Cikgu Saya Daftar Guna Duit Seringgit Boleh Guru Ini Kongsi Kisah Sedih Pelajar Bayar Yuran Rileks Media


Tidak berkemampuan untuk membayar yuran sekolah dan memberi sumbangan pendaftaran persekolahan pastinya akan terjadi setiap kali sesi persekolahan bermula.
Bagi ibu bapa yang mampu, mereka mungkin tidak ada masalah besar tentang hal tersebut.
Namun, bagi yang tidak mampu, mak ayah tetap akan berusaha untuk menyelesaikan hal-hal pembayaran dan pemberian sumbangan semata-mata kerana anak.
Catatan seorang guru, Sofuan Saadon mengenai sumbangan pendaftaran persekolahan dan juga yuran, pastinya mengundang simpati semua orang.
Kerana sumbangan dan yuran sekolah, mak ayah pelajar ini sanggup bersusah payah mengumpul wang seringgit. Entah berapa lama masa yang diambil mereka, guru ini juga tidak tahu.
Ikuti perkongsian Cikgu Sofuan dengan lebih lanjut.
PENDAFTARAN persekolahan di SMK Matu semalam berjalan dengan lancar.
Oleh sebab ada guru tingkatan 5 yang sibuk dengan urusan buku teks, aku ditugaskan untuk menggantikan tempatnya.
Aku tidak keseorangan kerana turut dibantu oleh pengawas sekolah. Tugasnya pun tak susah. Cuma bantu aku berikan nombor giliran kepada ibu bapa, edarkan buku tulis untuk pelajar yang telah buat tempahan dan bantu ibu bapa isi beberapa borang berkaitan.
Tahun ini semua ibu bapa kelas yang aku jaga dapat melunaskan bayaran sumbangan persekolahan. Sebenarnya tidaklah begitu banyak. Jika pelajar tersebut tiada lagi adik di sekolah, bayaran adalah sebanyak RM44. Ini tidak termasuk buku kerja yang wajib dibeli sebagai persediaan menghadapi SPM.
Tidak seperti tahun lepas. Ada beberapa ibu bapa yang tidak dapat membuat sebarang pembayaran pada hari pertama.
“Cikgu, boleh tak saya daftar dulu tanpa bayar apa-apa?” Tanya ibu pelajar tersebut perlahan. Anaknya di sebelah hanya menunduk. Aku kenal pelajar itu. Walaupun tidak begitu baik dalam akademik tapi dia tak pernah buat masalah disiplin di sekolah.
Aku pun tidak bertanya lanjut. Setiap orang ada masalah masing-masing. Dia pun bukan tak nak bayar tapi belum dapat bayar. Mungkin juga ibu tersebut utamakan adiknya dulu. Aku tak tahu.
“Boleh mak cik. Tak ada masalah. Tulis saja nama di sini menandakan dah daftar. Lepas ni saya akan terus bagi borang buku teks. Serahkan balik hari ni juga,” jawab aku dengan senyuman. Aku tak nak ibu tadi rasa gusar atau bersalah.
“Terima kasih cikgu. Terima kasih banyak-banyak,” ucap ibu tadi berulang kali.
Ini kisah tahun lepas. Kisah sebenar yang berlaku pada diri aku sebagai guru kelas waktu itu. Cerita yang tak pernah aku kongsikan pada sesiapa.
Bagi memudahkan urusan, aku tak tunggu pun ibu tersebut bayar sebab aku pun tak tahu bila dia nak bayar. Aku pun tak sampai hati nak tanya anak dia. Nanti anak dia tertekan dan malu pula nak ke sekolah.
Aku dahulukan duit aku tanpa beritahu pun anaknya. Jika dalam tahun itu ibu tersebut tak bayar, aku dah niat nak halalkan saja. Alhamdulillah, aku dapat balik duit aku itu sebelum pertengahan tahun. Kalaulah aku tunggu dia bayar, alamat tergendalalah segala urusan selepas itu.
Berbeza pula dengan kisah semalam..
Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lepas, semua guru yang menguruskan pendaftaran persekolahan ini sangat perlukan duit kecil. Aku sendiri dah sediakan duit kecil sendiri sebanyak RM40. Tapi tetap tak cukup. Aku terpaksa juga hutang seorang pelajar sebanyak RM2. Rabu nanti baru bayar.
Tinggal tiga orang belum daftar dan aku tunggu dengan sabar. Rupa-rupanya ada pelajar yang lambat daftar itu merupakan pengawas dan bantu guru di kelas lain dulu.
Apabila masa pendaftaran hampir berakhir, muncul pelajar yang aku tunggu-tunggu tu. Tanpa disuruh, dia terus duduk di hadapan aku.
“Cikgu, saya daftar pakai duit seringgit boleh?”
Tanya dia dengan tersengih.
“Laa.. Cikgu lagi suka. Kenapa tak daftar dari awal? Cikgu memang nak sangat duit kecil tadi. Sekarang dah tak perlu sangatlah.”
“Berapa kamu ada?” Tanya aku lagi.
“RM100.” Jawab dia ringkas.
“Semua duit seringgit?” Aku tanya lagi untuk kepastian.
“Ya, cikgu. Semua seringgit.”
Dua kisah di atas memberi pelajaran berguna kepada diri aku secara tak langsung. Semua ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak dia selagi dia terdaya.
Aku tak fikir yang duit seringgit itu lebihan daripada duit raya. Raya dah lama sangat dah. Kita tak tahu berapa lama ibu bapa dia simpan untuk cukupkan jumlah wang sebanyak itu.
Mungkin banyak perkara dalam hidup yang ibu bapa terpaksa berk0rban untuk pastikan anak dia dapat daftar dan bersekolah seperti anak orang lain.
Setiap orang itu ada kisah masing-masing yang tak pernah orang lain tahu.
Mungkin kita tak ada masalah untuk bayar yuran bawah RM100 tetapi ada orang bergelvt untuk meneruskan kelangsungan hidup keluarganya.
Jadi, kepada anak-anak, bersyukurlah kerana mempunyai ibu bapa yang sangat mementingkan pendidikan anaknya.
Hargailah mereka selagi anda punya kesempatan. Dan gembirakanlah mereka dengan kejayaan pada masa hadapan.
Biar mereka menangis kerana kegembiraan dan kebahagiaan, bukan menangis kerana kedukaan yang berpanjangan..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GPS Bestari via Cikgu Sofuan Saadon
Source link
The post ‘Cikgu, Saya Daftar Guna Duit Seringgit Boleh?’- Guru Ini Kongsi Kisah Sedih Pelajar Bayar Yuran – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/cikgu-saya-daftar-guna-duit-seringgit-boleh-guru-ini-kongsi-kisah-sedih-pelajar-bayar-yuran-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daun Oregano Bukan Guna Untuk Masakan Je Tapi Boleh Jadi Penawar Batuk Rileks Media

Daun Oregano Bukan Guna Untuk Masakan Je Tapi Boleh Jadi Penawar Batuk Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 610 hits
Bila musim musim hujan begini biasanya kesihatan keluarga sering juga terganggu Sering batuk dan selesema umpamanya Selain perlu makan ubat yang disarankan doktor untuk merawatnya ada baiknya mencuba dengan rawatan menggunakan daun oregano ...
Nak Mudah Simpan Duit Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Simpan Duit Dengan Bijak Dan Berkesan Rileks Media

Nak Mudah Simpan Duit Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Simpan Duit Dengan Bijak Dan Berkesan Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 528 hits
Korang susah nak simpan duit Bila simpan cukup bulan korek Ikut cara brader ni confirm boleh simpan duit untuk kahwin atau beli kereta Cubalah Sifat suka menabung haruslah diterapkan kepada semua anak anak sejak dari kecil lagi Jadi ibu bap...
Kisah Pelajar Hidup Susah Di Negara Orang Namun Selepas Mengamalkan Surah Al Waqiah Terjadi Sesuatu Rileks Media

Kisah Pelajar Hidup Susah Di Negara Orang Namun Selepas Mengamalkan Surah Al Waqiah Terjadi Sesuatu Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 357 hits
Segala ketentuan dalam hidup ini telah pun ditetapkan oleh Allah samada didalam bab Jodoh A jal Rezeki dan semua dalam kehidupan kita Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha kita sendiri Jangan lupa segala suruhan Allah dan tinggalkan...
Guna Cuka Dan Baking Soda Untuk Cantikkan Kereta Rileks Media

Guna Cuka Dan Baking Soda Untuk Cantikkan Kereta Rileks Media

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 320 hits
Perjalanan jauh memang sangat meletihkan ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang berjam jam terpaksa dihadapi pasti akan membuatkan anda merasa rimas dan tidak selesa Jika berada dalam keadaan begini pastinya anda inginkan kereta be...
Guna Air Serta Roti Sebagai Baja Kaedah Ringkas Suburkan Tanaman Rileks Media

Guna Air Serta Roti Sebagai Baja Kaedah Ringkas Suburkan Tanaman Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 411 hits
Kini semakin ramai pemilik kediaman memilih menanam tanaman sendiri di rumah Walaupun ruang rumah terhad seperti di bandar bandar besar tetapi dengan sedikit kreativiti anda boleh merasai pengalaman bercucuk tanam sendiri Tetapi sudah penat...
Rahsia Khusyuk Solat Tuan Guru Dato Dr Haron Din Rileks Media

Rahsia Khusyuk Solat Tuan Guru Dato Dr Haron Din Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 452 hits
Setiap hari kita bersolat sekurang kurangnya 5 kali sehari Kewajipan mengerjakan solat fardhu inilah yang membezakan umat Islam dengan penganut agama yang lain Tapi cukup mengerjakan solat 5 waktu tidak menjadikan kita umat Islam yang cemer...
Kuali Di Rumah Hitam Cuba Ni Putih Bersih Berkilat Baq Hang Guna Modal Tak Sampai Rm5 Rileks Media

Kuali Di Rumah Hitam Cuba Ni Putih Bersih Berkilat Baq Hang Guna Modal Tak Sampai Rm5 Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 558 hits
Kuali memasak memang susah nak dibersihkan Kesan jelaga hitam tu membuatkan mata naik berbulu melihatnya Nak grooming kuali anda supaya cantik kembali Jom cuba cara di bawah ni BAHAN BAHAN Soda bikarbonat secukupnya Berus dawai Sedikit air ...
2 Tahun Dia Asyik Datang Tengok Baju Untuk Isteri Tapi Tak Beli Sayu Pengusaha Butik Kongsi Kisah Sedih Pelanggan

2 Tahun Dia Asyik Datang Tengok Baju Untuk Isteri Tapi Tak Beli Sayu Pengusaha Butik Kongsi Kisah Sedih Pelanggan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 360 hits
2 Tahun Dia Asyik Datang Tengok Baju Untuk Isteri Tapi Tak Beli Sayu Pengusaha Butik Kongsi Kisah Sedih Pelanggan
Wanita Ini Kongsi Air Minuman Ajaib Buat Dia Kelihatan Muda 10 Tahun Dari Usia Sebenar Rileks Media

Wanita Ini Kongsi Air Minuman Ajaib Buat Dia Kelihatan Muda 10 Tahun Dari Usia Sebenar Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 465 hits
Dunia tanpa sempadan ini mendekatkan kita dengan pelbagai info tentang apa juga ilmu pengetahuan berguna Seperti juga perkongsian di laman sosial milik ibu muda Deyana Hatazad yang tidak lokek berkongsi rahsia dirinya muda 10 tahun dari usi...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1