Icerd Sebenarnya Baik Umno Punca Suasana Tidak Stabil Khalid Samad


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Khalid Samad berkata ICERD sebenarnya baik untuk negara.

Beliau yang juga Menteri Wilayah menjelaskan tujuan kerajaan membangkitkan isu ICERD adalah untuk dikaji dan dibahas kesesuaiannya dengan perlembagaaan.

“Sebenarnya kerajaan harapkan ICERD boleh dibincang secara tenang dan dikaji sejauh mana sebenarnya bercanggah serta sesuai kepada Perlembagaan namun malangnya ia tidak dapat dibahaskan.

“ICERD sebenarnya adalah baik yang menghalang diskriminasi kaum semata-mata,” ujarnya pada Majlis Santai Amanah Sarawak Bersama Media, dipetik dari laporan Utusan.

Mengulas lanjut, Khalid mendakwa kewujudan bantahan terhadap ICERD disebabkan penentangnya tidak faham dan baca ICERD.

Dakwanya lagi ucapan berapi-api pemimpin UMNO dan Pas turut membuatkan orang biasa dipengaruhi apabila dikaitkan dengan kehancuran negara, institusi raja, Islam dan Melayu.

“Ianya dilakukan semata-mata untuk wujudkan suasana tidak stabil, mungkin dengan harapan dapat selamatkan pemimpin UMNO yang sedang dihadapkan ke mahkamah satu persatu.

“Semenanjung ada UMNO guna isu ini dan Pas juga terikut-ikut ditambah dengan dakwaan pemimpinnya menerima bantuan kewangan daripada parti itu,” katanya.

Isu ICERD mula dibangkitkan Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy apabila menyatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan dan meratifikasikan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019.

“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Komitmen ini bukan sahaja diberi oleh saya tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Mujahid Rawa. Ia diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,” katanya, dipetik dari kenyataannya kepada Bernama bulan lalu.

Pengumuman tersebut kemudiannya dikritik pelbagai pihak berikutan kebimbangan tindakan meratifikasikan ICERD dilihat bercanggah dengan perlembagaan negara serta akan menghakis hak keistimewaan orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera, serta menjejaskan kepentingan agama Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, semalam kerajaan PH mengumumkan penangguhan ratifikasi ICERD atas alasan demi kepentingan rakyat dan keselamatan negara.

“Kerajaan berharap penangguhan itu akan menamatkan terus perdebatan berkaitan ICERD serta ketegangan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” lapor Harian Metro yang memetik kenyataan itu. – SuaraTV

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2018/11/icerd-sebenarnya-baik-umno-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 318 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan Pas kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segal...
Icerd Timbalan Presiden Umno Sambut Baik Keputusan Kerajaan

Icerd Timbalan Presiden Umno Sambut Baik Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 228 hits
KU MOHD RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN 23 November 2018 6 25 PM SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyambut baik keputusan tegas dan berp
Umno Syak Baik Ph Tolak Icerd Ada Makna

Umno Syak Baik Ph Tolak Icerd Ada Makna

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 229 hits
MALAYSIAKINI Umno meragui keikhlasan kerajaan enggan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum seperti diumum Pejabat Perdana Menteri petang tadi Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lan...
Sebenarnya Punca Kos Sara Hidup Naik Di Malaysia Adalah Kerana Kenaikan Gaji Atuk Mahathir

Sebenarnya Punca Kos Sara Hidup Naik Di Malaysia Adalah Kerana Kenaikan Gaji Atuk Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 726 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup Anda naikkan gaji sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan naik Bukan begitu caranya mengurus organ...
Wanita Umno Bincang Icerd Esok Pastikan Rakyat Peka Bertentangan Perlembagaan

Wanita Umno Bincang Icerd Esok Pastikan Rakyat Peka Bertentangan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR 30 Nov 8211 Wanita UMNO melihat bahawa masyarakat pelbagai peringkat harus peka dan memahami perkembangan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Sehubungan itu ketuanya Datuk Dr Noraini
Muhyiddin Suruh Pas Umno Buat Di Masjid Saja Doa Selamat Kesyukuran Icerd

Muhyiddin Suruh Pas Umno Buat Di Masjid Saja Doa Selamat Kesyukuran Icerd

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 297 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak perlu bagi PAS dan Umno membuat himpunan bantahan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di padang Merbuk pada 8 Disember Menteri Dalam Negeri Tan Sri M...
Pemimpin Ph Cetek Pengetahuan Punca Mahu Icerd Prof Dr Teo Kok Seong

Pemimpin Ph Cetek Pengetahuan Punca Mahu Icerd Prof Dr Teo Kok Seong

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR Isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tidak akan menjadi polemik atau perdebatan jika pemimpin Pakatan Harapan memahami dan memperhalusi sejarah lama negara dan isi kandunga...
Ketua Tak Kuat Punca Gelombang Keluar Umno Anwar Ibrahim

Ketua Tak Kuat Punca Gelombang Keluar Umno Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 422 hits
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gelombang keluar parti yang melanda UMNO menyerlahkan kelemahan kepimpinan baharu parti itu Tegas Anwar UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang mempunyai sejarah panjang dal...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025