Juara Delima Pandai 2025 Cara Daftar Hadiah Tarikh Penting


Juara Delima Pandai adalah pertandingan akademik pertama di Malaysia yang dijalankan melalui aplikasi mudah alih Pandai (https://my.pandai.org/juaradigital). 
Pertandingan ini direka khas untuk pelajar berumur 7 hingga 17 tahun dan bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran secara interaktif dan kompetitif dalam suasana digital yang menyeronokkan.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Pandai dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hadiah sehingga RM250,000 menanti para peserta!
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
Juara Delima Pandai 2025 BACA JUGA: Email DELIMa 2.0 – Panduan Login untuk Guru dan Pelajar
Apa itu Juara Delima Pandai?  Juara Delima Pandai atau juga dikenali sebagai Juara Digital Pandai ialah pertandingan akademik pertama di Malaysia yang dijalankan melalui aplikasi mudah alih. Ia percuma untuk semua pelajar berumur 7 hingga 17 tahun. 
Pertandingan yang menggabungkan kuiz, ujian, peperiksaan dan cabaran bergamifikasi di dalam aplikasi mudah alih. 
KENYATAAN RASMI PIHAK PENGURUSAN PROGRAM JUARA DELIMA PANDAI
KENYATAAN RASMI PIHAK PENGURUSAN PROGRAM JUARA DELIMA PANDAI
KENYATAAN RASMI PIHAK PENGURUSAN PROGRAM JUARA DELIMA PANDAI Pertandingan ini berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Oktober 2025 di aplikasi Pandai. Semua pelajar layak dan boleh menyertai pertandingan ini secara dalam talian secara PERCUMA. 
Sepanjang tempoh 5 bulan, pelajar akan menjawab kuiz, ujian, peperiksaan dan tugasan lengkap dengan cabaran bergamifikasi, serta mengumpul Mata Ruby untuk mendaki carta kedudukan.
Markah yang dikumpul juga akan menyumbang kepada ranking sekolah, daerah, dan negeri; semuanya dalam usaha untuk dinobatkan sebagai MVP Juara Digital Pandai.
Pelajar yang menyertai pertandingan ini  berpeluang memenangi lebih daripada RM250,000 hadiah bulanan dan hadiah utama!
BACA JUGA: Login DELIMa, Ciri Terkini & Tebus Baucar Buku 2025
Kenapa Kena Join Juara Delima Pandai?  Dapatkan kredit penyertaan dengan markah PAJSK, tingkatkan profil akademik anda!  Dapatkan kredit penyertaan dengan markah PAJSK, tingkatkan profil akademik anda! Dapatkan kredit penyertaan dengan markah PAJSK, tingkatkan profil akademik anda!  Dapatkan kredit penyertaan dengan markah PAJSK, tingkatkan profil akademik anda!  Objektif Pertandingan ini bertujuan untuk:
Meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran melalui teknologi digital. Membantu pelajar mengasah kemahiran akademik dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Memupuk semangat kesukanan menerusi kompetisi sihat. Memberi pengiktirafan rasmi melalui markah PAJSK peringkat kebangsaan. Menyokong sistem pendidikan negara dengan penglibatan sekolah dan guru secara aktif. Pendaftaran Juara Delima Pandai Pendaftaran adalah mengikut kategori: Pelajar & Guru.
Pelajar (Kategori Pelajar Sekolah Rendah & Menengah)  Layari go.pandai.org/juaradigital  dan lengkapkan pendaftaran Buka Aplikasi atau Layari Web. Lancarkan aplikasi Pandai untuk mula melalui aplikasi mudah alih atau laman web di app.pandai.org Kumpul Mata. Jawab kuiz, ujian atau tugasan dalam aplikasi untuk kumpul markah akademik anda. Gandakan Markah dengan Multipliers. Main Multiplier Game selepas setiap sesi tugasan untuk gandakan markah anda. Kumpul Ruby. Jumlah markah anda akan ditukar kepada Ruby, lagi banyak anda main, lagi banyak Ruby anda kumpul! Markah × Permainan = Ruby Lihat Kedudukan Anda. Semak Leaderborad Juara Digital untuk lihat kedudukan anda, markah rakan-rakan, dan ranking sekolah anda.  