Cara Berus Gigi Dengan Betul Dan Tips Kesihatan Gigi


Menjaga kebersihan mulut adalah salah satu aspek penting dalam kesihatan diri. Walaupun memberus gigi dilihat sebagai rutin harian, namun ramai yang tidak mengetahui teknik memberus gigi yang betul.
Ini seterusnya boleh menyebabkan masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah dan nafas berbau.
Oleh itu, adalah penting untuk anda ketahui cara berus gigi dengan betul agar kebersihan mulut sentiasa berada pada tahap terbaik.
Ayuh kita semaknya bersama-sama.
evansondds.com Teknik / Cara Berus Gigi Dengan Betul Letakkan berus gigi pada sudut condong 45 darjah di bahagian luar permukaan gigi dan mula memberus dari garis gusi untuk hilangkan plak dan sisa makanan. Ulang langkah 1 pada permukaan gigi belakang, kiri dan kanan. Lakukan pergerakan arah keluar pada permukaan dalam gigi hadapan. Lakukan pergerakan melintang dari depan ke belakang pada permukaan mengunyah. Condongkan berus gigi dan lakukan pergerakan keluar permukaan gigi tepi lidah. Beruskan permukaan lidah sehingga bersih. Sumber : Facebook Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang Anda juga boleh tonton video demonstrasi di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.
Sumber : Klinik Pergigian Everglo Pilih Berus Gigi Yang Betul Dengan lambakan berus gigi yang ada di pasaran, anda mungkin keliru untuk dapatkan yang paling sesuai dengan keperluan.
Pemilihan berus gigi yang terbaik juga penting supaya anda dapat membersihkan gigi serta kawasan dalam mulut dengan baik.
Berikut merupakan beberapa tips pemilihan berus gigi yang anda wajib tahu :
Pilih berus gigi dengan saiz kepala yang sesuai supaya ia boleh mencapai permukaan gigi gerahan yang paling belakang. Gunakan berus gigi dengan bentuk hujung kepala yang bulat atau tirus agar ia semua permukaan gigi dapat dibersihkan. Pilih berus yang lembut kerana ia dapat membantu anda membuang plak serta sisa makanan dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, ia juga dapat mecegah trauma pada gigi dan gusi dalam jangka masa panjang. Tukar berus gigi yang kembang atau tukar setiap 3 bulan. Sumber : Facebook Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang Tips Penjagaan Gigi Selain mengamalkan cara berus gigi yang betul, anda juga perlu tahu beberapa tips penjagaan gigi yang sihat.
Ayuh kita semak bersama-sama :
Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida. Jangan lupa bersihkan lidah menggunakan pemberus lidah untuk elakkan mulut berbau. Gunakan flos untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan yang melekat di celah gigi. Berkumur menggunakan ubat kumur tanpa alkohol. Kurangkan makanan serta minuman yang manis kerana ia boleh menjadi punca gigi berlubang. Hentikan tabiat merokok atau vape. Lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali.   Sumber : Facebook Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang Dengan mengamalkan teknik memberus gigi yang betul serta rutin penjagaan gigi yang baik, anda bukan sahaja dapat mengelakkan masalah gigi dan mulut, malah ia dapat memberikan anda senyuman yang cantik dan sihat secara berpanjangan.
Jadi, ayuhlah kita bersama-sama mengamalkan cara berus gigi yang betul demi kesihatan yang lebih baik.
Sumber : Facebook Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang, Colgate
Baca Juga : Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2025 Serta Kepentingannya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-berus-gigi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-berus-gigi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Telur Ikan Yang Betul

Cara Masak Telur Ikan Yang Betul

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 197 hits
Jujur saya tak pernah masak telur ikan ni apatah lagi memakannya memang jarang sangat So untuk korang yang suka masak dan makan telur ikan ni nah ni tip untuk korang Mungkin korang dah tau tapi tak kira nak share jugak Haha Cara masak telur...
Disleksia Punca Simptom Cara Merawat Tips Mengatasi

Disleksia Punca Simptom Cara Merawat Tips Mengatasi

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 193 hits
Disleksia sering menjadi salah satu cabaran tersembunyi dalam dunia pendidikan yang boleh menjejaskan prestasi pelajar walaupun mereka memiliki potensi tinggi Ramai ibu bapa dan guru mula menyedari tanda tanda awal apabila kanak kanak mengh...
6 Tips Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

6 Tips Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 151 hits
sidebar push Petua kekal cantik dan awet muda ikut Islam Wajah tetap awet muda walaupun usia menjengah senja AASalam Jumaat nbsp Bab awek muda ni kak sheila rasa orang perempuan paling teruja Tak semua tau kalau nak awek muda kita bergantun...
Bayi Pun Perlu Cuci Mulut Jangan Tunggu Gigi Tumbuh

Bayi Pun Perlu Cuci Mulut Jangan Tunggu Gigi Tumbuh

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 109 hits
Penjagaan kebersihan mulut bayi amat penting walaupun hanya satu gigi pertama yang baru tumbuh Gigi susu yang sihat membantu bayi mengunyah makanan belajar bertutur dan menjadi asas kepada pertumbuhan gigi kekal yang baik Oleh itu ibu bapa ...
Upuonline Lanjut Tarikh Tutup Pelajar Ada Masa Pilih Kursus Betul Betul Menteri Kpt

Upuonline Lanjut Tarikh Tutup Pelajar Ada Masa Pilih Kursus Betul Betul Menteri Kpt

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 159 hits
Pendidikan adalah senjata yang paling kuat yang boleh anda gunakan untuk mengubah dunia ujarnya Artikel lain KARISMA MPP IPT 2025 KPT serius bentuk pemimpin mahasiswa MADANI Jangan tergesa gesa pilih haluan masa depan Menerusi ucapan itu la...
Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih Rm400 Juta Setakat Ini Landasan Betul Catat Lebih Rm1 Bilion Seperti Sebelumnya

Kutipan Hasil Pahang Cecah Lebih Rm400 Juta Setakat Ini Landasan Betul Catat Lebih Rm1 Bilion Seperti Sebelumnya

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 122 hits
KUALA LIPIS Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM400 juta setakat ini sekali gus berada di landasan yang betul untuk mencatat kutipan lebih RM1 bilion seperti tahun sebelumnya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is
Panduan Dan Tips Membeli Dan Memilih Insurans Hayat Yang Sesuai Jaminan Ketenangan Untuk Masa Depan Orang Tersayang

Panduan Dan Tips Membeli Dan Memilih Insurans Hayat Yang Sesuai Jaminan Ketenangan Untuk Masa Depan Orang Tersayang

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 147 hits
Panduan dan Tips Membeli dan Memilih Insurans Hayat yang Sesuai Jaminan Ketenangan untuk Masa Depan Orang Tersayang Pernah terfikir apa akan jadi pada keluarga tersayang jika sesuatu yang tak diingini berlaku pada anda Bagaimana pula dengan...
Editing Tools For Drawing

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Cara Semakan Str Jika Tiada Akaun Bank

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Dalam Kepala Anak Ada Air


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aerotrain Di Klia Kembali Beroperasi

Petua Rambut Subur Lebat Dengan Santan Kelapa

Maksud Sebenar Empati

Pekerjaan Guru Paling Tinggi Kes Curang Di Tempat Kerja Inilah Puncanya

Membangun Plts Atap Ups Modif

Kerana Kehidupan Ini Ibarat Cermin Apa Yang Kita Beri Akan Kembali Semula Kepada Kita