Saya Akan Berjumpa Dan Minta Maaf Dengan Keluarga Arwah Surya Ibu Suspek


Seperti ibu lain, Mala juga tidak mahu melihat pengakhiran anaknya sedemikian rupa, namun, dia juga akur tidak mampu untuk melawan qada dan qadar. – Gambar Astro AWANI HULU TERENGGANU: Sekalipun pahit untuk ditelan, namun, tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh Mala (bukan nama sebenar) selain daripada menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya.
Mala yang juga ibu kepada suspek tragedi berdarah pembunuhan remaja Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu, Ahad lalu sudah habis kata-kata untuk menceritakan kesedihan yang bersarang di jiwa.
Seperti ibu lain, Mala juga tidak mahu melihat pengakhiran anaknya sedemikian rupa, namun, dia juga akur tidak mampu untuk melawan qada dan qadar.
Ketika kunjungan Astro AWANI ke kediamannya hari ini, nyata riak wajahnya menyimpan seribu rasa yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Cemuhan, sindiran serta lemparan kata-kata yang tidak sedap kendengaran di telinga mula diterima Mala sekeluarga
Mengakui bukan mudah untuk menerima tekanan sedemikian rupa, namun ketenangan akan hadir setiap kali mengadu kepada Yang Maha Esa.
Dalam situasi sekarang, apa yang mampu dilakukan Mala ialah menerima dengan lapang dada sebaik anak kesayangan ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan
Apapun, kata Mala, dia telah redha sejak hari pertama lagi anaknya ditahan dan baginya biarlah pihak berkuasa dan neraca keadilan yang menentukan untung nasib anaknya itu.
Bagi ibu malang itu, tiada kewajipan untuk mempertahan pada setiap kesalahan oleh siapa sahaja, tetapi, naluri sebagai ibu, doa buat anaknya tidak pernah lekang dipanjatkan .
Jauh di sudut hati, Mala mengakui, kepada anak sulungnya itulah tempatnya selama ini bergantung harap dan mengadu nasib jika ada perkara yang perlu dikongsi.
“Selama ini dia dengar kata saya, sebab saya hidup serba kekurangan, tak pernah mengeluh. Kalau mengadu pun pada dia hanya mengenai kesusahan hidup yang kami lalui, maklumlah saya hanya tukang cuci sahaja.
“Dia hanya bercakap tak apalah ma, kakak (panggilan buat suspek) bela nasib kita nanti kalau kakak dapat kerja. Dia nak jadi cikgu. Dia anak baik… boleh kongsi masalah. Tapi sekarang ini saya serah kepada polis, tapi kak tetap berdoa,” kata Mala meluah perasaannya dalam wawancara dengan Astro AWANI.
Mala yang juga ibu kepada dua orang anak berkata, sepengetahuannya, Allahyarham Surya merupakan rakan baik anaknya, bahkan mereka amat menyayangi antara satu sama lainm.
Dalam perbualan yang sarat dengan kepiluan dan kekesalan ekoran kejadian itu, Mala berkata, sukar untuk dia membayangkan dengan apa yang berlaku pada nasib Allahyarham Siti Nur Surya.
Dan, jauh di sudut hati, Mala sememangnya menyimpan hasrat pada hari pertama kejadian lagi untuk menziarahi keluarga Allahyarhan yang diakuinya sebagai keluarga yang baik pekerti mereka.

Bahkan, keperibadian Siti Nur Surya juga, kata Mala, amat disenanginya kerana Allahyarham merupakan seorang anak yang baik dan taat pada ibu bapa serta menghormati orang tua.
“Tentulah saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.
“Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya. Tapi buat masa sekarang urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan.
“Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya),” ujar Mala dalam nada yang sangat sayu.
Bercerita lanjut, Mala berkata, kemiskinan yang dilalui keluarganya itu menyebabkan anaknya terpaksa menolak beberapa tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kekangan kewangan.
Bagaimanapun, jelas Mala, anaknya itu tidak pernah merungut tentang kekurangan yang diharungi mereka selama ini.
“Pernah juga sampai ke tahap terpaksa tangguh bayar duit yuran sekolah dia kerana tidak ada duit. Nak buat macam mana,” ujar Mala.
Kenyataan ibu suspek itu turut diakui jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Beri, 52.
“ Dia (suspek) budak jenis jarang keluar rumah sebenarnya. Duduk di rumah saja kebiasaannya yang setakat saya taulah. Tak ada pula saya dengar dia pernah buat masalah apa. Tak sangka sungguh apa yang berlaku ini. Susah nak percaya,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Beri memohon kepada orang ramai agar tidak memperkatakan sesuatu yang tidak sepatutnya mengenai suspek dan keluarga kerana ia tidaklah seperti yang digambarkan.
Malah jika mengenali mereka sukar untuk percaya atau menerima apa yang berlaku itu disabitkan jirannya.
Ia berikutan banyak yang dilihatnya dakwaan yang keterlaluan dan tidak benar sama sekali perkara yang ditomah terhadap suspek dan keluarganya.
Pada Ahad, Siti Nur Surya dipercayai dibunuh di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman, dipercayai akibat senjata tajam, di beberapa bahagian badan, termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Polis percaya penahanan suspek yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian pembunuhan kejam itu.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat turut berkesempatan menziarahi keluarga suspek dan mangsa dengan berkongsi sebuah posting di laman Facebook.
Saya turut bersimpati
“Keluarga suspek juga terkejut dan sukar mempercayai dengan kejadian yang berlaku ini. Namun terpaksa menerima hakikat anak sulong mereka kini berada di dalam tahanan polis.
“Mereka sekeluarga terpaksa berdepan dengan orang sekeliling dan sebagainya. Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dihadapi dan akan menerima khidmat kaunseling dalam masa terdekat,” kongsinya.
Sumber: Awani, FB Haji Hanafiah Mat , OhMyMedia
Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya

Tragedi pembunuhan Siti Nur Surya, ‘rakan sekolah’ direman 7 hari bantu siasatan

The post “Saya Akan Berjumpa Dan Minta Maaf Dengan Keluarga Arwah Surya” – Ibu Suspek appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/05/saya-akan-berjumpa-dan-minta-maaf-dengan-keluarga-arwah-surya-ibu-suspek/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Suspek Redha Sejak Hari Pertama Anak Ditahan Sedia Berjumpa Keluarga Arwah Untuk Mohon Maaf

Ibu Suspek Redha Sejak Hari Pertama Anak Ditahan Sedia Berjumpa Keluarga Arwah Untuk Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 384 hits
HULU TERENGGANU Sekalipun pahit untuk ditelan namun tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh Mala selain daripada menyerahkan kepada plhak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya Mala yang juga ibu kepada suspek tragedi berdarah pembun...
Saya Teringin Pergi Jumpa Keluarga Arwah Mohon Maaf Di Atas Segalanya Ibu Suspek

Saya Teringin Pergi Jumpa Keluarga Arwah Mohon Maaf Di Atas Segalanya Ibu Suspek

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 240 hits
Tiada ibu yang mahu melihat anaknya dihantar ke penjara atau digantung sampai mati akibat dari perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan Ibu kepada suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya bagaimanapun redha dengan apa yang telah berlaku dan me...
Ini Luahan Ibu Suspek Kes Bunuh Arwah Nur Surya

Ini Luahan Ibu Suspek Kes Bunuh Arwah Nur Surya

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 599 hits
HULU TERENGGANU Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah demikian luah ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya Ismail 19 yang ditemui mati dengan kesan teta...
Ini Keadaan Terkini Keluarga Arwah Nur Surya

Ini Keadaan Terkini Keluarga Arwah Nur Surya

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 283 hits
KUALA TERENGGANU Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail 19 menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan moral dan mendoakan kesihatan ibu remaja terbabit yang menghidap kanser otak tahap tiga
Beratnya Ujian Mereka Ustaz Ebit Lew Ziarah Beri Sumbang Buat Ahli Keluarga Arwah Siti Nur Surya

Beratnya Ujian Mereka Ustaz Ebit Lew Ziarah Beri Sumbang Buat Ahli Keluarga Arwah Siti Nur Surya

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 257 hits
Kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail di Hulu Terengganu mendapat perhatian ramai bahkan sehingga hari ini ramai yang masih lagi terkesan dan sedih dengan kejadian tersebut Tak terbayang perasaan ahli keluarga yang terpaksa menanggung pemerg...
Suspek Kes Bunuh Surya Ditahan Reman

Suspek Kes Bunuh Surya Ditahan Reman

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 392 hits
MARANG Pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail 19 dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan
Mahkamah Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Di Reman Tujuh Hari Untuk Bantu Siasatan

Mahkamah Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Di Reman Tujuh Hari Untuk Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 983 hits
MARANG Seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan manakala tangan kirinya putus dalam kejadian di Lubuk Batu Terlemong Ahad le...
Pilu Dengar Kisah Gadis Dibunuh Rakan Ebit Lew Ziarah Keluarga Nur Surya

Pilu Dengar Kisah Gadis Dibunuh Rakan Ebit Lew Ziarah Keluarga Nur Surya

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 577 hits
Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bergegas ke Terengganu bagi menziarahi ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam itu Dalam perkongsian beliau di Facebook sebentar t...
Hiburan Terkesan Dengan Berita Pembunuhan Tragis Anzalna Nasir Nak Bantu Keluarga Allahyarham Nur Surya

Hiburan Terkesan Dengan Berita Pembunuhan Tragis Anzalna Nasir Nak Bantu Keluarga Allahyarham Nur Surya

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 530 hits
Mengakui terkesan dengan berita pembunuhan tragis seorang remaja baru baru ini pelakon cantik Anzalna Nasir memasang niat untuk membantu keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail yang kini menetap di Kampung Lubok Batu Telemong Terengganu ...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa