Ibu Tua Ini Pinjam Telefon Gadis Ini Sebab Tunggu Anak Dia 3 Jam Tak Datang Di Ktm Rupa Rupanya Anak Dia Telah


Ibu Tua Ini Pinjam Telefon Gadis Ini Sebab Tunggu Anak Dia 3 Jam Tak Datang Di KTM. Rupa Rupanya Anak Dia Telah… Perkongsian Fatin di Twitter mendapat pelbagai reaksi termasuklah dikecam kerana bersikap ‘judgemental’ atau mudah menghakimi orang lain. Seorang gadis tidak menyangka di saat menunggu rakannya yang menaiki kereta api dari Arau, Perlis ke Alor Setar Kedah, dia melalui satu pengalaman yang menyayat hati. Berkongsi kejadian Ahad lalu di akaun Twitternya, gadis tersebut memberitahu dia ditegur oleh seorang warga emas di Stesen KTM Alor Setar, yang mahu meminjam telefon bimbitnya bagi membuat panggilan.

Tolong Telefon Anak “Adik, makcik nak pinjam telefon sat (sekejap). Telefon makcik tak ada kredit. Ni makcik nak telefon anak makcik, tiga jam dah tunggu,” tulisnya di Twitter @fatinuraini_ yang kemudiannya tular sejak Selasa. Dalam posting yang sama dia menulis: “Kami telefon anak lelaki dia tapi saya seakan tak percaya dengan apa yang saya dengar, ‘Mak ni sabaq (sabar) la sat. Cek (saya) tak larat. Satgi (sekejap lagi) cek pi (pergi).

Tunggu Kawan Ambil Bercakap kepada mStar Online, gadis berkenaan, Fatin Nuraini Abdul Ghani, 19, berkata, kejadian berlaku tengah hari Ahad, sebaik dia tiba dari Gurun dan berada di tempat menunggu sementara menanti rakannya. Di situ, saya ditegur makcik tu. Dah tua, lebih kurang 70-an umurnya. Dia bawa satu beg berisi pakaian, beg tangan dan satu beg plastik besar mengandungi makanan. Makcik tu kata dia dari Perlis, ambil tren perjalanan paling awal untuk ke Alor Setar. Sebab dia kata anaknya beritahu akan tunggu bila dia sampai. Banyak kali makcik tu telefon anak dia, tapi tak berjawab,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Rindu Dengan Anak Dan Cucu Selepas panggilan dibuat menggunakan telefon bimbitnya, Fatin berkata, anak lelaki makcik tersebut tiba di stesen kira-kira setengah jam kemudian. Jelas anak bongsu daripada lima beradik ini, warga emas itu memberitahu dia datang ke Alor Setar untuk berjumpa dengan anak sulung dan tiga cucunya. Makcik tu kata dah lama sangat tak jumpa dengan anak dan cucu-cucu dia. Jarang pula berhubung menerusi panggilan telefon. Dia rindu, tu yang datang ke Alor Setar.

Bagitahu Anak Dia “Bila anaknya sampai, saya pun beritahu yang makcik dah tunggu tiga jam. Lepas tu dia pandang mak dia dan kata, ‘Mak ni, kenapa ambil tren awal kalau tak boleh tunggu’,” ujar Fatin, sambil menambah meskipun anak lelaki warga emas itu tidak bercakap dengannya, tetapi dia masih dapat mendengar butiran perbualan mereka. Walaupun tidak mengetahui sejauh mana hubungan mereka, Fatin menjelaskan pandangannya itu menyentuh hatinya dan melibatkan perikemanusiaan antara ibu dan anak. Macam mana saya tak ‘judge’ sebab dia biarkan mak dia tunggu sampai tiga jam… bukan 10 minit ke setengah jam.
Bukan Suka-Suka Nak Buat Kesimpulan “Bayangkan, makcik tu tunggu sampai tengah hari. Dia dah berpeluh-peluh, bila saya tanya pasal teksi, dia cakap bawa duit cukup-cukup. Bila saya tawar untuk tempahkan (perkhidmatan) Grab, makcik tu tak ingat alamat rumah anaknya. Walaupun di situ tempat awam, tapi masih tak selamat untuk makcik dengan usia sebegitu terpaksa tunggu lama-lama. Saya bukan overreact (bertindak keterlaluan) tetapi lebih kepada common sense (pertimbangan secara waras),” katanya. Fatin yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda tahun pertama di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi kampus Ipoh memberitahu, dia berkesempatan menawarkan air mineral kepada warga emas itu sementara menunggu anaknya.

Sedih Dan Sebak Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedih perasaannya dan rasa sebak berdepan dengan situasi berkenaan, sehingga terbayangkan raut wajah ibu bapanya sendiri. Saya sebak tengok makcik tu. Ada seorang netizen yang baca luahan saya dan dia kongsi rasa sedih sebab ibunya sudah meninggal dunia. Dia cakap kenapa makcik tu diperlakukan macam tu di saat dia begitu merindui arwah ibunya. Alhamdulillah, saya bersyukur masih ada kedua ibu bapa. Bagi saya, sayangi dan jagalah orang tua kita selagi mereka ada di duna ini. Saya sehingga ke hari ini, masih terbayangkan makcik tu. Macam mana keadaan dia. Saya harap dia sihat dan mendoakan segala urusannya dipermudahkan,” ujar Fatin.

Kesimpulan Seorang ibu sanggup berkorban menjaga anak-anaknya tetapi belum tentu seorang anak mampu untuk menjaga seorang ibu. Semoga dijadikan tauladan. Sesungguhnya kasih seorang ibu tidak dapat kita balas walaupun berjutaan wang kita beri kepada mereka. Hargai mereka kerana merekalah harta paling berharga dan bernilai yang kita ada dan takkan kita jumpa kasih seikhlas kasih daripada seorang yang bernama IBU.
Sumber: Fatin Nuraini Abdul Ghani, MStar Online
The post Ibu Tua Ini Pinjam Telefon Gadis Ini Sebab Tunggu Anak Dia 3 Jam Tak Datang Di KTM. Rupa Rupanya Anak Dia Telah… appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/ibu-tua-ini-pinjam-telefon-gadis-ini-sebab-tunggu-anak-dia-3-jam-tak-datang-di-ktm-rupa-rupanya-anak-dia-telah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 602 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Anak Najib Kata Kerajaan Mahu Malukan Ibu Bapanya

Anak Najib Kata Kerajaan Mahu Malukan Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 309 hits
Anak Najib kata kerajaan mahu malukan ibu bapanya Dikemas kini 47 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Nov 2018 2 15PM
Ibu Kongsi Petua Jadikan Anak Pemalu Cemerlang Dalam Pelajaran

Ibu Kongsi Petua Jadikan Anak Pemalu Cemerlang Dalam Pelajaran

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 491 hits
Status ini bukan untuk riak jauh sekali nak canang kepandaian anak atau apa je tapi Eina sekadar nak berkongsi cara Eina buat untuk naikkan potensi Izzah Cara mendidik anak minat belajar bertambah cerdas dan cemerlang dunia akhirat Mesti na...
Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 460 hits
Ibu bapa mana yang tak pernah marahkan anak Kalau boleh sebenarnya semua ibu bapa tidak mahu marahkan anak tetapi kadang kala bila sudah hilang kesabaran termarah juga si anak Lepas marah anak anda mesti rasa menyesal dan kasihan dengan si ...
Dua Posisi Berus Gigi Anak 4 Tahun Ke Bawah Dan 5 Tahun Ke Atas Yang Wajib Ibu Bapa Buat

Dua Posisi Berus Gigi Anak 4 Tahun Ke Bawah Dan 5 Tahun Ke Atas Yang Wajib Ibu Bapa Buat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 697 hits
Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan Ramai ib...
Ibu Sedap Keluar Berfoya Foya Dengan Teman Lelaki Anak 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi Najis

Ibu Sedap Keluar Berfoya Foya Dengan Teman Lelaki Anak 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi Najis

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 445 hits
Ibu Sedap Keluar Berfoya foya Dengan Teman Lelaki Anak 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi NajisIbu Sedap Keluar Berfoya foya Dengan Teman Lelaki Anak 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi Najis
Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara

Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 526 hits
Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara
Sayu Hati Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata Lepas Selesai Urusan Tabung Haji

Sayu Hati Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata Lepas Selesai Urusan Tabung Haji

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 573 hits
Siapa sangka saat menunggang motor dan dibonceng oleh ibu adalah kali terakhir dia dapat lihat wanita itu di dunia ni Itulah yang terjadi kepada Zulfianshah Syaifullah 18 apabila dia kehilangan ibunya dalam kejadian jam 1 20 tengah hari sem...
Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free