Ibu Berdebar Tunggu Anak Tak Keluar Masuk Sekolah Nampak Dikerumun Guru Rakan
Setiap anak mempunyai bakat dan kelebihannya tersendiri. Oleh itu ibu bapa merupakan tulang belakang yang perlu memberi sokongan dan bimbingan kepada anak-anak untuk terus maju dalam melakukan apa jua perkara yang diminati.
Menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang ibu memuat naik video seakan tercari-cari anaknya selepas waktu sekolah.
“Lama umi tunggu kat luar sekolah, tapi tak nampak langsung kelibat Fateh.
“Rupa-rupanya elok je duduk silang kaki sambil lukis muka cikgu,” ujarnya pada video tersebut.
Menurut si ibu, dia juga terharu apabila guru serta rakan-rakan anaknya iaitu Dihya Muhammad Fateh Mohd Faridil Amir sabar menanti hasil lukisan kanak-kanak berusia lapan tahun itu.
“Baik betul kawan-kawan Fateh, sanggup balik lambat tunggu Fateh siapkan lukisan,” katanya.
Berdasarkan semakan mStar, kanak-kanak yang mesra dipanggil Fateh itu sememangnya berbakat dan mempunyai minat mendalam dalam bidang melukis.
Ibunya juga sering berkongsi hasil lukisannya di TikTok sehingga menarik perhatian warganet.
Dalam pada itu menerusi video yang mendapat lebih 573,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen berasa amat kagum dan teruja dengan bakat yang dimiliki Fateh.
“Semoga jadi insan yang berjaya satu hari nanti, abang dulu masa umur adik pandai lukis orang lidi je, hebat kau dik.
“Pandai dia melukis ada bakat ni, teruskan minat ni adik.
“Mantap la adik, boleh pergi jauh kalau diasah, semoga menjadi insan berjaya nanti,” kata beberapa netizen.
Selain kagum dengan bakat Fateh, warganet turut memberi kata-kata semangat agar dia mengasah bakat yang sedia ada.
“Bakat bukan senang nak ada, asah bakatnya sis pasti akan jadi arkitek atau designer tersohor.
“Teruskan berkarya ya, hasilkan galeri yang akan menjadi sejarah.
“Semoga berjaya menjadi pelukis satu hari nanti,” demikian komen beberapa lagi warganet.
Cikgu Mashenda tersenyum menunggu hasil lukisan daripada Fateh.
Selain lukisan Fateh menjadi perhatian netizen, rata-rata warganet turut terpesona melihat personaliti Cikgu Mashenda yang merupakan guru kepada Fateh.
“Ayu sungguh cikgunya, wajah keibuan, sedap mata memandang.
“Cikgu pun sporting habis,” antara komen netizen.
Sumber: www.mStar.com; dihyart15
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Ibu Berdebar, Tunggu Anak Tak Keluar. Masuk Sekolah, Nampak Dikerumun Guru & Rakan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/ibu-berdebar-tunggu-anak-tak-keluar-masuk-sekolah-nampak-dikerumun-guru-rakan/