Tahun 2022 Masa Yang Sesuai Beli Rumah


Hampir semua orang mempunyai rumah impian dan teringin nak mencapai impian tersebut. Riss pun salah satu daripadanya. Sampai bila nak terus menerus menyewa rumah. Tapi wajarkah kita membeli rumah di saat Covid-19 masih lagi melanda dunia. Beberapa soalan sentiasa yang bermain di minda Riss.
"Adakah harga rumah semakin turun saat pandemik melanda?"
"Bolehkah Riss mendapat tawaran yang baik daripada pemaju?"
Untuk mendapatkan jawapan dari persoalan ini, Riss berjaya menemui jawapan hasil daripada beberapa pakar. 
5 langkah untuk beli rumah idaman anda.
Tapi sebelum itu, jom kita semak 5 langkah untuk beli rumah idaman anda.
1. Bina profil kredit yang baik
Adakah anda seorang pembayar pinjaman yang bagus? Jika nak beli rumah dengan muda, anda hendaklah mempunyai rekod tingkah laku pembayaran balik yang baik untuk pinjaman anda terdahulu. Profil kredit yang baik akan membantu anda mendapatkan pinjaman bank dengan lebih mudah.
2. Buat Kiraan
Semak kedudukan kewangan anda dan buat anggaran untuk pembelian rumah. Anda boleh gunakan pelbagai kalkulator untuk membuat kiraan untuk tentukan jumlah pinjaman yang berpadanan dengan kemampuan anda. Ini Step yang penting tau.
3. Cari rumah yang sesuai
Cari rumah idaman anda selepas anda menyusun bajet dan keutamaan anda. Tapi anda harus memberi beberapa perhatian yang kursus seperti;

Reputasi pemajuLokasi HargaJenis hartanahPengurusan dan penyelenggaraan harta
4. Buat kajian tentang senarai rumah yang anda telah pilih
Selepas anda menyenarai pendek beberapa rumah idaman anda, sudah tiba masanya untuk melakukan penyelidikan setiap satu rumah tersebut. Anda dinasihatkan untuk pergi ke tapak sebenar untuk melihat kawasan atau kejiranan. Penghuni pemilik harus memberi perhatian yang lebih kepada komuniti, kemudahan dan pembangunan berdekatan manakala pelabur harus memerhatikan potensi hasil sewa dan harga hartanah.
5. Lengkapkan semua dokumen
Setelah anda membuat pilihan yang tepat, sediakan dokumen yang berkaitan dan pembayaran yang diperlukan dan mohon pinjaman perumahan. 
Biasanya, bayaran awal yang anda perlu buat termasuk yuran tempahan, bayaran muka, yuran guaman, yuran setem dan juga duti setem pemindahan. Pada tahap ini, anda boleh pergi atau menghubungi beberapa bank untuk mendapatkan idea tentang jumlah yang anda boleh pinjam.
Tahun 2022 Masa Yang Tepat Dan Sesuai Untuk Membeli Rumah
Menurut The EdgeProperty Lim Boon Ping, Presiden MIEA, harga hartanah dijangka menurun sebanyak 20% dalam beberapa bulan hadapan dengan peralihan pasaran penjual (seller’s market) kepada pasaran pembeli (buyer’s market) kesan daripada wabak COVID-19. Jadi, sesiapa yang berminat atau telah membuat perancangan awal untuk membeli rumah, inilah masa yang paling sesuai.
Hal ini demikian kerana terdapat beberapa faktor utama seperti,
1. Kadar Faedah Bank Yang Rendah Ketika Ini 
BNM rendahkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 2%, menjadikan kadar faedah (interest) pinjaman rumah antara yang terendah dalam sejarah. Selain itu ia dapat membantu mengurangkan impak ekonomi akibat wabak Covid-19. Kadar pinjaman bank yang rendah ini memberi kelebihan besar jika anda ingin mengambil pinjaman rumah untuk membeli hartanah sekarang.
2. Duti setem yang lebih rendah untuk pembelian rumah baru
Sudah pasti ini menjadi berita yang paling baik untuk anda. Pengecualian duti setem diberikan kepada perumahan yang baru dilancarkan dan berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta. Pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik adalah terpakai kepada RM1 juta pertama harga rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman.
3.Rebat, diskaun dan pakej dari pemaju 
Jika kita lihat sekarang ini, ramai diantara pemaju yang memberikan rebat dan diskaun yang menarik. Dan ada juga yang menyediakan pakej rumah berserta perabot bagi menarik minat pembeli ketika musim mencabar ini.
Fikir baik-baik sebelum anda merancang untuk membeli rumah. Pastikan anda membuat kira-kira kewangan dengan baik agar apa yang anda impikan tercapai jua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kisahrissaziela.com/2022/02/tahun-2022-masa-yang-sesuai-beli-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Tahun 2022

Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Tahun 2022

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 282 hits
Syarikat Perumahan Negara Berhada merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Ker...
Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik

Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 280 hits
Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik Kalau tengok pada perumahan perumahan yang sedang giat dibangunkan sekarang terfikir jugak samada ada ke orang mampu untuk membeli rumah di zaman Pendemik ni Syukur umi dah memiliki sebuah ruma...
10 Cabaran Dalam Perniagaan Pada Tahun 2022 Yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan

10 Cabaran Dalam Perniagaan Pada Tahun 2022 Yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 279 hits
10 Cabaran Dalam Perniagaan Pada Tahun 2022 yang Perlu Dihadapi Oleh Usahawan Pantas betul masa berlalu Rupanya dalam kita tak sedar dah masuk bulan Februari tahun 2022 Pada masa yang sama juga sudah 2 tahun kita semua hidup dengan wabak pa...
Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang

Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 257 hits
Cabaran Usahawan Tahun 2022 Berdepan Dengan Kenaikan Harga Barang Salam semua rasanya korang dah tahu apa isu hangat sekarang ni kan Tak lain tak bukan isu kenaikan harga barang Sis yang selalu follow berita ni rasa risau pulak dengan kenai...
10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Dan Tahun 2022

10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Dan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 282 hits
Ramai usahawan terkesan dengan pandemik banjir dan cabaran tahun 2022 Situasi zaman sekarang sangat tidak stabil untuk kita berbisnes adalah tidak benar Sebaliknya kita terpaksa jadi lebih bijak dan cari cara untuk atasi masalah ini Sebab p...
Kanak Kanak 5 Tahun Jatuh Dari Rumah Tingkat 10 Dipercayai Ditinggal Bersendirian

Kanak Kanak 5 Tahun Jatuh Dari Rumah Tingkat 10 Dipercayai Ditinggal Bersendirian

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 158 hits
Seorang kanak kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10 bangunan kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras dekat Kajang 10 Februari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima panggilan kecemasan pada jam 8 20 pagi daripada ora...
Patv Terima 300 Aduan Kesan Vaksin Dalam Masa 10 Hari Malaysia Gazette 11 02 2022

Patv Terima 300 Aduan Kesan Vaksin Dalam Masa 10 Hari Malaysia Gazette 11 02 2022

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pertubuhan Anti Diskriminasi Dan Salah Laku serta Pusat Aduan Terkesan Vaksin telah menerima kira kira 300 aduan orang ramai yang terkesan akibat Covid 19 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Jo...
Bakal Menginjak 4 Tahun Ainul Mula Buat Aktiviti Luar Rumah Kuatkan Sensorinya

Bakal Menginjak 4 Tahun Ainul Mula Buat Aktiviti Luar Rumah Kuatkan Sensorinya

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 183 hits
Kejapnya masa berlalu Dah hampir 4 tahun usia buah hati rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Si comel Ainul mendapat perhatian rakyat Malaysia setelah menghidap ketumbuhan Germ Cell Tumour seberat 200 gram di mulutnya Walaupun selamat menjalani p...
Pengambilan Pensyarah Jurulatih Kokurikulum Dan Pegawai Pengurusan Kpm Ipg Tahun 2022

Pengambilan Pensyarah Jurulatih Kokurikulum Dan Pegawai Pengurusan Kpm Ipg Tahun 2022

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 342 hits
Pengambilan Pensyarah Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan IPG Tahun 2022 kini dibuka bermula pada 8 Februari sehingga 25 Februari 2022 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia ketika ini mempelawa semua cal...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran