Ibu Dan Bayi 8 Bulan Maut Nahas 5 Kenderaan



Dua maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi ini.

Dua mangsa maut ialah seorang wanita dan bayinya berusia lapan bulan yang tersepit di dalam kenderaan.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Siti Khadijah Haron, 33, dan bayi perempuannya, Nur Qaireen Marissa Nor Azry.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa dalam perjalanan secara berkonvoi untuk pulang ke Pahang selepas mengikuti hari keluarga di Alor Setar, Kedah.

Kemalangan kira-kira jam 12.10 tengah malam itu turut membabitkan sebuah lagi treler dan tiga lagi kenderaan lain termasuk sebuah jip.


Dua maut dalam nahas melibatkan treler dan 4 kereta di Lebuhraya PLUS tengah malam tadi.
Dua maut dalam nahas melibatkan treler dan 4 kereta di Lebuhraya PLUS tengah malam tadi.





Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah treler yang hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad memaklumkan treler yang dipandu lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan terlebih dahulu melanggar sebuah kereta jenis Volvo sebelum merempuh Proton Waja yang dinaiki mangsa.

Akibat rempuhan itu, kenderaan dinaiki lima beranak itu terperosok di bahagian belakang sebuah lagi treler yang berada di hadapan di lorong kiri lebuh raya.

Keadaan kereta mangsa nahas.
Keadaan kereta mangsa nahas.


Shafee berkata akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang Proton Waja tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Suami wanita itu dan dua lagi anaknya walau bagaimanapun  terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan teruk lebih enam jam di laluan lebuh raya itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Sementara itu, polis meminta saksi kejadian agar tampil menyalurkan maklumat di balai berdekatan.

Sumber Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/ibu-dan-bayi-8-bulan-maut-nahas-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Penghujung 2019 Hilang Orang Tersayang Ibu Bayi 8 Bulan Maut Tersepit

Tak Sangka Penghujung 2019 Hilang Orang Tersayang Ibu Bayi 8 Bulan Maut Tersepit

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 503 hits
Baru beberapa jam bertolak pulang ke rumah kehilangan isteri dan seorang anak dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160 9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi semalam sungguh tak disangka Mangsa maut dikenal pas...
Bayi Maut Tercampak Dari Pangkuan Ibu Selepas Kereta Bertembung

Bayi Maut Tercampak Dari Pangkuan Ibu Selepas Kereta Bertembung

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 354 hits
Seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris di sini awal pagi tadi Kejadian jam 7 40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama b...
Kereta Hilang Kawalan Kanak Kanak 2 Tahun Maut Dengan Bayi Usia Sembilan Bulan Cedera Di Kepala

Kereta Hilang Kawalan Kanak Kanak 2 Tahun Maut Dengan Bayi Usia Sembilan Bulan Cedera Di Kepala

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 323 hits
Malang memang tidak berbau dalam keghairahan orang ramai bercuti pada hujung tahun ini ada sahaja berita kemalangan yang sering berlaku Justeru itu amatlah penting untuk orang ramai sentiasa berhati hati ketika memandu Malah penggunaan car ...
Menu Bayi 7 Bulan Tapi Sedapnya Macam Menu Orang Dewasa 20 Resipi Ibu Ni Memang Mantap

Menu Bayi 7 Bulan Tapi Sedapnya Macam Menu Orang Dewasa 20 Resipi Ibu Ni Memang Mantap

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 695 hits
Anak pun sama mahukan makanan yang penuh rasa enak dan pelbagai rasanya buat mereka Adakalanya mereka bosan mereka inginkan sesuatu yang berbeza untuk mereka Berkreatif dengan makanan yang dimasakkan buat bayi sememangnya perlu bagi mengela...
Lima Maut Nahas Dua Kenderaan

Lima Maut Nahas Dua Kenderaan

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 335 hits
LIMA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 427 5 Lebuhraya Utara Selatan di Kuala Kubu Bharu hari ini Dalam kejadian kira kira jam 5 pagi itu pemandu kereta Perodua Myvi Mohamad Rodzi Abdul Kadir 52 serta empat penump...
Tersepit Dirempuh Treler Ibu Anak 8 Bulan Maut Kemalangan

Tersepit Dirempuh Treler Ibu Anak 8 Bulan Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 903 hits
Seorang wanita dan bayi perempuan berusia lapan bulan maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160 9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi ini Mangsa Siti Khadijah Haron 33 dan anaknya Nur Qaireen Marissa Nor A...
Bayi 8 Bulan Maut Jatuh Katil Ditemui Dengan Keadaan Kepala Dalam Tong Sampah

Bayi 8 Bulan Maut Jatuh Katil Ditemui Dengan Keadaan Kepala Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 387 hits
Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Jalan Pasir Pinji kelmarin Mangsa ditemui dalam keadaan tertonggeng dalam sebuah tong sampah di tepi katil berkenaan o...
Bayi 8 Bulan Maut Akibat Lemas Selepas Jatuh Tertonggeng Ke Dalam Tong Sampah Di Rumah Pengasuh

Bayi 8 Bulan Maut Akibat Lemas Selepas Jatuh Tertonggeng Ke Dalam Tong Sampah Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 522 hits
Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan maut selepas terjatuh dari katil dan terus termasuk ke dalam bakul sampah Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 15 petang kelmarin di rumah pengasuh di Taman Pasir Pinji Ipoh kejadian itu hanya diseda...
Bayi Sihat Cantik Amalkan Makanan Sunnah Usaha Ibu Jaga Kandungan

Bayi Sihat Cantik Amalkan Makanan Sunnah Usaha Ibu Jaga Kandungan

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 475 hits
Buat wanita yang sedang mengandung pengambilan makanan adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan Jangan ikutkan nafsu dan makan semua benda tanpa kawalan Anda harus ingat apabila mengandung anda perlu lebih berdisiplin dan menjaga ma...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton