Sumbangan Politik Kepada Parti Kerajaan Dan Pembangkang Tidak Sama


 
Unsur rasuah apabila parti kerajaan menerima dana atau sumbangan  politik tidak sama seperti apabila dana sedemikian disalurkan kepada parti pembangkang, kata sumber SPRM.
Ini kerana pembangkang tidak berada dalam kedudukan untuk menghulurkan apa-apa kepada penyumbang mereka, tidak seperti kerajaan, kata pegawai kanan itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Pada Jumaat lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang disalurkan ke akaun partinya.
Muhyiddin mendakwa dana itu adalah derma politik, dan mencabar SPRM supaya juga memburu PKR dan Umno – parti yang dakwanya juga menerima pembiayaan sedemikian.
Diminta mengulas mengenai perkara itu, pegawai kanan SPRM berkenaan berkata, secara umum, sama ada sesebuah parti itu berkuasa atau tidak adalah pertimbangan utama bagi setiap siasatan.
“Katakanlah kamu parti Pejuang. Saya beri sumbangan untuk kempen dan sebagainya, tetapi saya tidak mempunyai sebarang urusan sama ada rasmi atau tidak kerana kamu tidak pernah beri saya sebarang projek.
“Jadi saya boleh beri dan awak boleh terima. Ini tidak salah.
“Berbanding dengan parti pemerintah yang mempunyai kuasa untuk meluluskan projek, dan kemudian syarikat itu dapat projek dan diminta memberikan peratusan tertentu projek tersebut. Ini berbeza,” kata sumber itu.
PKR adalah dalam pembangkang sebelum pilihan raya umum ke-15, manakala Umno pula membentuk kerajaan, bersama-sama dengan Bersatu dan PAS.
Pembiayaan politik ketika ini tidak dikawal walaupun rang undang-undang telah digubal selama bertahun-tahun, dengan kerajaan terdahulu berikrar untuk membentangkan undang-undang sedemikian.
Dalam perkembangan terkini, kerajaan semasa berkata rang undang-undang itu akan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk pertimbangan selanjutnya.
Sementara itu, mengenai mengapa hanya penerima didakwa dalam kes berprofil tinggi, seperti Muhyiddin, walaupun Akta SPRM juga menghukum kedua-dua pemberi dan penerima, sumber itu berkata terdapat perbezaan antara kes rasuah dan salah guna kuasa secara langsung.
Dalam kes rasuah, pegawai itu berkata, lazimnya sama ada pemberi atau penerima, atau kedua-dua mereka, akan didakwa di mahkamah.
Bagaimanapun, dalam kes salah guna kuasa, individu yang menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan akan didakwa di mahkamah.
“Baca Seksyen 23 Akta SPRM. Ia mengatakan bahawa apabila seseorang pegawai badan awam menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan sama ada untuk faedahnya, atau untuk faedah keluarganya, atau untuk rakan sekutunya, dia telah melakukan kesalahan. “
Menurut sumber itu, walaupun dalam kes rasuah lazim, pertuduhan biasanya akan dikenakan terhadap penerima, yang dalam kedudukan untuk menekan pihak satu lagi untuk memberi rasuah.
“Biasanya orang yang menerima akan didakwa kerana dia menindas pihak lain untuk memberi wang, sebab itu orang yang menerima sentiasa menjadi tertuduh utama,” kata sumber itu.
Sumber itu menambah bahawa pemberi juga sering menjadi saksi pendakwaan, dan mendakwa mereka akan menyukarkan penyiasat untuk mendapatkan kerjasama.
“Jadi, siapa yang mahu bekerjasama (dengan SPRM) nanti?” soal pegawai kanan itu lagi.


MALAYSIAKINI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/sumbangan-politik-kepada-parti-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 192 hits
Hah parti islam isshhh dak kot perangai macam gini dulu kecik kecik lupa kot susah Ajarlah anak anak kita supaya hargailah makanan orang susah hargai walau makanan itu tak sedap macam kayangan makan tapi hargailah walau pun tak sesedap mak ...
Glc Dan Agensi Kerajaan Siapa Patut Terajui Orang Politik Atau Golongan Profesional

Glc Dan Agensi Kerajaan Siapa Patut Terajui Orang Politik Atau Golongan Profesional

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 414 hits
Shahbudin HusinSusulan beberapa lantikan politik oleh kerajaan kebelakangan ini khususnya selepas Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA riuh rendah sekali lagi segelintir pihak dalam kumpulan masyarakat sivil menyanggah per...
Bersih Bidas Pm Kerajaan Atas Lantikan Politik

Bersih Bidas Pm Kerajaan Atas Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 207 hits
freemalaysiatoday com 13 Mar 2023Ini menyusul pelantikan seorang Ahli Parlimen PKR dan bekas ketua Pemuda Umno sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd serta Mara Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan surat pelantikan pengerusi Mara kepada be...
Hutang Negara Rm1 2 Trilion Kerajaan Pembangkang Perlu Lawan Rasuah

Hutang Negara Rm1 2 Trilion Kerajaan Pembangkang Perlu Lawan Rasuah

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 143 hits
Penyelewengan dan rasuah tidak perlu dianggap sebagai urusan mencari derma politik atau untuk melancarkan urusan perniagaan kerana hutang negara telah pun membengkak kepada RM1 2 trilion Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata...
Anwar Dakwa Lebih Rm200 Juta Habuan Masuk Dalam Akaun Bank Parti Pembangkang

Anwar Dakwa Lebih Rm200 Juta Habuan Masuk Dalam Akaun Bank Parti Pembangkang

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 159 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan dana berjumlah lebih RM200 juta dikesan telah dimasukkan dalam akaun parti tertentu sebagai balasan pemberian projek kepada syarikat ketika menjadi kerajaan Katanya beliau juga mengetahui terdapat habu...
Agensi Kerajaan Dan Glc Mesti Diterajui Orang Parti Anwar Harus Bertegas Kali Ini

Agensi Kerajaan Dan Glc Mesti Diterajui Orang Parti Anwar Harus Bertegas Kali Ini

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 183 hits
Susulan beberapa lantikan politik oleh kerajaan kebelakangan ini khususnya selepas Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA riuh rendah sekali lagi segelintir pihak dalam kumpulan masyarakat sivil menyanggah perkara itu Sebelu...
Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

Salah Guna Kuasa Ketua Pembangkang Boleh Disiasat Jika Simpan Fail Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 181 hits
WAN SITI AMINAHKetua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa menyalahgunakan kuasanya ketika memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Hal terbabit terbongkar apabila Setiausaha Agung Bersatu itu mendedahkan bahawa beliau masih ...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia