Ibm Tinggalkan Malaysia Ekonomi Makin Parah



Krisis keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia semakin parah apabila pelabur yang telah bertapak berdekad-dekad lamanya seperti International Business Machines Corporation (IBM) mengumumkan akan menutup pusat operasinya di Cyberjaya pada 31 Mei ini.
Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi ini amat membimbangkan selepas pelbagai syarikat gergasi meninggalkan negara baru-baru ini, termasuk Hyundai dan Panasonic.
Ironinya, kata Anwar, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya bersikap acuh tidak acuh dengan apa yang berlaku dan menteri kanan yang bertanggungjawab menjaga pelaburan menyatakan Malaysia kini lebih memilih pelaburan berkualiti berbanding pelabur berskala kecil dan sederhana.
“Situasi ini sangat memprihatinkan tatkala negara terus kehilangan ribuan pekerjaan di sektor teknologi dan pembuatan kepada negara-negara tetangga di rantau Asean. Kita juga turut bimbang tentang nasib rakyat yang terkesan dengan langkah ini dan apakah kerajaan PN punya kemampuan untuk mendepani permasalahan ini.
“Kita juga mendapati reaksi santai menteri bertanggungjawab itu hanya menonjolkan sikap pemerintah yang tidak faham realiti semasa yang dihadapi negara,” kata Anwar dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengingatkan kerajaan PN bahawa Laporan United Nations Conference on Trade and Development (Unctad) pada bulan Januari 2021 lalu jelas menyatakan kadar pelaburan asing (FDI) ke Malaysia merudum lebih dua pertiga kepada hanya AS$2.5 bilion pada 2020, menjadikan ia penurunan yang paling dahsyat di rantau Asia Tenggara.
Pada bulan Januari 2021 juga, kata Anwar, negara dikejutkan dengan komen Ketua Pengarah Eksekutif EU-Malaysia Chamber of Commerce and Industry (EUROCHAM) yang menyuarakan “kebimbangan terkait Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang ampuh”.
Selain itu, rakyat juga bimbang melihat fakta semakan semula oleh agensi Fitch Ratings mengenai Penarafan Kemungkinan Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ dari ‘A-‘ pada bulan Disember tahun lalu, sambil menambah “ketidaktentuan politik susulan daripada perubahan dalam kerajaan pada bulan Mac memberi tekanan kepada jangkaan dasar serta prospek penambahbaikan dalam piawaian tadbir urus”.
“Setelah satu tahun berada di puncak kuasa, kerajaan PN masih gagal mendepani secara jujur persoalan terkait keberkesanan mereka sebagai kerajaan yang lemah tanpa mandat legislatif yang jelas.
“Pengisytiharan darurat dan tindakan menggantung Parlimen diandaikan oleh sektor swasta sebagai langkah terdesak terus berpaut pada kuasa. Langkah darurat merobek keyakinan kepada kerajaan PN, kerangka kebijakannya serta komitmen pada tatakelola yang baik dan negara hukum.
“Keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan PN menampakkan kecenderungannya pada kesepakatan tertutup dan rencana dalam gelap, di mana ia bertentangan dengan usaha dan upaya kita untuk menarik pelaburan dan membina keyakinan pada ekonomi,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu mengingatkan, selepas segala kecuaian yang dilakukan kerajaan PN, mereka masih juga mahu menjalankan projek secara semberono.
Contoh terbaharu, katanya, adalah perencanaan pemerintah untuk meluncurkan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV).
“Projek ini boleh dikatakan sebagai strategi digital utama kerajaan PN dengan jumlah RM15 bilion, tetapi tanpa penelitian, tanpa perundingan dengan industri dan menjadi satu-satunya tatanan di dunia ini yang menggunapakai kaedah tersebut.
“Syarat perjanjian terkait projek 5G ini juga tidak jelas. Justeru, kita bimbang berapa banyak lagi pelabur yang akan meninggalkan Malaysia dan mencari destinasi pelaburan lain yang lebih selamat dan boleh dipercayai,” kata Anwar.
Untuk rekod, projek pendigitalan kerajaan PN kali ini tidak sama dengan inisiatif Multimedia Super Corridor (MSC) yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada 1990an lalu.
MSC gah dengan penasihat-penasihat asing dan telus dari segi pelaburan. Namun projek 5G kerajaan PN tidak banyak diketahui falsafah pembangunan dan pelabur atau syarikat teknologi dari negara mana yang terlibat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31817

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 179 hits
273 total views 273 views today Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubu...
Segera Adakan Pemilihan Umno Tahun Ini Sebelum Umno Makin Parah Kj

Segera Adakan Pemilihan Umno Tahun Ini Sebelum Umno Makin Parah Kj

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 354 hits
Hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno iaitu dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini kata Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar Katanya pemilihan Umno perlu dilaksanakan mengikut jadual sebelum P...
Kedutaan Korea Utara Luah Rasa Kecewa Tinggalkan Malaysia

Kedutaan Korea Utara Luah Rasa Kecewa Tinggalkan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 319 hits
Staf diplomatik negara itu termasuk tanggungan berlepas pulang PUTRAJAYA Semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia berlepas pulang ke negara mereka hari ini susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat un...
Kerajaan Pn Digesa Perkenal Kerangka Ekonomi Digital Malaysia

Kerajaan Pn Digesa Perkenal Kerangka Ekonomi Digital Malaysia

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 141 hits
Ekonomi digital semakin mengambil alih ekonomi konvensional ketika era pandemik Covid 19 Dengan aktiviti pembelian secara atas talian dan berkembangnya khidmat penghantaran barang ke rumah maka ekonomi digital akan mengubah landskap kehidup...
Malaysia Unveils Misinformation Law

Malaysia Unveils Misinformation Law

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 141 hits
Malaysia s government introduced a law Thursday that punishes spreading coronavirus misinformation with jail time and hefty fines sparking fury at what critics labelled an appalling attack on free speech The shock move comes amid growing co...
Lembaga Koko Malaysia Akan Wujudkan Sebuah Perkampungan Koko Di Lipis Tahun Ini

Lembaga Koko Malaysia Akan Wujudkan Sebuah Perkampungan Koko Di Lipis Tahun Ini

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 135 hits
MARAN Lembaga Koko Malaysia akan mewujudkan Perkampungan Koko di Lipis pada tahun ini yang merupakan projek perintis dalam pembangunan industri komoditi negara Pengerusi Lembaga Pengelola LKM Aliakbar Gulasan berkata projek yang akan dilaks...
Huawei Matestation S Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Mac

Huawei Matestation S Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Mac

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 300 hits
Seperti yang kami laporkan beberapa hari yang lalu Huawei akan melancarkan komputer desktop pertama mereka di Malaysia dalam masa terdekat Hari ini Huawei akhirnya mengesahkan MateStation S akan mula dipasarkan di negara kita bermula 20 Mac...
Login E Pengambilan Pdrm 2021 Cara Mohon Jawatan Polis Diraja Malaysia

Login E Pengambilan Pdrm 2021 Cara Mohon Jawatan Polis Diraja Malaysia

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 519 hits
LOGIN e PENGAMBILAN PDRM 2021 CARA MOHON JAWATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA Kepada Warga Malaysia bukan Bumiputera yang layak kini boleh mengisi kekosongan jawatan konstabel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia tanpa perlu mendapat kepujian dalam...
Kami Pun Rakyat Malaysia Penduduk Dari Myanmar Di Bukit Malut Tuntut Layanan Sama Rata

Kami Pun Rakyat Malaysia Penduduk Dari Myanmar Di Bukit Malut Tuntut Layanan Sama Rata

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 361 hits
Warga Myanmar yang tinggal di Bukit Malut Langkawi Kedah dilaporkan menuntut agar mereka dilayan sama rata seperti rakyat Malaysia yang lain serta diberikan keistimewaan sama seperti rakyat tempatan Difahamkan mereka memberi alasan bahawa k...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Ben Nathan Kebahagiaanmu Chord

Ht House By 007studio In Ha Tinh Vietnam



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Kunci Meningkatkan Produktivitas Dan Kesehatan Burung Juara Kontes

Rendang Udang Mudah Dan Sedap

Tersangkut Offer Kasut Lewre Kat Sogo

Lirik Lagu Bukan Sebuah Rindu Andmesh Yovie Widianto

Cara Aminkan Doa

Learning From May 13 For Lasting National Reconciliation