Icerd Laksana Daging Lembu Import Tidak Disembelih Kata Hadi


Diterbitkan pada 03 December 2018
Oleh Aliff Fikri Aziz
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menentang keras pengiktirafan ICERD yang dibandingkan dengan ‘daging lembu yang tidak disembelih’. — Foto oleh Farhan Najib
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) umpama “daging lembu yang tidak disembelih”, dakwa presiden PAS.

Dalam kenyataannya pagi ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata daging lembu import itu tidak mengikut syarat “halal” yang boleh diterima penganut Islam.

“Maka ICERD, laksana daging lembu yang tidak disembelih yang diimport, maka pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mestilah berhati-hati meletakkan jenama halal...,” coretnya di Facebook.

PAS dan Umno merancang mengadakan perhimpunan besar membantah konvensyen tersebut Sabtu ini di Dataran Merdeka di sini walau kerajaan membuat keputusan tidak menyokong ICERD.

Abdul Hadi, ahli parlimen Marang, mendakwa konsep diskriminasi dalam dokumen tersebut “tidak menghormati perbezaan agama dan bangsa” yang tersurat dalam Islam.

“Kalau [Malaysia] menerimanya dengan mudah, bermakna ke arah membolehkan tuntutan pihak tertentu mendapat lesen sehingga melanggar sempadan agama dan hak bumiputera yang wajib dipertahankan, bersama hak yang adil terhadap semua kaum,” katanya.

Beliau memberi contoh Perjanjian Pangkor 1874, yang memberi kuasa kepada residen Inggeris mengurus hal-ehwal Perak kecuali Islam, sebagai permulaan campur tangan negara luar.

“ICERD secara halusnya laksana menerima Perjanjian Pangkor yang bersejarah, lalu menempah campur tangan asing terhadap kedaulatan negara dan bangsa yang terpaksa kita memikul kesannya sehingga kini,” katanya.

“Walaupun jenamanya lembu, namun kita tidak boleh memaksa penganut agama lain yang menghalalkannya tanpa sembelih dan juga tidak boleh memaksa penganut agama yang percaya bahawa lembu adalah binatang yang kudus yang tidak boleh dimakan sekali-kali,” katanya.

Bulan lepas Abdul Hadi dalam kenyataannya menyifatkan konvensyen itu “agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara.”

Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Malaysia tidak akan mengiktiraf ICERD dengan alasan kerajaan akan terus mempertahan perlembagaan negara sebagai asas kontrak sosial


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/icerd-laksana-daging-lembu-import-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunjuk Islam Kuat Pas Himpun Bantah Icerd Kata Hadi

Tunjuk Islam Kuat Pas Himpun Bantah Icerd Kata Hadi

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 451 hits
Diterbitkan pada 30 November 2018Oleh Abdul Rahim SabriDatuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rusuhan kuil tiada kaitan dengan agama tetapi berkait dengan kaum di kalangan tertentu sahaja Foto oleh Farhan NajibMARANG 30 Nov PAS tekad menyertai...
Hadi Berani Bawa Icerd Ke Parlimen

Hadi Berani Bawa Icerd Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 270 hits
Hadi Awang ketika berucap di himpunan ICERD Foto Free Malaysia Today Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakhiri ucapan beliau di Perhimpunan Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD dengan berpantun menggambarkan supaya tidak ada piha...
Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm

Kerajaan Tolak Icerd Demi Bantu Melayu Kata Pm

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 417 hits
December 9 2018 12 10 AMSHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini Perdana ment...
Perhimpunan Icerd Tiada Kaitan Isu Perbalahan Tapak Kuil Hadi Awang

Perhimpunan Icerd Tiada Kaitan Isu Perbalahan Tapak Kuil Hadi Awang

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 315 hits
MARANG PAS menegaskan bahawa perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tiada kaitan langsung dengan isu perbalahan tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Selangor Sebaliknya ...
Himpun Bantah Icerd Hanya Semarak Bara Api Kata Wakil Pkr

Himpun Bantah Icerd Hanya Semarak Bara Api Kata Wakil Pkr

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 315 hits
pada 30 November 2018Oleh Aliff Fikri AzizDr Afif Bahardin berkata pendirian PH jelas untuk tidak meratifikasi ICERD Foto oleh Shafwan ZaidonSEBERANG JAYA 30 Nov Wakil rakyat PKR mengecam tindakan pembangkang yang mahu meneruskan himpunan m...
Bukan Dap Bangkitkan Isu Icerd Kata Guan Eng

Bukan Dap Bangkitkan Isu Icerd Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 342 hits
Bukan DAP bangkitkan isu ICERD kata Guan Eng Dikemas kini 39 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 Nov 2018 3 23PM mid
55 000 Peserta Hadir Himpunan Icerd Kata Polis

55 000 Peserta Hadir Himpunan Icerd Kata Polis

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 412 hits
Safeek Affendy RazaliPESERTA mengaminkan doa ketika Himpunan ICERD di Dataran Merdeka FOTO Asyraf HAmzahPOLIS Kuala Lumpur menganggarkan 55 000 peserta hadir ke perhimpunan membantah ratifikasi ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pe...
Icerd Agenda Freemason Lobangi Dinding Beri Laluan Aedes A Hadi

Icerd Agenda Freemason Lobangi Dinding Beri Laluan Aedes A Hadi

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 424 hits
SHAH ALAM Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama bangsa dan negara demikian kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS itu berkata mengiktiraf ...
Tg Haji Hadi Icerd Adalah Agenda Licik Freemason Yang Sangat Merbahaya

Tg Haji Hadi Icerd Adalah Agenda Licik Freemason Yang Sangat Merbahaya

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama bangsa dan negara Tegasnya ketetapan agama...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations