hidup yang semakin menghimpit Terbaru satu pengumuman istime...
Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 212 hits
MyKad rosak boleh ganggu urusan penting seperti perbankan dan rawatan kesihatan Jika kad anda sukar diimbas cip rosak atau fizikal kad tercalar segera buat penggantian Artikel ini kongsikan cara tukar MyKad rosak dengan mudah kos terlibat d...
Cara Kuatkan Ingatan Aktiviti Makanan Sihat Dan Doa Yang Wajib Dicuba

Cara Kuatkan Ingatan Aktiviti Makanan Sihat Dan Doa Yang Wajib Dicuba

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 148 hits
Ingatan yang kuat dan minda yang tajam adalah antara anugerah yang sangat berharga dalam kehidupan seharian khususnya bagi pelajar dan individu yang sering bergantung kepada daya fikir dan fokus yang tinggi Seiring dengan peningkatan usia d...
Minuman Tenaga Kebaikan Risiko Cara Pengambilan Yang Selamat

Minuman Tenaga Kebaikan Risiko Cara Pengambilan Yang Selamat

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 137 hits
Minuman tenaga semakin popular dalam kalangan pelajar pekerja pemandu dan atlet kerana dikatakan mampu memberikan lonjakan tenaga serta meningkatkan fokus dalam masa singkat Dengan kandungan utama seperti kafein gula vitamin B dan pelbagai ...
Cara Buat Kuih Sagu Gebu Dan Berkilat Pencuci Mulut Mudah Sedap

Cara Buat Kuih Sagu Gebu Dan Berkilat Pencuci Mulut Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 118 hits
Kalau anda tengah teringin nak kudapan manis yang senang dibuat tapi tetap wow rasanya Kuih Sagu ialah jawapannya Lembut kenyal manis berlemak memang sesuai dinikmati waktu santai sambil hirup kopi o panas atau teh o tarik buih Dulu dulu ku...
Tip Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama

Tip Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 113 hits
Tip Cara Jaga Laptop Supaya Tahan Lama Tidak dinafikan komputer riba kini merupakan satu keperluan penting bagi kebanyakan orang Sama seperti telefon pintar ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian kita Mana tidaknya pelbagai urusa...
Cara Mudah Buat Gel Aloe Vera Homemade 100 Semula Jadi

Cara Mudah Buat Gel Aloe Vera Homemade 100 Semula Jadi

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 139 hits
Aloe vera atau lidah buaya memang terkenal dengan gel semula jadinya yang penuh manfaat untuk kulit rambut dan kesihatan secara umum Tapi tahu tak korang kita boleh je kalau nak buat sendiri gel aloe vera di rumah dengan cara yang sangat mu...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk

Terbang Pulang Dengan Japan Airlines

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Kedah Penyamun Mengadu Pening Minta Air

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Yes President Wee But Voters Will Decide Mca S Fate Says Ti

Discarded Cimb Atm Slip Displaying 6 Figure Balance Elicits Envious Hilarious Responses Online