Pemimpin Ph Cetek Pengetahuan Punca Mahu Icerd Prof Dr Teo Kok Seong


KUALA LUMPUR – Isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan menjadi polemik atau perdebatan jika pemimpin Pakatan Harapan (PH) memahami dan memperhalusi sejarah lama negara dan isi kandungan Perlembagaan Persekutuan.Namun, disebabkan kecetekan pengetahuan dalam kedua-duanya menyebabkan pemimpin PH dilihat bersungguh-sungguh berjuang mahu melaksanakan ICERD di Malaysia.Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mengakui amat sedih dan kecewa dengan senario semasa kerana pemimpin yang ada sekarang tidak pernah mahu menggali sejarah tanahair sendiri.Beliau yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) berkata, ICERD kalau difahami dengan betul-betul dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan berkuatkuasa pada 4 Januari 1969.Sedangkan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1957 dan menjadi Malaysia pada tahun 1963.Ini bermakan Perlembagaan Persekutuan lebih dahulu dibentuk dan diwujudkan berbanding ICERD.Dalam proses pembentukan negara, British dan pembesar-pembesar dahulu telah lebih awal mewujudkan Perlembagaan Persekutuan dengan begitu teliti kerana mengambil kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal dan orang China dan India yang datang ke negara ini.“Pemimpin kita dahulu telah lebih awal mengambil pertimbangan mengenai kedudukan Melayu, bukan Melayu; golongan majoriti, minoriti.“Bab agama, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu, bumiputera di Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan soal kerakyatan. Semuanya dicakna dengan begitu teliti, dihalusi dengan sempurna bagi memastikan keharmonian Tanah Melayu yang kemudian menjadi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum,” katanya kepada MalaysiaGazette.Sebagai contoh, menurut Kok Seong, dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”Begitu juga bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.Dua contoh itu adalah bukti penting yang menunjukkan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah melakukan diskriminasi atau melayan secara tidak adil mana-mana kaum.“Malah, dalam bab agama, Perkara 3(1) jelas menunjukkan kesamarataan apabila pengakuan agama Islam dan agama lain boleh diamalkan diletakkan sebaris dalam satu ayat. Bukan ayat bersambung atau perenggan yang berbeza. Semuanya dalam satu ayat, satu nokhtah.“Nampak tak bagaimana pemimpin dahulu berusaha memastikan setiap perkara dalam Perlembagaan Persekutuan begitu terperinci, begitu halus. Jadi mana diskriminasinya.“Pada saya, kita sudah menggubal ‘ICERD’ kita sendiri berdasarkan acuan sendiri mengikut kepentingan negara. Kenapa perlu ada ICERD luar untuk memelihara kepentingan Malaysia,” soal Kok Seong lagi.Lantaran itu, beliau berkata, sudah sampai masanya 222 ahli Parlimen duduk berbincang, mengenepikan apa sahaja sentimen, perbezaan politik dan berbincang secara rasional dan matang apa keperluan ICERD sedangkan Tanah Melayu/Malaysia terlebih dahulu memiliki Perlembagaan Persekutuan yang cukup telus.Beliau menyifatkan pemimpin PH yang mahu memperjuangkan pelaksanaan ICERD semata-mata mahu menunjukkan sifat liberal mereka, kononnya mahu menunjukkan  kelainan daripada Barisan Nasional.Akibatnya, mereka ghairah memperjuangkan ICERD tanpa memikirkan masa depan negara.Lantas, tindak-tanduk pemimpin PH terutama yang bukan Melayu menunjukkan mereka langsung tidak peduli tentang sentimen penduduk majoriti Malaysia.“Pada pandangan saya, keterujaan mereka ini menyebabkan orang Melayu yang pada awalnya dalam keadaan terkejut, kini bertukar menjadi marah.“Saya bimbang orang Melayu mengamuk akibat tindak balas kejutan ini,” tambahnya sambil menasihatkan pemimpin PH terutama yang muda dan golongan yang tidak membaca dan memahami sejarah berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan.Beliau mengingatkan, dalam keterujaan untuk melakukan pembaharuan atau reformasi, jangan sesekali lupa bahawa Malaysia mempunyai sejarah lama yang sepatutnya menjadi kesinambungan kepada sejarah moden negara.“Jangan lihat sejarah negara separuh-separuh. Sejarah lama Persekutuan Tanah Melayu bermula dari sebelum penjajahan British lagi.“Ketika itu orang Melayu mempunyai kuasa, mereka adalah pembesar dan terdiri daripada golongan bijaksana. Mereka juga golongan pemikir. Namun, ia semua musnah sebab dijajah.“Sebab itulah wujud Ketuanan Melayu. Istilah ini jangan sesekali lupa walaupun ada pemimpin lama dan muda cuba menggantikan Ketuanan Melayu dengan Ketuanan Malaysia.“Mana boleh begitu, jangan sesekali pincangkan sejarah. Kalau ia berlaku rosaklah semuanya.“Kalau sayang negara, peluk, dukunglah sejarah lama kuat-kuat. Tidak mungkin ada sekarang, jika tidak ada dulu. Sebab itu sejarah merupakan kisah yang berkaitan, kesinambungan.“Bukan hentam sahaja kerana cara itu akan hanya merosakkan seluruh ekosistem sebuah negara. Dan, bibit-bibit kerosakan ini nampaknya sudah muncul” tegas Kok Seong. – MalaysiaGazetteBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/11/pemimpin-ph-cetek-pengetahuan-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icerd Akan Bawa Malapetaka Kepada Negara Prof Teo Kok Seong

Icerd Akan Bawa Malapetaka Kepada Negara Prof Teo Kok Seong

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 306 hits
SHAH ALAM Pakar sejarah dan sosio budaya negara berpandangan kerajaan tidak perlu untuk meratifikasi konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Menurut Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara Prof D...
Jangan Sampai Melayu Hilang Sabar Prof Teo Kok Seong

Jangan Sampai Melayu Hilang Sabar Prof Teo Kok Seong

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR 21 Nov Kebimbangan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap usaha me ng u bah landskap sosial politik negara melalui penerimaan dasar ke saksamaan fahaman Barat me rupakan perkara serius dan tidak boleh d...
Bimbang Amuk Melayu Pro F Dr Teo Kok Seong Ulas

Bimbang Amuk Melayu Pro F Dr Teo Kok Seong Ulas

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR 21 Nov Kebimbangan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap usaha me ng u bah landskap sosial politik negara melalui penerimaan dasar ke saksamaan fahaman Barat me rupakan perkara serius dan tidak boleh d...
Icerd Sebenarnya Baik Umno Punca Suasana Tidak Stabil Khalid Samad

Icerd Sebenarnya Baik Umno Punca Suasana Tidak Stabil Khalid Samad

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 322 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Abdul Khalid Samad berkata ICERD sebenarnya baik untuk negara Beliau yang juga Menteri Wilayah menjelaskan tujuan kerajaan membangkitkan isu ICERD adalah untuk dikaji dan dibahas kesesuaiannya dengan ...
Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 280 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan Pas kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segal...
Ratifikasi Icerd Jaminan Azmin Ali Pkr Kerajaan Tidak Tunduk Kepada Kuasa Besar

Ratifikasi Icerd Jaminan Azmin Ali Pkr Kerajaan Tidak Tunduk Kepada Kuasa Besar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 290 hits
Kerajaan tidak akan tergesa gesa meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Sehubungan itu Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata masyarakat Melayu dan Bumiputera tidak perl...
Impossible To Ratify Icerd Says Mahathir

Impossible To Ratify Icerd Says Mahathir

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 205 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad says a two thirds majority vote in Parliament will be needed to amend the constitution PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad says it will be impossible to ratify a United Nations rights treaty as it involves a...
Mustahil Boleh Ratifikasi Icerd Tanpa Sokongan Umno Pas

Mustahil Boleh Ratifikasi Icerd Tanpa Sokongan Umno Pas

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 319 hits
KONVENSYEN Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum memerlukan sokongan ahli ahli parlimen Umno dan PAS untuk kerajaan melaksanakannya Dalam erti kata lain ICERD tidak akan dapat diratifikasikan sekiranya ahli parlimen dari ...
Mustahil Laksana Icerd Pm

Mustahil Laksana Icerd Pm

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 275 hits
PERDANA MENTERI Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan adalah mustahil untuk melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Dr Mahathir berkata pelaksanaan ICERD memerlukan Perlembagaan Persekutuan unt...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat