Hutang Kena Bayar Jangan Buat Buat Lupa Nak Bayar Bila Dah Pinjam Duit Orang



Aku memang rajin buat storie dekat instagram aku (@cikepal06). Bila buat storie, orang reply dia akan masuk dekat DM. Lagi aktif aku buat ig storie, lagi macam-macam reply lah aku dapat.Kalau mood rajin memang aku reply. Kalau tak sempat, kadang-kadang aku tengok je lah. Haha. Lepas tu nanti masuk DM lain, dia dah ke bawah. Aku pon dah lupa siapa yang send.Cuma kalau korang dapat 'seen' dari aku, selalunya aku akan reply. Kalau tak dapat 'seen' tu, maybe aku tak tengok atau tak allow lagi.



Ada dapat soalan ni. Bila buat poll, 95% nak aku share pengalaman. So ini aku share berdasarkan pengalaman aku je lah eh. Aku hampir terlupa nak share sebenarnya, tapi tadi ada 2-3 orang DM lagi, baru aku teringat balik nak cerita pasal orang pinjam duit ni


Untuk kawan, aku tak ada pengalaman lagi kawan nak pinjam duit. Tapi kalau saudara mara yes, aku pernah ada pengalaman 2 kali setakat ini


PENGALAMAN PERTAMA
Aku namakan dia Leha Tonggek lah eh. Leha Tonggek (bukan nama sebenar) ni lebih kurang baya-baya aku tapi tua sikit daripada aku.Aku memang baik jugak lah dengan dia. Dari kecil boleh kata membesar sama-sama. Raya confirm jumpa. Banyak lah benda yang aku suka sembang dengan dia. Sebab dia lebih kurang baya aku, so topik perbualan tu benda-benda orang muda selalu sembang


Dari zaman study dulu kan aku memang dah ada income from blogging. Dulu aku pernah tunjuk berapa cek aku dapat, so dia ni memang ikut perkembangan sosial media aku. So macam dia tahu lah aku ada dapat duit from blog. Asal balik raya je, mesti dia tanya aku, bulan ni aku dapat berapa,tahun ni aku dapat berapa. Aku ni pulak jenis suka share, aku pon cerita je lah berapa aku dapat dekat dia


Si Leha Tonggek ni pulak aku ingatkan dia baik. Sebab depan-depan aku memang dia baik gila. Rupa-rupa nya belakang aku, macam-macam dia kutuk aku rupanya. Hahaha

Macam mana aku tahu

Leha Tonggek ni pergi cerita pasal aku dekat Kiah Pekasam (bukan nama sebenar, tapi ni sedara aku gak). Yang Leha Tonggek ni ingat aku tak baik sangat dengan Kiah Pekasam ni. Padahal dia tak tahu yang aku baik je dengan semua sedara mara aku. Dia ingat aku baik dengan dia sorang je


Deco rumah aku banyak kali jugak masuk magazine dan newspaper. Leha Tonggek ni boleh cakap apa? "Tak faham kenapa rumah cik epal tu boleh masuk majalah dengan surat khabar, deco rumah biasa je. Bukan cantik pon"
Lagi satu, aku kan selalu pergi travel. Dia cerita dekat Kiah Pekasam"Tah pape cik epal tu. Pergi travel pon nak show off. Pergi London pon nak menunjuk. Orang lain pergi London banyak kali tak ada lah update gambar banyak-banyak macam dia"

Ni Kiah Pekasam sampai kan dekat aku. Mula-mula aku dengar, aku rasa perghhhhh tak sangka pulak dia jenis busuk hati macam ni.Padahal dari kecil aku baik dengan dia kot.Nampak lah dia jenis tak boleh nampak orang senang daripada dia. 

Aku tak follow dia dekat instagram, dia pulak private. Aku tengok lah instagram dia guna family aku punya instagram

Guess what

Dia pergi JPO pon ada 6-7 keping gambar dia update. Pastu dia pergi Indonesia, tu pon berpuluh-puluh gambar dia update. Kalau dia pergi London, mahu nya dia tak update gambar? Kau ghase
Haaaa. Jangan jawab. Aku tahu apa jawapan di minda korang. Hahaha


So sekarang ni dia tak tahu yang aku tahu dia mengata aku belakang-belakang. Sebab dia depan aku memang baik. Aku pon baik je dengan dia. Buat-buat tak tahu je dia mengata aku. Tetiba dia nak pinjam duit

Merayu-rayu lah dekat aku nak pinjam duit. Aku tanya reason dia nak pinjam. Tapi dia tak bagi tahu sebab apa. Cuma dia janji dia akan bayar balik

1st time dia pinjam duit. Aku bagi. Memang dia bayar balik

Pastu dia nak pinjam lagi

2nd time dia nak pinjam, aku bagi lagi. Dia bayar jugak

Kali ke 3 dia nak pinjam lagi. Kali ke 3 ni aku tak bagi dah. Sebab aku pernah dengar orang cakap, kalau nak bagi pinjam duit dekat orang, bagi 2 kali je. Kali ke 3 jangan bagi, kemungkinan besar kali ke 3 tu dia tak kan bayar


Kali ke 3 dia nak pinjam duit tu, aku memang ignore terus. Ni kira aku rasa nak tolong jugak lah dia walaupon aku tahu dia mengata aku kan. Dua kali aku tolong tu dah, aku tak kan tolong lagi buat kali ke 3 dari segi duit untuk dia. Kalau nak aku belanja makan, yes aku boleh belanja, bab belanja makan aku tak ada hal. Nak pinjam duit, aku tak bagi dah



PENGALAMAN KE DUA
Sameon (bukan nama sebenar) abang sedara aku. Umur nak masuk 40an kot. Dalam 30++. Nak kata aku baik sangat dengan dia tu tak lah. Tapi kalau jumpa time raya, sembang-sembang gak lah macam biasa. Tetiba dia contact aku nak pinjam RM5k. Dia bagi tahu lah reason dia semua. Dia janji dia akan bayar balik. Aku pon kesian dengar bila bagi reason pasal anak-anak ni.Aku pon bagi je lah.Tapi lepas bertahun-tahun, senyap je. Bukan kata RM5k, lima posen pon dia tak bayar lagi hutang dia. Haha

Pastu tetiba dia contact aku tanya khabar apa semua. Dalam hati aku "ohh dia nak bayar hutang dia kot ni"
Ok lah layan macam biasa, rupanya sangkaan aku meleset

Si Sameon ni bukan nak bayar hutang aku, dia nak pinjam lagi RM3k

Ok ni memang tak ah aku bagi. RM5k dia pinjam haritu pon dia tak bayar lagi. Lagi nak pinjam RM3k. Aku terus direct je cakap dekat dia
"Bang Sameon, macam mana saya nak bagi lagi RM3k dekat abang? Sedangkan RM5k dulu pon abang tak bayar lagi? Kali ni saya tak kan bagi. Abang settle kan hutang abang RM5k tu dulu dekat saya"

Dia merayu-rayu suruh aku tolong. Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Kau bayar dulu RM5k, baru sembang nak pinjam lagi duit lain. 

===============
Setakat ni, ni lah pengalaman aku orang nak pinjam duit. Leha Tonggek tu dalam pada hati busuk jaki dengan life aku, last-last bila susah pinjam gak duit aku. Cuma nasib baik dia jenis bayar lah. Cuma aku je tak nak bagi dah. Sebab amount dia nak pinjam makin lama makin tinggi. Sebab tu kali ke 3 aku tak bagi dah. Takut dia tak boleh bayar balik


Yang Sameon ni, sampai ke hari aku tulis entri ini pon, masih tak bayar lagi ye hutang aku RM5k tu. Dia pinjam ada lah dalam 3 tahun lepas. Janji lepas setahun nak bayar. Sampai ke sudah, lima posen pon aku tak dapat lagi dari dia. Hahaha


Bila aku dapat DM dekat instagram dari stranger nak pinjam duit, memang aku cakap terus terang aku tak kan layan ye. Sedara mara yang aku jumpa time raya ni pon boleh buat bodoh je dengan aku tak bayar hutang. Ni pulak yang korang tah shape-shape DM aku nak pinjam duit.Macam mana lah korang nak bayar dekat aku balik? Dah ah aku tak pernah jumpa dan tak pernah kenal korang.Better korang pinjam duit dekat orang yang terdekat dengan korang


Manusia bila terdesak, dia akan janji macam-macam

"Aku janji aku ada duit, dalam setahun aku bayar balik"
Kau boleh dengar, tapi jangan percaya sangat 100%
Dengar boleh, percaya jangan 😝
===========


Bawa FairFit ke mana-mana je. Aku kalau travel pon bawak. Janji letak suhu bilik. Kalau hotel ada peti sejuk, masuk peti sejuk. Lagi layan bila FairFit sejuk-sejuk masuk tekak. Dah lah rasa FairFit ni sedap gila😋. Kalau korang nak beli FairFit pastikan beli dengan agent yang SAH yang nama dan number phone dia ada dalam website FairFit ye

Website: https://fairfithq.comInstagram : https://www.instagram.com/fairfithq/

K bye! 😆




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikepal06.blogspot.com/2019/02/hutang-kena-bayar-jangan-buat-buat-lupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Bayar Cash Sebab Mak Call Nak Pinjam Duit Bayar Rumah Sewa Tapi Dalam Bank Aku Tak Banyak Ada Cuma Rm37 56 Saja

Allah Bayar Cash Sebab Mak Call Nak Pinjam Duit Bayar Rumah Sewa Tapi Dalam Bank Aku Tak Banyak Ada Cuma Rm37 56 Saja

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 525 hits
Sedikit perkongsian daripada seorang ibu di laman sosial Berkongsi pengalaman tentang cara berdoa yang diamalkan Doa adalah permohonan kepada Allah yang disertai kerendahan hati untuk mendapatkan suatu kebaikan dan permintaan yang berada di...
Nak Duit Kerja Jangan Cuma Harapkan Bantuan Gadis Tegur Golongan Muda Tapi

Nak Duit Kerja Jangan Cuma Harapkan Bantuan Gadis Tegur Golongan Muda Tapi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 505 hits
The ReporterBaru baru ini Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bantuan Bantuan Sara Hidup RM100 bagi golongan bujang yang memberi manfaat kepada tiga juga individu dengan peruntukan RM300 juta Pengumuman bantuan itu mendapat banyak rea...
Cikgu Saya Daftar Guna Duit Seringgit Boleh Guru Ini Kongsi Kisah Sedih Pelajar Bayar Yuran Rileks Media

Cikgu Saya Daftar Guna Duit Seringgit Boleh Guru Ini Kongsi Kisah Sedih Pelajar Bayar Yuran Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 455 hits
Tidak berkemampuan untuk membayar yuran sekolah dan memberi sumbangan pendaftaran persekolahan pastinya akan terjadi setiap kali sesi persekolahan bermula Bagi ibu bapa yang mampu mereka mungkin tidak ada masalah besar tentang hal tersebut ...
Rakyat Jangan Lupa Bossku Curi Wang Dulu Muhyiddin

Rakyat Jangan Lupa Bossku Curi Wang Dulu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 413 hits
SEMENYIH Jentera Pilihan Raya Kecil Pakatan Harapan tidak tergugat dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Semenyih kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata demikian a...
Wanita Jangan Makan 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak Kulit Berkedut Rileks Media

Wanita Jangan Makan 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak Kulit Berkedut Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 445 hits
Bukan namanya wanita kalau sehari tak belek kulit berkedut di depan cermin Setiap wanita pasti mahukan kulit yang cantik dan tampak awet muda Kalau boleh nak kulit mulus macam baby Tapi ramai wanita yang lakukan kesilapan dengan mengambil m...
Jangan Lupa Binalah Segera Jambatan Bengkok

Jangan Lupa Binalah Segera Jambatan Bengkok

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 355 hits
Menteri Luar ketuai kumpulan semakan semula harga air Dr MahathirPUCHONG 12 Jamadilakhir 1440H Ahad Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai kumpulan pegawai Malaysia dalam semakan semula harga air mentah yang dijual kepada nega...
Instafamous Bangga Buat Jangan Bayar Challenge Dikecam Bodoh Oleh Netizen

Instafamous Bangga Buat Jangan Bayar Challenge Dikecam Bodoh Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 521 hits
Viral di media sosial video Instafamous buat challenge mengarut iaitu Jangan Bayar Challenge dikecam bodoh oleh netizen Menurut individu terbabit mengakui dengan bangganya dia tidak membayar makanan yang telah dipesan dari kedai makanan Nam...
Makin Dikata Jangan Tak Boleh Makin Dia Nak Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

Makin Dikata Jangan Tak Boleh Makin Dia Nak Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 302 hits
Makin dikata jangan tak boleh makin dia nak Kaunselor cadang 3 cara ganti katakan tidak kepada anak boleh elak konflik antara ibu bapa dan anak Perkataan jangan tak boleh dikatakan didengari oleh anak lebih 40 kali sehari Memang tidak boleh...
Jangan Bayar Guna Cash

Jangan Bayar Guna Cash

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 506 hits
Jangan bayar guna cash Takkan nak bayar teh tarik segelas The post appeared first on
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii