Hutan Lipur Sungai Gabai Terokai Keindahan Alam Dan Piknik Bersama Keluarga


Kali ini saya nak kongsi pengalaman saya piknik bersama keluarga di Hutan Lipur Sungai Gabai. Seingat saya, saya dah beberapa kali datang piknik dekat tempat ini.
 
Waktu pertama kali datang, ada masalah dengan kamera yang saya gunakan. Saya rasa masalahnya berpunca dari memmory card yang saya gunakan. Saya dah ambik banyak gambar, lepas tu bila nak upload, semua file jadi corrupted.
 
Masa kali pertama saya datang tu, ada ramai pengunjung yang datang ke tempat ni. Tempat parking sampai tak cukup, dan pengunjung yang datang agak lewat, sama ada perlu parking diluar kawasan pintu gerbang atau patah balik je dan cari tempat lain untuk piknik.

Alhamdulillah, kali ini tak berapa ramai pengunjung. Saya pun senang nak cari tempat untuk parkir dan tempat untuk pasang khemah dekat sini.

Untuk pengetahuan anda, untuk masuk ke tempat ini ada bayaran sebanyak RM1 untuk satu orang dikenakan.

Mungkin bayaran tersebut digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan upah para pekerja yang menjaga tempat ni. Ok la… RM1 bukannya mahal sangatkan.
 
Kalau pada hari hujung minggu atau semasa cuti, memang nampak tempat ni terlalu padat dengan pengunjung, tapi kalau hari biasa, saya percaya tempat ini agak lengang.
 
Lebih kurang situasinya dengan keadaan di Hutan Rekreasi Sungai Tekala dan Hutan Lipur Sungai Tua yang saya kunjungi sebelum ni. Saya datang pada hari biasa, dan tak ramai orang berada disitu pada waktu tu.

Bila dah masuk ke kawasan rekreasi ni, seperti biasa benda pertama yang kita kena buat ialah cari tempat yang sesuai untuk letak barang-barang.
 
Saya pilih tempat yang berdekatan dengan pondok sebab saya perhatikan dekat sini satu-satunya kawasan yang ada permukaan yang rata dan sesuai untuk saya pasang khemah. Dekat sini agak susah nak cari kawasan yang boleh pasang khemah macam ni.
 
Mungkin sebab tu tak ramai pengunjung yang datang ke sini yang memasang khemah. Kebanyakkan dari mereka hanya bentang tikar atau just duduk-duduk atas batu.

Saya cepat-cepat pilih tempat ini sebab tempat ni memang betul-betul strategik dan dekat dengan anak sungai. Cuma perlu jalan beberapa tapak dah boleh masuk ke sungai.
 
Kalau anda ada niat nak pasang khemah juga, datanglah awal dan cepat-cepat ambik tempat ini ya.

Kalau ikutkan, cukup sekadar hampar tikar. Tapi tu la, saya lebih suka kalau ada sedikit privasi. Kalau nak simpan barang-barang berharga, contohnya macam kamera, handphone dan sebagainya, rasa lebih yakin dan selamat kalau simpan dalam khemah.
 
Selain sebagai tempat simpan barang, khemah ni juga penting untuk tukar baju, atau sekadar nak baring-baring. Rasa macam tak berapa seronok la, kalau tengah baring-baring, ada pengunjung lain yang lalu lalang, duk sibuk jeling-jeling.
 
Masa saya tengah pasang khemah, datang seorang pakcik ni tegur saya. Katanya dia ada sediakan tapak perkhemahan, kalau saya berminat nak bermalam ditepi sungai. Cuma lokasinya bukan di Sungai Gabai.
 
Sayangnya, saya tak sempat nak ambil nombor telefon pakcik tu.
 
Pada mulanya, pakcik tu fikir yang saya nak bermalam di Sungai Gabai, sebab dah siap sedia pasang khemah. Tapi saya ada bagitahu dia, yang saya dan keluarga akan keluar dari tempat ini lepas zohor.
 
Ok kejap lagi saya sambung cerita pasal nak berkhemah dan bermalam di Sungai Gabai ni.
 
Macam inilah pemandangan di tingkat yang paling bawah di Hutan Lipur Sungai Gabai.

Dekat bahagian bawah ini ada banyak batu-batu besar, dan air sungai yang mengalir disini juga tak begitu deras dan tak dalam.
 
Orang kata just nice untuk rendam kaki dan duduk santai bersama keluarga. Ada banyak batu-batu besar ni pun bagus juga sebenarnya, jadi pengunjung yang datang sini boleh duduk lepak dekat tengah-tengah sungai.
 
Sambil menjamah hidangan yang dibawa, sambil-sambil tu rendam kaki untuk merasai kedinginan air sungai yang jernih mengalir.

Seronoknya dengar bunyi alunan arus sungai.

Rasa tenang lagi damai.
 
Simfoni alam tak pernah gagal untuk memberikan suasana tenang dan damai.

Bagi mereka yang sejak kebelakangan ni selalu rasa stress, terutama yang rasa rutin saban hari tu terlalu memberi tekanan, cubalah cari masa untuk datang ke tempat-tempat macam ni untuk dapatkan ketenangan minda.
 
Tak perlu nak habiskan masa sampai berjam-jam lamanya. Cukup sekadar piknik dekat tempat macam ni dalam satu jam, atau sekadar cukup masa untuk habiskan lunch hour, pun dah cukup untuk beri ketenangan dan kembali mencergaskan diri anda.
 
Air sungai dekat bahagian bawah ini, tak begitu dalam. Lebih kurang paras buku lali sahaja.

Ya, kalau kanak-kanak memang sesuai main air kat sini.

Walaupun tak dalam, masih lagi perlu ada pengawasan orang dewasa. Manalah tahu, ada yang tergelincir lepas tu terjatuh pula. Bahaya juga batu-baru kat sini mungkin ada yang licin.

Saya dah siapkan apa yang patut dekat tapak piknik. Khemah dah siap pasang, hidangan untuk makan tengahari pun dah siap.
 
Apa lagi? Masa untuk jalan-jalan sekitar dan tengok apa lagi yang kita boleh lihat disekitar Hutan Lipur Sungai Gabai ini.
 
Kawasan air terjun ini ada beberapa tingkat. Kalau anda nak pergi ke tingkat yang lebih tinggi, ada tangga disediakan untuk anda panjat sampai ke atas. Tapi kalau anda datang ke sini bersama dengan kanak-kanak dan juga orang tua, saya rasa tak berapa sesuai nak ajak mereka naik sampai ke tingkat yang paling tinggi.

Saya ada buat pembacaan di laman web lain, dan dari apa yang saya baca, jumlah anak tangga yang terdapat disini ada lebih kurang 300 lebih.
 
Bila panjat anak tangga ni, pergh… rasa macam tengah buat aktiviti hiking. Cuma bezanya, kat sini laluan dia tak begitu susah sebab memang ada tangga. Jangan lepaskan peluang untuk buat exercise sikit ya bila datang sini.
 
Kalau tak larat nak panjat sampai ke atas, panjat setakat mana yang mampu dah cukup.

Sambil panjat tangga tu, kita boleh layan panorama serba hijau.

Kat sini saya cuma kenal pokok buluh sahaja.

Bila panjat tangga tu jumpa satu pondok yang agak menyeramkan.

Saya pun tak pasti, ada ke orang yang nak lepak dekat sini? Pondook ni agak jauh dengan sungai. Kalau nak main air, sama ada kena panjat ke tingkat yang paling atas, ataupun kena turun bawah.
 
Sekadar nak enjoy the scenery tu sesuailah kalau duduk dekat pondok ni.

Air terjun sungai gabai ni agak tinggi sebenarnya.
 
Saya sengaja berhenti lama dekat kawasan ni, rehat kejap. Rasa semput jugak bila perlu memanjat banyak anak tangga ni. Peluh? Tak perlu cerita la.. memang macam kena simbah air.
 
Kita dah nak sampai ke puncak Air Terjun Sungai Gabai.

Dekat kawasan ini merupakan satu lagi lokasi untuk orang piknik.

Dekat bawah jambatan ini tak ada orang yang turun.
 
Tempat ni nampak bahaya dan nampak macam licin. Saya rasa kalau tak berhati-hati, boleh tergelincir dan jatuh sampai ke bawah.

Dah pasang papan tanda, AWAS BAHAYA tu kalau boleh tak payah la cari penyakit nak cuba mandi kat sini ya.
 
Dekat bahagian atas ini ada beberapa port yang menjadi pilihan.
 
Contohnya macam kat bawah ini. Dekat sini lah tempat orang main gelongsor air kalau datang mandi di Sungai Gabai.

Gelongsor semulajadi.
 
Dengan permukaan batu yang licin ditambah pula adanya arus air, menjadikan tempat ini memang sesuai untuk main gelongsor.

Kalau cukup berani, anda boleh cuba.
 
Saya? Of course saya tak akan buat benda-benda macam ni. Sekadar menjadi pemerhati, itu dah cukup.

Air dekat bahagian atas juga tak begitu dalam.
 
Kalau anda bayangkan untuk buat aktiviti berenang dan menyelam, dekat Air Terjun Sungai Gabai ini bukan tempatnya.
 
Airnya memang cetek sahaja. Kalau setakat nak berendam yang tu tak ada masalah.
 
Saya rasa dalam banyak-banyak tempat, dekat sini lokasi yang nampak paling menarik.

Ada air terjun yang kita boleh enjoy urutan air. Tapi waktu saya datang ni, tempat ini dah ada kumpulan yang duduk disini. Boleh tengok dari jauh je la.
 
Lagipun waktu saya datang ke tempat ini, saya tak rancang nak mandi pun.

Kalau mandi dekat bahagian atas ni, saya rasa airnya lebih bersih.

Lebih jernih.

Sebelum balik, saya sempat tanya dengan orang yang jual tiket untuk masuk ke Sungai Gabai tentang macam mana kalau nak bermalam dan camping dekat Sungai Gabai ni.
 
Tapi jawapan yang saya dapat, tak berapa best.
 
Kena hubungi nombor telefon yang tertera dekat papan tanda. Sama ada berhubung dengan pengerusi ataupun penyelia tempat ini.
 
Most likely, jawapan yang bakal diberikan ialah “TAK BOLEH bermalam dekat Sungai Gabai ni”. Lagipun dekat sini bukannya ada camping site. Kalau nak bermalam, nak pasang khemah dekat mana?
 
Sebab kedua, adalah faktor keselamatan.
 
Tak sesuai nak camping dekat sini, untuk elakkan daripada kita alami gangguan-gangguan dari makhluk yang kita tak boleh lihat dengan mata kasar. Kalau rajin, anda boleh cari beberapa video paranormal aktiviti yang ada di muat naik di laman Youtube.
 
“… dulu ada orang buat aktiviti paranormal kat sini, lepas tu tempat ni jadi keras sekarang. Benda yang duduk kat sini marah…” 
 
Macam tu la lebih kurang jawapan yang saya terima.
 
Ok saya tak tanya panjang lebar.
 
Apa pun, kalau anda berada di sekitar Hulu Langat, atau tak jauh dari tempat ini, bolehlah singgah ke Hutan Lipur Sungai Gabai ni. Tempatnya cantik, cuma bila datang ke tempat macam ni, janganlah pasang niat yang bukan-bukan ya.
 
Saya perasan dekat sini ada disedikan tandas berbayar dan ada juga surau. Cuma saya tak pernah masuk dan tak tengok sendiri keadaannya macam mana. Dekat area pintu masuk, ada juga peniaga yang menjual makanan, seperti nasi lemak, burger dan juga makanan bergoreng.
 
Tak pasti pula sama ada setiap hari mereka ni meniaga atau cuma pada hari cuti sahaja.
 
 
The post Hutan Lipur Sungai Gabai – Terokai keindahan alam dan piknik bersama keluarga appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/hutan-lipur-sungai-gabai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutan Lipur Jeram Toi Apa Yang Menarik Menanti Pengunjung Disini

Hutan Lipur Jeram Toi Apa Yang Menarik Menanti Pengunjung Disini

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 734 hits
Cuti hujung minggu datang lagi Mana nak pergi ye Saya teringin nak luangkan masa untuk buat aktiviti luar Nak beriadah dan lepak santai dekat kawasan yang ada sungai At least boleh bawa budak budak main air Kebetulan masa ni anak anak buah ...
Aurel Hermansyah Cantik Dalam Balutan Hijab Dipuji Keluarga Gen Halilintar

Aurel Hermansyah Cantik Dalam Balutan Hijab Dipuji Keluarga Gen Halilintar

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 332 hits
Aurel Hermansyah baru saja mengunggah foto saat memakai hijab Penampilan yang terlihat berbeda itu membuatnya mendapat banyak pujian dari warganet
Peringati 17 Tahun Bom Bali Keluarga Korban Dari Jepang Sambangi Monumen Ground Zero

Peringati 17 Tahun Bom Bali Keluarga Korban Dari Jepang Sambangi Monumen Ground Zero

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 167 hits
Chiba mengharapkan peristiwa Bom Bali tidak lagi terjadi Karena itu adalah harapan semua orang
Air Mata Keluarga Buat Akbar Alamsyah Korban Demo Ditemukan Koma Lalu Meninggal

Air Mata Keluarga Buat Akbar Alamsyah Korban Demo Ditemukan Koma Lalu Meninggal

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 245 hits
Akbar telah dimakamkan di TPU Cipulir Kebayoran Lama Jakarta Selatan Jumat Isak tangis keluarga mengiringi proses pemakaman Akbar
Pangdam Xiv Hasanuddin Ingatkan Dandim Kendari Baru Dan Keluarga Agar Bijak Bermedsos

Pangdam Xiv Hasanuddin Ingatkan Dandim Kendari Baru Dan Keluarga Agar Bijak Bermedsos

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 211 hits
Jemari itu kalau bermain di medsos bagaikan peluru Kalau sudah keluar susah dicabut Apalagi jika sudah tersebar ke mana mana Jadi tidak boleh sembarangan kata Mayjen TNI Surawahadi
Guna Keistimewaan Dan Peluang Golongan Wanita Mampu Jana Pendapatan Keluarga

Guna Keistimewaan Dan Peluang Golongan Wanita Mampu Jana Pendapatan Keluarga

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 298 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kepala 2 Beranak Atas Siling Jiran Pelik Tiada Bau Busuk Sifatkan Keluarga Penyayang

Kepala 2 Beranak Atas Siling Jiran Pelik Tiada Bau Busuk Sifatkan Keluarga Penyayang

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 565 hits
Pembunuhan yang menggemparkan di mana 2 beranak dibunuh kejam dan disyaki dilakukan oleh suami sendiri Mayat 2 beranak itu telah dikerat lapan bahagian kepala disorok di atas siling rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya Batu Berendam Manakala ...
Keluarga Sihat Tonggak Warga Emas Sejahtera

Keluarga Sihat Tonggak Warga Emas Sejahtera

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 342 hits
Dr Aniza sedang memeriksa seorang warga emas di Program Kesejahteraan Warga Emas Bersama Komuniti Terengganu semalam Oleh Pok AbbasKUALA TERENGGANU 13 Oktober Keluarga yang sihat merupakan tunggak penting dalam melahirkan individu dan komun...
Kalau Ada Ahli Keluarga Yang Sakit Potong Bawang Letak Dalam Bilik Untuk Bersihkan Udara Tak Sihat

Kalau Ada Ahli Keluarga Yang Sakit Potong Bawang Letak Dalam Bilik Untuk Bersihkan Udara Tak Sihat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 463 hits
Selalunya bila ada ahli keluarga yang selesema batuk atau demam dalam rumah mesti ada yang berjangkit terutama sekali anak anak kecil Bila yang sakit duduk dalam ruang yang sama dah tentu virus atau bakteria turut bertebaran di ruang udara ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir