Ibu Boleh Menyusukan Bayi Tanpa Perlu Memegang Bayi Cara Ini Lebih Praktikal
Menyusu anak di tempat terbuka bukan lagi perkara yang asing kerana terdapat pelbagai cara ibu boleh gunakan untuk melindungi diri daripada pandangan orang lain ketika menyusu di tempat awam.
Terdapat juga cara menyusu bayi yang lebih praktikal, dimana ibu boleh menyusukan bayi tanpa perlu memegang bayi, tanpa perlu mencari tempat untuk menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu boleh buat kerja lain.
Menyusu bayi ketika ibu perlu bergerak, lebih mudah dilakukan dengan menggunakan alat mengendong bayi. Penggunaan pengendong bayi, bukan sahaja memudahkan ibu untuk lakukan sebarang kerja dah memudahkan ibu kemana saja dengan bayi, ia juga memudahkan ibu untuk menyusu bayi dimana sahaja dan pada bila bila masa.
Menyusu ketika bayi di dalam pengendong bayi, popular dipanggil ‘Nursing In Carrier’.
Apa yang menarik tentang Nursing In Carrier ni:-
• Kedua dua tangan ibu bebas (Handfree) dari perlu memegang bayi ketika menyusu. Bila tangan tak perlu memegang bayi, Ibu boleh lakukan 2 3 kerja dalam satu masa. Pengendong bayi ibarat sepasang tangan Extra buat ibu untuk memegang bayi.
• Pergerakkan ibu lebih bebas. Bayi yang menyusu di dalam pengendong bayi, tidak memerlukan ibu untuk berhenti dari sebarang kerja atau aktiviti yang sedang dia lakukan. Bayi tetap dapat menyusu sambil ibu teruskan lakukan sebarang aktiviti yang dia lakukan. Contohnya, ibu boleh menyusu anak ketika berjalan, sambil membeli belah, sambil buat kerja rumah,sambil membaca, dalam pelbagai aktiviti.
• Menjimatkan masa ibu. Walau anak jenis kuat menyusu, asyik nak mengempeng dengan ibu sekali pun, urusan ibu yang lain tetap dapat diselesaikan dalam masa yang sama. Pengurusan masa jadi lebih efisyen bila pelbagai perkara boleh dibuat dalam satu masa.
• Terlindung dari penglihatan orang lain. Orang tak perasan ibu sedang menyusu kerana bayi yang sedang menyusu di lindungi oleh alat pengendong bayi. Selain tu posisi menyusu di dalam pengendong bayi, yang mana ibu tidak perlu memegang bayi bukan posisi kebiasaan yang sering dilihat. Ibu rasa lebih selesa untuk menyusu bila tiada orang lain yang memandang.
• Dapat melindungi diri ibu dan bayi daripada pandangan dan tanggapan negatif orang lain. Ada segelintir orang, berasa tidak selesa melihat ibu ibu yang menyusu di tempat awam, walaupun ibu yang sedang menyusu tidak menampakkan auratnya.
• Bayi menjadi lebih gembira. Bila bila masa, walau sekerap mana sekalipun bayi berkehendak menyusu, ibu dapat susukan dengan segera. Ibu tak perlu lagi nak mencari ruang dan tempat untuk berhenti menyusu. Sambil berjalan pun boleh susukan bayi.
Tips Menyusukan Bayi Di dalam Pengendong Bayi;
1. Pastikan menggunakan pengendong bayi yang ergonomik, agar bayi menyusu dalam keadaan yang selesa dan menyokong tubuh ibu dan bayi dengan baik.
2. Ibu pakai pakaian yang ada bukaan hadapan, samada baju berbutang depan atau baju menyusu.
3. Sentiasa tiada sebarang benda yang menghalang hidung, yang menganggu aliran udara ke bayi. Contohnya tudung, baju, aksesori atau sebarang perhiasan tubuh ketika bayi menyusu.
4. Pastikan ibu mudah nak lihat keadaan bayi semasa menyusu.
5. Pastikan bayi menyusu dalam keadaan mendongak sedikit keatas.
6. Pastikan dagu bayi tidak bersentuhan dengan dadanya sendiri agar aliran penafasannya tidak terganggu.
7. Pastikan postur tubuh bayi dalam keadaan selesa. Kaki dan tulang belakangnya diampu dengan baik (rujuk gambar – Garisan Merah menunjukkan tulang belakang bayi berada dalam keadaan senget. Pastikan tulang belakang bayi dalam satu garis menegak).
8. Posisikan bayi dimana bibir atas bayi selari dengan puting ibu, sebelum susukan bayi.
9. Ibu hendaklah mahir menyusukan bayi terlebih dahulu sebelum mengamalkan menyusu bayi di dalam pengendong bayi.
10. Berlatih dengan kerap menyusu di dalam pengendong di rumah sebelum lakukannya ketika di luar atau ke tempat awam.
11. Posisikan tubuh bayi lebih sedikit di bahagian kiri atau kanan tubuh ibu mengikut payudara sebelah mana yang hendak disusukan agar bayi menyusu lebih selesa (Rujuk gambar)
12. Pastikan bayi melekap kemas di payudara.Tubuh bayi juga melekap kemas di tubuh ibu dan pemakaian pengendong bayi tidak longgar sepanjang proses menyusukan bayi di dalam pengendong.
Berikut langkah langkah untuk menyediakan bayi bagi menyusukannya ketika digendong.
1. Pasang Head support. Biarkan longgar.
2. Longgarkan Strap Pinggang.
3. Rendahkan tali strap belakang(Chest strap) ke bawah.
4. Longgarkan strap bahu. Longgarkan strap bahu lebih banyak di sebelah kanan atau kiri, bertentangan dengan payudara yang akan diberikan kepada bayi. Contoh : Jika ibu akan menyusukan bayi pada payudara kanan, maka longgarkan strap bahu lebih sedikit di belah kiri.
5. Rendahkan posisi bayi yang dikendong kebawah sehingga paras bibir atas bayi selari dengan puting payudara.
6. Posisikan bayi yang dikendong ke arah kanan atau kiri sedikit mengikut payudara sebelah mana yang bayi akan disusukan. Ampu bahagian punggung bayi dengan tangan sambil sebelah tangan lagi melaras.
7. Ketatkan semula tali strap pinggang.
8. Lekapkan mulut bayi pada payudara. Pastikan bayi sedikit menonggak. Ibu mudah nampak muka bayi.
9. Ketatkan semula strap bahu sampai ibu dan bayi selesa. Pastikan tidak terlalu longgar atau terlalu ketat.
10. Ketatkan head support
11. Biarkan bayi selesai menyusu, sebelum melaras kembali Pengendong bayi pada posisi asal.
Cara kembalikan bayi pada posisi mengendong yang betul setelah selesai menyusu.
1. Pisahkan mulut bayi dari payudara. Pakaian kembali bra dan kemaskan pakaian.
2. Buka pelindung kepala bayi.
3. Longgarkan tali strap pinggang.
4. Ampu tubuh bayi dengan tangan. Longgarkan tali strap bahu.
5. Pegang bahagian tengkuk dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi kekal ampu bahagian tubuh bayi.
6. Bawa baby ke atas, ketengah tubuh ibu semula. Paras terbaik adalah ibu mudah untuk cium kepala bayi.
7. Sebelah tangan, ketatkan semula tali strap pinggang. Sebelah tangan lagi kekal ampu tubuh bayi.
8. Ketatkan semua strap bahu di kiri dan kanan.
9. Lepaskan tangan yang mengampu tubuh bayi tadi.
10. Laras mana mana bahagian,sekiranya perlu ikut keselesaan ibu dan bayi.
Contoh posisi tulang belakang bayi tidak berada dalam keadaan betul seperti dibawah
Kesimpulannnya, menyusu di dalam pengendong bayi, amat membantu ibu mudah menyusukan bayi dengan cepat, memberi kebebasan, malah bayi juga semakin gembira. Segala kemahuannya dapat layani segera dan bonding antara ibu dan bayi semakin kuat.
Sumber: Puan Erni Adzim, Pengasas TUGEDA carrier
The post Ibu Boleh Menyusukan Bayi Tanpa Perlu Memegang Bayi, Cara Ini Lebih Praktikal appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ibu-boleh-menyusukan-bayi-tanpa-perlu-memegang-bayi-cara-ini-lebih-praktikal/