Rebut Hadiah Lumayan. Teruskan bersaing! Setiap bulan ada pemenang dan dengan lebih RM250,000 dipertaruhkan, semua orang berpeluang jadi juara! Pendaftaran Juara Delima Pandai – Murid Guru Daftar sebagai Pandai Teacher. Daftar akaun Pandai Teacher untuk mewakili sekolah anda. Lihat Leaderboard. Sebaik sahaja sekolah didaftarkan dalam akaun anda, anda boleh melihat ranking secara langsung di leaderboard. Motivatisi & Bimbing Pelajar Anda. Galakkan penyertaan pelajar, bantu beri peringatan, dan galakkan mereka naik leaderboard untuk memenangi hadiah! Cara Pengiraan. Markah sekolah anda adalah jumlah markah 10 pelajar terbaik  untuk memastikan pertandingan kekal adil kepada semua! Pantau Prestasi Sekolah. Jejak aktiviti pelajar dan jana laporan PAJSK dengan mudah sepanjang pertandingan ini. Kerjasama Teacher-In-Charge. Lebih daripada seorang guru boleh menjadi Teacher-In-Charge, bekerjasama  untuk memantau dan menyelia penyertaan sekolah. Pendaftaran Juara Delima Pandai – Guru Aliran Pertandingan a) Aliran Pertandingan (PELAJAR) 1. Daftar Pertandingan
Layari link official pertandigan di pautan https://my.pandai.org/juaradigital Pastikan anda mempunyai akaun Pandai. Jika belum ada akaun Pandai, dengan mengisi borang ini (layari: https://app.pandai.org/register/contest/juaradelima-student, dan skroll sampai bawah)  — akaun Pandai akan dicipta secara automatik. Sila semak e-mel anda.  Jika sudah ada akaun, log masuk dahulu di bahagian atas borang, isi semua butiran yang diperlukan & klik Daftar. Borang Pendaftaran Akaun Pandai – Pelajar Gambar di atas menunjukkan borang yang perlu diisi untuk mendaftar akaun Pandai bagi menyertai pertandingan Juara Delima Pandai. Layari: https://app.pandai.org/register/contest/juaradelima-student, kemudian skrol sampai bawah untuk mengisi borang tersebut. 
2. Mula Belajar & Kumpul Mata
Buka aplikasi Pandai di telefon atau log masuk melalui laman web. Jawab kuiz, ujian topikal, peperiksaan atau tugasan untuk kumpul markah asas (base points). 3. Main Permainan Pengganda (Multiplier Game)
Selepas dapat markah asas, main Multiplier Game untuk gandakan markah anda! 4. Kumpul Ruby
Markah terkumpul anda akan ditukar menjadi markah Ruby. Lagi banyak anda belajar dan main, lagi banyak Ruby anda kumpul! 5. Semak Kedudukan (Tier)
Semak prestasi anda dalam Papan Pemuka Juara Digital — lihat tier anda, kedudukan rakan-rakan & kemajuan sekolah. 6. Menang Hadiah Bulanan & Keseluruhan
Lagi tinggi kedudukan anda, lagi banyak cabutan hadiah yang anda layak sertai! Top 15 bulanan akan memenangi gajet menarik! Peserta terbaik secara konsisten akan diumumkan sebagai Pemenang Keseluruhan & bawa pulang trofi & hadiah wang tunai! NOTA: 
Sila isi semua maklumat wajib dengan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk rekod pertandingan, sijil penyertaan, dan markah PAJSK. Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua pengguna berdaftar Pandai. Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah & menengah di Malaysia berumur 7 hingga 17 tahun. Sila pastikan nama penuh, nombor telefon & alamat adalah betul semasa pendaftaran (untuk penghantaran hadiah & pengesahan). b) Aliran Pertandingan (GURU) 1. Daftar sebagai Pandai Teacher
Guru perlu daftar akaun Pandai Teacher untuk mewakili sekolah masing-masing. Layari: https://app.pandai.org/register/contest/juaradelima-student , kemudian skrol sampai bawah untuk mengisi borang tersebut, secara automatik satu akaun Pandai Teacher akan dicipta. Borang Pendaftaran Akaun Pandai – Guru 2. Akses & Pantau Papan Kedudukan Sekolah
Selepas berjaya daftar, guru boleh melihat kedudukan sekolah secara langsung melalui papan pemuka guru (teacher dashboard). 3. Galakkan Penyertaan Pelajar
Bimbing pelajar anda untuk melengkapkan tugasan, kumpul Ruby dan naik ke kedudukan lebih tinggi di leaderboard. 4. Kiraan Markah Sekolah
Jumlah markah sekolah dikira berdasarkan jumlah Ruby daripada 10 pelajar terbaik sekolah. Kaedah ini memastikan peluang adil untuk semua saiz sekolah. 5. Pantau & Muat Turun Laporan PAJSK
Guru boleh menjejak penyertaan pelajar dan memuat turun laporan PAJSK sekolah untuk rekod sekolah. 6. Bekerjasama Sebagai Guru Bertanggungjawab (Teacher In Charge)
Lebih daripada seorang guru boleh mendaftar, tetapi hanya seorang akan bertindak sebagai Teacher In Charge (TIC) yang bertanggungjawab menyelaras laporan PAJSK akhir pertandingan untuk dihantar. NOTA:
Sila nasihatkan pelajar anda untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat. Maklumat ini penting untuk rekod data, e-sijil, markah PAJSK dan untuk memudahkan pelaporan oleh guru. Guru digalakkan untuk mengajak seramai mungkin pelajar menyertai, kerana setiap peserta layak menerima markah PAJSK. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah & menengah di Malaysia yang berumur 7 hingga 17 tahun, menggunakan aplikasi Pandai. Hanya pelajar yang boleh mendaftar dan bertanding secara rasmi. Guru berperanan untuk menggalakkan dan menyelia ketepatan maklumat pelajar. Contoh Ayat Hebahan
Guru-guru boleh menggunakan ayat hebahan di bawah untuk mengajak anak murid menyertai pertandingan Juara Digital Pandai ini. 
[HEBAHAN] Pertandingan Akademik Juara Digital Pandai 2025 Kini Dibuka!
Pernah terfikir kalau kuiz dan tugas harian boleh beri anda hadiah hebat?
Juara Digital Pandai 2025 ialah pertandingan akademik pertama di Malaysia melalui aplikasi mudah alih! Hanya dengan belajar dan bermain dalam aplikasi Pandai, pelajar boleh:
🎓 Dapat Markah PAJSK peringkat kebangsaan
🎁 Menangi hadiah terkumpul bernilai RM250,000 bulanan & utama
💎 Kumpul Mata Ruby untuk naik tangga leaderboard!
🏆 Banggakan sekolah, daerah dan negeri anda!
Cara penyertaan sangat mudah:
1. Daftar di go.pandai.org/juaradigital 2. Gunakan aplikasi Pandai untuk belajar, jawab soalan, main game dan kumpul mata 3. Lagi aktif, lagi tinggi tier anda — lagi besar peluang menang! 📍 Terbuka kepada semua murid Malaysia berumur *7 hingga 17 tahun*
📱 Boleh diakses melalui aplikasi atau pelayar web Pandai
💰 Pertandingan adalah *PERCUMA*, (tiada yuran)
⭐️ Pastikan download aplikasi Pandai ya!
Tarikh-tarikh Penting Pertandingan  Garis Masa Penting Pertandingan: 
1 Jun – 31 Oktober 2025
Pendaftaran Dibuka Daftar di go.pandai.org/juaradigital  1 Jun 2025
Pertandingan bermula Jawab tugasan dan kumpul Ruby! 3 Julai 2025
Pemenang Bulanan (Jun) Peserta dengan markah tertinggi untuk bulan sebelumnya akan diumumkan. 5 Ogos 2025
Pemenang Bulanan (Julai) Peserta dengan markah tertinggi untuk bulan sebelumnya akan diumumkan. 4 September 2025
Pemenang Bulanan (Ogos) Peserta dengan markah tertinggi untuk bulan sebelumnya akan diumumkan. 2 Oktober 2025
Pemenang Bulanan (September) Peserta dengan markah tertinggi untuk bulan sebelumnya akan diumumkan. 6 November 2025
Pemenang Bulanan (Oktober) Peserta dengan markah tertinggi untuk bulan sebelumnya akan diumumkan. 31 October 2025
Pertandingan Tamat & Pendaftaran Ditutup Leaderboard dengan markah terakhir akan dikunci. 21 November 2025
Pengumuman Pemenang Keseluruhan Pemenang keseluruhan sepanjang pertandingan bakal menjadi MVP! Jangan terlepas tarikh-tarikh penting ini! Anda mempunyai 5 bulan untuk menyertai, kekal bersaing dalam pertandingan ini, dan berpeluang menang hadiah hebat!
Kategori Kategori dalam pertandingan Juara Delima Pandai 2025 dibahagikan mengikut peringkat umur dan sekolah seperti berikut:
Kategori Sekolah Rendah: Pelajar berumur 7 hingga 12 tahun Kategori Sekolah Menengah: Pelajar berumur 13 hingga 17 tahun Ini bermakna pertandingan ini tidak hanya terhad untuk pelajar sekolah rendah sahaja, tetapi turut membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah dalam kategori yang berasingan untuk memastikan cabaran yang sesuai dengan tahap umur dan kemampuan mereka.
