Apa Malaysia Boleh Pelajari Dari Sri Lanka


 
Amatlah menyakitkan dan memalukan untuk melihat penderitaan Sri Lanka – bagaimana sebuah
 negara yang tujuh puluh tahun yang lepas, semasa era saya bersekolah, dikatakan sebagai
 “permata Asia Selatan”, telah mengambil jalan kemusnahan dan berakhir sebagai sebuah negara
 yang bankrap dan gagal, di mana rakyatnya membakar bukan sahaja rumah Perdana Menteri dan
 Menteri-menteri Kabinet, tetapi Presidennya juga terpaksa lari meninggalkan kediaman rasmi dan
 negaranya untuk menyelamatkan diri dari kemarahan rakyat selepas berhadapan tentangan
 selama 72 jam dengan kakitangan imigresen di lapangan terbang.
Apakah pengajaran yang boleh dipelajari Malaysia dari Sri Lanka?
Sekiranya Sri Lanka bertanya diri mereka, dalam tujuh puluh tahun yang lepas, di manakah silapnya dan kemudiannya memperbetulkan hala tuju dan dasar pembinaan negaranya, negara tersebut mungkin akan dapat mengelakkan nasib malangnya hari ini.
Bolehkah Malaysia mempelajari pengajaran ini dari Sri Lanka?
Tujuh puluh tahun yang lepas, Colombo terkenal dengan Rancangan Colombo, suatu badan antara-kerajaan kawasan serantau untuk membangunkan sumber manusia di kawasan serantau Asia Selatan dan Asia Tenggara, tetapi hari ini, Colombo dikenali dengan situasi di mana Presidennya melarikan diri selepas menang besar dalam pilihan raya dan juga di mana rakyat sendiri membakar kediaman Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.
Sekiranya Malaysia ingin mengelakkan nasib “negara gagal” seperti Sri Lanka sebelum ulang tahun ke-100 negara dalam dekad-dekad yang akan datang ini, Malaysia perlu melalui mengkaji diri kita, untuk mencari “di manakah silapnya” apabila kita gagal untuk memenuhi potensi kita untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, sebaliknya menjadi “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.
Antara kesilapan yang telah kita buat dalam dasar dan prinsip pembinaan negara dalam setengah abad yang lepas, yang menyebabkan kita terus ditinggalkan di belakang lebih banyak negara, termasuklah kemungkinan ditinggalkan di belakang China dan Indonesia menjelang penghujung dekad ini dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International adalah:
– Kegagalan untuk menerima hakikat yang Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk dan kepelbagaian kaum, bahasa, budaya, dan agama di negara kita ini adalah satu aset dan bukannya liabiliti.
– Ketidakpatuhan terhadap Perkara 8(1) Perlembagaan yang menyatakan “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”, di mana tidak ada pengasingan rakyat kelas pertama, kelas kedua, atau ketiga, sebaliknya semua rakyat adalah sama rata di sisi undang-undang.
– Keraguan mengenai doktrin pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang.
– Keadaan rasuah yang semakin teruk – kita telah meningkatkan pendapatan per kapita sebanyak 30 kali ganda dari tahun 1970 ke hari ini, tetapi kita juga telah meningkatkan rasuah dan skandal kewangan sebanyak 63,000 kali ganda, seperti yang dapat dilihat dari skandal Bank Rakyat yang bernilai RM100 juta pada tahun 1979, skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang bernilai RM2.5 billion pada tahun 1983, dan skandal 1MBD yang bernilai RM42 billion dalam dekad yang lepas.
– Kualiti standard pendidikan yang semakin menurun dan kegagalan Pelan Pendidikan yang menyasarkan Malaysia untuk mencapai kedudukan di atas purata global dan menjadi salah satu daripada sepertiga negara teratas dalam penilaian pendidikan antarabangsa.
– Pemesongan dan penyalahgunaan Dasar Ekonomi Baharu dan penerusan dasar ini selepas 1990 walaupun dasar ini pada awalnya dirancang hanya untuk 20 tahun.
– Diaspora Malaysia pertama di mana lebih daripada sejuta rakyat Malaysia yang berbakat berpindah keluar untuk menjadikan negara lain yang hebat dan bukannya Malaysia.
– Mimpi ngeri yang berlanjutan selama 50 tahun di Sabah di mana pendatang tanpa izin telah diberikan hak mengundi.
Saya tetap berpegang kepada pendirian saya bahawa persoalan yang paling penting di Malaysia hari ini bukanlah mengenai siapa yang akan menang dalam pilihan raya yang akan datang, sebaliknya sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal sebelum ulang tahun ke-100 negara dalam dekad-dekad yang akan datang atau sama ada kita mampu mengubah nasib negara dengan menetapkan semula dasar-dasar pembinaan negara untuk mengelakkan nasib yang menimpa Sri Lanka.
Gabungan People’s Freedom Alliance di Sri Lanka telah menang besar dalam pilihan raya parlimen Sri Lanka pada 5 Ogos 2020, memenangi 145 dari 225 kerusi, tetapi tidak sampai dua tahun kemudian, Presiden Sri Lanka terpaksa lari meninggalkan negara tersebut.
Rakyat Malaysia telah membuktikan sebelum ini yang kita tahu membezakan di antara yang benar dan yang salah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.
Bolehkah kita katakan yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-15, sama ada diadakan tahun ini atau dalam 2023?
LIM KIT SIANG
Veteran DAP/Ahli Parlimen Iskandar Puteri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/apa-malaysia-boleh-pelajari-dari-sri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
What Can Malaysia Learn From Sri Lanka

What Can Malaysia Learn From Sri Lanka

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 212 hits
MP SPEAKS It is painful and humiliating to see the agony of Sri Lanka a country which some 70 years ago during my school days was regarded as a jewel of South Asia It had embarked on the road to ruin and destruction ending as a bankrupt nat...
Hutang Negara Masih Terkawal Tengku Zafrul Nafi Dakwaan Malaysia Bakal Muflis Seperti Sri Lanka

Hutang Negara Masih Terkawal Tengku Zafrul Nafi Dakwaan Malaysia Bakal Muflis Seperti Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 285 hits
Hutang negara masih terkawal Tengku Zafrul nafi dakwaan Malaysia bakal muflis seperti Sri LankaKedudukan fiskal negara masih kukuh dan hutang kerajaan persekutuan masih di tahap terkawal kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz Beliau berka...
Kita Tak Nak Malaysia Bankrap Macam Sri Lanka Warganet Mahu Pemimpin Rasuah Dijatuhkan Segera

Kita Tak Nak Malaysia Bankrap Macam Sri Lanka Warganet Mahu Pemimpin Rasuah Dijatuhkan Segera

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 282 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSri Lanka bankrap masih lagi menjadi perbualan hangat wargamaya sehingga hari ini Mana tidaknya negara yang berpenduduk sekitar 22 juta orang itu dilapor muflis disebabkan rasuah berleluasa di negara tersebut Negara ki...
Sri Lanka Isytihar Darurat Selepas Presiden Cabut Lari Ke Maldives

Sri Lanka Isytihar Darurat Selepas Presiden Cabut Lari Ke Maldives

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 164 hits
Sri Lanka isytihar darurat selepas presiden cabut lari ke Maldives Dikemas kini 26 saat yang lalu Diterbitkan pada 13 Jul 202
Parlimen Sri Lanka Pilih Presiden Baharu Hari Ini

Parlimen Sri Lanka Pilih Presiden Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 196 hits
Parlimen Sri Lanka pilih presiden baharu hari ini Dikemas kini 28 saat yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul 2022 9 00AM
3 Calon Bertanding Jawatan Presiden Sri Lanka

3 Calon Bertanding Jawatan Presiden Sri Lanka

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 248 hits
3 calon bertanding jawatan presiden Sri Lanka Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Jul 2022 11 30PM
Ranil Wickremesinghe Presiden Baharu Sri Lanka

Ranil Wickremesinghe Presiden Baharu Sri Lanka

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 166 hits
Ranil Wickremesinghe presiden baharu Sri Lanka Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul 2022 11 45PM
Keh Keh Boleh Boleh Malaysia Boleh

Keh Keh Boleh Boleh Malaysia Boleh

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 312 hits
Zunar cartoonist fan clubAda duit semua boleh jadi
Perdana Menteri Lari Tentera Ambil Alih Pemerintahan Sri Lanka

Perdana Menteri Lari Tentera Ambil Alih Pemerintahan Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 374 hits
Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberi keizinan kepada tentera Sri Lanka untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengembalikan ketenteraman selepas penunjuk perasaan menyerbu pejabatnya kelmarin lapor stesen penyiaran BBC Wickremes...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner