Ibu Mangsa Gangguan Seksual Tahfiz Perak Luah Perasaan Beri Pesanan Pada Ustaz Selebriti Kita Jumpa Di Mahkamah Allah


Oleh : Johanna Sarah
Last chapter. I shall not write about this anymore after this. This is the end of the story.

Pada 7 Ogos 2019 tempoh hari majistret tuan afifi telah meneliti kes kami dan mendapati ada asas untuk pendakwaan. Jadi pihak mahkamah telah menghantar surat kepada Pejabat Pendakwaraya Negeri Perak untuk mengetahui alasan beliau kenapa kes ini dia tutup sebanyak 2 kali.

Pada 14 Oktober 2019 kami menghadap semula majistret yang sama dan beliau maklumkan DPP tak datang dan hanya dengan mewakilkan surat yang menyatakan siasatan telahpun dilakukan sebelum ini (ye ke?) dan membuat keputusan tiada pendakwaan. Alasan taknak dakwa? Sila baca di bawah:

"Perkara 145 Fasal 3 di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Peguam Negara dalam menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di mahkamah yang berbidangkuasa layak kecuali mahkamah syariah. Dalam hal ini, Tindakan pendakwaan bagi semua kesalahan di bawah undang-undang bertulis di Malaysia adalah atas arahan Peguam Negara. 
Walaubagaimanapun ianya adalah mustahil bagi semua kes di Malaysia dirujuk kepada Peguam Negara seorang. Oleh yang demikian Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah telah mengariskan bahawa kuasa pendakwaan juga boleh diturunkan kepada Timbalan Pendakwaraya yang dilantik."
Apabila kuasa mutlak diberi kepada AG dan DPP dalam membuat pendakwaan, maka kedua-dua pihak ini BOLEH MEMILIH sama ada mahu mendakwa atau TAK MAHU MENDAKWA. Klausa ini tidak boleh dinafikan atau dicabar oleh sesiapa walau Agong sekalipun.

Ada beberapa perkara yang berbangkit dari keputusan ini. Ia dinamakan case precedence, iaitu:

1. Selepas ini, mana-mana budak yang dibuli, dicabul, diliwat atau dirogol oleh ahli keluarga orang kenamaan yang berkepentingan, tidak akan diberi pembelaan walaupun bukti-bukti cukup untuk mendakwa suspek.

2. Selepas ini, mana-mana ibubapa yang anaknya menjadi mangsa buli, cabul, liwat atau rogol oleh individu berkepentingan tidak akan melaporkan kepada pihak polis kerana kepincangan pdrm mengikut SOP kendalian kes seperti ini. Seperti dalam kes ini:

- tiada kawad cam walaupun mangsa telah mengenalpasti saspek dan menamakan mereka dalam laporan polis.

- tiada rakaman video percakapan kanak-kanak dibuat melalui kamera mengikut prosedur akta kanak-kanak.

- tiada pengecaman lokasi sebenar kejadian dibuat oleh pihak polis. Sepatutnya polis bawa mangsa ke lokasi untyk tunjuk di mana bilik jenayah tersebut dilakukan. Semua ni tak buat.

3. Tidak akan ada pembelaan sewajarnya kepada mangsa dan pelaku jenayah ini hidup bebas, dan boleh juga terus mencari mangsa lain tanpa takut didakwa oleh mahkamah.

Selepas keputusan muktamad, ada terdengar perbincangan peguam-peguam di whatsapp dan medsos tentang sikap DPP dalam kes ini.. kemungkinan besar kertas siasatan ini memang KOSONG. Sebab kertas siasatan pertama memang dihantar kosong kepada pihak peguam negara di Putrajaya tanpa disertakan dengan laporan pakar paedatrik dan pakar psikiatri kanak-kanak.

Jadi, jika perkara ini benar. Apalah yang kita nak harapkan dari pihak polis, dari sistem penghakiman kita? Ini cuma membuktikan undang-undang hanya memihak kepada orang kaya berpengaruh dan kenamaan, bukan kepada marhaen seperti kita. Macam citer tamil betul.

Akhir kata, inilah kata-kata akhir untuk mereka yang terlibat dalam kes ni:

1. Kepada tuan majistret, terima kasih kerana percaya adanya terjadi jenayah, dan beri peluang kepada kami untuk berjuang untuk kali terakhir. Kami faham jika kes tak dapat diteruskan sebab luar bidang kuasa hakim majistret. Kami hargai peluang yang tuan berikan.

2. Kepada tuan pendakwaraya, terima kasih kerana memilih untuk tidak mendakwa orang yang melakukan jenayah ke atas anak saya. Saya yakin, tuan juga akan didakwa suatu hari nanti, di suatu tempat bernama mahkamah robbul jalil. Bersedialah tuan sebab tuan orang melayu Islam.

3. Kepada peguam-peguam yang terlibat, terima kasih yang tidak terhingga kerana melaburkan masa, tenaga dan wang yang saya tak mampu membayarnya. Hanya dengan balasan doa ikhlas dari seorang ibu yang teraniaya, agar hidup tuan-puan semua diberkati Allah dengan rezeki yang luas. You know who you are.

4. Kepada ustaz selebriti, saya doakan semoga Allah berikan hidayah dan keinsafan kepada anda. Semoga Allah jagakan anak-anak anda dari menanggung kafarah perbuatan anda terhadap anak-anak yang telah dizalimi di albarakah tanpa mendapat pembelaan sewajarnya. Tanpa sesalan atau ucapan maaf walau sepicing pun. Tahniah ustaz, anda menang di mahkamah dunia ini. Bersedialah ustaz. Kita akan bertemu di mahkamah robbul jalil nanti. Round 2.

5. Kepada (nama pembuli kanak-kanak disembunyikan). Kamu cederakan anak makcik dengan cara yang tidak akan mampu beliau sembuh selama-lamanya. Dia akan mengingati tragedi hitam di tahfiz ini sehingga ke akhir hayatnya. Makcik belum mampu memaafkan kamu dan makcik berdoa agar kamu tidak akan menyakiti anak orang lain sepertimana kamu buat pada anak makcik. Maka bersedialah wahai anak-anak. Kita buat perhitungan di mahkamah robbul jalil nanti.

6. Kepada pegawai penyiasat. Mula-mula anda marah sebab kisah ini viral, anda kata ia ganggu siasatan. Lepas tu anda telah tunjukkan warna anda sebenarnya apabila sengaja tak masukkan laporan pakar kanak-kanak dan laporan pakar psikiatri dalam kertas siasatan. Janganlah anda lupa bahawa anda juga ada keluarga. Ada anak lelaki. Takut perkara ini berbalik kepada keluarga anda. Allah Maha Adil dan Saksama.

7. Kepada sahabat-sahabat FB dan rakan-rakan yang mengikuti episod duka hidupku. Terima kasih diatas doa, sokongan, bantuan kewangan, pelukan dan kata-kata semangat. InsyaAllah kami kuat. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada kalian.

8. Kepada Luke. Anak sulung kesayangan. Semoga Allah menyembuhkan kamu, memberi kamu kekuatan, supaya dengan hikmah terjadinya perkara ini ke atasmu, kamu akan jadi manusia hebat. Manusia yang akan membuat perubahan kepada keadaan umat Islam yang semakin dangkal moralnya.

9. Kepada Johanna. Sang ibu yang memperjuangkan nasib anak yang dizalimi, akhirnya gagal juga kes dibicarakan. Percayalah kamu, bahawa kamu takkan dapat mencari keadilan yang kamu pinta di mahkamah undang-undang manusia, kerana yang akan memberi keadilan kepada kamu hanyalah satu, iaitu YANG MAHA ADIL, YANG MAHA BERKUASA. Lihatlah dan saksikanlah bahawa Allah akan membalas segala perbuatan jahat dengan balasan yang setimpal dan adil. Saksikanlah.

Akhir sekali, kususun sepuluh jari memohon maaf andainya ada telah menyusahkan sesiapa sepanjang 3 tahun kami mencuba. Maafkan kami semua. Maafkan aku. Aku dah cuba dan aku kalah. Aku gagal.

End of story.

#standupforourchildren #teamluke

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/10/ibu-mangsa-gangguan-seksual-tahfiz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Gugur Kes Gangguan Seksual Tahfiz Ternama Di Perak Suhakam Minta Penjelasan Peguam Negara

Kenapa Gugur Kes Gangguan Seksual Tahfiz Ternama Di Perak Suhakam Minta Penjelasan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 513 hits
VIRAL Sehari dua ini kecoh di sosial media mengenai kes gangguan seksual yang didakwa digugurkan Peguam Negara Kes itu yang mula kecoh sekitar tahun 2018 mula mendapat liputan meluas kerana membabitkan tahfiz ternama yang dibangunkan oleh u...
Dakwaan Seksual Ibu Berhak Ambil Tindakan Terhadap Sekolah Tahfiz Suhakam

Dakwaan Seksual Ibu Berhak Ambil Tindakan Terhadap Sekolah Tahfiz Suhakam

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 653 hits
MALAYSIAKINI Ibu seorang kanak kanak lelaki yang mendakwa menjadi mangsa eksploitasi seks di sebuah sekolah tahfiz berhak untuk mengambil tindakan undang undang terhadap pentadbir institusi itu maklum Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pesuruhja...
Pukul 7 Pagi Tinggal Anak Depan Rumah Pecut Kereta Lari Pengasuh Luah Terkilan Sikap Ibu Bapa

Pukul 7 Pagi Tinggal Anak Depan Rumah Pecut Kereta Lari Pengasuh Luah Terkilan Sikap Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 665 hits
Tidak dapat dinafikan dalam dunia yang semakin mencabar setiap pasangan perlu bekerja untuk menampung ekonomi terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai anak anak Tugas menjaga anak anak pula selalunya akan diserahkan kepada pengasuh atau...
Adik Isha Bakal Jalani Pembedahan Esok Ibu Berserah Pada Allah Minta Urusan Dipermudahkan

Adik Isha Bakal Jalani Pembedahan Esok Ibu Berserah Pada Allah Minta Urusan Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 452 hits
Esok merupakan hari yang ditunggu tunggu keluarga adik Nur Falisha Mardina bt Fahme Rezuan 1 tahun 9 bulan yang menghidap sejak dilahirkan Setelah bertarung dengan pembengkakan pada leher yang membesar dari hari ke hari Isha bakal menjalani...
Banjir Melanda Kawasan Perak Tengah Jumlah Mangsa Meningkat

Banjir Melanda Kawasan Perak Tengah Jumlah Mangsa Meningkat

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 376 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mangsa Banjir Perak Berkurangan Setakat 12 Tengah Hari

Mangsa Banjir Perak Berkurangan Setakat 12 Tengah Hari

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 302 hits
Mangsa banjir Perak berkurangan setakat 12 tengah hari nbsp Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Oct 2019 1 3
Video Dia Oku Nangis Dia Nak Jumpa Ustaz Ebit Lew Sebak Anak Istimewa Menangis Mahu Jumpa

Video Dia Oku Nangis Dia Nak Jumpa Ustaz Ebit Lew Sebak Anak Istimewa Menangis Mahu Jumpa

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 584 hits
Seperti yang semua sedia maklum Ustaz Ebit Lew antara penceramahan bebas yang disukai tambahan pula beliau menggunakan pendekatan yang lembut dalam menyampaikan ilmu berkaitan Islam Ustaz Ebit Lew juga kerap memuat naik aktiviti harianya un...
Jaga 4 Orang Ini Allah Akan Turunkan Rahmat Kepada Kita Ustaz Kazim Elias

Jaga 4 Orang Ini Allah Akan Turunkan Rahmat Kepada Kita Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 299 hits
Jaga 4 Orang Ini Allah Akan Turunkan Rahmat Kepada Kita Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ustaz Firdaus Sebak Pimpin Ibu Peluk Islam

Ustaz Firdaus Sebak Pimpin Ibu Peluk Islam

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 852 hits
Ustaz Firdaus Sebak Tika Pimpin Ibu Peluk Islam Firdaus Wong siapa tidak kenal dengan Ustaz Firdaus ini Beliau antara pendakwah yang tidak kenal lelah untuk sebarkan Islam Inilah kehebatan mereka yang benar benar terima Islam hasil daripada...
Branding The Heartbeat Of Business

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Tips Mengatasi Lidah Pahit

Ghatah Siput Bakaq Kuala Sungai Baru

Menegurlah Dengan Hikmah

Cekodok Pisang Buat Nellisa

Buasir Otak Tv Bila Orang Cakap Tengah Fokus Buat Kerja

Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Elit Politik Malaysia Perlu Muhasabah Dari Insiden Di Indonesia

Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

Datuk Zaharil Dimasukkan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung

Thomas Arya Izinkan Ku Menyintamu Chord

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient