Ibu Kongsi Resipi Rempah Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap Tak Hancur


Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo ini dikongsi oleh emak kepada Cikgu Afy Al Habibi. Patutlah setiap resipi yang beliau kongsi di media sosail, nampak sedap dan membuka selera. Rupanya ada tip dan petua disebalik masakan Kali ini beliau berkongsi petua dan resipi Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo yang diambil dari ibunya di kampung. Tip dari orang dulu-dulu ni memang menjadi. Nampak simple sangat, tapi terbukti sedap hasilnya. Petua-petua ini memang berharga dan tiada dijual dalam buku melainkan perkongsian dari orang-orang tua sendiri. Rugi kalau orang-orang mudah tak simpan.
TIP MASAK GULAI KUNING IKAN TONGKOL @ IKAN AYO YANG SEDAP
Janganlah tengok sampai habis resepi lengkap cikgu ni kalau tengah jaga badan. Aha… resipi mengundang nasi tambah berkali-kali. Resipi dari Kelantan yang cikgu belajar dari mok. Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol). Ada dua cara mok ajar. Tapi cikgu kongsi dulu versi tumis. Apa-apa tips mok bagi memang cikgu ikut. Bukan senang nak mewarisi ilmu masakan mok cikgu yang banyak pengalaman tu. Selalu kalau dapat rahsia dari mok, cikgu cepat-cepat catat. Sangat berharga dan susah nak dapat. Silakan beberapa tips mok untuk dicuba bagi menyedapkan masakan gulai tradisi ini. – Cikgu Afy Al Habibi
TIPS GULAI KUNING IKAN AYO:
1. Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.
2. Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
3. Nak kuah pekat dan sedap, gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
4. Bungkus nasi bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka bungkusannya.
5. Padankan dengan sambal dan hirisan timun sebagai pelengkap hidangan.
RESIPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL @ IKAN AYO
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz XXL
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk kari
1 kotak kecil santan pekat – beli online DISINI
1 cawan air
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit air rebusan ikan
1 keping kecil nise kelatan @ gula melaka – beli online DISINI
Gula @ gula perang secukup rasa
Garam bukit secukup rasa – beli online DISINI
Sedikit minyak masak
BAHAN KISAR LUMAT:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
1 ulas bawang putih
4 hiris lengkuas – cikgu guna lebih untuk menaikkan rasa lengkuas yang sedap
BAHAN SAYUR:
1 batang timun – hiris
3-4 tangkai kacang panjang – potong kecil
1-2 biji terung – hiris
5-6 tangkai cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga kekuningan.Masukkan cili kering kisar.Masukkan juga serbuk kunyit.Petua mak untuk menaikkan aroma gulai: masukkan 1/2 sudu makan serbuk kari.Tumis lagi sehingga pecah minyak untuk mendapatkan kuah gulai yang cantik dan menaikkan aroma masakan.Seterusnya masukkan santan pekat diikuti dengan air dan air asam jawa. Tambahkan juga sedikit air rebusan ikan.Perasakan dengan nise Kelantan. Jika tiada, boleh guna gula melaka. Masukkan juga garam bukit, gula putih atau gula perang dengan secukup rasa.Masukkan ikan tongkol yang telah direbus. ( Klik untuk Cara-Cara Rebus Ikan Tongkol)Bila kuah mula pekat, masukkan hirisan terung terlebih dahulu. Masak seketika barulah dimasukkan hirisan timun, kacang panjang dan cili padi.Tunggu 2-3 minit sebelum dipadamkan api. Lihat hasilnya, isi ikan tidak hancur.Gulai Kuning Ikan Tongkol sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Tercari-cari KUALI NON -STICK yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://ift.tt/2H09Ykf
https://ift.tt/2RsPsdK
https://ift.tt/3itKlWF
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/09/ibu-kongsi-resipi-rempah-petua-masak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga

Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 418 hits
Andai ke pasar malam sajian Ayam Percik tentunya menjadi pilihan ramai Makan panas panas dengan kuahnya waduh sangat membuka selera Anda suka makan Ayam Percik macam jual dekat pasar malam tu Saudari SuiSan Aliezsha ada kongsikan resipi yan...
Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 348 hits
Bagi penggemar Rojak Mi resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba Menurut beliau resipi ini adalah yang biasa beliau buat hasil tunjuk ajar dari arwah ibunya yang merupakan peniaga makanan Macam macam menu yang dijual Bagi ...
Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah Lebih Sedap Mudah Masak

Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah Lebih Sedap Mudah Masak

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 413 hits
Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih sedap dan lain daripada telur dadar biasa resipi resipi yang dikongsi di b...
Cara Mudah Masak Sup Daging Sedap Guna Rempah Sup Homemade Mantul

Cara Mudah Masak Sup Daging Sedap Guna Rempah Sup Homemade Mantul

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 922 hits
Sup adalah menu kegemaran anak2 makcik Hidangkan nasi dengan sebarang sup sambal cili api kicap atau sambal belacan dan telur masin bagi anak2 makcik dah cukup sedap Hari ni makcik masak awal Tiber lapau nasi Masak simple2 je masak sup dagi...
Koleksi Resipi Lauk Pauk Bajet Mudah Masak Sedap

Koleksi Resipi Lauk Pauk Bajet Mudah Masak Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 453 hits
Tercari cari menu lauk bajet yang sedap mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya Resipi resipi di bawah ini anda boleh hasilkan Hanya dengan kos yang kurang dari RM20 anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan s...
Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 382 hits
Ikan bawal siakap atau apa apa sahaja ikan saiz besar memang sedap kalau dimasak 3 rasa Kombinasi rasa pedas masam manis menjadikan hidangan jadi lebih enak dan tidak muak Kalau makan di kedai memang mahal Jadi meh cuba buat sendiri kuah Ik...
Resipi Ikan Bakar Portugis Special Untuk Ibu Berdiet Anak Pun Boleh Tumpang

Resipi Ikan Bakar Portugis Special Untuk Ibu Berdiet Anak Pun Boleh Tumpang

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 518 hits
Cuti sempena Hari Malaysia ini apa kata kita cuba sediakan satu menu special untuk keluarga Ikan Bakar Portugis ini antara yang boleh dicuba oleh mama Paling menarik resipi ini juga paling selamat untuk ibu yang sedang berdiet kerana ia tid...
Resepi Ikan Percik Macam Saya Masak Mak Kata Sedap

Resepi Ikan Percik Macam Saya Masak Mak Kata Sedap

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 1001 hits
Resepi Ikan Percik Macam Saya Masak Mak Kata Sedap Resepi Ikan Percik Macam Saya Masak Mak Kata Sedap Ikan percik ni antara salah satu menu famous bulan puasa kan
Resipi Kek Butter Marble Anti Gagal Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Resipi Kek Butter Marble Anti Gagal Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 542 hits
Resipi Kek Butter Marble Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan l Assalamualaikum Siapa suka kek marble kita geng Kalau compare kek berkrim yang di jual di kedai kedai kek dengan kek marble ni Ana suka lagi kek marble Buat minum petang ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida

Memang Ada Buaya

Manusia Sesumpah

Ramai Guru Tapi Berguru Dengan Yang Betul