Juara Delima Pandai 2025
Juara Delima Pandai 2025
Peringkat Tier Juara Digital Pandai Setiap Ruby yang anda kumpul akan menaikkan anda ke Tier yang lebih tinggi; sama seperti naik level dalam game! 
Lagi tinggi Tier anda, lagi tinggi peluang anda untuk dapatkan hadiah dan pengiktirafan peringkat kebangsaan.
Mulakan dari Tier 1, sasarkan Top 15, dan jadilah juara Malaysia!
Tips Study Smart Tips Study Smart Leaderboard Pelajar boleh mengakses papan kedudukan melalui aplikasi Pandai & Master Leaderboard. 
Dalam leaderboard ini, pelajar dapat melihat kedudukan mereka berdasarkan “Mata Ruby” yang dikumpul daripada menjawab kuiz dan menyelesaikan cabaran pembelajaran dalam aplikasi. Papan kedudukan ini juga menunjukkan ranking pelajar, sekolah, daerah, dan negeri secara real-time, memberikan motivasi untuk terus bersaing dan memperbaiki prestasi.
Master Leaderboard boleh diakses melalui pautan web rasmi yang disediakan oleh penganjur, di mana pelajar, guru, dan ibu bapa boleh memantau perkembangan dan kedudukan peserta secara transparan dan mudah. 
Hadiah Juara Digital Pandai Hadiah Utama Bulanan Setiap bulan, peranti baharu menanti untuk dimenangi oleh peserta terbaik! Untuk cikgu, anda juga berpeluang membawa aksesori baharu ke sekolah! Bermula bulan Julai setiap guru Delima sekolah top 5 juga akan memenangi hadiah peranti.
Naikkan ranking, kumpul Ruby, dan mungkin anda yang bertuah untuk membawanya pulang!
Contoh hadiah utama bulanan untuk bulan JULAI 2025: 
Individu
Top 15  – Sekolah Rendah & Menengah
Galaxy Tab A9 Winner E-Cert Sekolah
Top 5 – Sekolah Rendah & Menengah
TV LED 43″ SK@S E-Cert Guru DELIMa
Top 5 – Sekolah Rendah & Menengah Galaxy Tab A9 NOTA: 
Sijil akan diberikan kepada pelajar dan sekolah selepas pertandingan berakhir pada bulan November. Semua pencapaian akan disusun menjadi satu sijil.’
Hadiah Tier Bulanan Selain Hadiah Utama Bulanan, terdapat juga Hadiah Tier Bulanan turut bakal diberikan kepada pemenang. 
Setiap bulan, pelbagai hadiah menarik seperti jam pintar, pembesar suara mini, earbuds dan banyak lagi menanti untuk dimenangi! 
0 ~ 10, 000 Rubies: Tiada hadiah ditawarkan di Tier ini. 10, 001 ~ 50,000 Rubies: Berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 10 pembesar suara mini melalui cabutan bertuah dalam tier anda! 50,001 ~ 150,000 Rubies: Berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 10 earbuds, dan turut berpeluang memenangi pembesar suara mini daripada hadiah Tier II! 150,000++ Rubies: Berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 10 jam pintar, serta peluang tambahan untuk memenangi hadiah Tier II dan Tier III! NOTA: Hanya 30 hadiah akan diberikan secara keseluruhan, kedudukan anda tidak menjamin , tetapi lagi tinggi Tier anda, lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah yang lebih besar!
Tier 1 Tier 2 Tier 3 Tier 4 Pemenang Keseluruhan Di penghujung pertandingan, yang terbaik antara terbaik akan membawa pulang hadiah besar iaitu wang tunai, trofi dan ganjaran eksklusif!
Teruskan semangat hingga ke garisan penamat, kerana 5 yang terakhir berdiri akan dinobatkan sebagai juara sebenar!
Pelajar | 5 Terbaik | Keseluruhan 
Kategori Rendah & Menengah:
Trofi Eksklusif  +Sijil Eksklusif +Wang Tunai RM500 Sekolah | 5 Terbaik | Keseluruhan
Kategori Rendah & Menengah: 
Trofi Eksklusif  +Sijil Eksklusif  +Hadiah Istimewa Daerah | 5 Terbaik | Keseluruhan
Kategori PPD(USTP):
Trofi Eksklusif  +Token Penghargaan  +Hadiah Istimewa Negeri | 3 Terbaik | Keseluruhan
Kategori JPN(SSTP)
Trofi Eksklusif +Token Penghargaan  +Hadiah Istimewa Terma dan Syarat Pendaftaran untuk Juara Digital Pandai adalah PERCUMA sepenuhnya, dan TIADA BAYARAN akan dikenakan. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar sekolah di Malaysia berumur 7 hingga 17 tahun, mengikut kategori berikut: Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Juara Delima Pandai 2025 Kelayakan
Pendaftaran: 
Terbuka kepada pengguna aplikasi Pandai sahaja. (Jika anda belum mempunyai akaun Pandai, sila daftar terlebih dahulu atau lawati laman utama Juara Digital Pandai — pendaftaran akan sekaligus mendaftarkan anda sebagai pengguna Pandai.) Setiap pelajar hanya dibenarkan menggunakan satu akaun sahaja. Sebarang bentuk penipuan, penggunaan berbilang akaun, atau penyalahgunaan sistem akan menyebabkan penyertaan dibatalkan. Kategori: 
Sekolah Rendah: Pelajar berumur 7 – 12 tahun Sekolah Menengah: Pelajar berumur 13 – 17 tahun Sekolah (Guru): Mana-mana guru yang layak boleh menjadi Teacher In Charge (Guru Bertanggungjawab) dan membantu pelajar menyertai. (Prestasi pelajar akan menentukan peluang kemenangan sekolah.) Penarafan, Hadiah & Pemilihan Pemenang
A) Hadiah Cabutan Bertuah Bulanan
Pemenang dipilih melalui cabutan bertuah berdasarkan tier (peringkat). Tier yang lebih tinggi = peluang menyertai lebih banyak kumpulan hadiah (Contoh: Tier IV layak untuk hadiah Tier IV + III + II) Tier I tidak layak untuk cabutan bertuah. Top 15: 15 peserta dengna markah tertinggi layak untuk mendapat hadiah utama bulanan. NOTA: Selepas peserta mencapai Top 15, mereka tidak lagi layak untuk hadiah berdasarkan tier. Ini adalah untuk memastikan keadilan dan memastikan peluang yang sama rata untuk semua peserta. Top 15 dihargai atas prestasi dan pencapaian keseluruhan mereka, dan hadiah mereka berdasarkan kedudukan dalam papan kedudukan, berasingan daripada hadiah tier.
B) Pemenang Keseluruhan (Akhir Pertandingan)
Berdasarkan jumlah Ruby, tier, dan penglibatan yang konsisten sepanjang pertandingan. Hadiah termasuk wang tunai, trofi, dan pengiktirafan peringkat kebangsaan. Semua peserta akan menerima sijil e-penyertaan dan pengiktirafan akademik, yang boleh diakses melalui akaun Pandai masing-masing. Juara Digital Pandai Penebusan Hadiah
Pelajar: 
Pemenang bulanan akan diumumkan SECARA LANGSUNG (LIVE) di saluran YouTube rasmi Pandai setiap bulan, biasanya pada hari Khamis minggu pertama.
(Contoh: Pemenang bagi bulan Jun akan diumumkan pada 4 Julai 2025 semasa siaran langsung hari Khamis.)
Selepas pengumuman secara langsung, pihak Pandai akan menghubungi pemenang melalui WhatsApp untuk pengesahan butiran dan urusan penghantaran hadiah.
⚠️ Penting: Pastikan maklumat dalam akaun Pandai anda adalah lengkap dan tepat — terutamanya nama penuh, nombor telefon, dan alamat penghantaran.
Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan kelewatan atau pembatalan penghantaran hadiah.
Sekolah:
Sekolah yang memenangi kategori sekolah akan diumumkan semasa sesi siaran langsung bulanan di saluran YouTube rasmi Pandai, pada Khamis minggu pertama setiap bulan.
(Contoh: Pemenang bagi bulan Jun akan diumumkan pada 4 Julai 2025 semasa siaran langsung.)
Selepas pengumuman, pihak Pandai akan menghubungi Teacher In Charge (Guru Pandai) yang telah didaftarkan melalui WhatsApp untuk mengesahkan maklumat penghantaran hadiah.
⚠️ Penting: Pastikan akaun Guru Bertanggungjawab (TIC) mempunyai maklumat yang lengkap dan betul — termasuk nama penuh, nombor telefon, nama sekolah, dan alamat penghantaran.
Sekiranya maklumat tidak lengkap, proses penghantaran hadiah boleh tergendala atau gagal.
Penafian Umum
Mengemukakan maklumat palsu, menggunakan berbilang akaun, atau menunjukkan tingkah laku tidak sesuai = penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
Juara Digital Pandai menggunakan sistem penandaan dan pemantauan data automatik untuk memastikan kesahihan setiap markah peserta. Sekiranya sistem mengesan aktiviti yang mencurigakan (penggunaan bot atau emulator), akaun peserta akan flagged untuk semakan lanjut. Jika terdapat beberapa flag bagi aktiviti yang mencurigakan, sistem akan secara automatik menyaring dan membatalkan markah peserta tersebut.
Antara aktiviti mencurigakan termasuk:
❌ Penggunaan bot atau emulator
❌ Kekerapan percubaan kuiz yang terlalu tinggi dalam masa singkat
❌ Aktiviti yang tidak konsisten dengan pola pengguna biasa
❌ Maklumat palsu, penggunaan akaun berganda, atau tingkah laku tidak wajar
Pandai Education berhak membatalkan penyertaan dan menahan sebarang hadiah sekiranya mana-mana peraturan di atas dilanggar.
Bagi memastikan pengalaman pembelajaran dan pemarkahan yang adil, markah hanya akan dikira berdasarkan tugasan yang sesuai dengan tahun dan silibus pelajar.
*Contohnya, pelajar Tahun 5 hanya akan mendapat markah apabila mereka melengkapkan ujian topikal Tahun 5.
Pandai tidak bertanggungjawab atas sebarang isu teknikal yang mungkin menjejaskan penyertaan.
Peraduan/kandungan/promosi ini dianjurkan sepenuhnya oleh Pandai Education Sdn Bhd. Ia tidak ditaja, disokong, dikendalikan oleh, atau mempunyai kaitan dengan Apple Inc.
Sebarang maklumat yang diberikan berkaitan dengan peraduan ini adalah untuk Pandai Education Sdn Bhd dan bukan kepada Apple.
BACA JUGA: ID DELIMa 2.0 – Fungsi, Kelebihan & Cara Log Masuk
Maklumat Lanjut Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, anda boleh WhatsApp Support Team di pautan: https://api.whatsapp.com/send/?phone=60182524143 
Laman web rasmi Juara Delima Pandai: https://my.pandai.org/juaradigital-my  Facebook rasmi Pandai Instagram @pandaiofficial Soalan Lazim 1. Apa itu Juara Delima Pandai? Juara Delima Pandai adalah pertandingan akademik pertama di Malaysia yang dijalankan menerusi aplikasi mudah alih Pandai. Ia terbuka untuk pelajar berumur 7 hingga 12 tahun dan bertujuan menggalakkan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan.
2. Bagaimana cara mendaftar? Pendaftaran adalah percuma dan dibuat secara dalam talian melalui aplikasi Pandai atau laman rasmi juaradelima di go.pandai.org/juaradelima-kickstart. Guru perlu mendaftarkan dirinya sebagai “Pandai Teacher” dan membantu murid mendaftar.
3. Siapa yang boleh sertai? Pertandingan ini direka khas untuk pelajar berumur 7 hingga 17 tahun dan bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran secara interaktif dan kompetitif dalam suasana digital yang menyeronokkan.
4. Apakah tempoh pertandingan? Fasa pendaftaran Kickstart adalah dari 20 Mei hingga 30 Mei 2025, manakala pertandingan rasmi berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Oktober 2025.
5. Bagaimana cara permainan atau pertandingan dijalankan? Pelajar perlu menjawab kuiz, ujian, dan cabaran bergamifikasi dalam aplikasi Pandai. Setiap penyelesaian kuiz akan mengumpul ‘Mata Ruby’ untuk mendaki papan kedudukan (leaderboard).
6. Apakah hadiah yang boleh dimenangi? Hadiah menarik termasuk Samsung Galaxy Tab A9, HP Smart Print 580 untuk sekolah teratas, serta hadiah bulanan dan utama dengan nilai melebihi RM250,000.
7. Adakah penyertaan memberi pengiktirafan rasmi? Ya, setiap peserta yang mendaftar akan menerima markah PAJSK peringkat kebangsaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/juara-delima-pandai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=juara-delima-pandai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Cara Mohon Tarikh Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Cara Mohon Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 682 hits
Permohonan dan semakan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 boleh dibuat dengan mudah melalui laman web rasmi STR di Sumbangan Tunai Rahmah 2025 merupakan bantuan tunai langsung yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan miski...
Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk

Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 695 hits
Portal rasmi DELIMa 2 0 boleh diakses di dan merupakan platform pembelajaran digital yang disediakan oleh KPM untuk guru murid dan ibu bapa Sistem ini direka untuk membantu guru dalam menguruskan pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran d...
Inggris Kembali Juara Piala Eropa Wanita 2025 Kalahkan Spanyol Lewat Drama Adu Penalti

Inggris Kembali Juara Piala Eropa Wanita 2025 Kalahkan Spanyol Lewat Drama Adu Penalti

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 253 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Basel Swiss Timnas Putri Inggris sukses mempertahankan gelar juara Piala Eropa Wanita 2025 setelah mengalahkan Spanyol melalui adu penalti dalam partai final yang mene...
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 219 hits
Original Content Memasuki tahun baharu 2025 para penjawat awam di seluruh negara pastinya menantikan jadual rasmi pembayaran gaji bulanan daripada kerajaan Jadual ini bukan sahaja penting sebagai rujukan tetap malah amat membantu dalam pera...
Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 585 hits
Cara Menilai Harga Blog Kadar Caj Artikel TajaanMenentukan harga blog adalah salah satu kemahiran penting bagi setiap blogger yang ingin menjana pendapatan secara konsisten Sama ada korang baru bermula atau sudah lama aktif menulis mengetah...
Tarikh Jadual Spm 2025

Tarikh Jadual Spm 2025

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 222 hits
INFO KPM Jadual Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2025 akan bermula pada Persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia adalah satu fasa penting bagi pelajar di Malaysia Dengan tarikh peperiksaan SPM 2025 yang semakin hampir ...
Garuda Muda Gagal Juara Aff U 23 2025 Usai Tumbang Dari Vietnam

Garuda Muda Gagal Juara Aff U 23 2025 Usai Tumbang Dari Vietnam

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 197 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Jakarta Timnas Indonesia U 23 harus mengakui keunggulan Vietnam U 23 dengan skor 0 1 dalam laga penuh tensi pada partai final yang digelar Selasa malam dan Garuda Muda...
Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

Pos Malaysia Run 2025 Kembali Jom Laju For Fun Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir Rm10 000

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 595 hits
Assalammualaikum semua Sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional serta pemegang mandat tunggal perkhidmatan pos sejagat di Malaysia Pos Malaysia Berhad terus komited mendekati rakyat melalui inisiatif yang memupuk gaya hidup ...
Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 204 hits
Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025 KUALA LUMPUR 1 Ogos Skuad boling remaja negara sah muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia ke 24 di Doha Qatar selepas menambah tiga lagi pingat emas semalam Berbaki...
Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Why Malaysia Must Remain A Multilingual Nation

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Jalan Pokok Pegaga Ku

Amazing Notorious Foodie Beef Bulgogi Recipe

This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal