I Am A Rebel Mom


14 Januari 2024. Ahad. Sandakan. 


Pagi-pagi dah ws suami yang dekat atas kapal, mintak izin boleh tak harini malas nak buat apa-apa 😅 


Ya, mood malas sudah datang ye gais. Tapi dah jadi mak ni, nak tanak kena fight jugak rasa malas tu. 


So, pukul 10.30 pagi baru ‘punch card’. Sini 10.30 pagi ibarat 11.30 pagi semenanjung. Dah nak masuk tengah hari dah baru nak mulakan kerja 🤦🏻‍♀️ 


Mula 10.30 pagi,
Mandikan Sofea,
Siapkan Sofea, 
Angkat baju kering,
Basuh baju kotor,
Prep untuk lunch,
Panaskan lebihan spaghetti aglio olio dari fridge,
Bagi Sofea makan,
Sidai baju,
Buatkan susu untuk Sofea,
Tidurkan Sofea,
Lipat baju,
Sambil tu siram pokok coins Shopee 😂,
Main games dekat Shopee sebab nak coins 😂,
Chill kejap tengok ws ig,
Simpan baju yang dah lipat,
Mandi,
Dah siap mandi saje laa jenguk Sofea dekat ruang tamu sama ada masih tidur atau dah bangun. Sekali dah bangun yee 😂 Hampeh betul, sekejap sangat tidur siang nyaa. Pantang umi dia takde dekat sebelah. Tapi takpe laa, umi boleh guna hairdryer tanpa bimbang dia terjaga 🤣
Okay sambung siap-siap, cantik-cantik, wangi-wangikan diri. 
Zuhur,
Goreng ayam & ikan. 
Masak nasi goreng cina untuk lunch,
Bagi Sofea makan,
Kemas-kemas dapur,
Okay pukul 3 petang, mata dah mengantuk, ingat nak lelap kejap, lepastu petang nak bawak Sofea evening walk. Sekali tak sangka terbabas sampai 5.10 petang ye.
So terpaksa cancel evening walk. Umi minta maaf Sofea 😢 
Bangun tu, mandikan Sofea terus sebab dia berak,
Asar,
Maghrib,
Bagi Sofea dinner,
Ishak,
Siap-siap untuk tidurkan Sofea jam 7.55 malam (awal bebeno yee 😂 sebab malam je umi boleh me-time 😅)
Tapi Sofea tidur pukul 8.45 malam 🤣


So now, I’m writing this.


I know I’m such a loser mom. 
But I have my priorities. Nak jadi mak yang pagi-pagi buta dah check-in office settle kan urusan rumah tangga,
Atau jadi mak yang cuba sedaya upaya mengawal dan mengurus emosi dan mental agar kesan negatif nya pada anak sangat minimal. 


I cannot do both. I cannot be a perfect mother. I know my limits. 


And my mission as a mother (for now) is always have a good eye-contact with my kid, and has a very minimal screen-phone time. 


Keutamaan saya adalah ‘perhatian’ anak. 
Dan kecelaan terbesar saya sebagai seorang ibu dan isteri (if you read my previous entries), adalah memasak. 


So saya kena ‘let go’ mana yang tarik banyak energy saya. 


I’m sorry. I’m a rebel mom, by our community’s standards. 


But if you’re a great mother/wife, just continue with it. 


Saya tidak mempengaruhi orang untuk jadi seorang ibu/isteri yang penuh dengan alasan ye. 


And untuk anak umi, if you read this one day, I’m sorry if you see my imperfections. I’m just trying to teach myself that we have to accept and embrace our flaws and weaknesses. The first step to success is to accept the failures. 


Kita manusia. Sentiasa ada kekurangan dan kelemahan. Kalau kata lah suatu hari nanti, kita berjaya atasi segala kekurangan dan kelemahan kita, dan berjaya mempamerkan kehebatan, ketahuilah itu semua bukan lah hasil dari kita. Tapi atas rahmat Allah.


Kita ibu yang hebat boleh siap semua kerja on-time, sebab Allah redhakan kita. 
Kita ibu yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan tapi berjaya juga buat yang terbaik semampu mungkin, sebab Allah bantu kita. 


So at this point, we should know that, hebat atau tidak, please keep praying. Berdoa, berdoa dan berdoa kepada Allah semoga Allah bantu dan redha dengan segala urusan kita. 


Good night.


Love,
- f.








ps: nasi goreng cina saya dah ada banyak improvement 😍
ohh nwayy, donjajmii. dah berapa kali saya cakap, saya tak pandai masakkk 🙄 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://farahchoi.blogspot.com/2024/01/i-am-rebel-mom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tak Perlu Jadi Super Mom Kalau Penat Berehatlah Bantu Diri Sendiri

Ibu Tak Perlu Jadi Super Mom Kalau Penat Berehatlah Bantu Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 85 hits
Menguruskan rumahtangga dan anak anak bukan satu hal yang mudah Ditambah pula dengan kerja hakiki dan amanah demi mencari sesuap nasi Semuanya tak pernah berhenti Dari pagi hingga ke malam rutin tetap sama Emosi ibu jadi tambah kacau bila t...
Jumlah Penonton Rebel Moon Part 1 Di Netflix Telah Didedahkan

Jumlah Penonton Rebel Moon Part 1 Di Netflix Telah Didedahkan

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 107 hits
Jumlah penonton filem space opera Zack Snyder Rebel Moon di Netflix telah didedahkan Menurut laporan The Hollywood Reporter filem itu telah menarik 23 9 juta penonton sepanjang tiga hari tayangannya Laman itu turut menyebut bahawa ia adalah...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke