Tg Haji Hadi Icerd Adalah Agenda Licik Freemason Yang Sangat Merbahaya


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara.
Tegasnya, ketetapan agama Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan tidak tersasul seperti teori Barat yang dibanggakan pengikutnya sehingga memelihara hak asasi binatang dengan melupakan hak asasi manusia.
Menurutnya, peruntukan dalam Perlembagaan sudah memenuhi keperluan masyarakat majmuk di Malaysia yang ternyata lebih baik berbanding daripada ICERD.
“Kita sudah merasai betapa keamanan telah wujud di negara ini tanpa peduli terhadap perakus yang sentiasa mahu memuaskan hawa nafsunya sahaja sehingga mengganas dengan sifat fanatik yang melampau.
“Apa yang berlaku adanya kelemahan dalam aspek pelaksanaan boleh diselesaikan dengan cara kita tersendiri, tidak memerlukan kita mengubah perkara dasar.
“Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan dan hak beragama lain telah menjadi kontrak sosial yang sudah mencukupi mengikut nalurinya,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.
Tambah beliau, umat Islam wajib menolak konsep liberal yang menyamakan semua agama dan perlu memahami perbezaan antara menegakkan kebenaran terhadap agama masing-masing dan hak kebebasan menganut agama masing-masing.
Jelasnya, sifat semua penganut agama wajib percaya bahawa agamanya sahaja yang benar, bukan menganggap agama yang dianutinya sama sahaja dengan agama lain.
“Maka takrif diskriminasi, hak dan keadilan mengikut fahaman kita yang beragama Islam, bahkan semua yang beragama adalah berbeza dengan kalangan yang tidak beragama. Kita tetap berkeyakinan bahawa takrif kita adalah relevan sepanjang zaman.
“Adil mengikut takrif kita ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka amatlah wajar diletakkan hak istimewa kepada kaum tertentu bagi menampung kelemahan yang berlaku.
“Ia seperti memberikan hak istimewa kepada kaum Bumiputera kerana dipinggirkan pada zaman penjajah. Dalam masa sama, tanpa menafikan hak kaum lain yang masih banyak terbiar,” ujarnya.
Tegas Ahli Parlimen Marang itu lagi, ICERD harus disanggah dan ditentang bagi menyelamatkan kedaulatan umat dan negara.
“Mengiktiraf ICERD laksana menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk Aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa maut.
“Ini bukan sekadar menyelamatkan rumah yang kecil, tetapi menyelamatkan kedaulatan umat dan negara. Anggaplah mereka daripada kalangan yang membawa dan memperjuangkannya adalah petualang yang wajib disanggah dan ditentang,” katanya.
Sinar Harian
Berhati-hati dengan agenda licik dan halus musuh-musuh Islam, lihatlah kerosakan yang dibuat mereka di rantau Arab..
Usah terpedaya dengan keindahan diatas nama sama rata sama rasa..
Perjuangkan kemanusiaan mengikut panduan al Quran dan sunnah, itu panduan yang paling sempurna dan memveri keadilan yang sebenar bukannya mengikut acuan Barat!.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/tg-haji-hadi-icerd-adalah-agenda-licik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icerd Agenda Freemason Lobangi Dinding Beri Laluan Aedes A Hadi

Icerd Agenda Freemason Lobangi Dinding Beri Laluan Aedes A Hadi

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 401 hits
SHAH ALAM Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama bangsa dan negara demikian kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS itu berkata mengiktiraf ...
Icerd Agenda Freemason Untuk Hancurkan Negara Hadi

Icerd Agenda Freemason Untuk Hancurkan Negara Hadi

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 347 hits
Mengiktiraf ICERD laksana menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk Aedes masuk ke dalam rumah kata Abdul Hadi ICERD Agenda Freemason Untuk Hancurkan Negara Hadi
Hadi Terms Icerd As Freemason Agenda

Hadi Terms Icerd As Freemason Agenda

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 315 hits
In a lengthy call for all Muslims to oppose ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination PAS president Abdul Hadi Awang has concluded that the human rights accord is a Freemason agend...
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Amaran Pas Tentang Icerd

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Amaran Pas Tentang Icerd

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 672 hits
Maka PAS memberi amaran yang sekeras kerasnya Jangan menyalahgunakan parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan ketahuilah bahawa mudah saja bagi PAS untuk mengerah berjuta rakyat ke jalanraya sekiranya parlimen disalahguna untuk mengiktraf...
Hadi Selar Penyokong Icerd

Hadi Selar Penyokong Icerd

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 348 hits
KUALA TERENGGANU Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar beberapa individu beragama Islam di negara ini yang secara terang terangan menyokong cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrim...
Why Just Hold Anti Icerd Rally Why Not Hold Anti Corruption 1mdb Rally As Well Kit Siang Challenges Cosy Zahid Hadi

Why Just Hold Anti Icerd Rally Why Not Hold Anti Corruption 1mdb Rally As Well Kit Siang Challenges Cosy Zahid Hadi

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 363 hits
PERAK 18 11 2018 Thousand of protesters comprising from political party Umno and Pas and non governmental organisations gathered at the Kampung Gajah taxi stand to oppose the ratification of the ICERD MALAYMAIL Farhan NajibWill UMNO and PAS...
Hadi Compulsory For Muslims To Oppose Icerd

Hadi Compulsory For Muslims To Oppose Icerd

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 508 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has said that all Muslims must oppose the ratification of the International Convention of the Elimination of Racial Discrimination He said this is because the ratification of Icerd would place Islam at the sam...
Anti Icerd Celebration Only Aids Zahid Hadi S Ambitions Pm S Polsec

Anti Icerd Celebration Only Aids Zahid Hadi S Ambitions Pm S Polsec

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 313 hits
The prime minister s political secretary said today that the upcoming for the non ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination only serves the ambitions of glamour crazy opposition le...
Wajib Tentang Icerd Hadi

Wajib Tentang Icerd Hadi

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 446 hits
Helmy Abd Rahmanhelmy rahman nstp com myPRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang ketika memberi ceramah sempena Sambutan Ambang Maulidur Rasul Peringkat negeri di Masjid Abidin FOTO Rozainah ZakariaPRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar beb...
Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Resepi Makmur Pandan


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara

Bateri 7000mah Untuk Siri Galaxy S26