Dakwaan Seksual Ibu Berhak Ambil Tindakan Terhadap Sekolah Tahfiz Suhakam



MALAYSIAKINI


Ibu seorang kanak-kanak lelaki yang mendakwa menjadi mangsa eksploitasi seks di sebuah sekolah tahfiz berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbir institusi itu, maklum Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Prof Noor Aziah Mohd Awal dalam suatu kenyataan menyentuh laporan media mengenai insiden yang didakwa itu.

"Kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah yang seteruk ini harus mendapat keadilan sepenuhnya.

"Memandangkan kesalahan yang dituduh tersebut amat serius, Pesuruhjaya Kanak-Kanak percaya bahawa ibu kepada mangsa berhak sepenuhnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah tahfiz tersebut," kata Noor Aziah.

Ini selepas pendakwaan menggugurkan kes berkenaan walaupun mahkamah mengakui kesalahan telah dilakukan.

Dalam kenyataannya, Noor Aziah menggesa Peguam Negara Tommy Thomas supaya memberi penjelasan mengenai alasan di sebalik keputusan untuk menggugurkan tuduhan jenayah terhadap pelaku yang didakwa itu.

"Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menggesa Peguam Negara untuk memberikan penjelasan segera keputusan menggugurkan tuduhan jenayah terhadap suspek dan menjelaskan asas tindakan sedemikian yang menggunakan budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan; dengan menggariskan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak," katanya lagi.

Hak kanak-kanak sama seperti orang dewasa
Noor Aziah menegaskan hak kanak-kanak perlu diiktiraf dan dilindungi di sisi undang-undang.

"Dalam usaha Malaysia membanteras eksploitasi seks kanak-kanak, Pesuruhjaya Kanak-Kanak menekankan bahawa kedaulatan undang-undang perlu dilaksanakan sepenuhnya kepada kanak-kanak sebagaimana ia dilaksanakan kepada orang dewasa kerana kanak-kanak mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang," katanya.

Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin lalu dilaporkan menolak dakwaan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak di sebuah sekolah tahfiz di Manjoi, Ipoh, hanya dua bulan selepas mengakui bahawa suatu kesalahan telah berlaku.

Menurut laporan itu lagi, Majistret Mohammad Afifi Mohammad Deen membuat keputusan itu setelah mahkamah menerima surat daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perak.

Surat itu menyebut arahan dikatakan daripada peguam negara yang ditulis berdasarkan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Peguam keluarga berkenaan, Asiah Abd Jalil, dipetik sebagai berkata peruntukan itu memberi kuasa kepada peguam negara menggunakan budi bicaranya untuk menghentikan apa-apa prosiding atas sesuatu kesalahan.

Pada Ogos 2016, seorang ibu telah membuat dua laporan polis mendakwa bahawa anak lelakinya yang berusia sembilan tahun bersama pelajar lain, secara konsisten telah didera secara seksual oleh pelajar senior di sebuah sekolah tahfiz.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/dakwaan-seksual-ibu-berhak-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Mangsa Gangguan Seksual Tahfiz Perak Luah Perasaan Beri Pesanan Pada Ustaz Selebriti Kita Jumpa Di Mahkamah Allah

Ibu Mangsa Gangguan Seksual Tahfiz Perak Luah Perasaan Beri Pesanan Pada Ustaz Selebriti Kita Jumpa Di Mahkamah Allah

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 1034 hits
Oleh Last chapter I shall not write about this anymore after this This is the end of the story Pada 7 Ogos 2019 tempoh hari majistret tuan afifi telah meneliti kes kami dan mendapati ada asas untuk pendakwaan Jadi pihak mahkamah telah mengh...
Kenapa Gugur Kes Gangguan Seksual Tahfiz Ternama Di Perak Suhakam Minta Penjelasan Peguam Negara

Kenapa Gugur Kes Gangguan Seksual Tahfiz Ternama Di Perak Suhakam Minta Penjelasan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 427 hits
VIRAL Sehari dua ini kecoh di sosial media mengenai kes gangguan seksual yang didakwa digugurkan Peguam Negara Kes itu yang mula kecoh sekitar tahun 2018 mula mendapat liputan meluas kerana membabitkan tahfiz ternama yang dibangunkan oleh u...
Menteri Hanya Sekolah Tahfiz Berdaftar Layak Terima Peruntukan Belanjawan 2020

Menteri Hanya Sekolah Tahfiz Berdaftar Layak Terima Peruntukan Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 365 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa KUALA LUMPUR Semua institusi tahfiz yang belum berdaftar dengan majlis agama negeri masing masing diingatkan supaya berbuat demikian sekiranya mahu menerima peruntukan dana daripada kera...
Campur Tangan Ahli Politik Terhadap Institusi Ulama Adalah Tindakan Angkuh

Campur Tangan Ahli Politik Terhadap Institusi Ulama Adalah Tindakan Angkuh

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 340 hits
Tindakan ahli politik Asmuni Awi yang ingin memanggil Timbalan Mufti Perak Sohibus Samahah Ust Zamri Hashim mengadapnya pada hari ini adalah satu tindakan angkuh biadap dan tidak menghormati institusi mufti khususnya dan ulama amnya Sepatut...
Bayi Comel Bercampur Najis Ditemui Dalam Tong Sampah Netizen Berang Tindakan Zalim Seorang Ibu

Bayi Comel Bercampur Najis Ditemui Dalam Tong Sampah Netizen Berang Tindakan Zalim Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 495 hits
Pembuangan bayi merupakan tindakan yang tidak boleh diterima walau apa alasan sekalipun Ibu bapa yang membuang bayi perlu dikenakan tindakan tegas atas perbuatan zalim berkenaan Segalanya bertitik tolak daripada pergaulan bebas dan keterlan...
Tindakan Disiplin Dap Terhadap Ronnie Tahap Wayang

Tindakan Disiplin Dap Terhadap Ronnie Tahap Wayang

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 184 hits
Pengerusinya Chong Chieng Jen menyifatkan kata dua Syed Saddiq berkenaan tindakan ke atas Ronnie Liu yang mengkritik Mahathir adalah tidak matang Pihak luar juga tidak terikat serangan ke atas pemimpin DAP wajar diteruskan bila masa
Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Azmin Berhubung Jawatan Pm Soal Ronnie Liu

Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Azmin Berhubung Jawatan Pm Soal Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 222 hits
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Ronnie Liu bersedia untuk dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti itu susulan kenyataannya bersedia membentuk kerajaan Pakatan Harapan tanpa PPBM Beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa Timbalan Pre...
Program Cuti Sekolah Kem Tahfiz 1 Hingga 15 Disember 2019

Program Cuti Sekolah Kem Tahfiz 1 Hingga 15 Disember 2019

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 3148 hits
Program Cuti Sekolah Kem Pra Tahfiz dari 1 hingga 15 Disember 2019 Cuti sekolah tak lama lagi akan tiba Mesti para ibu bapa sedang mencari Program Cuti Sekolah untuk dihadiri oleh The post appeared first on
Fitnah Exco Perak Terhadap Bmf Tindakan Terkutuk Keji

Fitnah Exco Perak Terhadap Bmf Tindakan Terkutuk Keji

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 386 hits
Pendirian Asmuni Awi jelas bercanggah dengan Mufti Perak UMMAHBANGI Fitnah dilemparkan Exco Agama dan Pendidikan Islam Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak Asmuni Awi yang mengaitkan kempen Beli Produk Muslim sebagai suatu kempen poli...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air