Hutan Lipur Bukit Ayer Kangar


Kali terakhir saya berkunjung ke Hutan Lipur Bukit Ayer sekitar 9 tahun lalu. Saya pun dah ingat-ingat lupa rupa tempat ini. Selepas bersarapan pagi di Lepak Ngopi de’ Kelulut, adik ipar mengajak kami semua ke sini - Hutan Lipur Bukit Ayer memandangkan ia berada di laluan yang sama. Bukan nak bermandi-manda pun, cukuplah sekadar melihat-lihat suasana sebab kami tak bawa persalinan. Maklumlah, tujuan asal cuma nak bersarapan di luar

Kami tiba di Hutan Lipur Bukit Ayer sekitar pukul 8.50 pagi. Masih awal. Suasana agak lengang memudahkan saya untuk memotret kawasan sekitar, terutamanya kawasan air terjun

Kawasan air terjun di bahagian bawah

Ini pula air terjun di bahagian atas. Untuk ke sini, kita perlu mendaki anak tangga yang disediakan

Air dari air terjun tadi dialirkan ke dua buah kolam mandi. Kolam mandi pertama ni mungkin untuk orang dewasa, saiz lebih luas. Kedalamannya saya tak pasti

Kolam mandi kedua dengan saiz lebih kecil. Mungkin untuk kanak-kanak

Di bahagian belakang sana cuma ada sebuah pondok. Nampaknya memang kena datang awal pagi kalau sesiapa yang mahu menggunakan pondok tersebut

Dah sampai sini takkan tengok je air tu kan? Tergoda juga untuk celup kaki. Tak peduli pada hal saya datang sini pakai kasut. Bila lagi nak rasa kedinginan air dari air terjun unik ni. Perasan tak apa yang unik di sini

Keunikan air terjun di sini, punca air sungainya mengalir dari perbukitan batu kapur yang kemudiannya berlaku proses pemendakan di bahagian dasar. Sebab tu warna dasarnya kekuningan, tak macam warna dasar sungai yang biasa kita lihat tu kan

Satu lagi yang unik, saya perhatikan terdapatnya batuan dengan bentuk seakan bergerigi atau berlapis (boleh lihat dalam gambar di atas). Batuan begini juga terdapat di bahagian tepi sungai

Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan geotapak kerana terdapat geologi struktur primer dan sekunder. Saya nak cakap lebih pun bukan arif pasal geologi ni, kalian boleh terus baca DI SINI ya. Apa yang saya faham, dua keunikan yang saya nyatakan di atas itulah geologi struktur yang dimaksudkan. Mohon betulkan jika ada pakar geologi yang membaca entri saya ni ya

Ini pun menarik juga, puisi karya Rejab F.I

Hutan Lipur Bukit Ayer yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang ini sememangnya lokasi rekreasi yang sesuai untuk riadah hujung minggu bersama keluarga. Bunyi aliran air terjun dan kehijauan alam memberikan rasa tenang ketika berada di sini. Kawasan persekitaran pun nampaknya dijaga baik, tak kelihatan sampah bersepah

Satu saja masalah di sini, tandas tidak boleh digunakan. Tertera tulisan ‘Rosak’. Tak pastilah baru saja rosak atau memang dah lama begitu. Manakala di pintu surau pula tertera tulisan yang melarang pengunjung masuk untuk salin baju basah. Yang ini mungkin sebab lokasi tandas yang agak jauh berbanding lokasi surau yang berhampiran pintu masuk. Mungkin pihak pengendali hutan lipur perlu segera bertindak bagi memudahkan pengunjung yang datang, terutamanya kemudahan tandas. Kemudahan tandas yang baik sangat penting, tak menjadi masalah sekali pun perlu bayar asalkan tandas boleh digunakan dengan selesa

Jika kalian mahu datang ke sini, boleh buat carian ‘Taman Eko-Rimba Bukit Ayer’ di Google Maps. Berkenaan bayaran, semasa kami ke sini tiada sebarang bayaran dikenakan. Tetapi hasil carian saya sewaktu menghasilkan entri ini, ada pengunjung yang dikenakan bayaran masuk dan bayaran parkir. Saya tak pasti berkenaan bayaran kerana saya tak perasan pula sebarang notis bayaran. Notis hari Rabu tutup tu ada, jangan datang sini hari Rabu ya







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/11/hutan-lipur-bukit-ayer-kangar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Aman Kerja Untuk Siapa

Bukit Aman Kerja Untuk Siapa

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 225 hits
Bukit Aman kerja untuk siapa Untuk PRU14 Bukit Aman bantu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Umno BN Nampaknya untuk PRU15 Bukit Aman sekali lagi sedang membantu Dr Mahathir untuk cuba menjatuhkan Umno BN Dan ada dua sebab kenapa say...
Asam Pedas Bukit Rambai Tersedap

Asam Pedas Bukit Rambai Tersedap

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 230 hits
Bahan bahannya Bawang BesarBawang PutihKunyitHaliaBiji sawi 1 sudu besarJintan manis 1 suduAsam jawa segengam Halba 1 sudu besarcili giling dalam 2 sudu besarDaun kariCara caranya Mesin cili giling bawang besar bawang putih kunyit halia bij...
Ismail Vows To Make Wee Minister Again For Ayer Hitam Residents Benefit

Ismail Vows To Make Wee Minister Again For Ayer Hitam Residents Benefit

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 152 hits
GE15 Caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob has promised that if he returns to office he will instal MCA president Wee Ka Siong as a cabinet minister again Ismail Sabri said Wee worked tirelessly for the residents of and putting him i...
Dap S Ayer Hitam Candidate Responds To Purported Racial Slurs

Dap S Ayer Hitam Candidate Responds To Purported Racial Slurs

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 188 hits
GE15 Pakatan Harapan candidate for Ayer Hitam Sheikh Umar Bagharib Ali urged those in BN to refrain from making racial attacks or using racial slurs This comes after he was purportedly called a racial slur by Malay BN supporters outside the...
Mee Mee Authentic Thai Empire Kangar

Mee Mee Authentic Thai Empire Kangar

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 504 hits
Setiap kali saya dan encik suami datang ke Perlis adik ipar dan suaminya akan bawa kami makan di tempat yang berbeza Walaupun Perlis negeri kecil tapi banyak sungguh pilihan tempat makan Kali ini kami dibawa ke sebuah kedai makan masakan Th...
Lepak Ngopi De Kelulut Kangar

Lepak Ngopi De Kelulut Kangar

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 509 hits
Catatan kisah di Perlis pada hari Ahad 23 Oktober 2022 lalu Awal pagi sekitar pukul 7 lebih kami dan adik ipar sekeluarga dah bergerak menuju ke arah Bukit Air Hasrat kami nak mencuba makan sarapan di Dusun Nakawan yang beroperasi seawal pu...
Parts Of Ayer Keroh Hit By Flash Floods

Parts Of Ayer Keroh Hit By Flash Floods

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 162 hits
Parts of Ayer Keroh in Malacca have been hit by flash floods In a Facebook post today Ayer Keroh state assemblyperson Kerk Chee Yee said that several locations within his constituency had been hit by flash floods This followed the heavy rai...
Blackpink Umum Konsert Born Pink Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Mac 2023

Blackpink Umum Konsert Born Pink Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Mac 2023

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 307 hits
Siap sedia semua peminat BLACKPINK di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Pada 28 Oktober YG Entertainment telah mengumumkan tarikh dan lokasi untuk konsert jelajah dunia BLACKPINK BORN PINK di Asia Menurut poster yang dikeluarkan kumpulan popular d...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah