Ibu Tunggal Bergelut Sara Keluarga Akibat Pandemik


Durie Rainer FongNorafidah Lion bersama anaknya sebelum Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.KOTA KINABALU: Kali terakhir Norafidah Lion bertemu anak lelakinya 3 bulan lalu manakala anak perempuannya pula 5 bulan lalu.
Amat menyakitkan apabila berada jauh daripada mereka, tetapi ibu tunggal berusia 28 tahun berasal dari Kudat, daerah Sabah paling utara itu tiada pilihan kerana dia berusaha mencari pendapatan untuk keluarganya.
Selepas berpisah dengan suami, wanita itu kini keseorangan mengharungi pahit getir membesarkan anaknya yang berusia 9 dan 8 tahun.
Ia bukan perjalanan kehidupan yang sentiasa lancar baginya, terutama ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ketika ini.
Anak lelakinya tinggal di Ranau bersama mentuanya manakala anak perempuan pula dijaga kakaknya di Kudat.
Norafidah bekerja dalam industri spa di Kuala Lumpur tahun lalu namun hilang pekerjaann apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada Mac. Dia kemudian pulang ke Sabah dan bersatu dengan anaknya buat sementara sebelum ke Penambang yang terletak di pantai barat untuk mengikuti kursus kemahiran baru.
“Saya amat merindui anak-anak dan mereka selalu mencari saya, tetapi apa saya boleh buat? Saya mesti cari kerja untuk mendapatkan wang kerana keadaan ketika ini sangat susah bagi kami,” katanya kepada FMT.
Wanita itu berharap dapat bersama anaknya sepanjang masa, bukan membebankan orang lain terutama keluarga yang turut berdepan kesukaran. Sejak pulang dari Kuala Lumpur dia mencuba pelbagai cara untuk menjana pendapatan, termasuk menjual barangan dalam talian namun bukan semua membuahkan hasil.
Norafidah selesai menjalani kursus estetik tetapi latihan praktikalnya di sebuah syarikat tempatan terhenti susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kerana premis berkenaan ditutup sepanjang tempoh itu.
“Selain itu, saya mengikuti kursus selepas bersalin tetapi ia juga ditangguhkan. Saya betul-betul bergelut bagi mendapatkan wang untuk anak-anak. Jika ada peluang saya akan cuba tetapi saya berdepan banyak halangan seperti perniagaan dalam talian,” katanya.
Walaupun bersyukur dengan sedikit simpanan bagi membolehkannya membeli barang keperluan untuk anak-anak, Norafidah berkata ia habis dengan cepat kerana tidak memperoleh sebarang pendapatan.
“Saya juga bersyukur atas Bantuan Prihatin Nasional kerajaan tetapi ia tidak bertahan lama kerana saya mempunyai banyak komitmen,” katanya memaklumkan wang diberikan bekas suami hanya digunakan untuk pendidikan anaknya.
“Sebab itu saya berharap pelaksanaan perintah pergerakan dan wabak ini berakhir secepat mungkin kerana keadaan ketika ini ia amat susah.”
Seorang lagi ibu tunggal, Chin Yean Lin menyuarakan kebimbangan sama selepas diberhentikan daripada pekerjaannya sebagai tukang cuci di sebuah hotel sejak Jun lalu.
Wanita berusia 37 tahun itu berkata, dia mempunyai 4 anak berusia antara 10 hingga 15 tahun tetapi dengan tiada pekerjaan dan pendapatan stabil, kehidupannya semakin sukar.
Semua 5 anggota keluarga itu tinggal di Tuaran dan hanya bergantung kepada bantuan kebajikan, yang merupakan bayaran tahunan dan bantuan bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM1,000. Mereka tinggal di sebuah unit rumah pangsa dengan ibu Chin yang menghidap darah tinggi dan 2 kakaknya.
Dengan begitu ramai tanggungan untuk dijaga dan banyak bil perlu dibayar, Chin yang turut mengikuti kursus selepas bersalin berkata, dia kehabisan ikhtiar bagaimana hendak menjaga keluarga.
“Saya bingung untuk mencari pekerjaan dalam keadaan PKPB sekarang ini, tiada banyak peluang di luar sana.
“Saya benar-benar tertekan memikirkan perkara ini, nampak seolah-olah perintah pergerakan akan berterusan kerana tiada sebarang tanda menunjukkan wabak ini akan reda di Sabah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/ibu-tunggal-bergelut-sara-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percayalah Undi Akan Hilang Bila Nasib Rakyat Marhaen Tidak Berubah

Percayalah Undi Akan Hilang Bila Nasib Rakyat Marhaen Tidak Berubah

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 417 hits
Tuan tuan dalam 71 hari lagi tahun 2020 akan tamat habis dan akan lahirlah tahun baru 2021 Pada setiap penghujung tahun kita mesti tepuk dada kita dan tanya satu soalan yang simple Bagaimanakah nasib kita kehidupan kita kewangan dan ekonomi...
Saya Teringin Pergi Jumpa Keluarga Arwah Mohon Maaf Di Atas Segalanya Ibu Suspek

Saya Teringin Pergi Jumpa Keluarga Arwah Mohon Maaf Di Atas Segalanya Ibu Suspek

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 234 hits
Tiada ibu yang mahu melihat anaknya dihantar ke penjara atau digantung sampai mati akibat dari perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan Ibu kepada suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya bagaimanapun redha dengan apa yang telah berlaku dan me...
Duit Bpn Buat Modal Barang Basah Siap Siang Jadi Lubuk Rezeki Ibu Tunggal

Duit Bpn Buat Modal Barang Basah Siap Siang Jadi Lubuk Rezeki Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 201 hits
Ekoran krisis kesihatan akibat penularan wabak pendemik COVID 19 di seluruh dunia pada 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara Ekoran pelaksanaan PK...
Industri Pelancongan Makin Tenat Akibat Pandemik Covid 19

Industri Pelancongan Makin Tenat Akibat Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 385 hits
Sebelum pandemik COVID 19 menyelubungi dunia pada awal tahun 2020 industri pelancongan dunia berkembang pesat Pakej pakej pelancongan dan tiket tambang rendah sentiasa habis terjual setahun lebih
Saya Akan Berjumpa Dan Minta Maaf Dengan Keluarga Arwah Surya Ibu Suspek

Saya Akan Berjumpa Dan Minta Maaf Dengan Keluarga Arwah Surya Ibu Suspek

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 358 hits
Seperti ibu lain Mala juga tidak mahu melihat pengakhiran anaknya sedemikian rupa namun dia juga akur tidak mampu untuk melawan qada dan qadar Gambar Astro AWANI HULU TERENGGANU Sekalipun pahit untuk ditelan namun tiada apa lagi yang mampu ...
Ibu Tunggal Anak Tujuh Mengaku Salah Tawar Khidmat Seks

Ibu Tunggal Anak Tujuh Mengaku Salah Tawar Khidmat Seks

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 265 hits
Oleh NUR NAZLINA NADZARI SEORANG ibu tunggal di bawa keluar dari Mahkamah Majistret Kangar Perlis hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Behor Temak 16 Oktober lalu UTUSANKANGAR Seorang ibu tunggal bera...
Ibu Suspek Redha Sejak Hari Pertama Anak Ditahan Sedia Berjumpa Keluarga Arwah Untuk Mohon Maaf

Ibu Suspek Redha Sejak Hari Pertama Anak Ditahan Sedia Berjumpa Keluarga Arwah Untuk Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 381 hits
HULU TERENGGANU Sekalipun pahit untuk ditelan namun tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh Mala selain daripada menyerahkan kepada plhak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya Mala yang juga ibu kepada suspek tragedi berdarah pembun...
6 Barang Yang Ibu Bapa Wajib Sediakan Sendiri Untuk Anak Anak Sebelum Ke Sekolah Sewaktu Pandemik Covid 19

6 Barang Yang Ibu Bapa Wajib Sediakan Sendiri Untuk Anak Anak Sebelum Ke Sekolah Sewaktu Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 564 hits
Nampaknya ibu bapa ada yang sudah mula ambil ringan dengan keperluan anak anak yang bersekolah Jika diawal awal sekolah dibuka selepas 3 bulan sekolah ditutup ramai ibu bapa yang mengambil berat dengan keperluan anak anak Semuanya serba len...
Ibu Tunggal Terpaksa Tebalkan Muka Berhutang Mee Segera Demi Alas Perut Anak Anak Masih Kecil

Ibu Tunggal Terpaksa Tebalkan Muka Berhutang Mee Segera Demi Alas Perut Anak Anak Masih Kecil

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 382 hits
Demi meneruskan hidup ibu tunggal yang kematian suami sejak April lalu terpaksa menebalkan muka berhutang mee segera demi mengisi perut anak anak daripada kelaparan Rini Mohd Yusup 41 bersama tiga anaknya Mohamad Safuan 8 Mohamad Alsam 6 da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba