Ibu Pantang Stres Susu Kurang Ini Tips Cara Atasinya


Tempoh berpantang 44 hari yang diamalkan oleh ibu-ibu di negara kini sememangnya satu tempoh untuk berlatih menyusukan anak sepenuhnya dan juga berehat daripada melakukan kerja rumah yang berat.
Menurut Pn Suraya Ali, Konsultan Susu Ibu daripada Lunatots, inilah masa untuk ibu belajar. Jangan mudah rasa tertekan. Ambil masa anda sebaiknya untuk memulakan menyusu anak dengan baik dan lancar. Bagi ibu berpantang, jadikan tip ini sebagai panduan.

Utamakan Proses Penyusuan
Ketika berpantang, menyusukan bayi adalah keutamaan berbanding aktiviti yang lain. Ramai ibu sudah merangka aktiviti yang akan dijalankan semasa dalam tempoh berpantang namun ibu perlu utamakan penyusuan. Ini tempoh paling penting untuk ibu dan bayi sepanjang kehidupan kita. Semasa di dalam pantang, ibu mungkin mengalami dua keadaan ini.
Keadaan pertama ialah susu ibu terlalu banyak. Ada juga yang runsing kerana setiap kali menyusu bayi dengan sebelah payudara, sebelah lagi turut mengeluarkan susu. Namun ibu jangan risau, semasa di dalam pantang, susu ibu dihasilkan dua atau tiga kali ganda lebih banyak dari keperluan. Ketika ini badan ibu belum dapat mengandaikan jumlah bayi yang bakal lahir lalu susu lebih dihasilkan jika ibu melahirkan lebih dari seorang bayi.
Selepas tempoh berpantang, badan ibu akan mula pandai menghasilkan susu secukupnya untuk jumlah bayi yang dilahirkan. Keadaan kedua ialah susu yang dihasilkan terlalu sedikit. Keadaan ini dialami ibu pada awal kelahiran iaitu di minggu pertama usia bayi.
Ini berlaku kerana susu awal iaitu kolustrum dihasilkan berbanding susu ibu matang. Cara mengendalikan perkara ini ialah ibu perlu menyusukan bayi tanpa melihat berapa jumlah kuantiti yang dihasilkannya.
Perut bayi semasa di hari ketiga kelahiran masih kecil anggaran saiz guli, jadi ibu tidak perlu menghasilkan susu yang banyak malah tidak perlu risau susu tidak mencukupi untuk bayi. Sekiranya ibu masih merasakan susunya sedikit selepas bayi berusia dua ke tiga minggu, ibu boleh berjumpa konsultan susu ibu untuk menyemak semula keadaan penyusuan mereka. Ibu boleh memeriksa samada jumlah susu sedikit ataupun tidak menerusi jumlah bayi kencing kurang daripada enam kali setiap hari.

Mula Menyimpan Stok Susu
Stok susu ibu sudah mula disimpan bermula dari hari keempat kelahiran. Ada juga ibu memulakan sesi mengepam stok sejak bayi berusia dua minggu ke atas dan ini bergantung kepada jadual kesesuaian masa ibu. Ibu digalakkan mengepam tiga kali sehari semasa dalam pantang untuk membiasakan badan ibu menghasilkan susu yang banyak dan selebihnya secara terus kepada bayi.
Elakkan mengepam susu seminggu atau dua minggu sebelum masuk bekerja kerana pada ketika ini susu ibu sudahpun cukup-cukup untuk keperluan bayi minum sepanjang dalam tempoh berpantang. Jika ibu baru membuat keputusan untuk mengepam dikhuatiri ibu akan merasa kecewa dengan jumlah dan kuantiti yang bakal diperolehi. Jadi mulakan lebih awal supaya susu makin berganda.
Jika ibu konsisten mengepam sepanjang dalam pantang, ibu akan menghasilkan stok susu yang mencukupi untuk bayi. Anggaran susu sehari yang diperlukan oleh bayi adalah dari 12 ke 15 oz sepanjang 10 jam ibu bekerja. Jadi ibu perlu mengepam susu untuk stok sekurang-kurangnya 7 hari. Ini bermakna 15 oz x 7 hari iaitu 105 oz. Bagi ibu yang sering outstation perlu simpan stok susu yang lebih banyak.

Makan dengan Sihat
Ramai ibu menjaga pemakanan dengan cara memilih sesetengah makanan sahaja seperti tidak berkuah atau hanya ikan sahaja tanpa sayur dan buah.
Ibu hamil yang menyusu memerlukan khasiat yang cukup untuk memelihara bayi dan menghasilkan susu ibu. Ibu seharusnya makan lima warna berbeza dalam pinggan ibu iaitu sayur, nasi, ayam, buah dan daging atau ikan.
Minum setiap kali terasa dahaga dan usah dibiarkan kering tekak tanpa air. Tanda-tanda kurang nutrisi ialah bila ibu merasa lesu dan kulit kering terutama di bahagian kuku. Air kencing yang terlalu pekat warnanya dan berbau juga adalah tanda ibu kurang air dan nutrisi.

Berlatih Menyusu di Tempat Awam
Ianya adalah a must-have-practise. Lebih awal ibu berlatih, ibu akan menjadi lebih cekap. Ibu mesti pastikan apabila bahagian hadapan baju diangkat untuk menyusukan, bahagian belakang baju tidak terangkat. Mulakan dengan latihan di depan cermin di rumah terlebih dahulu.
Untuk permulaan, ibu boleh ke lokasi yang mempunyai bilik menyusu terlebih dahulu seperti di beberapa buah pasaraya.
Kemudian ibu boleh mula menyusu di kerusi awam yang disediakan dengan kain penghadang ketika menyusu. Kemahiran menyusu bayi di tempat awam ini penting kerana bayi akan menyusu selama 2 tahun dan jika setiap kali ibu menyusu perlu ke bilik menyusu, ibu mungkin akan merasa sukar jika tidak dibiasakan. Ada juga ibu yang malu menyusu di tempat awam lantas menyingkatkan tempoh penyusuan bayi dengan memberikan susu formula. Elakkan perkara sebegini berlaku dengan cara berlatih terlebih awal. Lama kelamaan ibu akan terbiasa.
Berhubung dengan Konsultan Susu Ibu
Ibu seharusnya ambil perhatian akan teknik dan posisi penyusuan dan boleh membuat temujanji dengan konsultan susu ibu sekiranya menghadapi masalah untuk menyusu. Bertemu dengan konsultan secara terus dapat membantu ibu yang sedang menghadapi masalah penyusuan berbanding semakan di internet sahaja.
The post Ibu Pantang Stres Susu Kurang, Ini Tips Cara Atasinya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-pantang-stres-susu-kurang-ini-tips-cara-atasinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Dalam Pantang Jangan Down Bayi Asyik Menangis Bukan Sebab Tak Cukup Susu

Ibu Dalam Pantang Jangan Down Bayi Asyik Menangis Bukan Sebab Tak Cukup Susu

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 81 hits
Kata kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa down dengan kuantiti susu yang sedikit Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup Biar sedi...
Jangan Biar Anak Menangis Sebab Konjunktivitis Ini Cara Ibu Ayah Boleh Shield Mereka

Jangan Biar Anak Menangis Sebab Konjunktivitis Ini Cara Ibu Ayah Boleh Shield Mereka

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 98 hits
Mata merah berair dan gatal sangat Kalau anak balik sekolah dengan mata macam ni ibu ayah jangan pandang ringan Ini mungkin tanda konjunktivitis atau lebih dikenali sebagai sakit mata Jangkitan ni sangat mudah merebak di kalangan murid seko...
Luaran Nampak Kuat Dalam Dah Luruh 5 Cara Elak Mental Koyak Sebagai Ibu

Luaran Nampak Kuat Dalam Dah Luruh 5 Cara Elak Mental Koyak Sebagai Ibu

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 72 hits
Bila dah jadi ibu kadang kita rasa macam hidup ni ulang ulang je Bangun pagi kelam kabut urus anak rumah kerja suami dan hujungnya kita sendiri pun tak sempat tanya diri sendiri Aku okay ke hari ni Letih yang ibu rasa ni bukan letih biasa I...
Cara Berus Gigi Dengan Betul Dan Tips Kesihatan Gigi

Cara Berus Gigi Dengan Betul Dan Tips Kesihatan Gigi

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 131 hits
Menjaga kebersihan mulut adalah salah satu aspek penting dalam kesihatan diri Walaupun memberus gigi dilihat sebagai rutin harian namun ramai yang tidak mengetahui teknik memberus gigi yang betul Ini seterusnya boleh menyebabkan masalah sep...
Bukan Susu Je Yang Mengalir Tapi Air Mata Juga Suami Ini Cara Nak Jadi Hero Sebenar Waktu Isteri Menyusu

Bukan Susu Je Yang Mengalir Tapi Air Mata Juga Suami Ini Cara Nak Jadi Hero Sebenar Waktu Isteri Menyusu

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 136 hits
Waktu isteri tengah susukan anak jangan ingat dia cuma bagi susu Yang dia beri tu termasuk tenaga emosi tidur dan kadang kadang air mata Dan inilah waktu paling penting untuk suami buktikan cinta bukan sekadar kata kata ini masa untuk kau j...
Semua Susu Cair Tya Arifin Luah Kecewa Susu Ibu Rosak

Semua Susu Cair Tya Arifin Luah Kecewa Susu Ibu Rosak

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 69 hits
Tya Arifin pelakon usahawan isteri kepada Asyraf Khalid dan menantu kepada Dato Sri Siti Nurhaliza baru baru ini berkongsi satu kisah pilu di Instagram yang membuat ramai ibu dan wanita turut sebak Bukan tentang glamor bukan tentang kehidup...
Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin Czer Tip Paling Praktikal Untuk Ibu

Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin Czer Tip Paling Praktikal Untuk Ibu

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 134 hits
Secara amnya ibu yang bersalin secara pembedahan disarankan untuk menunggu sekurang kurangnya 6 8 minggu sebelum mula bersenam berdiet atau mencuba sebarang cara kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan C Sec Ini kerana jika terla...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Ekor Hangus

Pelancongan Tanah Tinggi Batu Malang

Lirik Lagu Aku Ada Putri Dahlia Zaki Yamani

Raya Korban Salam Aidiladha 1446h June 2025

Memang Azab Rasa Dia Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Lepas Bersalin

Saya Pulang Kampus Lebih Awal Pelajar Terselamat Tragedi Bas Upsi