Lebih 100 000 Orang Mahu Keluarkan Rm10 000 Simpanan Kwsp One Off Anda Setuju





ISU pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya menjadi mainan bibir pihak tertentu.
Ada yang sebelum ini tidak pun endah isu itu, kini mahu dilihat menjadi wira lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Negeri Johor.
Padulikan mereka, kerana ramai yang benar-benar tersepit mahu simpanan hari tua itu dikeluarkan demi kelangsungan hidup hari ini.
Lebih 100,000 Mahu Keluarkan RM10,000Lebih 100,000 orang yang terdesak mahu mengeluarkan one-off RM10,000 daripada simpanan KWSP mereka

Menurut wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir, rata-rata golongan ini merupakan kumpulan M40 dan B40 yang benar-benar terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19

Katanya, walaupun ekonomi telah dibuka namun kesan pelaksanaan PKP lebih dua tahun itu benar-benar mendatangkan kesan yang bukan kepalang terhadap golongan ini


Ada antara mereka telah kehilangan kerja dan ada yang gaji dipotong. Ada yang telah mendapat pekerjaan semula namun gaji yang diterima tidak seperti gaji kerja lama

“Mereka tertekan dengan hutang yang tertunggak. Hutang rumah, kereta, motor dan sebagainya dengan bank. Bila mereka dikenakan PKP kebanyakan mereka gaji telah dipotong hingga separuh. Ada yang telah diberhentikan. Jadi hutang-hutang ini tertunggak

“Bila hutang tertunggak, mereka tak dapat hendak selesaikan. Jadi mereka sangat perlukan RM10,000 ini

“Memang mereka bekerja tapi kalau liabiliti RM3,000 contohnya gaji hanya RM1,500 bagaimana hendak selesaikan? Ramai yang kata kerjalah, pergilah cari kerja. Ia memang mereka cari kerja. Tapi yang tertunggak ini macam-mana nak bayar?” jelasnya

Azmi berkata, ada antara kumpulan ini yang tertekan hingga menzahirkan ayat mahu menamatkan hidup dan ada pula yang terpaksa mencari ah long untuk membuat pinjaman haram

Benar keluarkan selepas dividen 2021 diisytiharkanCadangan agar pengeluaran simpanan RM10,000 dibenarkan selepas dividen 2021 diisytihar amat disambut baik

Azmi berkata, pembayaran dividen membantu menambah jumlah simpanan para pencarum. Justeru pencarum tidak terasa penyusutan simpanan dalam tabungan jika wang dikeluarkan

“Saya rasa itu sangat-sangat sesuailah. Tapi jangan sampai rayalah. Lambat sangat. Kalau boleh dipercepatkanlah. Ramai yang menangis mahukan bantuan ini

“Menganggu mental dan emosi. Boleh jadi gila. Ada dua tiga orang menzahirkan emosi mahu membunuh diri. Bila dalam keadaan emosi kita tak tahu nak buat apa

“Ada yang pinjam ceti haram. Orang cakap senang, kenapa pinjam ah long? Ok institusi mana yang paling senang beri pinjaman? Ah long asyik call. Ah long tak mahu dengar masalah,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette

Azmi berkata bukan mudah untuk mendesak Kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 secara one-off ini

Pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Azmi berkata, mereka akan berjumpa dengan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari bagi merayu kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertimbangkan rayuan pengeluaran wang KWSP

Kelangsungan hidup hari ini
Ramai yang faham tentang fungsi simpanan dalam KWSP. Nanum jika mereka tidak terdesak sudah tentu mereka tidak mahu menggunakan simpanan yang boleh memudahkan kehidupan selepas bersara

Luahan betapa sukarnya melalui kehidupan ketika ini boleh disorot melalu laman Facebook ‘KWSP Pengeluaran RM10,000 One-Off’ dan ‘Pengeluaran KWSP 10K one off – luahan hati rakyat’

Pengikut laman ini sangat berharap agar Kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan mereka untuk kelangsungan hidup hari ini

Kebanyakan mereka terdiri daripada kumpulan yang hilang pekerjaan, gaji dipotong, mendapat kerja baharu tetapi dengan gaji yang rendah berbanding pendapatan sebelum ini

Ada peniaga yang memerlukan wang tersebut sebagai tambahan modal perniagaan. Ada yang memerlukan wang berkenaan bagi melunaskan hutang-hutang yang tertunggak

“Saya pun sangat-sangat memerlukan duit. Masa PKP dua kali kena berhenti kerja. Sekarang kerja baru dapat gaji permulaan yang beza 70 peratus dari gaji dulu. Nak bayar kereta RM600, sewa bilik RM500, tol dan minyak RM300, hutang dengan member, duit mak abah. Tau-tau duit baki sebulan untuk makan cuma RM100 hidup di KL,” luah Mia Aulia

“Baru dua bulan start balik bisnes, modal dah banyak keluar RM20,000. Covid lepas raya Cina, aduh. Takkan nak buat pinjaman lagi tambah hutang. RM10,000 one-off susah sangat ke nak luluskan. Makin susah hidup sekarang ini,” kata Mimi Rasaniyah

Bagi mereka wang KWSP itu lebih bermakna untuk menyelamatkan kehidupan mereka yang sukar ketika ini berbanding simpanan hari tua yang entahkan panjang umur ataupun tidak.-MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazzette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2022/02/lebih-100000-orang-mahu-keluarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Pengeluaran Kwsp Rm10 000 2022 Secara One Off Diteruskan Untuk Rakyat

Tuntutan Pengeluaran Kwsp Rm10 000 2022 Secara One Off Diteruskan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 241 hits
Memorandum ditandatangani lebih 108 000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berhubung pengeluaran oneoff RM10 000 akan diserahkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional yang juga mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara Ketua Penerangan Ber...
I Ceria Kwsp Pengeluaran Kwsp Rm10 000 One Off Tahun 2022

I Ceria Kwsp Pengeluaran Kwsp Rm10 000 One Off Tahun 2022

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 368 hits
Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan i Ceria Kumpulan Wang Simpanan Pekerja iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir Datuk Seri Mohd Salim Sharif ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Raky...
Addy Kana Mengaku Salah Bayar Denda Rm10 000

Addy Kana Mengaku Salah Bayar Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 184 hits
SHAH ALAM Seorang ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau dikenali Datuk Addy Kana didenda maksimum RM10 000 di Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah tidak melapor permintaan rasuah sebanyak RM110 000 tiga tahun lalu Hakim Rozilah S...
Dap Is Ceramah Capacity 2 000 For Pn But 100 For Others

Dap Is Ceramah Capacity 2 000 For Pn But 100 For Others

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 208 hits
The Election Commission has been accused of double standards for limiting political ceramah to the official campaigning period and party facilities while Perikatan Nasional s campaign is already well underway DAP secretary general Lim Guan ...
4 000 Volkswagen 1 100 Porsche 200 Bentley Bernilai Rm1 8b Tenggelam Bersama Kapal Kargo

4 000 Volkswagen 1 100 Porsche 200 Bentley Bernilai Rm1 8b Tenggelam Bersama Kapal Kargo

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 166 hits
By MALAYSIA DATELINE March 4 2022Sebuah kapal kargo besar yang membawa ribuan kereta mewah di dalamnya dilaporkan telah tenggelam kira kira 250 batu dari kepulauan Portugal selepas beberapa minggu terbakar Memetik laporan The Washington Pos...
Bagaimana Cara Kembangkan Modal Anda Lebih Dari 100 Dalam Masa Setahun Dengan Selamat

Bagaimana Cara Kembangkan Modal Anda Lebih Dari 100 Dalam Masa Setahun Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 221 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Sprm Berkas Penolong Pengarah Disyaki Minta Rm10 000 Percepat Surat Tanah

Sprm Berkas Penolong Pengarah Disyaki Minta Rm10 000 Percepat Surat Tanah

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 379 hits
Willie JudeKOTA KINABALU Seorang penolong pengarah kanan sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki meminta suapan bagi mempercepatkan urusan pengeluaran surat tawaran tanah membabitkan peke...
Seramai 8 120 Guru Baharu Berjaya Dalam Temuduga Pengambilan Khas Secara One Off

Seramai 8 120 Guru Baharu Berjaya Dalam Temuduga Pengambilan Khas Secara One Off

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 252 hits
Seramai 8 120 guru baharu bagi pengambilan khas secara one off yang berjaya dalam temuduga fasa 2 dan 3 boleh mula membuat semakan penempatan pada 14 Februari yang lalu Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin meneru...
Epf Ceo Hopes For No More One Off Withdrawal Schemes

Epf Ceo Hopes For No More One Off Withdrawal Schemes

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 382 hits
The Employees Provident Fund is resisting pressure to continuously allow contributors to withdraw money from their retirement savings accounts This comes after BN Jempol MP Mohd Salim Sharif proposed a of one off withdrawals to help those a...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran