Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin Czer Tip Paling Praktikal Untuk Ibu


Secara amnya, ibu yang bersalin secara pembedahan disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam, berdiet atau mencuba sebarang cara kempiskan perut selepas bersalin secara pembedahan C-Sec.
Ini kerana jika terlalu cepat, ia boleh menyebabkan komplikasi dan akan memberi kesan negatif kepada proses pemulihan anda.

Berikut beberapa cara untuk kembali langsing selepas pembedahan C-Sec:
1. Pengiraan kalori dalam diet harian
Penyusuan susu ibu sememangnya membantu membakar kalori dengan banyak setiap hari. Namun ia juga membuatkan anda berasa cepat lapar.
Cara terbaik untuk memastikan perut kenyang dan dalam masa sama menjaga berat badan adalah dengan mengawal pengambilan kalori.
Antara petua kempiskan perut yang amat disarankan adalah untuk memilih hidangan sihat seperti yogurt, kekacang, buah-buahan, salad dan daging tanpa lemak.
Pastikan pengambilan kalori tidak kurang 1,200 kerana ia boleh mengurangkan metabolisme dan menjadikan ia tidak produktif seiring objektif anda untuk menurunkan berat badan.
2. Berjalan antara cara kempiskan perut selepas bersalin czer
Berjalan kaki adalah salah satu senaman terbaik yang boleh dilakukan selepas C-section. Ia adalah senaman yang sangat ringan dan mudah, namun ia masih meningkatkan kadar denyutan jantung dan peredaran darah.
Anda juga boleh melakukan aktiviti berjalan kaki ini sambil membawa bayi di dalam kereta sorong. Ini dapat membantu anda membakar lebih kalori kerana berat tambahan daripada kereta sorong tanpa memberikan tekanan berlebihan pada tubuh.

3. Mulakan senaman mudah
Apabila sudah tiba masa yang selamat untuk bersenam, mulakan dengan melakukan jenis senaman mudah. Selain berjalan, aktiviti regangan adalah senaman mudah yang ajaib untuk dilakukan.
Regangan adalah berfaedah kerana ia boleh memecahkan sebarang tisu parut yang menyumbang kepada perut menggeleber.
Berikut tiga jenis senaman yang boleh anda lakukan:
* Gaya Sphinx – Berbaring secara meniarap, kemudian cuba angkat dada dan kepala beberapa inci dari lantai
* Gaya Bridge – Baring secara telentang, bengkokkan lutut dan kemudian cuba angkat badan secara perlahan-lahan. Kekal dalam posisi ini untuk beberapa saat
* Senam aerobic
Setiap gerakan di atas berfungsi untuk meregangkan perut sambil menguatkan lantai pelvis. Senaman di atas tidak agresif, tetapi jika merasai sebarang kesakitan, berhenti dengan segera!

4. Penggunaan belly wrap
Doktor biasanya akan mengesyorkan penggunaan belly wrap selepas pembedahan untuk melindungi luka. Alat tersebut sebenarnya turut menawarkan manfaat lain.
Penggunaan belly wrap ini sedikit sebanyak turut membantu ‘mengetatkan’ perut dan menghalang pembentukan sel lemak tambahan.
Anda disaran memakainya setiap masa kecuali ketika makan, tidur atau ketika menggunakan tandas. Kalau di Malaysia, khususnya orang Melayu, mungkin lebih dekat dengan penggunaan bengkung malah kini terdapat pelbagai jenis bengkung moden.
Fungsinya tidak jauh berbeza, iaitu membantu untuk mengempiskan perut serta menyokong dan menguatkan otot pada bahagian tersebut.
Kesabaran merupakan petua paling penting ketika berusaha menurunkan berat badan selepas C-Sec. Ini kerana ia bukanlah satu proses yang berlaku dalam sekelip mata.
 
 
The post Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin Czer, Tip Paling Praktikal Untuk Ibu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-kempiskan-perut-lepas-bersalin-czer-tip-paling-praktikal-untuk-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Baru Lepas Bersalin Czer Jangan Ambil Makanan Ni Kalau Nak Sembuh Cepat

Ibu Baru Lepas Bersalin Czer Jangan Ambil Makanan Ni Kalau Nak Sembuh Cepat

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 121 hits
Bersalin melalui kaedah pembedahan berbeza dengan bersalin normal Luka dalamannya mengambil masa yang agak lama untuk sembuh Luaran nampak sembuh tapi dalamnya belum tentu lagi Selain menjaga luka pemakanan juga penting bagi memastikan luka...
Tumpah Darah Lepas Bersalin Boleh Ragut Nyawa Ibu Ni Sebabnya

Tumpah Darah Lepas Bersalin Boleh Ragut Nyawa Ibu Ni Sebabnya

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 123 hits
Tumpah darah selepas bersalin atau postpartum hemorrhage merujuk kepada kehilangan darah yang berlebihan selepas melahirkan anak Secara umumnya ia ditakrifkan sebagai kehilangan lebih daripada 500ml darah selepas kelahiran normal atau lebih...
Nak Cepat Baik Luka Bersalin Ini Tip Pemakanan Ibu Dalam Pantang

Nak Cepat Baik Luka Bersalin Ini Tip Pemakanan Ibu Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 155 hits
Nak cepat baik luka bersalin ini tip pemakanan ibu dalam pantang Tempoh berpantang bukan sekadar waktu berehat tetapi merupakan fasa penting bagi pemulihan tubuh selepas melahirkan anak Dalam tempoh ini ibu perlu benar benar menjaga pemakan...
10 Cara Natural Untuk Ibu Mudah Bersalin Tak Perlu Panik

10 Cara Natural Untuk Ibu Mudah Bersalin Tak Perlu Panik

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 116 hits
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga especially bila due date dah makin dekat kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural Jawapannya ya tapi ingat setiap ibu berbeza...
Petua Untuk Mengatasi Bayi Kembung Perut Senyuman Si Kecil Bahagia Ibu Bapa

Petua Untuk Mengatasi Bayi Kembung Perut Senyuman Si Kecil Bahagia Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 149 hits
Petua untuk Mengatasi Bayi Kembung Perut Senyuman Si Kecil Bahagia Ibu Bapa Ringkasan Pantas untuk Anda Melihat si kecil meragam tak henti menangis melalak lalak kerana perut kembung memang meruntun jiwa ibu bapa kan Rasa buntu tak tahu nak...
Cerita Pantang Senaman Mom Goals Syazwanie Yazip Kongsi Tip Lepas Ada Anak Dua

Cerita Pantang Senaman Mom Goals Syazwanie Yazip Kongsi Tip Lepas Ada Anak Dua

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 79 hits
Aura keibuan dan kelembutan pempengaruh dan model muslimah Syazwani Yazip ibu kepada dua cahaya mata ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi Tutur katanya tersusun malah cukup lembut melayani anak anak Namun dalam mendidik dua anaknya La...
Lepas Terima Gambar Parut Ceo Batu Ibu Mangsa Dedah Anak Trauma Jadi Pendiam

Lepas Terima Gambar Parut Ceo Batu Ibu Mangsa Dedah Anak Trauma Jadi Pendiam

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 170 hits
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pempengaruh CEO Batu apabila didakwa menghantar gambar berunsur seksu l kepada seorang remaja berusia 14 tahun ibu kepada mangsa remaja bernama Qalisya itu iaitu Ieja Cazendra berkata anaknya t...
Bersalin Czer Boleh Ke Makan Ikan Haruan

Bersalin Czer Boleh Ke Makan Ikan Haruan

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 106 hits
Bersalin czer boleh ke makan ikan haruan Dalam masyarakat kita ikan haruan sering dianggap makanan wajib selepas bersalin kerana dipercayai mampu mempercepatkan penyembuhan luka Ia dikatakan bagus untuk wanita berpantang terutamanya selepas...
Surah Doa Amalan Untuk Ibu Hamil Peneman Setia Sampai Bersalin

Surah Doa Amalan Untuk Ibu Hamil Peneman Setia Sampai Bersalin

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 145 hits
Kehamilan bukan saja tentang perubahan fizikal tapi juga satu perjalanan spiritual Bila ibu tenang dan dekat dengan Allah insyaAllah anak dalam kandungan pun rasa kasih sayang dan ketenangan tu Ramai pakar dan ustaz menyarankan supaya ibu i...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tuah Misai

Investor Partnering Benefits Risks

Thomas Arya Kau Perulah Perasaanku Chord

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

The Simple Ways Of Healthy Living

Restoran Tiga Ikan Kl East Mall