Ibu Terkejut Anak Lelaki Darjah 6 Terima Surat Ajak Main


Masalah sosial dalam kalangan murid sekolah semakin hari dilihat semakin melampau
Masalah sosial golongan muda ini juga bukan sekadar mengenai pergaulan bebas semata-mata, malah melibatkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan norma manusia.
Remaja masa kini semakin berani dan tidak mempedulikan undang-undang apatah lagi hukum agama. Golongan muda kini juga dilihat cenderung dengan trend tidak sihat seperti membuli, merokok, hisap gam, dan seks.
Baru-baru ini, seorang penceramah, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, telah berkongsikan sesuatu yang merisaukan para ibu bapa melalui posting-nya di laman Facebook
Dalam perkongsiannya itu, dia berkata bahawa seorang ibu telah menunjukkan sekeping ‘surat cinta’ yang diterima anaknya dari seorang murid perempuan yang tidak dikenalinya di sekolah.
Yang mengejutkan adalah murid perempuan tersebut telah mengajak anak kepada ibu itu untuk melakukan persetubuhan!
Astaghfirullahalazim!


Tambah Akhi Fairuz lagi, meskipun dia sendiri seakan-akan tidak percaya dengan kandungan surat tersebut, namun dia tidak terkejut oleh kerana beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab perkara ini berlaku.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya, tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya, anak lelakinya darjah 6 perolehi surat dari seorang kanak-kanak perempuan, darjah 5.
“Kepada ……
Nama aku ….., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?
Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you.”
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Ini kiriman surat budak perempuan berusia 11 tahun kepada pelajar lelaki 12 tahun tau. Kalau kita yang jadi mak bapak budak lelaki ni pun mesti berada dalam situasi puan berkenaan, menggeletar dan seolah-olah tidak percaya.
Idea budak perempuan berkenaan ada. Ia serius. Bukan main-main. Beliau maksudkan apa yang ditulis. Bersetubuh, sekali sahaja, tidak akan lahirkan anak.
Anak puan ini tak kenal siapakah gerangan budak perempuan berkenaan. Cuma, saya tahu kes berlaku di sekolah mana. Saya akan cuba bantu apa yang boleh nanti.
Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begini:
1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak
Aku tak pelik hal ini boleh berlaku. Kerap kali aku program dengan budak sekolah rendah, yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.
Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?
2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton pornografi
Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih. Tak perlu aku huraikan aspek yang ini.
Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video lucah.
Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun ‘rogol’ kakak sepupu yang berusia 12 tahun. Walau suka sama suka, tapi term rogol terpakai kepada pelaku bawah 18 tahun.
Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon bimbit.
3. Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah
Aku pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.
4. Kanak-kanak ini telah menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh ahli keluarga yang terdekat
Yang paling aku takutkan sebab yang keempat ni.
Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.
Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal dan menyeronokkan.
Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.
Kesan kepada 4 perkara ini, kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual akan anggap perbuatan seks itu normal. Beliau akan groom pula kawan-kawannya di sekolah.
Dalam kes ini, mujurlah puan berkenaan selalu spotcheck beg sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu yang anaknya terima ‘surat cinta’ ini.
Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya:
1. Please ingatkan anak-anak, jika mendengar perkataan yang tak elok kawan sebut di sekolah, kata-kata keji, makian, ejekan, bad words, mencarut, lucah, terus bagi tahu mak ayah. Parents pula kena terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau terangkan definisi kepada word berkenaan, seperti rogol, cabul, liwat dan lain-lain.
2. Mak ayah juga tolong pesan pada anak-anak jika dapat surat kiriman kawan-kawan. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.
3. Jangan jemu-jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat seksual. Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.
4. Paling penting, jangan kau pula jadi bodoh berjimak atau bercumbu-cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke jubake?
Buat guru-guru:
1. Inilah dia antara anak-anak didik kalian hari ini. Bermula dari sekolah tadika lagi sudah ada budak melucah. Semuanya bermula dari mak ayah di rumah.
2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin. Mereka adalah mangsa. Bukan saja-saja buat macam tu. Sebab-sebabnya saya dah nyatakan di atas.
3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes-kes seksual, jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab-bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.
4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik pasal isu-isu sebegini. Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan guru yang kata kita memandai-mandai. Tak kena ke anak dia memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.
Saya harap post ini dibaca dan dikongsi sebanyaknya oleh kalian. Jujur saya katakan, penat tau mengadap isu sebegini yang tak beransur pulih. Semakin teruk adalah.
Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, seks bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang perlu dirawat.
Dan ia bermula dari rumah.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua, terutamanya para ibu bapa kepada anak-anak kecil! Says
The post Ibu Terkejut Anak Lelaki Darjah 6 Terima Surat Ajak ‘Main’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/23/ibu-terkejut-anak-lelaki-darjah-6-terima-surat-ajak-main/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Sifatkan Anak Mati Katak Ibu Sandra Terima Lagi Tuduhan Cabut Alat Pernafasan Arwah

Selepas Sifatkan Anak Mati Katak Ibu Sandra Terima Lagi Tuduhan Cabut Alat Pernafasan Arwah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 384 hits
Sebelum ni Ohmedia pernah bercerita mengenai komen seorang pengguna media sosial terhadap ibu Alessandra Dianne Ampuria Nor Syakinah Abdullah apabila menyifatkan kematian anaknya sebagai mati katak Kalau korang belum baca boleh klik dekat b...
Silapnya Kita Anak Menyendeng Ajak Main Selalu Cakap Nanti Apa Salahnya Layan Dulu

Silapnya Kita Anak Menyendeng Ajak Main Selalu Cakap Nanti Apa Salahnya Layan Dulu

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 233 hits
Bila kita sibuk tiba tiba anak nak macam macam Apa nak buat Selalunya kita akan cakap nantilah ibu ada kerja nak buat Tak pun tanpa kita sedar terus tinggikan suara pada anak Akhir sekali bila ibu bapa dah bagi amaran macam tu anak terus ba...
Hilang Sakit Fawwaz Selepas Dihempap Peti Ais Terima Kasih 6 Tahun Jadi Anak Ibu Ayah

Hilang Sakit Fawwaz Selepas Dihempap Peti Ais Terima Kasih 6 Tahun Jadi Anak Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 381 hits
Pemergian anak syurga Muhammad Fawwaz Adli pada 28 Ogos lalu selepas setahun dua bulan terlantar sakit akibat dihempap peti ais masih dirasai oleh kedua ibu bapanya Mana tidaknya sepanjang arwah Fawwaz sakit pelbagai ikhtiar dilakukan untuk...
Pesan Pada Anak Kurangkan Perkongsian Perlatan Peribadi Di Sekolah Ibu Ayah Kena Pesan Bahaya Covid 19

Pesan Pada Anak Kurangkan Perkongsian Perlatan Peribadi Di Sekolah Ibu Ayah Kena Pesan Bahaya Covid 19

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 321 hits
Virus COVID 19 tidak mengenal sama ada usia darjat mahupun status seseorang di dalam masyarakat Di Malaysia selain daripada warga emas golongan kanak kanak merupakan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti wabak COVID 19 Memang benar...
Ibu Adik Rimas La 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training Jangan Tunggu Lagi

Ibu Adik Rimas La 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training Jangan Tunggu Lagi

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 348 hits
Macam mana nak tahu masa sesuai untuk ajar toilet training pada anak Persoalan sebegini selalu kita dengar daripada ibu yang baru pertama kali berdepan dengan masalah sebegini Adakah waktu terbaik untuk melatih anak kita Menurut Ahli Terapi...
Plot Alice Kian Berselirat Penonton Risau Akan Ada Kaitan Romantis Di Antara Anak Jinkyum Ibu Taeyi

Plot Alice Kian Berselirat Penonton Risau Akan Ada Kaitan Romantis Di Antara Anak Jinkyum Ibu Taeyi

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 277 hits
Makin tonton Alice makin pening rasanya Tapi yang pastinya plot yang diketengahkan adalah sangat menarik Sinopsis Alice Drama thriller sci fi ini menceritakan kisah Park Jin kyum iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempu...
Didik Anak Minta Izin Masuk Bilik Ibu Ayah Pada 3 Waktu Ini Baru Anak Tahu Hadnya

Didik Anak Minta Izin Masuk Bilik Ibu Ayah Pada 3 Waktu Ini Baru Anak Tahu Hadnya

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 653 hits
Anak anak harus di didik adab adab meminta izin dan menjaga pandangan Di dalam Al Quran wujud ayat menekankan keperluan mendidik anak anak untuk menghormati waktu waktu tertentu dengan meminta izin sebelum memasuki bilik ibu bapa pada tiga ...
Makmandin Berang Disuruh Tutup Lampu Anak Tergamak Libas Ibu Dengan Pisau

Makmandin Berang Disuruh Tutup Lampu Anak Tergamak Libas Ibu Dengan Pisau

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 531 hits
Berang diminta menutup suis lampu seorang anak tergamak menetak kepala ibunya dengan pisau pemotong daging dalam kejadian di rumah mereka di Flat Hijau Mak Mandin Butterworth pada Isnin Dalam kejadian jam 8 15 pagi itu mangsa berusia 67 tah...
Ibu Rotan Anak Didakwa Di Mahkamah

Ibu Rotan Anak Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR 14 Sept Seorang anggota tentera wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan merotan kedua dua belah kaki dan tangan mangsa berusia lapan tahun Julai lalu ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui