Ibu Tinggal Pesan Jaga Adik Adik


Gambar Harian Metro ANAK sulung arwah

“JIKA Mama dan Papa tiada nanti, kakak yang bertanggungjawab jaga adik-adik, pastikan semua kena pergi sekolah dan jangan ponteng,” begitu pesanan Zuriana Hasan, 35, kepada anak sulungnya, Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.

Zuriana menghembuskan nafas terakhir pada 1 pagi tadi selepas dua bulan bertarung nyawa apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama suaminya, Khairizul Mohamad Noor, 38.

Dalam kejadian 9 Februari lalu, Khairizul meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk pada 5 pagi di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur ke Perai.

Kini, Nur Afni Nirwani serta adik-adiknya, Nur Istana Nadira.14; Nur Erna Nabila,12; Nur Qurratul Ain,7; dan Muhammad Khairi Zafran, 2, bergelar yatim piatu selepas kematian kedua ibu bapa mereka.




Nur Afni Nirwani berkata, beberapa hari lalu dia merasakan keadaan ibunya bertambah baik apabila mampu menggerakkan jari dan membuka mata.

“Saya panggil mama dan mama buka matanya sambil menggerakkan jarinya yang saya fikir mama akan kembali pulih, tetapi semalam mama sudah tidak sedarkan diri ketika saya pergi melawatnya.

“Tidak lama kemudian, kami mendapat panggilan memaklumkan mama sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Bagan Jermal di Butterworth, hari ini.

Katanya, sebelum kemalangan berlaku hingga mengorbankan nyawa ibu bapanya, dia sering mendapat pesanan supaya menjaga adik-beradik dan tidak sesekali berpisah walau apa cara sekalipun.

“Mama pesan jika dia dan papa tiada, saya kena tengokkan adik-adik dan jangan berpisah. Banyak kali mama pesan dan beri nasihat yang saya akan laksanakannya.

“Pada masa sama, saya berharap orang yang melanggar mama dan papa hingga menyebabkan kematian mereka mendapat hukuman setimpal mengikut undang-undang,” katanya.

Katanya, dia bersama adik-adiknya kini tinggal bersama datuk, Hassan Ismail, 67, dan nenek, Asmalaili Mohd, 59.

Sementara itu, Hassan berkata, dia sering menasihati cucu-cucunya supaya reda dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

“Setiap hari terutamanya Qurratul Ain selalu tanya bila mama mereka akan balik, tetapi saya kata mama nak balik ikut papa, jadi semua kena kuat.

“Ini kerana, doktor sudah memaklumkan kepada saya bahawa anak saya sudah tidak ada harapan untuk sembuh dan meminta kami sekeluarga bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

“Jadi selain berdoa, saya meminta cucu-cucu reda dengan ujian diberikan yang mana saya akan jaga mereka selagi kudrat masih ada,” katanya.

Sumber Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/ibu-tinggal-pesan-jaga-adik-adik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Meninggal Dunia Adik Ni Jerit Kearah Langit Nak Cakap Dengan Mama

Ibu Meninggal Dunia Adik Ni Jerit Kearah Langit Nak Cakap Dengan Mama

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 536 hits
Menghibakan Seakan tidak memahami hakikat sebenar seorang anak kecil memanggil ibunya yang telah meninggal dunia di langit Ibu Meninggal Dunia Adik Ni Jerit Kearah Langit Nak Cakap Dengan Mama
Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 805 hits
Semalam dua penyanyi yang juga merupakan adik beradik Aiman Tino dan Fara Hazel telah mendapat adik baru yang merupakan anak kesebelas dilahirkan ibu mereka Hazelina Mat Jalil Mereka mendapat adik perempuan yang dilahirkan di Hospital Selay...
Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal

Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 585 hits
Punya keluarga yang ramai memang seronok Pasti meriah dengan adik beradik yang ramai dan punya macam macam karenah Itu mungkin yang dirasakan buat penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru tiga hari lepas ibunya melahirkan seora...
Aiman Tino Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Ke 11

Aiman Tino Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Ke 11

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 722 hits
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru sahaja mendapat adik perempuan apabila ibu mereka Hazelina 43 tahun The post appeared first on
Nanti Semua Ok Ibu Ambil Adik Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak

Nanti Semua Ok Ibu Ambil Adik Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 393 hits
Ketika kita dapat peluang bersama dan melayan anak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kita tak sedar anak anak petugas barisan hadapan terpaksa menanggung rindu untuk dipeluk kedua ibu bapa mereka Mungkin bagi anak yang dah besar ...
Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

Cara Mudah Nak Jaga Kereta Tak Bergerak Waktu Pkp Kaum Ibu Pun Boleh Buat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 381 hits
Memandangkan sekarang musim PKP jaranglah kita keluar Jika perlu pun hanya ketua keluarga sahaja yang akan keluar Itu pun biasanya dengan menaiki motosikal untuk lebih mudah Jadi kereta yang ada tersadai lama tidak digerakkan Macam mana car...
Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital

Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 562 hits
Kes jangkitan COVID 19 semakin meningkat dan sehingga semalam sudah mencatat angka kematian sebanyak 20 kes Rakyat Malaysia kini sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 nanti Sekiranya te...
Jumlah Kes Harian Covid 19 Di Selangor Turun Mb Pesan Terus Patuh Pkp

Jumlah Kes Harian Covid 19 Di Selangor Turun Mb Pesan Terus Patuh Pkp

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 382 hits
SHAH ALAM 27 MAC Jumlah kes baharu jangkitan Covid 19 di Selangor menurun agak ketara hari ini berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 75 kes Walau kes baharu hanya 36 namun seorang lagi meninggal dunia menjadikan tiga kematian di neger...
Pesan Sabyan Di Lagu Terbaru Doa Dan Karya

Pesan Sabyan Di Lagu Terbaru Doa Dan Karya

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 433 hits
IslamicTunesNews com Keberadaan grup musik Sabyan sudah diterima oleh masyarakat baik di negara asalnya Indonesia juga pada negara negara di Asia Tenggara sehingga karya karya lagu terbaru mereka ditunggu tunggu oleh para penggemarnya Para ...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

When Silence Turns To Violence Call To Reform Mental Health

Jinda55 17 June 2568 100 Jinda55 Top 83 By Clay Jin55 Vip

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt