Cara Tekapan Mulut Bayi Salah Hanya Akan Menyakitkan Ibu Anak Pun Tak Kenyang


Antara aspek utama penyusuan susu ibu yang berjaya adalah tekapan mulut bayi. Sekiranya bayi anda tidak menekap dengan betul ke payudara anda, penyusuan mungkin menyakitkan.

Terdapat teknik khusus yang boleh digunakan untuk membantu bayi menekap ke payudara anda. Apabila posisi dan tekapan yang baik diperoleh, penyusuan susu ibu akan menjadi pengalaman yang selesa untuk ibu dan bayi.
BACA: 8 Posisi Penyusuan Yang Betul Untuk Ibu Mudah Dan Selamat Untuk Bayi
Fahami isyarat lapar Sebelum anda memahami teknik penyusuan badan, anda perlu mengetahui isyarat lapar yang mungkin ditunjukkan bayi anda. Bayi anda mungkin menghisap bibir, lidah, jari, atau tangan. Kelihatan gelisah dan meragam juga merupakan petunjuk bahawa bayi anda lapar.
Menangis adalah isyarat lapar yang lewat dan boleh menjadi sukar untuk memulakan penyusuan sewaktu bayi menangis.
Cuba perhatikan dan pelajari isyarat-isyarat awal bayi lapar. Perlu diingat bahawa bedung, puting kosong dan sarung tangan boleh menghalang isyarat lapar, kerana mulut dan tangan bayi terbatas.
Teknik bantu bayi menekap Teknik berikut di samping posisi yang betul boleh membantu memastikan bayi menekap dengan betul untuk penyusuan susu ibu yang berjaya:
Duduk di kerusi dengan sokongan belakang yang selesa untuk menyusukan bayi anda. Menggunakan bangku kaki untuk merehatkan kaki pula boleh membantu membentuk postur yang baik dan mencegah lenguh leher dan bahu. Gunakan bantal penyusuan jika ada. Jika tidak, gunakan sebarang bantal yang untuk membantu menyokong anda dan bayi. Bantal penyusuan yang baik sangat membantu bayi berada pada kedudukan yang tepat untuk menekap. Pastikan perut bayi menghadap perut anda pada setiap masa. Pastikan anda memegang rapat bayi ke arah anda, jangan cuba untuk membengkokkan badan untuk merapatkan diri kepada bayi. Ini bukan sahaja akan menyebabkan ketegangan teruk pada leher dan bahu, tetapi ia juga boleh menjejaskan posisi bayi. Pastikan telinga, bahu dan peha bayi anda selari, yang akan memudahkan bayi menyusu. Hidung bayi harus setentang dengan puting. Anda mungkin perlu memegang payudara anda untuk membantu menghalakan puting pada mulut bayi anda. Genggam payudara dari tepi, menggunakan teknik pegangan “C” atau “U”. Pastikan jari anda jauh daripada puting supaya anda tidak mengganggu bayi menekap. Halakan puting ke arah bibir atas / hidung bayi, bukan di tengah mulut. Anda mungkin perlu menggosok puting pada bahagian atas bibir untuk membantu bayi anda membuka mulutnya. Kepala bayi harus tertolak sedikit ke belakang. Anda tidak mahu dagunya tunduk ke dada. Apabila bayi membuka luas mulutnya dengan dagu dan lidah ke bawah, bayi boleh menekap dengan mudah. Jika bayi tidak membuka mulut dengan lebar, jangan cuba memaksa puting ke dalam. Anda mungkin perlu merangsang bayi membuka mulut dengan luas beberapa kali sebelum berjaya. Cuba untuk memastikan sebanyak mungkin bahagian areola (kawasan hitam sekitar puting) masuk ke dalam mulut bayi. Dagu bayi sepatutnya menekan bahagian bawah payudara. Kedua-dua bibir atas dan bawah bayi sepatutnya terjuih seperti bibir ikan. Jika tidak, anda boleh menggunakan jari anda untuk menarik bahagian bawah ke bawah dan membuka bahagian atas agar lebih ke atas. Selain memastikan bayi menekap dengan betul, anda juga boleh mengenal pasti posisi yang selesa untuk anda dan bayi. Terdapat pelbagai posisi berbeza yang berkesan untuk menyusu. Pastikan anda mengamalkan tip di atas untuk memastikan penyusuan berjaya. Sumber: Hello Doktor
The post Cara Tekapan Mulut Bayi Salah Hanya Akan Menyakitkan Ibu, Anak Pun Tak Kenyang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-tekapan-mulut-bayi-salah-hanya-akan-menyakitkan-ibu-anak-pun-tak-kenyang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Reject Ni Customer Tak Cukup Duit Ibu Dua Anak Hanya Tunduk Bila Dimalukan Oleh Cashier Kedai Eco

Nak Reject Ni Customer Tak Cukup Duit Ibu Dua Anak Hanya Tunduk Bila Dimalukan Oleh Cashier Kedai Eco

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 493 hits
Apabila sebut sahaja kedai Eco mula terbayang pelbagai aneka barangan yang dijual dengan harga RM2 Kedengaran sahaja RM2 tetapi yang dibawa pulang bukan setakat berpuluh puluh tetapi kadangkala beratus ratus Ini situasi bagi yang berkemampu...
Hiburan Ceraikan Isteri Hamil Bukan Hanya Soal Teknikaliti Tetapi Soal Mudarat Kepada Ibu Dan Anak Pu Rahmat

Hiburan Ceraikan Isteri Hamil Bukan Hanya Soal Teknikaliti Tetapi Soal Mudarat Kepada Ibu Dan Anak Pu Rahmat

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 701 hits
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan melalui siri kenyataan di media sosial menulis bahawa apabila ada kejadian seorang suami yang menceraikan isteri mengandung perkara yang perlu diberi perhatian bukanlah sama ada ia perkara dibolehkan atau tidak ...
Tolong Selesaikan Jenazah Anak Saya Ibu Tinggalkan Bayi Dengan Sekeping Nota Di Masjid Minta Selesaikan Jenazah Anak

Tolong Selesaikan Jenazah Anak Saya Ibu Tinggalkan Bayi Dengan Sekeping Nota Di Masjid Minta Selesaikan Jenazah Anak

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 384 hits
Tolong Selesaikan Jenazah Anak Saya Ibu tinggalkan bayi dengan sekeping nota di masjid minta selesaikan jenazah anak Ya Allah apakah yang sebenarnya berlaku kepada bayi ini sehingga tergamak si ibu tergamak si ibu membiarkan anak yang baru ...
Ibu Boleh Menyusukan Bayi Tanpa Perlu Memegang Bayi Cara Ini Lebih Praktikal

Ibu Boleh Menyusukan Bayi Tanpa Perlu Memegang Bayi Cara Ini Lebih Praktikal

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 489 hits
Menyusu anak di tempat terbuka bukan lagi perkara yang asing kerana terdapat pelbagai cara ibu boleh gunakan untuk melindungi diri daripada pandangan orang lain ketika menyusu di tempat awam Terdapat juga cara menyusu bayi yang lebih prakti...
Nur Tunggu Dipintu Syurga Hanya 5 Bulan Dipinjamkan Ibu Rindu Tiada Lagi Tendanganmu

Nur Tunggu Dipintu Syurga Hanya 5 Bulan Dipinjamkan Ibu Rindu Tiada Lagi Tendanganmu

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 382 hits
Selama lima bulan dipinjamkan tiada lagi dirasakan tendangan si kecil Ibu ini reda berpisah dengan kandungan istimewanya Memang tidak mudah menerima kenyataan tapi ini yang perlu dihadapi Luahan Puan Haryati Mohd Noor pasti akan menyebakkan...
Tip Jimat Masa Bulan Ramadan Siap Awal 29 Lauk Ibu Hanya Guna 15 Minit Memasak

Tip Jimat Masa Bulan Ramadan Siap Awal 29 Lauk Ibu Hanya Guna 15 Minit Memasak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 409 hits
Bulan Ramadan masa untuk menyediakan masakan berbuka pendek bagi ibu ibu bekerja Idea diutarakan ibu ini boleh menjimatkan masa Anak suami juga gembira makan air tangan ibu Menyediakan sajian keluarga sendiri memberikan kepuasan lebih terja...
Tunai Nafkah Batin Bukan Hanya Sekadar Seks Bapa Kepada 3 Orang Anak Ini Kongsi Erti Sebenar Tanggungjawab Nafkah Batin

Tunai Nafkah Batin Bukan Hanya Sekadar Seks Bapa Kepada 3 Orang Anak Ini Kongsi Erti Sebenar Tanggungjawab Nafkah Batin

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 360 hits
The ReporterMenunaikan nafkah batin buat isteri Lagi 45 minit untuk pergi kerja dan saya masih di sini Di dalam kereta bersama Akbar dan Daisy Akbar duduk di belakang bermain dan Daisy yang tadinya tidur sudah mula tersengih sengih Isteri s...
Nak Anak Bijak Sejak Dalam Rahim Rangsang Perkembangan Bayi 30 Minit Sebelum Tidur

Nak Anak Bijak Sejak Dalam Rahim Rangsang Perkembangan Bayi 30 Minit Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 391 hits
Ransangan bayi dalam rahim adalah satu kaedah mengajar bayi sejak dari dalam rahim lagi dan proses stimulasi ini patut diteruskan dari semasa ke semasa Bayi ditiupkan roh oleh Allah pada bulan ke empat dan pergerakkan pertama biasanya diras...
Where S My Boy Dia Tendang Ibu Kongsi Manfaat Rangsang Bayi Dalam Kandungan Dalam Pa Ma Tv

Where S My Boy Dia Tendang Ibu Kongsi Manfaat Rangsang Bayi Dalam Kandungan Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 258 hits
Meransang bayi dalam kandungan memang bermanfaat untuk perkembanganya Perkongsian ibu ini boleh dijadikan panduan kepada ibu hamil lain Puan Syakila Amarudzi 22 tahun yang muncul dalam rancangan TV Pa Ma episod 6bertajuk Rangsang Bayi Dalam...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan