Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat


MyKad rosak boleh ganggu urusan penting seperti perbankan dan rawatan kesihatan. Jika kad anda sukar diimbas, cip rosak atau fizikal kad tercalar, segera buat penggantian.
Artikel ini kongsikan cara tukar MyKad rosak dengan mudah, kos terlibat dan tempoh siap kad.
Baca juga: Kod No IC Ikut Negeri & Maksud Nombor Dalam MyKad
Apa itu MyKad MyKad ialah kad pengenalan pintar kebangsaan bagi warganegara Malaysia yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Projek Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan.
Kad ini bukan sekadar dokumen pengenalan diri, tetapi turut menggabungkan pelbagai fungsi dan aplikasi daripada agensi kerajaan serta sektor swasta ke dalam satu kad tunggal.
Dibangunkan berasaskan sistem dan proses baharu yang menepati ciri keselamatan terkini, MyKad merupakan inovasi hasil inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memperkemas dan memodenkan urusan perkhidmatan awam dan swasta.
Pada waktu pengenalannya, tiada sistem seumpamanya di dunia, maka kerajaan telah mereka bentuk dan membangunkan sendiri keseluruhan sistem, prosedur, dan metadologi asas untuk menjayakan pelaksanaan kad pintar pelbagai guna ini.
Kelayakan Pemegang MyKad Pemegang Kad Pengenalan ini berstatus Warganegara Malaysia Kelayakan kepada seseorang yang mempunyai Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Kewarganegaraan / Borang Warganegara / Lampiran A (JAKOA) Kepentingan MyKad Selain daripada digunakan sebagai dokumen rasmi, MyKad juga digunakan pada pelbagai program dan tujuan. Di antara program tersebut adalah:
MyKasih Bantuan SARA Bila Perlu Tukar MyKad? Ketahui tanda-tanda penting yang menunjukkan anda perlu menukar MyKad untuk elakkan masalah semasa urusan rasmi:
Kad gagal dibaca : Tidak boleh diimbas di mesin atau kiosk layan diri (self-service kiosk) Urusan ditolak oleh bank atau agensi kerajaan : Sistem tidak dapat mengesan data daripada kad anda. Perlu dicuba banyak kali untuk lepas imbasan : Tanda cip mula bermasalah dan perlu diganti segera. Kad rosak fizikal (calar, retak, bengkok) : Boleh menjejaskan cip dan fungsi kad sepenuhnya. Kad terlalu lama digunakan (lebih 10 tahun) : Risiko cip haus, data terpadam atau gagal berfungsi. Baca juga: Duit Dalam MyKad: Cara Semak Baki & Beli Barang Guna IC
Cara Ganti MyKad Rosak Jika MyKad rosak seperti tidak boleh dibaca, cip bermasalah, atau fizikal kad seperti calar atau retak, anda boleh menukarnya dengan mudah melalui saluran yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Langkah-langkah Gantian MyKad Rosak:
Hadir ke cawangan JPN, atau: Gunakan perkhidmatan Bas MEKAR atau Van MEKAR Buat permohonan secara online Guna perkhidmatan My Phone-In (bergantung kepada kelayakan) Ambil nombor giliran kategori “ROSAK” Serahkan MyKad rosak dan maklumat diri kepada petugas JPN Bayar caj penggantian, seperti berikut: RM40 untuk MyKAS dan MyPR RM10 untuk MyKad Maklumat Tambahan Penting:
✅ Percuma jika kad rosak ditukar dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan MyKad rosak
Tempoh siap MyKad:
30 minit di JPN Ibu Pejabat Negeri, UTC, dan cawangan terpilih 5 hari bekerja di cawangan Semenanjung Malaysia 7 hari bekerja di Sabah, Sarawak, dan Labuan Permohonan hanya cepat jika tiada komplikasi pada kad atau maklumat peribadi
Pastikan MyKad anda sentiasa dalam keadaan baik. Jika rosak, cepatkan proses gantian untuk elak masalah semasa urusan rasmi.
📍 Info lanjut di: www.jpn.gov.my
📞 Ikuti juga @jpnhqofficial di media sosial untuk maklumat terkini.
Tips Penjagaan MyKad Menjaga keadaan fizikal MyKad adalah tanggungjawab setiap pemilik. Berikut merupakan panduan penjagaan MyKad yang boleh membantu anda mengelakkan kerosakan dan bayaran gantian:
1. Simpan dalam Bekas Kad
MyKad sepatutnya disimpan di dalam bekas kad khas bagi melindunginya daripada habuk, air, dan calar. Bekas kad juga membantu mengekalkan bentuk asal MyKad dan mengelakkan ia daripada bengkok secara tidak sengaja ketika disimpan dalam dompet atau beg.
2. Jangan Bengkok atau Lipat
MyKad diperbuat daripada bahan plastik dan cip elektronik yang mudah rosak jika dibengkokkan atau dilipat. Elakkan daripada meletakkannya di dalam poket belakang seluar atau tempat sempit yang boleh menekan kad sehingga melengkung atau pecah.
3. Elak Air dan Haba Tinggi
MyKad tidak kalis air sepenuhnya dan tidak tahan suhu tinggi. Pendedahan kepada air boleh merosakkan cip pada kad, manakala haba berlebihan seperti ditinggalkan dalam kereta yang panas boleh melengkungkan kad. Simpan kad di tempat yang sejuk dan kering untuk memastikan ketahanannya.
4. Jangan Letak Dekat dengan Magnet
Cip dalam MyKad boleh terganggu atau rosak jika terdedah kepada medan magnet yang kuat, contohnya daripada alat pembesar suara, telefon bimbit, atau dompet magnetik. Simpan kad jauh daripada objek yang menghasilkan magnet untuk mengelakkan kerosakan dalaman.
5. Elak Geseran Kasar
Geseran dengan permukaan kasar atau objek tajam boleh menyebabkan permukaan MyKad tercalar, terkopek, atau merosakkan maklumat yang dicetak. Untuk jangka masa panjang, elakkan MyKad daripada bergesel dengan kunci, duit syiling, atau barang tajam lain di dalam beg atau poket.
6. Elak Masukkan ke Mesin yang Tak Dikenali
MyKad mengandungi cip elektronik yang hanya boleh dibaca oleh mesin atau terminal rasmi yang disahkan. Memasukkan kad ke dalam mesin rawak yang tidak dikenali atau tidak sah boleh merosakkan cip dan menyebabkan data dalam kad tidak dapat dibaca lagi.

Soalan Lazim Tentang MyKad 1. Saya berumur 17 tahun, bilakah patut saya menukar kad pengenalan gantian saya? Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama iaitu semasa berumur 12 tahun, dikehendaki  menukar semula kad pengenalannya apabila telah mencapai umur 18 tahun. Sekiranya penukaran ini dibuat dalam tempoh umur  18 – 25 tahun, tiada sebarang denda dikenakan.
2. Saya telah berumur 25 tahun dan masih belum memiliki kad pengenalan. Apakah yang perlu saya lakukan? Bagi mereka yang belum memiliki kad pengenalan walaupun telah berumur lebih 16 tahun adalah dinasihatkan untuk datang ke mana-mana JPN yang berhampiran untuk memohon daftar lewat kad pengenalan.

Pemohon dan penganjur perlu hadir bersama-sama untuk ditemuduga, dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:-

–  Sijil Lahir Pemohon/Sijil AnakAngkat/Borang W atau
– Permit Masuk Pemohon/Borang Pengesahan Taraf Warganegara(jika berkenaan)
– Kad Pengenalan Penganjur
3. Saya seorang warganegara asing dan telah mendapat permit masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Adakah saya layak memohon kad pengenalan? Apakah syarat-syarat bagi saya memohon kad pengenalan? Anda layak memohon kad pengenalan dengan status Pemastautin Tetap(Merah). Syarat-syarat permohonan adalah dengan membawa permit masuk dan pasport serta salinan kedua-duanya dan bayaran permohonan sebanyak RM 40.00. Permohonan boleh dibuat di JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri sahaja.
4. Adakah apa-apa bayaran yang dikenakan sekiranya berlaku kerosakan terhadap cip di kad pengenalan saya? Kerosakan cip yang bukan disebabkan oleh sengaja dirosakkan, salah guna dan sebagainya dalam tempoh satu tahun dari tarikh penyerahan kad adalah diberi gantian secara percuma, dan jika tempoh kad telah dipegang oleh pemohon melebihi satu tahun, bayaran sebanyak RM 10.00 dikenakan.
5. Berapakah bayaran dikenakan sekiranya saya kehilangan kad pengenalan? Kad pengenalan hilang akan dikenakan bayaran mengikut bilangan kehilangan. Sila lihat Jadual bayaran.
6. Berapa lamakah tempoh permohonan MyKad boleh disiapkan? Mykad boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di Ibu Pejabat JPN dan JPN yang mempunyai mesin cetakan teragih. Bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung Malaysia, maka MyKad akan disiapkan dalam tempoh 5 hari bekerja.

Manakala 7 hari bekerja bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak dan Labuan. Piagam MyKad siap ini hanya melibatkan permohonan dari Warganegara Malaysia dan permohonan tidak bermasalah sahaja.
7. Bolehkah saya menukar alamat tanpa menukar kad pengenalan saya? Jika boleh berapakah bayaran yang dikenakan? Penukaran alamat pada cip kad pengenalan adalah tidak dibenarkan. Hanya permohonan penukaran alamat yang melibatkan pengeluaran kad pengenalan gantian sahaja dibenarkan.
8. Adakah JPN menerima bayaran selain daripada tunai? Ya, JPN turut menerima pembayaran secara elektronik iaitu melalui Kad Kredit, Kad Debit dan MEPS.
9. Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN)
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my) : pro
10. Saya telah mempunyai kad pengenalan dan menghadapi masalah cap jari apabila berurusan di agensi. Apakah yang perlu saya lakukan? Tuan/puan boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk memohon cetakan kandungan cip kad pengenalan yang tercatat masalah cap jari.
11. Saya telah kehilangan kad pengenalan kali kedua. Apakah yang perlu saya lakukan? Tuan/puan boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dengan mengemukakan laporan polis yang menyatakan sebab kehilangan kad pengenalan tersebut.
12. Bagaimanakah cara saya ingin membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji? Permohonan temujanji boleh dibuat dengan melayari pautan: https://mytemujanji.jpn.gov.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/mykad-rosak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mykad-rosak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 252 hits
Cara Langgan Starlink di Malaysia Panduan Lengkap 2025 Starlink ialah perkhidmatan internet satelit dari SpaceX yang semakin popular di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar yang tiada liputan fiber Jika anda sedang cari cara untuk la...
Cara Ambil Gambar Milky Way Panduan Lengkap Untuk Pemula

Cara Ambil Gambar Milky Way Panduan Lengkap Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 170 hits
Anda pernah terpukau melihat langit malam yang dipenuhi bintang dan terfikir Bagaimana cara nak ambil gambar Milky Way seperti ini Artikel ini akan membimbing anda langkah demi langkah untuk merakam keindahan galaksi dari bumi hanya dengan ...
Cara Penebusan Mudah Cepat

Cara Penebusan Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 185 hits
Asalamualaikum Salam Sejahtera HADIAH ILMU UNTUK GURU MALAYSIA Penebusan Baucar Buku Guru MADANI 2025 Kini Dibuka Penebusan bermula 1 Julai 2025 dengan menggunakan email moe Klik log in ke delima 0 2 untuk anda pergi ke Kota BUka dan tebus ...
Rekening Diblokir Ppatk Ini Cara Mudah Untuk Buka Blokirnya

Rekening Diblokir Ppatk Ini Cara Mudah Untuk Buka Blokirnya

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 142 hits
Belum lama ini heboh kebijakan pemerintah yang mengeluarkan kebijakan untuk membekukan sementara rekening bank yang nganggur atau tidak melakukan transaksi selama 3 bulan atau lebih melalui PPATK Kebijakan ini pun langsung menuai reaksi ker...
Cara Mudah Lafaz Dan Niat Solat Sunat Taubat

Cara Mudah Lafaz Dan Niat Solat Sunat Taubat

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 176 hits
Solat sunat taubat boleh dilakukan sebelum solat Subuh Waktu terbaik untuk melakukan solat taubat adalah pada waktu sahur menjelang subuh Solat taubat dilakukan untuk memohon keampunan atas dosa dosa yang telah dilakukan dan ia disunatkan u...
Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 210 hits
Buntu betul nak masak apa untuk sarapan pagi ni Scan kejap apa yang ada kat dapur tu untuk dimasak Bihun dah masak semalam Takkan bihun lagi Okay ada stok mi sedaap goreng perisa asli Jadi kita buat sarapan mi sedaap goreng je lah Mudah dan...
Cara Mudah Rancang Menu Mingguan Untuk Jimat Perbelanjaan

Cara Mudah Rancang Menu Mingguan Untuk Jimat Perbelanjaan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 140 hits
Kau pernah tak rasa setiap minggu duit habis entah ke mana sebab asyik beli makanan ikut nafsu bila lapar Dah la harga barang naik air kopi ais pun kadang lagi mahal dari sekeping roti canai Sebenarnya salah satu cara paling mudah nak jimat...
Cara Mudah Buat Gel Aloe Vera Homemade 100 Semula Jadi

Cara Mudah Buat Gel Aloe Vera Homemade 100 Semula Jadi

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 146 hits
Aloe vera atau lidah buaya memang terkenal dengan gel semula jadinya yang penuh manfaat untuk kulit rambut dan kesihatan secara umum Tapi tahu tak korang kita boleh je kalau nak buat sendiri gel aloe vera di rumah dengan cara yang sangat mu...
Cara Buat Kuih Sagu Gebu Dan Berkilat Pencuci Mulut Mudah Sedap

Cara Buat Kuih Sagu Gebu Dan Berkilat Pencuci Mulut Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 127 hits
Kalau anda tengah teringin nak kudapan manis yang senang dibuat tapi tetap wow rasanya Kuih Sagu ialah jawapannya Lembut kenyal manis berlemak memang sesuai dinikmati waktu santai sambil hirup kopi o panas atau teh o tarik buih Dulu dulu ku...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas

Sheikh Farouk Dilantik Kpe Tfcsb Baharu Bernama

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina