Ibu Muda Ini Kongsi Tips Kewangan Dan Pengalaman Bersalin Di Avisena Specialist Hospital


Setiap ibu yang bakal melahirkan anak pasti mengimpikan melalui proses itu di hospital yang selesa dan dibantu oleh doktor pakar dan jururawat yang mesra dan berkemahiran tinggi. Paling penting, suami tersayang sentiasa berada di sisi setiap masa.
Kebanyakan hospital swasta membenarkan si suami menemani isteri setiap masa ketika proses bersalin. Ini antara sebab utama ramai pasangan memilih untuk bersalin di hospital swasta, selain daripada boleh memilih doktor yang menyambut kelahiran bayi mereka.
Namun, kos yang lebih tinggi menjadi cabaran kepada mereka untuk bersalin di hospital swasta yang lebih selesa. Jika syarikat suami/isteri menampung kos bersalin di hospital swasta, itu harus disyukiri. Jika tidak, terpaksalah mengeluarkan bajet sendiri.
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semua mampu menikmati pakej bersalin di hospital swasta yang menawarkan fasiliti persis di hotel mewah sekiranya bijak merancang.
Di sini, kami kongsikan tips dan pengalaman seorang ibu muda, Irine Nadia melahirkan anak di Avisena Specialist Hospital yang kini dikenali sebagai Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.
Disebabkan ramai yang request untuk Irine berceritakan pengalaman Irine bersalin di Hospital Avisena Shah Alam, jadi irine nak curik-curik masa nak update tentang pengalaman berharga ni. Kiranya entry ni Irine hasilkan atas permintaan followers Irine di blog, Facebook dan Instagram. 
Ok 1st, ayat yang paling ramai akan cakap, “ada duit, boleh laa bersalin di hospital Swasta”.
BUAT TABUNG SAVING KHAS UNTUK BERSALIN Ni memang ayat paling common lah paling Irine selalu dapat.hehe. Tapi kalau nak tau pengalaman Irine sendiri sebagai rakyat marhaen biasa-biasa ni, sebabkan Irine memang dah target nak bersalin di hospital yang lebih selesa, jadi Irine memang dah buat dan sediakan tabung saving khas untuk Irine nak bersalin. Haaaa macam mana tu? 
Ceritanya begini, setiap kali Irine dapat tau je Irine pregnant, detect positive, maka bermulalah di situ wujudnya tabung khas untuk kumpul duit untuk cost bersalin. Irine pun bukanlah sedegebuk bayar, tapi sepanjang 9 bulan mengandung tu, memang menabung sebab tak nak nampak macam duit tu senang-senang keluar macam air.haha.
Kita nak bersalin di tempat yang selesa, jadi Irine pun ambil inisiatif usaha dengan cara, asingkan siap-siap duit dalam tabung khas demi nak bersalin selesa. Tapi ingat tau, janganlah paksa diri, kita buat as kemampuan je. Tiada paksaan, sekadar bercerita pengalaman macam mana Irine uruskan kewangan dan cost untuk bersalin di private.
SEBAB PILIH AVISENA? Kenapa dekat Avisena? 1st of course sebab sekangkang kera jaraknya dengan rumah.heheh. Ya Allah, Irine rasa bersyukurlah part ni sebab takde rasa risau setiap kali dah sarat pregnant, tiba-tiba terjadi incident sakit contraction nak beranak tengah-tengah malam. Sebabnya, memang boleh terus start enjin kereta, menuju terus ke hospital time tu jugak! Bag keperluan Irine dan baby bawak ke hospital dah tak perlu risau sebab Irine memang dah sediakan siap-siap since 35 weeks pregnancy. Letak dalam kereta senang apa-apa hal terjadi. 
Doctor pun memang dah pesan siap-siap, andai kata kalau rasa sakit nak bersalin, sampai je hospital terus je masuk bahagian EMERGENCY. Nanti staff hospital akan layan kita dan sediakan wheel chair kalau tak larat dan sakit untuk berjalan.
Anak ke-4 Irine Nadia Irine memang suka sangat dengan layanan staff Avisena. Of course salah satu sebab utama Irine masih setia bersalin di Avisena untuk anak no 4 sebabkan layanan yang cukup besttt dan selesa masa anak yang no 3. Repeat customer datang balik mestilah disebabkan best service kan? hehe.
Dan sebab utama Irine nak bersalin di sini selain dekat dengan rumah, adalah sebab Irine nak bersalin dengan doctor perempuan Alhamdulillah, setakat 4x bersalin memang doctor perempuan yang sambut kelahiran anak Irine. Dan bila di Avisena pula, apa yang Irine boleh salute sepanjang Irine check up dengan doctor, nurse semuanya dalam kalangan PEREMPUAN. Jarang lah Irine nampak kaum-kaum lelaki ni dekat bahagian ward O&G. Kalau ada pun, nampak dekat pintu masuk hospital.
NURSE DI AVISENA SANGAT BAIK, BORAK MACAM KAWAN-KAWAN. Nurse-nurse pun boleh Irine cakap memang cukup baik, cukup merendahkan suara bila nak bercakap dengan patient. Irine ni sejenis hati tisu, memang tak boleh kalau ada sesiapa cakap dalam nada yang kasar-kasar. Nurse-nurse dekat Avisena expecially di ward O&G, layan patient dengan lemah lembut.  Hati seorang ibu yang tengah pregnant ni, emosi dia berkali-kali ganda SENSITIFFFF u know. haha. Memang Irine mengaku tiap kali nak datang check up appointment monthly masa pregnant dekat Avisena, sangat-sangat EXCITED! Kadang macam menghitung hari, ala-ala countdown gitu bila lah next appointment.  
Nurse baik sampaikan ada beberapa yang Irine boleh borak macam kawan-kawan. Tak rasa kekok, tak rasa segan nak bagitau apa-apa. Layanan Doctor pula macam mana? Haaaa ni paling ramai nak tau kan. 
Irine ada 2x pengalaman bersalin dan check up dengan dua doctor yang berbeza. Kenapa Irine tukar-tukar doctor pulak? Kenapa tak stick dengan doctor yang sebelum tu?
Sebabnya Irine nak tukar pengalaman.hehe Bukan bermakna tak bagus, tapi apa salahnya tukar doctor yang lain. Doctor bersalin masa anak no 3 dan no 4 both of them sangatlahhhh berkepribadian seorang ibu yerr! Soft spoken, friendly, dan layan kita dengan penuh extra kasih sayang. Excited nak jumpa doctor sebab doctor ni lah yang jaga Irine daripada sekecik-kecik kandungan baru detect positive, menganjak ke fasa-fasa 1st,2nd, dan 3rd trimester sehinggalah proses bersalin pun!  Maksudnya di sini, Irine checkup dengan doctor yang sama semasa pregnant sampailah bersalin pun doctor yang sama sambut kelahiran anak Irine.
Dekat Hospital Avisena kita boleh pilih doctor tak? Boleh pilih doctor perempuan tak? YES BOLEH! Ikut kita lah nak pilih doctor yang mana.hehe.
DOKTOR MUDAH BERTOLAR ANSUR, TAK RASA STRESS LANGSUNG MENGANDUNG! Antara sebab lain Irine suka dengan service doctor di Avisena adalah disebabkan doctornya mudah bertolak ansur dengan patient. Macam mana pulak tu? Haaa maksudnya gini, Irine kan ada history bersalin ceaser masa anak pertama, jadi risiko utk bersalin ceaser utk next anak masih ada lagi. Tapi walaupun macam tu, Irine ada birth plan Irine sendiri. Contohnya, Irine memang nak try selagi boleh bersalin normal, doctor pun faham dengan situasi Irine and YESSS doctor sangat support keputusan Irine. Takde langsung sikit pun perasaan doctor cuba menakut-nakutkan Irine berbanding sesetengah hospital yang lain. Malah lagi dia yakinkan kita ada lah. InshaAllah boleh bersalin normal nii. Doctor di Avisena respect dengan apa yang kita nak, kecuali kalau ada atas-atas sebab tertentu tak boleh elak, baru lah ada next plan yang semestinya mereka lagi pakar tahu yang terbaik untuk kita. 
Pakej bersalin Avisena berbaloi tak Irine?  Ok bagi Irine pakej bersalin dekat sini standard macam hospital private yang lain.
Bagi Irine, pakej bersalin Avisena berbaloi lah dengan layanan mereka terhadap kita. Tak rasa stresss langsung mengandung. hehe.
Irine juga ada memaklumkan berita baik kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak.
Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital – Khas Untuk Kaum Ibu dan Anak-anak Bermula 6 Mei 2019, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH), hospital pakar terbaik di Shah Alam yang merupakan hospital pertama di Malaysia yang menawarkan penjagaan premier dan rawatan secara eksklusif untuk wanita dan kanak-kanak, akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baru. AWCSH beroperasi di bangunan setinggi 19 tingkat dengan fasiliti hospital bertaraf dunia persis hotel bertaraf 5 bintang.
Bilik Single & Double Dengan Tema Rainforest, Carnival, Ocean and Flower Bilik Single – Tema Carnival
Bilik Double – Tema Flower Premier Suite Bilik Suite yang paling luas dan direkabentuk dengan citarasa elegan dan mewah. Paling menarik perhatian kami, bilik ini dibina mengadap ke Taman Tasik Shah Alam dan Masjid Negeri Shah Alam.
Untuk details tentang bilik yang ditawarkan di AWCSH ini, bolehlah layari ROOM RATES.
KONSEP MIAMI VALLEY HOSPITAL Bilik-bilik pesakit di AWCSH direka sedikit berbeza berbanding bilik rawatan di hospital lain. Katil pesakit juga disusun menghadap ke tingkap. Setiap bilik ini dipasti menerima cahaya matahari yang cukup pada setiap pagi. Cermin tingkap yang lebih besar daripada biasa direka khas untuk memastikan bilik cahaya matahari yang akan membantu proses penyembuhan pesakit secara semulajadi.
Konsep ini diilhamkan dari “Miami Valley Hospital”, satu-satunya hospital di Malaysia yang mempraktikkan konsep sebegini.

SERVIS LAIN DI AWCSH Bercakap tentang SERVIS yang ditawarkan di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, bukan sekadar menawarkan pakej bersalin dengan harga yang kompetitif, tetapi pelbagai lagi. Antaranya, Paediatrics, Gynaecology, Fertility, Kemalangan & Kecemasan dan lain-lain.
Kami tertarik dengan Klinik Gigi Khas untuk kanak-kanak yang terletak di Tingkat 11. Segala kelengkapan dan peralatan yang digunakan di sini sangat unik.
Peralatan pergigian yang unik pasti menarik minat anak-anak untuk melakukan rawatan gigi. Satu lagi fakta yang menarik perhatian kami. Baby Cot yang disediakan di AWCSH ini lebih panjang dari biasa. Ianya direka khas mengikut size orang dewasa. Kenapa?
Kerana AWCSH mementingkan keselesaan dan hubungan rapat antara ibu dan anak. Baby Cot dengan rekaan sebegini dapat memberi keselesaan untuk si ibu membelai dan tidur bersama si cilik di atas katil.
Consultation Room di AWCSH. Seolah-olah berjalan masuk ke dalam istana.
Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di AWCSH adalah seperti cafe, kedai barangan kesihatan, buah-buahan, bunga dan farmasi bagi kemudahan para pelanggan jika mereka memerlukan sesuatu. 
Pendapat kami, AWCSH merupakan hospital pakar untuk wanita dan kanak-kanak persis hotel 5 bintang yang lengkap dengan fasiliti moden dan mewah di Shah Alam. Kami pasti, ini adalah hospital terbaik di Shah Alam pada hari ini.
Alamat AWCSH: No. 3, Jalan Perdagangan 14/4, Seksyen 14 (14.30 km)
40000 Shah Alam, Selangor.
Layari: http://avisena.com.my/awcsh/ untuk maklumat yang lebih lanjut.
Facebook: Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsempoi.com/ibu-muda-ini-kongsi-tips-kewangan-dan-pengalaman-bersalin-di-avisena-specialist-hospital/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiap Kali Check Up Bacaan Darah Tinggi Hospital Rumah Kedua Ibu Kongsi Pengalaman Di Pa Matv

Tiap Kali Check Up Bacaan Darah Tinggi Hospital Rumah Kedua Ibu Kongsi Pengalaman Di Pa Matv

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 518 hits
Darah tinggi mencanak masa hamil situasi yang tidak normal dalam kehamilan Pengalaman ibu ini berkongsi pengalaman terpaksa bersalin pada 32 minggu akibat tekanan darah tinggi dalam Pa Ma TV Kehamilan sulung Puan Ain Diyana menyaksikan diri...
Berbaloi Ke Bersalin Dekat Avisena Specialist Hospital

Berbaloi Ke Bersalin Dekat Avisena Specialist Hospital

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 1652 hits
Berbaloi Ke Bersalin Dekat Avisena Specialist Hospital Sebelum ni Fadzi pernah cerita pasal pengalaman Fadzi bersalin dekat Avisena Specialist Hospital Kalau korang nak baca boleh klik Tapi ramai juga yang masih PM Fadzi dekat FB tanya pasa...
Bila Kontraksi Tak Boleh Fikir Dah Mujurlah Suami Ibu Kongsi Detik Bersalin Dalam Pa Ma Tv

Bila Kontraksi Tak Boleh Fikir Dah Mujurlah Suami Ibu Kongsi Detik Bersalin Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 317 hits
Bila memikirkan kontraksi memang tidak dapat digambarkan Ibu ini berkongsi pengalaman bersalinnya Mujurlah suami ada disisi Kehadiran suami semasa proses bersalin sangat membantu Tidak sia sia pasangan ini menghadiri kelas antenatal kerana ...
Melawat Ibu Bersalin Di Hospital Che Ta Terasa Nak Balik Ke Rumah Tambah Anak

Melawat Ibu Bersalin Di Hospital Che Ta Terasa Nak Balik Ke Rumah Tambah Anak

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 840 hits
Beberapa hari lepas aktres jelita Rozita Che Wan atau Che Ta membuat lawatan ke di Hospital Sungai Buloh Perkongsian ini dibuat Che Ta melalui laman Instagramnya Dia turut berkongsi beberapa foto bersama para ibu di wad bersalin hospital it...
8 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Yang Ibu Muda Wajib Tahu

8 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Yang Ibu Muda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 369 hits
Dalam tak sedar saya telah berjaya menyusukan ketiga tiga anak secara esklusif sehingga 2 tahun Banyak tips menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif telah dipraktikkan tanpa perlu top up dengan susu formula Jadi tugas pula untuk berkon...
Dah Macam Check In Hotel Kalau Datang Avisena Specialist Hospital Ni

Dah Macam Check In Hotel Kalau Datang Avisena Specialist Hospital Ni

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 884 hits
Assalamualaikum Adira baru je keluar dari wad pediatric Hospital Pantai Ampang dua hari lepas Alhamdulillah dia semakin sihat tapi selsema pulak Mungkin cuaca tak menentu ditambah pulak antibody tak kuat sebab Adira tak cucuk lagi vaksin ya...
Saya Akan Pam Susu Badan Setiap 4 Jam Sekali Syatilla Melvin Kongsi Tips

Saya Akan Pam Susu Badan Setiap 4 Jam Sekali Syatilla Melvin Kongsi Tips

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 395 hits
Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak Syatilla Melvin telah berkongsikan tips menyusu buat kaum ibu khususnya bagi yang berpuasa di bulan Ramadan Syatilla berkongsikan tips tersebut melalui video menerusi Instagram miliknya dan mem...
Michael Ang Kongsi Pengalaman Berpuasa Dan Akui Tidak Susah

Michael Ang Kongsi Pengalaman Berpuasa Dan Akui Tidak Susah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 418 hits
Pengarah Michael And yang sebelum ini mengumumkan dirinya telah memeluk Agama Islam sejak setahun yang lalu mengakui bahawa berpuasa tidaklah begitu sukar Michael yang berkongsi pengalamannya berpuasa kali pertama tahun lalu juga berkongsi ...
Ibu Meroyan Tiada Siapa Sedar Kelar Anak Sendiri Lepas Kongsi Gambar Di Media Sosial

Ibu Meroyan Tiada Siapa Sedar Kelar Anak Sendiri Lepas Kongsi Gambar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 533 hits
Meroyan atau postpartum depression tidak boleh dipandang ringan Ibu yang mengalaminya boleh tergamak mengelar leher anak sendiri Bayi berusia 5 hari menjadi mangsa ibunya yang sedang bergelut dengan kemurungan selepas bersalin Hiralbahen Bh...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation