Hutan Lipur Jeram Toi Apa Yang Menarik Menanti Pengunjung Disini


Cuti hujung minggu datang lagi. Mana nak pergi ye? Saya teringin nak luangkan masa untuk buat aktiviti luar.
 
Nak beriadah dan lepak santai dekat kawasan yang ada sungai. At least boleh bawa budak-budak main air. Kebetulan masa ni anak-anak buah datang rumah dan bermalam beberapa hari dirumah saya.
 
Kalau nak pergi ke Sungai Gabai, rasa macam dah biasa sangat pergi ke tempat tu. Bincang punya bincang, akhirnya kami pilih untuk ke Hutan Lipur Jeram Toi.
 
Saya baru pertama kali datang ke tempat ini. Untuk ke sini, saya gunakan waze sahaja. Hutan Lipur Jeram Toi ini terletak di Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Kalau tanya pasal jalan, memang saya tak hafal. So, buka je waze, dan ikut je la laluan yang dicadangkan tu ya.
 
Mujurlah saya sampai agak awal di tempat ini. Dapat tempat parking yang tak berapa jauh dari main entrance untuk ke kawasan riadah. Kalau lewat sikit, tempat parking memang akan penuh dan terpaksa jalan lebih jauh.

Dekat sini ada peniaga yang menjual makanan, barangan keperluan untuk piknik dan juga pelampung untuk kegunaan kanak-kanak.

Sekali imbas, dah macam donut pulak rupa pelampung yang dijual dekat tempat ni, kan.
 
Sebelum nak shopping, lebih baik cari tempat dulu. Nanti bila dah dapat tempat yang sesuai, boleh keluar balik untuk beli apa-apa yang patut.

Baru melangkah beberapa tapak dari pintu gerbang Hutan Lipur Jeram Toi, seorang lelaki datang menghampiri saya. Waktu tu saya memang dah siap sedia untuk buat bayaran masuk untuk riadah di hutan lipur ini.

Rupa-rupanya lelaki tersebut bukannya nak minta duit. Tapi dia tanya, sama ada saya ada bawa tempat pemanggang dan arang untuk buat barbeque ataupun tidak.
 
Saya jawab ada.
 
Kemudian dia kata, dekat dalam ni tak dibenarkan untuk buat pembakaran. Kalau nak bakar-bakar atau nak buat BBQ, tak boleh buat kat dalam hutan lipur ni. Kena buat dekat luar, (sambil bercakap dia menunjukkan tempat yang dibenarkan untuk buat BBQ), kemudian bila dah siap boleh bawa masuk.
 
Saya akur.
 
Saya mana tahu, kat sini tak boleh nak buat BBQ. Susah payah bawa tempat pemanggang, cari arang, tiba-tiba tak boleh buat bakar-bakar pulak kat sini. Agak kecewa jugaklah…
 
Saya sempat tengok tempat yang dicadangkan kalau nak buat BBQ tu. Betul-betul tepi sungai macam kat bawah ni.

Masih ada lagi kesan tinggalan arang dan abu arang dari pengunjung sebelum ni.
 
Belum sempat saya nak tanya, kenapa tak boleh nak buat BBQ kat Jeram Toi ni, lelaki tu dah terangkan siap-siap apa sebabnya.
 
Menurut beliau, ada beberapa sebab kenapa tak dibenarkan buat pembakaran kat dalam ni.
 
Pertama, asap yang terhasil dari arang akan mengganggu pengunjung lain yang nak beriadah disini. Betul juga, saya pun pernah lalui hal yang lebih kurang sama masa piknik di hutan rekreasi seperti ini.
 
Kita datang sebab nak hirup udara segar, tapi hampa… yang ada hanya asap dari pengunjung lain. Sesak nafas juga jadinya.
 
Sebab kedua, untuk jaga kebersihan dan keindahan tempat ini. Bukan semua pengunjung yang datang ke tempat-tempat macam ni cakna dengan aspek kebersihan.
 
Lepas buat aktiviti bakar-bakar, arang dan debu-debu dibiarkan macam tu sahaja tak terurus. Itu belum kita ambil kira sisa makanan ataupun lebihan makanan yang tak habis bakar. Ada yang buang merata-rata, dan tak diurus dengan baik.
 
Tindakan tak bertanggungjawab macam ni, mengundang kehadiran tikus yang seterusnya membawa risiko sebaran penyakit kencing tikus. Tempat rekreasi ini pernah ditutup sebelum ini disebabkan masalah penyakit kencing tikus. Sebab tu sekarang ini kena lebih waspada.
 
Dekat pintu masuk telah pun diletakkan banyak papan tanda.

Ada banyak juga perkara-perkara yang dilarang untuk dilakukan semasa beriadah di hutan lipur ini, antaranya
(1) Dilarang memandu/membawa kenderaan
(2) Tak boleh buang sampah merata-rata
(3) Tak dibenarkan menyalakan unggun api
(4) Tak boleh buat vandalisme
(5) Tak boleh meminum minuman keras 
(6) Tak dibenarkan bawa binatang peliharaan sama ada anjing atau kucing
(7) Dilarang berkhemah
(8) Dilarang melakukan maksiat
(9) Merokok pun tak dibenarkan disini
(10) Tak boleh memburu
(11) Tak boleh memancing
(12) Tak boleh menebang pokok
 
Masa yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah disini adalah dari jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang sahaja. Pada waktu saya datang kesini, tiada sebarang bayaran dikenakan. 
 
Tapi pada masa akan datang, saya tak pasti. Tapi lazimnya kalau ada bayaran pun, setakat RM1- RM2 untuk seorang pengunjung. Bukannya mahal sangat pun.
 
Dekat sini ada disediakan fasiliti seperti tandas awam berbayar, dan juga surau.
 
Ok… kita terus cari port untuk letak barang-barang. Untuk masuk ke kawasan rekreasi ni, kita perlu lalui laluan khas. Ya, kena panjat tangga.
 
Kalau anda ada masalah kesihatan, sakit kaki, tak boleh nak panjat tangga, tempat ni kurang sesuai untuk anda. Baik pilih tempat lain. Kesian, nanti makin sakit pulak.

Kalau kita belok ke kanan, ada laluan untuk ke satu pondok. Pondok tinjau ke ni? Saya pun kurang pasti. Pondok ni agak jauh dari anak sungai.
 
Setakat nak duduk-duduk melepak sesuailah.

Sepanjang laluan tu nanti, anda boleh nampak ada banyak tangga untuk memudahkan anda turun ke sungai.

Dekat bahagian bawah ni, sungainya cetek sahaja.
 
Tapi ada juga beberapa lokasi yang agak luas dan nampak macam sesuai kalau nak main air.

Tapi tempat ni dah ada orang pulak.

Terpaksalah cari port lain.

Laluan yang disediakan untuk kegunaan pengunjung di Hutan Lipur Jeram Toi ni macam kat bawah ni.

Ada laluan yang rata, ada yang kena panjat tangga sedikit. Kalau anda rasa laluan macam ni ok, bolehlah datang ke sini. Saya rasa tempat ni best sebab ada banyak pokok-pokok besar yang berperanan sebagai kanopi yang menjadikan tempat ini sentiasa redup.
 
Saya jumpa satu tempat yang pada saya agak strategik.

Macam biasa, saya ada bawa khemah. Bila nak pilih tempat, saya kena cari tempat yang ada kawasan yang mencukupi untuk saya pasang khemah.
 
Masa saya pergi ke Hutan Lipur Sungai Gabai sebelum ni, saya pun ada bawa khemah juga. Memang dah jadi satu tabiat, mesti kena standby khemah.
 
Dekat bahagian dalam khemah, saya ada letak tilam angin. Tilam angin ni saya pilih jenama Best Way. Boleh beli sama ada di Lazada ataupun dekat Tesco dan MrDIY pun ada jual juga tilam angin ni.
 
Dari segi kualiti, saya rasa ianya ok dan tahan lama juga.

Untuk khemah pula, saya gunakan khemah dari jenama quechua . Khemah jenis ini sangat senang untuk dipasang dan senang juga untuk disimpan semula. Boleh pasang seorang tanpa perlu bantuan sesiapa.

Atas ini lokasi tempat saya pasang khemah. Kalau anda datang ke sini dan bawa khemah, bolehlah target tempat yang sama, yang saya pilih tu ya.
 
Bersebelahan dengan tempat saya pasang khemah tu, ada meja dan kerusi. Kalau sampai awal, boleh pilih gazebo yang disediakan untuk kemudahan pengunjung disini. Itupun kalau datang awal. Waktu saya sampai disini, semua tempat tu memang dah ada orang duduk.
 
Takkan nak kongsi pula kan.
 
Dapur pemanggang dengan arang tak boleh bawa masuk. Tapi saya ada bawa banyak udang dan ayam mentah. Nasib baik dah standby dengan dapur gas dan juga kuali untuk memanggang.

Saya biasanya akan gunakan dapur gas ni untuk masak air sahaja. Kali ini, terpaksa gunakan ia untuk masak ayam dan udang.
 
Masa tengah masak ni, saya perasan ada kumpulan pengunjung yang nyalakan api. Berkepul-kepul asap datang dari tempat mereka nyalakan api. Mungkin mereka nak buat bbq juga.
 
Tapi tak lama lepas tu, asap tersebut dah tak ada. Tak kan cepat sangat masak? Saya syak mungkin ada penjaga tempat ini yang tegur dan arahkan mereka untuk padamkan api. Good job. Kiranya memang ada yang memerhati dan jalankan tanggungjawab dengan baik, bagi memastikan orang lain yang beriadah disini rasa selesa.
 
Bukan saya seorang yang bawa khemah. Pengunjung lain pun ada juga yang bawa.
 
Apa yang menarik di Hutan Lipur Jeram Toi? Dekat Hutan Lipur Jeram Toi ini ada bahagian mandi untuk kanak-kanak.

Pagi tu waktu saya baru sampai, airnya cetek sahaja. Lebih kurang paras buku lali kanak-kanak.

Tapi lama-kelamaan air mula naik.

Saya rasa makin lama makin dalam.
 
Tempat ni kejap je ramai pengunjung. Mungkin tak salah kalau saya katakan Hutan Lipur Jeram Toi ini adalah salah satu tempat tumpuan pengunjung untuk beriadah.
 
Saya rasa ini bahagian paling best di sini.

Ada kolam mandi untuk orang dewasa.
 
Macam swimming pool, tapi airnya datang dari sumber semulajadi.

Saya cuma nak ingatkan. Kalau nak mandi dibahagian ini, kena hati-hati. Sila berhati-hati!
 
Airnya tak begitu jernih dan kita bukannya boleh nampak dasar kolam macam dekat swimming pool. Kedalaman kolam ini juga tak sama. Ada bahagian yang tak berapa dalam dan ada yang dalam.
 
Bila saya masuk dalam kolam ini, ada tempat yang airnya setakat paras bahu saya sahaja, dan ada bahagian yang memang saya tenggelam terus.
 
Dekat tempat yang saya tenggelam terus tu, saya agak-agak kedalamannya lebih kurang 1.7 meter atau lebih 6 kaki.

Kalau tak pandai berenang, memang confirm tenggelam. Hari saya datang kesini, ada seorang kanak-kanak yang hampir-hampir lemas dekat kolam dewasa ini. Mujur ada pengunjung lain yang perasan, kalau tak… hmm memang arwah la budak tu.
 
Ok dah… selesai cerita pasal mandi-mandi dengan main air.

Untuk pengetahuan anda, dekat sini juga kita boleh panjat ke tempat yang lebih tinggi. Bolehlah lepaskan rasa gian, bagi mereka yang dah lama tak pergi hiking.
 
Laluan untuk panjat ke tingkat yang lebih tinggi ada tangga.
 
Sepanjang jalan tu, kita bolehlah lihat pemandangan air terjun.

Kalau kebetulan datang pada musim hujan, mungkin air lebih deras yang mengalir dekat sini.

Perjalanan masih jauh untuk sampai ke tingkat yang paling atas ya.
 
Alang-alang dah panjat tangga ni, biar sampai ke puncaknya.

Lagi pemandangan air terjun.

Bahagian ni memang tak ada orang yang turun untuk mandi.

Just take your time ok. Naik slow-slow, yang penting boleh sampai ke puncak yang paling tinggi.

Pemandangan dari puncak paling tinggi.

Dari sini boleh tengok keadaan di sekitar hutan lipur ini.
 
Dekat bahagian atas ni, saya hanya pergi setakat ke tempat yang ada punca air macam kat bawah ini.

Tak ada sungai atau kolam yang besar disini.

Apa yang ada, setakat bukaan kecil yang menjadi punca air.
 
Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu bayangkan dekat puncak paling tinggi tempat dimana ada air terjun, mesti ada kolam yang sangat besar.
 
Sekarang ni bila dah besar, dah mula berani naik sampai ke puncak paling atas, barulah saya tahu, sumber air dia sebenarnya tak begitu besar.
 
Ya, mungkin sumber air datangnya dari sungai bawah tanah.

Kalau terus keatas lagi, dah tak ada tangga. Kita kena melalui jalan hutan. Tak apalah, saya tak plan nak masuk sampai ke dalam. Nanti kang tak pasal-pasal sesat pulak.
 
Saya dah la tak biasa dengan tempat ni.

Dah puas tengok pemandangan di bahagian ini, saya turun balik kebawah. Masa untuk buat aktiviti air pula. Saya habiskan jelajah satu tempat ni dulu, baru buat aktiviti air.
 
Lebih kurang pukul 3 lebih macam tu, baru saya dan keluarga bertolak balik ke rumah. Asalnya nak duduk sekejap je, tapi tak perasan dah agak lewat.
 
Solat zohor dulu dekat surau yang disediakan. Okla.. suraupun bersih.
 
Kalau nak datang sekali lagi ke sini pun ok. Cuma lepas ni, mungkin saya akan beli makanan yang dah siap masak, salad yang ready to eat macam yang jual dekat Tesco dan air minuman.
 
Tak payah nak lama-lama duduk sini. Siap makan, boleh terus keluar. Untung betullah siapa yang tinggal berdekatan dengan tempat ini. Boleh datang ke sini setiap minggu. Tempatnya pun bersih.
 
Tabik dan tahniah pada yang bertungkus-lumus bekerja dan memastikan keindahan tempat ni.
 
 
The post Hutan Lipur Jeram Toi – Apa yang menarik menanti pengunjung disini? appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/hutan-lipur-jeram-toi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutan Lipur Sungai Gabai Terokai Keindahan Alam Dan Piknik Bersama Keluarga

Hutan Lipur Sungai Gabai Terokai Keindahan Alam Dan Piknik Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 823 hits
Kali ini saya nak kongsi pengalaman saya piknik bersama keluarga di Hutan Lipur Sungai Gabai Seingat saya saya dah beberapa kali datang piknik dekat tempat ini Waktu pertama kali datang ada masalah dengan kamera yang saya gunakan Saya rasa ...
Intipati Menarik Bajet 2020 Malaysia

Intipati Menarik Bajet 2020 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 628 hits
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia berikut dikongsikan intipati Bajet 2020 Malaysia Tema Belanjawan 2020 Tema Bajet 2020 adalah Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakm...
Alasan Vietnam Lebih Menarik Di Mata Investor Dibanding Ri Versi Menteri Sofyan

Alasan Vietnam Lebih Menarik Di Mata Investor Dibanding Ri Versi Menteri Sofyan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 234 hits
Menteri ATR Sofyan Djalil mengatakan salah satu alasan yang menghambat investasi asing ke dalam negeri adalah birokrasi izin pertanahan yang berbelit belit serta sengketa tanah akibat ulah mafia Sementara Vietnam memberikan kemudahan yang d...
Tempat Menarik Di Alor Setar

Tempat Menarik Di Alor Setar

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 1188 hits
Alor Setaq Kami Datang Untuk kesekian kalinya aku diberi tugas untuk mengatur dan merancang perjalanan trip kali ni ke negeri jelapang padi iaitu Kedah Tu dia Kali ni kami memilih Kedah sebab nak kan penginapan percuma oleh kerana salah seo...
Perbicaraan 1mdb Semakin Menarik

Perbicaraan 1mdb Semakin Menarik

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 608 hits
DARI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR OLEH DATUK DR PUAD ZARKASHIHari ini saya di Mahkamah lagi untuk mengikuti bagaimana saksi utama pihaki Pendakwa iaitu Dato Shahrol bekas CEO 1MDB di soal balas oleh Peguambela Ts Shafie Abdullah YB Suraya K...
Pakej Bilik Murah Aktiviti Menarik Homestay Kampung Patau Patau

Pakej Bilik Murah Aktiviti Menarik Homestay Kampung Patau Patau

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 546 hits
Mencari destinasi yang rare di Malaysia sudah pasti satu lagi cadangan saya untuk anda ke Wilayah Persekutuan Labuan Untuk anda yang tak pernah menginap di Kampung Air apa kata cuba Pakej Bilik Murah Aktiviti Menarik Homestay Kampung Patau ...
Asus Vivobook S15 Komputer Riba Menarik Untuk Produktiviti

Asus Vivobook S15 Komputer Riba Menarik Untuk Produktiviti

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 334 hits
Asus mempunyai sejumlah penawaran komputer riba menarik di pasaran dan terbaru mereka telah pun melancarkan Asus VivoBook S15 secara rasminya untuk pasaran tempatan Ia hadir dengan spesifikasi yang sangat menarik dan ditawarkan pada harga R...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi