Ibu Bapa Yang Pemarah Akan Lahirkan Anak Pemarah Kawal Emosi Sebagai Orang Dewasa


Anak kecil yang mudah marah atau merengek adakalanya boleh menguji tahap kesabaran ibu bapa. Bagaimana untuk mengendalikan amarahnya? Secara tidak sedar, ramai ibu bapa yang kerap melakukan kesalahan dengan sengaja membiarkan, memarahi, menghukum malah ada yang sanggup memukulnya semata-mata mahu si anak diam.

Kemarahan seorang anak kecil berbeza puncanya berbanding kemarahan orang dewasa. Sebagai ibu bapa jadilah penyejuk hati bagi anak-anak yang sedang marah sehingga mereka dapat memahami kesalahannya sendiri dan belajar cara yang betul untuk mengatasi emosi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk membantu meredakan emosi anak-anak yang sedang marah.anak seorang pemarah, anak suka marah, anak mudah marah, anak mudah meradang, anak naik angin, anak kerap marah.
PRIHATIN PERASAAN ANAK
Seorang anak memiliki keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu namun seringkali kemampuan tidak sekuat keinginannya. Kekecewaan diluahkan melalui kemarahan. Faham perasaan si anak, kenali kesukaannya, faham apa yang diinginkan dan tidak diinginkan, waktu tidur dan sebagainya. Jika anda cuba perkenalkan perkara baru kepadanya usah terlalu memaksa.
KOMUNIKASI
Kadangkala apa yang cuba disampaikan oleh anak kepada ibu bapanya ‘tidak sampai’ sehingga menimbulkan kekecewaan pada si anak. Tanda protes ditunjukkan dengan cara marah, merengek, merosakkan sesuatu dan sebagainya. Sentiasa luaskan komunikasi bersama anak. Anggap anak-anak sebagai sahabat dan begitulah sebaliknya.
PELUKAN
Kadangkala kemarahan seorang anak disebabkan kurangnya kasih sayang atau perhatian daripada ibu bapa. Kian membesarnya anak-anak atau kerana jadual semakin padat, interaksi antara anak dan ibu bapa semakin berkurang. Pelukan dan belaian kasih sayang ibu bapa amat diharapkan saat ini. Biasakan memeluk atau mencium anak-anak sebelum ke tempat kerja atau saat mereka sakit.
LARANGAN YANG LOGIK
Kata-kata seperti ‘Jangan’, Tidak boleh’ dan seumpamanya sering membuatkan anak merasa tidak dipercayai atau terbatas pergerakannya. Sebagai ibu bapa ‘wajib’ memberi alasan yang logik kepada anak mengapa kita melarangnya melakukan sesuatu. Contohnya melibatkan hal yang boleh membahayakan dirinya. Jelaskan risiko-risiko jika dia masih berdegil untuk melakukannya.
MENUNJUK TAULADAN
Ibu bapa harus menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak seperti cara yang betul untuk mengatasi emosi. Ibu bapa yang sering marah-marah atau tidak mampu mengawal emosi akan mudah mempengaruhi sikap anak-anak. Jika anda mula hendak merasa marah berusahalah untuk tidak menunjukkannya di hadapan anak-anak.
SENTIASA TENANG
Jika anak meragam atau marah-marah di tempat umum, sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa berada dalam keadaan tenang serta tidak mudah melatah. Elakkan daripada memarahinya semula atau memukulnya di khalayak ramai. Cara mudah yang boleh dilakukan ialah membawanya ke tempat yang lebih sunyi agar dapat meredakan kembali emosi.
Sumber: ragamanak.com
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Ibu Bapa Yang Pemarah Akan Lahirkan Anak Pemarah, Kawal Emosi Sebagai Orang Dewasa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-bapa-yang-pemarah-akan-lahirkan-anak-pemarah-kawal-emosi-sebagai-orang-dewasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Mudah Untuk Kawal Emosi Amalkan Zikir Terapi Untuk Ibu Bapa Anak Autism

Bukan Mudah Untuk Kawal Emosi Amalkan Zikir Terapi Untuk Ibu Bapa Anak Autism

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 359 hits
Hanya yang merasai dan melalui sahaja tahu betapa berat emosi yang harus ditanggung Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autism jangan bersedih kerana mereka adalah anugerah dari Illahi yang tak ternilai Autism tidak dapat dikenalpasti hanya d...
6 Barang Yang Ibu Bapa Wajib Sediakan Sendiri Untuk Anak Anak Sebelum Ke Sekolah Sewaktu Pandemik Covid 19

6 Barang Yang Ibu Bapa Wajib Sediakan Sendiri Untuk Anak Anak Sebelum Ke Sekolah Sewaktu Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 569 hits
Nampaknya ibu bapa ada yang sudah mula ambil ringan dengan keperluan anak anak yang bersekolah Jika diawal awal sekolah dibuka selepas 3 bulan sekolah ditutup ramai ibu bapa yang mengambil berat dengan keperluan anak anak Semuanya serba len...
Bertekak Depan Anak Anak Wajarkah Wahai Ibu Bapa

Bertekak Depan Anak Anak Wajarkah Wahai Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 365 hits
Assalammualaikum wbtBERTEKAK DEPAN ANAK ANAK WAJARKAH WAHAI IBU BAPA Ibu bapa pun manusia biasa yang tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan besar atau kecil Khilaf itu boleh sahaja dilakukan oleh sesiapa pun dan di mana pun pada bi...
Dipukul Kerana Perselisihan Pendapat Antara Ibu Bapa Di Group Whatsapp Sekolah Anak

Dipukul Kerana Perselisihan Pendapat Antara Ibu Bapa Di Group Whatsapp Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 385 hits
seorang bapa ditemui maut selepas dipukul oleh bapa saudara rakan sekelas anak perempuannya sehingga tengkorak kepala mangsa hancur Kejadian berlaku di Rusia Group Whatsapp sekolah Menurut laporan dari Mirror UK kejadian tersebut berpunca d...
Ibu Yang Suka Membaca Buku Masa Hamil Bagus Untuk Otak Bayi Lahirkan Anak Yang Bijak

Ibu Yang Suka Membaca Buku Masa Hamil Bagus Untuk Otak Bayi Lahirkan Anak Yang Bijak

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 349 hits
Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan ...
Cara Cara Mengembirakan Hati Ibu Bapa Contoh Karangan Upsr

Cara Cara Mengembirakan Hati Ibu Bapa Contoh Karangan Upsr

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 3004 hits
Rangka karanganIbu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga Tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia ini Kasih sayang mereka kepada kita tidak terbanding seisi dunia Mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagaan...
Itu Salam Terakhir Ibu Pergi Kedai Anak Buka Cermin Nako Jatuh Dari Tingkat 15

Itu Salam Terakhir Ibu Pergi Kedai Anak Buka Cermin Nako Jatuh Dari Tingkat 15

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 523 hits
Ditinggalkan sekejap kerana ibu keluar ke kedai tak sangka dapat berita anak lelaki yang berusia 6 tahun terjatuh ke bawah sehingga meninggal dunia dan mengejutkan jiran berdekatan Kanak kanak lelaki itu dijumpai maut terjatuh dari tingkat ...
Bagaimana Saya Boleh Menulis Di Blog Dalam Kesibukan Saya Sebagai Ibu Advisor Dan Mompreneur

Bagaimana Saya Boleh Menulis Di Blog Dalam Kesibukan Saya Sebagai Ibu Advisor Dan Mompreneur

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 429 hits
As salammualaikum Sebenarnya saya terasa untuk menulis entry ini kerana ada beberapa orang kenalan yang bertanya dengan soalan yang sama bagaimana saya bahagi masa boleh menulis blog dengan rutin harian lagi termasuklah menguruskan hal hal ...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam