Ibu Suspek Redha Sejak Hari Pertama Anak Ditahan Sedia Berjumpa Keluarga Arwah Untuk Mohon Maaf


HULU TERENGGANU: Sekalipun pahit untuk ditelan, namun, tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh Mala (bukan nama sebenar) selain daripada menyerahkan kepada plhak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya.
Mala yang juga ibu kepada suspek tragedi berdarah pembunuhan remaja Siti NurSurya Ismail, 19, di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu, Ahad lalu sudah habis kata-kata untuk menceritakan kesedihan yang bersarang di jiwa.
Seperti ibu lain, Mala juga tidak mahu melihat pengakhiran anaknya sedemikian rupa, namun dia juga akur tidak mampu untuk melawan qada dan qadar.
Ketika kunjungan Astro AWANI ke kediamannya hari ini, nyata riak wajahnya menyimpan seribu rasa yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Cemuhan, sindiran serta lemparan kata-kata yang tidak sedap kendengaran di telinga mula diterima Mala sekeluarga.
Mengakui bukan mudah untuk menerima tekanan sedemikian rupa, namun ketenangan akan hadir setiap kali mengadu kepada Yang Maha Esa.
Dalam situasi sekarang, apa yang mampu dilakukan Mala ialah menerima dengan lapang dada sebaik anak kesayangan ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Apapun, kata Mala, dia telah redha sejak hari pertama lagi anaknya ditahan dan baginya biarlah pihak berkuasa dan neraca keadilan yang menentukan untung nasib anaknya itu.
Bagi ibu malang itu, tiada kewajipan untuk mempertahan pada setiap kesalahan oleh siapa sahaja, tetapi, naluri sebagai ibu, doa buat anaknya tidak pernah lekang dipanjatkan . Jauh di sudut hati, Mala mengakui, kepada anak sulungnya itulah tempatnya selama ini bergantung harap dan mengadu nasib jika ada perkara yang perlu dikongsi.
“Selama ini dia dengar kata saya, sebab saya hidup serba kekurangan, tak pernah mengeluh. Kalau mengadu pun pada dia hanya mengenai kesusahan hidup yang kami lalui, maklumlah saya hanya tukang cuci sahaja.
“Dia hanya bercakap tak apalah ma, kakak (panggilan buat suspek) bela nasib kita nanti kalau kakak dapat kerja. Dia nak jadi cikgu. Dia anak baik… boleh kongsi masalah. Tapi sekarang ini saya serah kepada polis, tapi kak tetap berdoa,” kata Mala meluah perasaannya dalam wawancara dengan Astro AWANI.
Mala yang juga ibu kepada dua orang anak berkata, sepengetahuannya, Allahyarham Surya merupakan rakan baik anaknya, bahkan mereka amat menyayangi antara satu sama lain. Dalam perbualan yang sarat dengan kepiluan dan kekesalan ekoran kejadian itu, Mala berkata, sukar untuk dia membayangkan dengan apa yang berlaku pada nasib Allahyarham Siti Nur Surya.
Dan, jauh di sudut hati, Mala sememangnya menyimpan hasrat pada hari pertama kejadian lagi untuk menziarahi keluarga Allahyarham yang diakuinya sebagai keluarga yang baik pekerti mereka. Bahkan, keperibadian Siti Nur Surya juga, kata Mala, amat disenanginya kerana Allahyarham merupakan seorang anak yang baik dan taat pada ibu bapa serta menghormati orang tua.
“Tentulah saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.
“Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya. Tapi buat masa sekarang urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan.
“Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya),” ujar Mala dalam nada yang sangat sayu.
Bercerita lanjut, Mala berkata, kemiskinan yang dilalui keluarganya itu menyebabkan anaknya terpaksa menolak beberapa tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kekangan kewangan. Bagaimanapun, jelas Mala, anaknya itu tidak pernah merungut tentang kekurangan yang diharungi mereka selama ini.
“Pernah juga sampai ke tahap terpaksa tangguh bayar duit yuran sekolah dia kerana tidak ada duit. Nak buat macam mana,” ujar Mala.
Kenyataan ibu suspk itu turut diakui jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Beri, 52.
“Dia (suspek) budak jenis jarang keluar rumah sebenarnya. Duduk di rumah saja kebiasaannya yang setakat saya taulah. Tak ada pula saya dengar dia pernah buat masalah apa. Tak sangka sungguh apa yang berlaku ini. Susah nak percaya,” katanya lagi. Sehubungan itu, Mala memohon kepada orang ramai agar tidak memperkatakan sesuatu yang tidak sepatutnya mengenai suspk dan keluarga kerana ia tidaklah seperti yang digambarkan. Malah jika mengenali mereka sukar untuk percaya atau menerima apa yang berlaku itu disabitkan jirannya. Ia berikutan banyak yang dilihatnya dkwaan yang keterlaluan dan tidak benar sama sekali perkara yang ditom4h terhadap suspk dan keluarganya.
Pada Ahad, Siti Nur Surya dipercayai dibunuh di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu. Mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman, dipercayai akibat senjata tajam, di beberapa bahagian badann, termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Polis percaya penahanan suspek yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian pembunuhan kejam itu.
Sumber – Astro Awani via Jirancakap

The post Ibu Suspek Redha Sejak Hari Pertama Anak Ditahan, Sedia Berjumpa Keluarga Arwah Untuk Mohon Maaf appeared first on Suara Viral Malaysia.


source: Suara Viral Malaysia

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/11/ibu-suspek-redha-sejak-hari-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Akan Berjumpa Dan Minta Maaf Dengan Keluarga Arwah Surya Ibu Suspek

Saya Akan Berjumpa Dan Minta Maaf Dengan Keluarga Arwah Surya Ibu Suspek

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 358 hits
Seperti ibu lain Mala juga tidak mahu melihat pengakhiran anaknya sedemikian rupa namun dia juga akur tidak mampu untuk melawan qada dan qadar Gambar Astro AWANI HULU TERENGGANU Sekalipun pahit untuk ditelan namun tiada apa lagi yang mampu ...
Saya Teringin Pergi Jumpa Keluarga Arwah Mohon Maaf Di Atas Segalanya Ibu Suspek

Saya Teringin Pergi Jumpa Keluarga Arwah Mohon Maaf Di Atas Segalanya Ibu Suspek

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 234 hits
Tiada ibu yang mahu melihat anaknya dihantar ke penjara atau digantung sampai mati akibat dari perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan Ibu kepada suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya bagaimanapun redha dengan apa yang telah berlaku dan me...
Ibu Bersyukur Arwah Sandra Datang Dalam Mimpi 40 Hari Bertemankan Air Mata

Ibu Bersyukur Arwah Sandra Datang Dalam Mimpi 40 Hari Bertemankan Air Mata

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 344 hits
Tepat 44 hari akhirnya kakak datang juga dalam mimpi mama terima kasih nak mama tak akan lupa ciuman yang mama berikan pada kakak dan pelukan tangan kakak memeluk erat badan mama source
Setiap Hari Anak Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat

Setiap Hari Anak Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 488 hits
Anak anak memang lumrah sukakan perhatian daripada papa dan mama Ketika mereka sedang membesarlah saat paling sesuai untuk papa dan mama mengajar mereka tentang adab dan peribadi yang baik Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan anak jadikan a...
Mahathir Mahu Jatuhkan Ph Sejak Hari Pertama Jadi Kerajaan Husam

Mahathir Mahu Jatuhkan Ph Sejak Hari Pertama Jadi Kerajaan Husam

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 282 hits
Bekas Naib Presiden Amanah Senator Datuk Husam Musa mendakwa kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan Ia dapat dilihat melalui indikator daripada apa yang berlaku sejak awal dan beliau sudah banyak ka...
Ini Luahan Ibu Suspek Kes Bunuh Arwah Nur Surya

Ini Luahan Ibu Suspek Kes Bunuh Arwah Nur Surya

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 590 hits
HULU TERENGGANU Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah demikian luah ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya Ismail 19 yang ditemui mati dengan kesan teta...
Kurang 48 Jam Untuk Lihat Dunia Allah Jemput Anak Ini Tunggu Ibu Ayahnya Di Syurga

Kurang 48 Jam Untuk Lihat Dunia Allah Jemput Anak Ini Tunggu Ibu Ayahnya Di Syurga

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 328 hits
Allah sebaik baik perancang Setiap apa yang berlaku semuanya dengan kehendak Nya Begitu jugalah dengan kisah pasangan suami isteri ini yang kehilangan anak dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan Bagi pasangan suami isteri ini kegembiraan ...
Nak Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Marion Caunter Kongsi Cita Cita Anak Kedua Sempena Ulangtahun Ketujuh Lana Rose

Nak Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Marion Caunter Kongsi Cita Cita Anak Kedua Sempena Ulangtahun Ketujuh Lana Rose

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 640 hits
Keletah anak anak selalunya membuatkan kita rasa gembira Tambah pula bila mereka mula bercerita tentang apa cita cita dan impian mereka bila dewasa kelak Apa sahaja impian mereka kita sebagai ibu bapa pastinya akan menyokong minat mereka si...
Cekcok Di Acara Kumpul Keluarga Seorang Pria Di Tts Dibunuh Bapak Dan Anak

Cekcok Di Acara Kumpul Keluarga Seorang Pria Di Tts Dibunuh Bapak Dan Anak

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 314 hits
Benyamin Silla warga Desa Kiufatu Kecamatan Kualin Kabupaten Timor Tengah Selatan Nusa Tenggara Timur tewas setelah ditikam menggunakan pisau Jumat dini hari tadi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir