Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital


Kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan sehingga semalam sudah mencatat angka kematian sebanyak 20 kes. Rakyat Malaysia kini sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 nanti.
Sekiranya telah disahkan positif wabak tersebut, pesakit akan dikuarantin di hospital untuk menerima rawatan lanjut. Bagaimana agaknya keadaan di dalam wad kuarantin tu agaknya kan? Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, dia telah berkongsi pengalaman rakannya yang dikuarantin selepas disahkan positif.

Seperti yang diceritakan, rakan wanita ini telah dikuarantin selama 12 hari di hospital. Rakannya, Farah Salwani, hamil tiga bulan dan tidak dibenarkan untuk menerima pelawat sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Melalui cerita Farah, sebaik tiba di hospital, jururawat akan melakukan prosedur nasal swab (kali kedua memandangkan ujian kali pertama disahkan positif). Selain itu, sampel darah juga diambil dan pesakit akan melakukan ujian X-ray.
Keputusan NEGATIF Tapi Ada Gejala Lain, Pihak Hospital Takkan ‘Lepaskan’ Selepas tempoh 72 jam, keputusan sampel kedua akan menentukan status baharu sama ada positif atau negatif. Tidak kira apapun keputusannya, prosedur itu akan dilakukan untuk kali ketiga dan 72 jam selepas itu keputusan akan keluar.
 
Tambahnya lagi, untuk mendapat pelepasan dari pihak hospital keputusan kali kedua dan ketiga perlulah negatif. Jika tidak, prosedur ini akan diulang semula sehingga pihak hospital berpuas hati dengan keputusan yang keluar.

Walaupun telah disahkan negatif, pesakit tidak boleh mempunyai sebarang gejala COVID-19 seperti demam, batuk, selesema atau sesak nafas. Walaupun keputusan negatif, tetapi sekiranya pesakit mengalami gejala, ujian nasal swab akan diambil semula.
Tak Boleh Ada Pelawat. Kalau Nak Beri Barang, Jururawat Hantarkan Masuk hari keempat rawatan, Farah memberitahu yang dia sudah mulai ‘lemau’. Segala pintu dan tingkap tidak boleh dibuka dan alat penghawa dingin dipasang sepanjang masa. Apa sahaja yang diberi, Farah akan habiskan. Bukan semua ‘kena’ dengan tekaknya, ada masa Farah akan termuntah.

Tiada pelawat yang dibenarkan. Jika ada yang mahu menghantar makanan, jururawat berpakaian sut lengkap yang akan ambil dan berikan kepada pesakit.
Sambut Birthday Sendiri Farah juga memberitahu yang tarikh lahirnya kebetulan pada waktu dia di hospital. Memandangkan tiada sesiapa dibenarkan melawat, ahli keluarganya menghantar kek dan makanan kepada Farah.

Tambah Farah, dia tidak kenal siapa pun yang memasuki wad kuarantin. Kesemua mereka memakai sut PPE (Personal Protective Equipment) yang lengkap. Semua orang kelihatan serupa baginya. Doktor, jururawat dan cleaner juga memakai sut yang sama.

Hati Kena ‘Kental’, Selalu Bersedia Katanya, di hospital perlu selalu reda dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Boleh jadi bila kita rasa dah boleh keluar hospital, tetapi tiba-tiba kena ambil sampel semula dan tempoh kuarantin mungkin dilanjutkan.

Rumah Dibersihkan, Ada Pemeriksaan Kesihatan Susulan Selepas habis tempoh kuarantin, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjalankan proses pembersihan di rumah pesakit. Walaupun pesakit sudah sembuh sepenuhnya, prosedur ini tetap dijalankan sebagai langkah pencegahan. Selain itu, pesakit juga akan diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan susulan selepas discaj dari hospital.

Difahamkan Farah kini telah sembuh sepenuhnya. Semoga kesihatan Farah bertambah baik dan segala urusannya dipermudahkan.

Pa&Ma doakan agar tempoh kehamilannya dapat ditempuhi tanpa sebarang masalah dan seluruh ahli keluarga Farah bebas dari kangkitan COVID-19.
 
The post Dikuarantin Kerana Positif COVID-19, Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman ‘Tinggal’ Di Hospital appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dikuarantin-kerana-positif-covid-19-ibu-hamil-ini-kongsi-pengalaman-tinggal-di-hospital/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Terburuk Mangsa Covid 19 Kongsi Pengalaman Dikuarantin Paling Cemas Sukar Tarik Nafas Panjang

Pengalaman Terburuk Mangsa Covid 19 Kongsi Pengalaman Dikuarantin Paling Cemas Sukar Tarik Nafas Panjang

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 518 hits
Pengalaman terburuk mangsa Covid 19 kongsi pengalaman dikuarantin paling cemas sukar tarik nafas panjang Hamdan menyifatkan pengalaman menjadi mangsa Covid 19 sebagai sangat teruk tetapi berterima kasih kepada pasukan perubatan yang menjaga...
Berdoalah Banyak Banyak Agar Tak Kena Duduk Sini Wanita Hamil Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19

Berdoalah Banyak Banyak Agar Tak Kena Duduk Sini Wanita Hamil Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 621 hits
Wabak COVID 19 semestinya membuatkan orang ramai khuatir disebabkan cara penularannya yang mudah melalui kontak rapat Tambahan pula ia tidak mempunyai penawar dan vaksin virus ini masih dalam proses untuk mengetahui keberkesanannya Di Malay...
Anak Bergelut Untuk Bernafas Ibu Sedih Tak Dapat Teman Bayi Positif Covid 19

Anak Bergelut Untuk Bernafas Ibu Sedih Tak Dapat Teman Bayi Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 348 hits
Seorang ibu dihalang daripada duduk di tepi katil bayi perempuannya kerana peraturan kuarantin bagi membendung koronavirus yang boleh membawa maut Wanita itu berkata anaknya yang berumur dua bulan tidak menunjukkan sebarang gejala sebelum j...
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 246 hits
Astro AwaniRosli Dahlan 58 yang juga seorang peguam tidak pernah menyangka beliau dijangkiti COVID 19 KUALA LUMPUR Menjadi seorang pesakit COVID 19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan lebih lebih lagi sehingga kini belu...
Dr Mahathir Kongsi Pengalaman Dikuarantin Dan Kesan Covid 19 Dalam Blog Chedet

Dr Mahathir Kongsi Pengalaman Dikuarantin Dan Kesan Covid 19 Dalam Blog Chedet

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR 23 Mac Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi mengenai pengalaman beliau dikuarantin susulan penularan wabak COVID 19 dan bagaimana beliau menjadi kontak individu yang dijangkiti serta masa depan ekono...
Disyaki Positif Covid 19 Kanak2 Lelaki Akur Dikuarantin Terpaksa Tinggalkan Ibu Ayah

Disyaki Positif Covid 19 Kanak2 Lelaki Akur Dikuarantin Terpaksa Tinggalkan Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 398 hits
Virus pembunuh Covid 19 tidak mengenal mangsanya sesiapa sahaja tidak kira usia tua atau muda berpotensi untuk diserang Hari ini sahaja jangkitan naik mendadak dan angka kematian pula bertambah Sedangkan kita yang masih terselamat ini dirun...
Video Terpisah Dengan Tingkap Hospital Suami Isteri Amp Anak Positif Covid 19

Video Terpisah Dengan Tingkap Hospital Suami Isteri Amp Anak Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 329 hits
Beberapa hari yang lepas telah tular di media sosial mengenai sebuah keluarga yang sedang menjalani proses kuarantin setelah disahkan positif wabak Covid 19 Terbaru satu keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dan seorang anak lelak...
Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 409 hits
Perkongsian oleh seorang pekerja offshore Dentonel Misa ini di laman Facebook miliknya pasti akan membuatkan kita lebih berhati hati menghadapi penularan wabak COVID 19 ketika ini Melalui kirimannya itu dia yang kini dirawat di Hospital Tum...
Satu Keluarga Positif Covid Dikuarantin Mohon Doakan Kami Cepat Sembuh

Satu Keluarga Positif Covid Dikuarantin Mohon Doakan Kami Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 237 hits
Setiap hari jumlah jangkitan dan angka kematian masih menunjukkan peningkatan Bagaimanapun pasukan barisan hadapan negara tak berputus asa untuk memberikan rawatan terbaik untuk memastikan mangsa yang terbabit dapat sembuh Terbaru satu kelu...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas