Ibarat Dalam Game Gta Wanita Pandu Kereta Curi Dikejar 17 Kilometer Di Kk




Kota Kinabalu: Seorang wanita yang memandu kereta curi nekad melarikan diri sehingga sanggup merempuh beberapa kenderaan dalam kejadian bermula di Jalan Tun Fuad, di sini, hari ini.
Dalam insiden jam 10 pagi itu, kejadian bermula selepas kereta Toyota Hilux yang dipandu wanita berusia 35 tahun terbabit dikatakan ditemui pemilik sebenar di kawasan berhampiran Pasar Filipina.


Pemilik terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan sebelum berlaku insiden mengejar kenderaan sehingga melepaskan beberapa das tembakan yang berakhir di Jalan Sepanggar berhampiran Perumahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan George Abd Rakman berkata, sebaik menerima laporan, pasukan unit peronda MPV polis berjaya mengesan kedudukan kenderaan berkenaan di Jalan Tanjung Lipat, di sini.


Bagaimanapun katanya, ketika diarahkan untuk memberhentikan kenderaan, suspek masih tidak mengendahkan arahan dan terus memecut kenderaan untuk melarikan diri.

“Dua kereta MPV yang turut dibantu pasukan trafik cuba sekali lagi menghalang kenderaan suspek melarikan diri di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS), namun suspek terus merempuh sekatan jalan dan terus menuju ke Jalan Sepanggar.

“Semasa di hadapan lampu isyarat Tebobon, Jalan Sepanggar, kenderaan suspek tersekat akibat kesesakan lalu lintas dan ketika cuba menahannya, suspek sekali lagi cuba melarikan diri menggunakan lorong kecemasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


George berkata, suspek kemudiannya tiba-tiba bertindak mengundurkan kenderaan dengan laju sehingga terkena salah seorang pegawai polis dan menyebabkan kecederaan.

Katanya, pasukan polis akhirnya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sehingga menyebabkan kenderaan suspek tidak dapat bergerak.

“Pasukan polis kemudiannya berjaya memecahkan tingkap hadapan kenderaan dipandu suspek dan terus menahan suspek untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan berkenaan polis turut menemui syabu dipercayai untuk kegunaan suspek” katanya.

Sehubungan itu, George berkata, suspek kes ini membabitkan seorang wanita tempatan yang tidak bekerja dan beralamat terakhir di Kampung Sembulan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit bersalah.

- Deasoka


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2022/02/ibarat-dalam-game-gta-wanita-pandu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tahu Raya Tapi Main Tu Beragaklah Wanita Geram Jiran Main Mercun Habis Calar Kereta

Hiburan Tahu Raya Tapi Main Tu Beragaklah Wanita Geram Jiran Main Mercun Habis Calar Kereta

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 266 hits
Malaysia merupakan satu negara yang dipenuhi pelbagai kaum dan sepatutnya perkara itu membuat hubungan sesama kaum semakin erat tetapi tidak dapat dinafikan ada juga yang bersikap mementingkan diri Seperti kisah seorang wanita ini di TikTok...
Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 Kereta Sebelum Dikepung Orang Ramai Video

Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 Kereta Sebelum Dikepung Orang Ramai Video

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 248 hits
Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 kereta Sebelum Dikepung Orang Ramai VIDEO CUBAAN melarikan sebuah kereta oleh seorang wanita yang dipercayai penghisap gam tidak berjaya Rakaman yang menjadi tular menunjukkan wanita ini memandu...
Hiburan Padah Suka Parkir Depan Rumah Jiran Wanita Ini Bantu Jual Kereta Murah Murah

Hiburan Padah Suka Parkir Depan Rumah Jiran Wanita Ini Bantu Jual Kereta Murah Murah

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 327 hits
Adat hidup berjiran kita haruslah bersikap bertolak ansur bagi memastikan hubungan di antara jiran tetangga lebih harmoni dan bersatu padu Namun begitu pastinya ada saja yang menjadi isu jika jiran bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak ...
Wanita Hisap Gam Dalam Bas Curi Honda City Sebelum Terbabit Dalam Kemalangan Ditahan Polis

Wanita Hisap Gam Dalam Bas Curi Honda City Sebelum Terbabit Dalam Kemalangan Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 326 hits
Wanita hisap gam dalam bas curi Honda City sebelum terbabit dalam kemalangan ditahan polisTular di media sosial semalam video menunjukkan seorang wanita didakwa menghisap gam dalam bas awam sebelum dihalau keluar oleh pemandu Tidak beberapa...
Wanita Lari Dari Polis Langgar Anggota Polis Dengan Kenderaan Curi Berjaya Ditahan

Wanita Lari Dari Polis Langgar Anggota Polis Dengan Kenderaan Curi Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 263 hits
KOTA KINABALU Cubaan seorang wanita melarikan diri dengan merempuh anggota polis menggunakan kenderaan curi yang dipandu berjaya digagalkan di hadapan lampu isyarat Tebobon Jalan Sepanggar Menggatal pagi tadi Dalam kejadian kira kira 10 pag...
Pembukaan Pandu Lalu A W Seremban Berwajah Baharu Dengan Gaya Moden Retro

Pembukaan Pandu Lalu A W Seremban Berwajah Baharu Dengan Gaya Moden Retro

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 279 hits
Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato Seri Haji Aminuddin Bin Harun baru baru ini meraikan pembukaan Pandu Lalu A W Seremban yang diberi nafas baharu sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk diras...
Farmasi Komuniti Pandu Lalu Pertama Malaysia

Farmasi Komuniti Pandu Lalu Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 4880 hits
Oleh Mumtaz pada majlis Pelancaran Farmasi Pandu Lalu Pertama Malaysia di Superbig Pharmacy Kubang Kerian Foto Hazira Ahmad Zaidi KOTA BHARU Farmasi Superbig Kubang Kerian di sini menjadi farmasi komuniti pertama di negara ini menggunakan k...
Positif C0vldl9 Sebelum Masuk Dewan Bersalin Wanita Harungi Kep3rit4n Masa Berp4ntang Bayi Tak Mandi 2 Minggu

Positif C0vldl9 Sebelum Masuk Dewan Bersalin Wanita Harungi Kep3rit4n Masa Berp4ntang Bayi Tak Mandi 2 Minggu

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 362 hits
KELAHIRAN puteri sulung yang diberi nama Nur Fatima pada 6 Julai 2021 menjadi pelengkap dalam kehidupan rumah tangga pasangan ini Detik kelahiran tersebut turut memberi kesan yang mendalam buat Nor Hasikin Hamidon 27 serta suaminya Muhammad...
Ibu Hindu Ayah Buddha Wanita Ini Bahagia Hidup Sebumbung

Ibu Hindu Ayah Buddha Wanita Ini Bahagia Hidup Sebumbung

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 387 hits
MELAKA Istilah rumahku syurgaku mungkin paling layak bagi menggambarkan keharmonian hidup tiga beranak ini biarpun masing masing menganuti tiga agama yang berbeza iaitu Islam Hindu dan Buddha sejak tiga tahun lalu
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah