Hutang Negara Rm1 2 Trilion Kerajaan Pembangkang Perlu Lawan Rasuah




Penyelewengan dan rasuah tidak perlu dianggap sebagai urusan mencari ‘derma politik’ atau untuk melancarkan urusan perniagaan kerana hutang negara telah pun membengkak kepada RM1.2 trilion.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata disebabkan rasuah yang berleluasa itu negara telah kekurangan wang untuk mentadbir atau pembangunan dan terpaksa meminjam dalam jumlah yang besar.
Katanya, hal itu tidak boleh dibiarkan sehingga RM40 bilion setahun hanya untuk membayar faedah atas hutang.
“Mengapa saya menyokong usaha yang tegas Perdana Menteri (PM) Anwar memerangi rasuah? Saya telah mengikuti sebagai Ahli Parlimen, bahawa hutang negara kita lebih RM1.2 trilion.Sekarang tempoh perbahasan belanjawan negara dan saya meneliti dokumen kewangan pada setiap tahun termasuk 2023, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM46 bilion untuk interest (faedah) hutang sahaja.
“Hutang pokok tidak dibayar, RM46 bilion bayar interest. Semua pihak perlu tegas, baik Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan kalau kita sayangkan negara ini. Kita ketepikan perbezaan politik kepartian.
“Ini satu usaha PM bersama agensi kerajaan. Negara kita berlaku ketirisan. Duit untuk pembangunan negara, yang rasuah, tiris, bocor, banyak pihak sama ada kakitangan kerajaan, agensi dan lain lain terlibat, lebih RM20 bilion tiris (setiap tahun),” katanya dalam satu siaran media.
Menurut Hassan lagi, jika rakyat tidak menyokong usaha PM maka siapa lagi yang akan melakukannya
Katanya, usaha yang dilancarkan sekarang tepat pada waktunya ketika negara belum muflis akibat keberhutangan yang melampau.
Dalam pada itu, Hassan juga menyokong kenyataan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Peguam Negara semalam bahawa tiada pendakwaan terpilih dilakukan ke atas pemimpin pembangkang dan siasatan dijamin SPRM bebas.
“Saya bersetuju dengan kenyataan media yang dibuat oleh SPRM dan Peguam Negara yang kedua dua kenyataannya keluar semalam menyatakan tidak wujud apa yang dipanggil pendakwaann terpilih, pendakwaan politik untuk sengaja menzalimi ahli politik tertentu.
“Saya meneliti kenyataan dari SPRM dan Peguam Negara. Dua ketua agensi ini, Ketua Pengarah SPRM dilantik oleh PM ke 8. YAB Pagoh. Begitu juga Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga dilantik oleh PM ke 8, Ahli Parlimen Pagoh.
“Saya menyatakan kita perlu menjaga imej 2 agensi terpenting pelaksanaan undang undang tersebut, SPRM dan Peguam Negara (daripada ditohmah sebagai alat tuan politik),” katanya.
Kepada pihak yang telah didakwa atau disiasat, Hassan menolak tuduhan mereka bahawa PM melakukan pendakwaan untuk membalas dendam kepada musuh dan pesaingnya.
Hassan berharap pembangkang menjadi negarawan dan mengutamakan rakyat daripada politik.
“Pihak yang didakwa (dihadap ke mahkamah) supaya berlapang dada. Jangan mudah anggap ini pendakwaan terpilih. Anggap M yang ada cuba nak zalimi sesiapa. Negara kita ini PM dan menteri Kewangan tidak dibenar bermaharaja lela. Kita tidak biarkan PM menzalimi sesiapa.
“Tetapi bila PM menentang rasuah, menyelamatkan wang negara, tentu kita sokong beliau. Kita tidak akan biar PM berseorangan dalam melawan rasuah,” katanya lagi.
The post Hutang negara RM1.2 trilion, kerajaan, pembangkang perlu lawan rasuah first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36250?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hutang-negara-rm1-2-trilion-kerajaan-pembangkang-perlu-lawan-rasuah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Zalim Dr M Lihat Malaysia Kini Seolah Bukan Negara Melayu

Kerajaan Zalim Dr M Lihat Malaysia Kini Seolah Bukan Negara Melayu

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 301 hits
Bekas Perdana Menteri dua kali Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di ibu negara hari ini Gambar Agenda Daily381SharesBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat gangguan daripada Kerajaan Persekutuan yang ada sekar...
Sumbangan Politik Kepada Parti Kerajaan Dan Pembangkang Tidak Sama

Sumbangan Politik Kepada Parti Kerajaan Dan Pembangkang Tidak Sama

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 155 hits
Unsur rasuah apabila parti kerajaan menerima dana atau sumbangan politik tidak sama seperti apabila dana sedemikian disalurkan kepada parti pembangkang kata sumber SPRM Ini kerana pembangkang tidak berada dalam kedudukan untuk menghulurkan ...
Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 168 hits
WAN SITI AMINAHKetua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa menyalahgunakan kuasanya ketika memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Hal terbabit terbongkar apabila Setiausaha Agung Bersatu itu mendedahkan bahawa beliau masih ...
Negara Hukum Dan Ketegasan Pemerintah Membanteras Rasuah

Negara Hukum Dan Ketegasan Pemerintah Membanteras Rasuah

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 102 hits
1 Empat bulan memerintah Kerajaan Perpaduan akan bela nasib rakyat tidak akan berkompromi soal negara hukum rasuah2 Hak dan kedudukan Melayu serta Bumiputera lebih selamat di bawah Kerajaan Perpaduan 3 Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh da...
Rasuah Cakap Soal Agama Tapi Urusan Negara Tak Tahu

Rasuah Cakap Soal Agama Tapi Urusan Negara Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 219 hits
Cakap soal agama tapi urusan negara tak tahu Anwar tekad mahu banteras rasuahWAN SITI AMINAHDatuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tujuan beliau menjadi Perdana Menteri adalah untuk membetulkan sistem negara Bagi memastikan aspirasi itu...
Pas Akui Pn Sedang Merancang Untuk Jatuhkan Kerajaan Perpaduan Amp Tiada Sesiapa Yang Boleh Menghalang

Pas Akui Pn Sedang Merancang Untuk Jatuhkan Kerajaan Perpaduan Amp Tiada Sesiapa Yang Boleh Menghalang

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 162 hits
Astro Awani melaporkan Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya mengakui Perikatan Nasional sedang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nbsp Abdul Hadi berkata perka...
Desas Desus Pertukaran Kerajaan Kerajaan Madani Bakal Tumbang

Desas Desus Pertukaran Kerajaan Kerajaan Madani Bakal Tumbang

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 311 hits
Perikatan Nasional berhak merancang merampas kerajaan daripada pentadbiran Anwar Ibrahim kata Presiden PAS Hadi Awang Ahli Parlimen Marang itu berkata usaha merampas kerajaan daripada parti memerintah perkara biasa dalam politik sama ada me...
Syafiq Kyle Mimi Lana Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Captain America Brave New World Di Tgv Imax Padat Dengan Aksi Kombat Di Awan Untuk Menyelamatkan Dunia

Things To Ponder Self Reflection 12

Kenyataan Mp Raub Seharusnya Ditolak Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam

Are The Interfaith Guidelines Though Scrapped A Harbinger Of More Malaysian Apartheid To Come

Sampai Kuantan Akhirnya

Crowd Throngs Star Education Fair 2025

Grand Tourers Two Royal Enfield Continental Gt 650s Built For The Alps


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Kelantan Negeri Dibawah Kepimpinan Ulama Teratas Salah Guna Dadah

Titah Adendum Agc Cuba Tutup Silap Sendiri Dengan Gag Order Peguam

Doa Setelah Sholat Tarawih Dan Artinya

Missi Tawan Johor

Fixed Sums For Sabah Sarawak Against Constitutional Vision Says Academic

Don T Turn Madani Cny Celebration Into Polemic Jakim