Pembukaan Pandu Lalu A W Seremban Berwajah Baharu Dengan Gaya Moden Retro



 
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, baru-baru ini meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W Seremban yang diberi nafas baharu, sekali gus memberikan penduduk Seremban suatu pengalaman yang unik dan baharu untuk dirasai.
Pembukaan itu adalah sebagai tanda penghormatan kepada kewujudan A&W yang sudah lama bertapak di Malaysia kerana cawangan tersebut merupakan suatu lambang ikonik di Seremban yang telah mencipta pelbagai memori untuk penduduk sekitarnya sejak tahun 1978. Kini, ia diberi nafas baharu dengan konsep yang bertemakan retro, yang menampilkan reka bentuk retro bergaya moden.
Suasana baharu restoran itu yang menghadap keindahan Tasik Seremban, sememangnya direka khas untuk menarik minat generasi muda. Namun, pada masa yang sama tetap berpegang teguh kepada legasi dan warisan jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1963, apabila A&W menjadi restoran makanan segera yang pertama beroperasi di negara ini. 


“Dengan perubahan generasi dalam tempoh beberapa dekad, begitu juga tingkah laku serta tren pengguna. Dalam hal ini, adalah lumrah untuk A&W terus berinovasi dan berkembang. Kita kini sedang dalam misi untuk memberi nafas baharu kepada jenama ini bagi memastikan ia kekal relevan dan tampil menarik kepada pengguna hari ini, terutamanya generasi muda, yang semakin hari semakin cerdik dan arif. Konsep moden-retro ini adalah hasil ke arah hala tuju baharu, yang bukan hanya tertumpu kepada estetika sahaja, namun, turut menggabungkan usaha menggiat semula semua tawaran secara keseluruhan kepada pengguna,” menurut Sophia Ch’ng, Pengarah A&W Malaysia Sdn. Bhd.
Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda, terutama dalam hal membabitkan budaya kopi popular, sebahagian daripada pengubahsuaian itu turut merangkumi jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue yang dimiliki oleh Inter Mark Resources. Cawangan itu adalah yang pertama di negara ini menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.



Mengambil inspirasi daripada Gunung Jamaica Blue - salah satu daerah pengeluar kopi terbaik di dunia -pengunjung Pandu-Lalu A&W Seremban akan dihidangkan dengan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue yang disediakan oleh pasukan barista yang berpengalaman dan berpengetahuan. 

“Gabungan Jamaican Blue dan Pandu-Lalu A&W Seremban akan membawakan pengalaman yang baharu, unik dan menyegarkan kepada penduduk di kawasan ini. Pada dasarnya, matlamat kami adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang sempurna untuk dimiliki dan dinikmati oleh masyarakat di sini dengan memberi tambah nilai kepada mercu tanda ikonik di Seremban,” kata Ch’ng. 
Memuji langkah tersebut, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun berkata cawangan A&W yang diberi nafas baharu menerusi gaya moden-retro dan gabungan Kopi Jamaican Blue akan menambah lagi daya tarikan Seremban sebagai sebuah bandar yang meriah, serta dikenali dengan kepelbagaian makanan unik.

“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas semangat inovatif dan keusahawanan mereka yang sentiasa memberikan tawaran inventif dan konsep baharu kepada pengguna. Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan - terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1963, A&W sudah terpahat di hati dan sanubari penggemarnya tidak kira tua mahupun muda yang sangat menggemari menu klasik termasuk kepelbagaian rasa Coney, keenakan waffle dan A&W RB float yang ikonik dan menyegarkan. Malah, sejak kebelakangan ini, anak muda Malaysia mula menggemari menu khas seperti Mozza Burger dan Ayam Goreng Golden Aroma yang diperbuat daripada bahan segar bagi memastikan tahap kualiti yang tertinggi.




Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia,dengan mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025. Selain berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih setengah abad, A&W kini adalah entiti yang disayangi oleh rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan segenap lapisan masyarakat untuk beberapa dekad serta generasi seterusnya.



Untuk maklumat lanjut mengenai A&W Malaysia: 
Facebook: 
www.facebook.com/anwmalaysia

Instagram: 
https://www.instagram.com/anwmalaysia

Twitter: 
https://www.twitter.com/anwmalaysia



#anw  #anwmalaysia  #pandulaluanw  #Retro  #gayamoden #konsepmodenretro #foodieblogger
#bloggermalaysia  #anwseremban  #KopiJamaicanBlue


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2022/02/pembukaan-pandu-lalu-seremban-berwajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potret Gaya Modis Ayu Gani Juri Di Indonesian Next Top Model

Potret Gaya Modis Ayu Gani Juri Di Indonesian Next Top Model

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 218 hits
Ia merupakan model dan influencer berbakat yang berhasil memenangkan Asia Next Top Model Gayanya nyaris selalu out of the box
Potret Gaya Kompak Reza Arap Dan Wendy Walters Manis Dan Seru

Potret Gaya Kompak Reza Arap Dan Wendy Walters Manis Dan Seru

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 180 hits
Pasangan ini baru aja merayakan anniversary mereka Intip gaya seru mereka yuk
Gaya Nyentrik Jokowi Kenakan Jaket Bomber G20

Gaya Nyentrik Jokowi Kenakan Jaket Bomber G20

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 152 hits
Jokowi disambut oleh Gubernur Sulawesi Tengah Rusdy Mastura Pangdam XIII Merdeka Mayjen TNI Alfred Denny Tuejeh dan Kapolda Sulawesi Tengah Irjen Pol Rudy Sufahriadi
Potret Gaya Alicia Keys Yang Berkomitmen Tak Lagi Pakai Makeup

Potret Gaya Alicia Keys Yang Berkomitmen Tak Lagi Pakai Makeup

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 155 hits
Alicia Keys sudah berhenti menggunakan makeup sejak tahun 2016 semenjak itu ia dijuluki sebagai Queen of No Make up
Gaya Fashion Ala Laura Basuki Mulai Dari Formal Sampai Kasual

Gaya Fashion Ala Laura Basuki Mulai Dari Formal Sampai Kasual

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 148 hits
Gayanya Laura Basuki selalu elegan dan memukau mata Nggak pernah gagal pokoknya
Transformasi Gaya Para Pemeran Drama Korea Full House Beda Banget

Transformasi Gaya Para Pemeran Drama Korea Full House Beda Banget

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 185 hits
Kangen nggak sih sama drama 18 tahun lalu ini Hits lagi karena komiknya nongol di drakor Twenty Five Twenty One nih
Potret Gaya Pasangan Arie Kriting Dan Indah Permatasari Sweet

Potret Gaya Pasangan Arie Kriting Dan Indah Permatasari Sweet

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 144 hits
Kata orang mah terserah ya yang penting pasangan ini selalu kelihatan kompak dan happy
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord