Lepak Ngopi De Kelulut Kangar


[Catatan kisah di Perlis pada hari Ahad, 23 Oktober 2022 lalu.]
Awal pagi sekitar pukul 7 lebih, kami dan adik ipar sekeluarga dah bergerak menuju ke arah Bukit Air. Hasrat kami nak mencuba makan sarapan di Dusun Nakawan yang beroperasi seawal pukul 7 pagi. Setelah melewati pondok pengawal Bukit Air, kenderaan yang dipandu biras membelok ke kiri masuk ke sebatang jalan kecil yang berturap. Perjalanan terasa jauh melewati kebun di kanan dan kiri jalan dengan laluan sempit yang hanya muat untuk satu kenderaan

Sesampainya kami di lokasi, kami dapati Dusun Nakawan menutup operasi buat sementara waktu. Aduhai…kecewa juga. Bukan rezeki. Kami tak berpatah balik ikut jalan masuk tadi. Tapi terus ke depan mengikut tanda anak panah untuk keluar dari kawasan ini

Dalam perjalanan keluar, kami nampak ada sebuah tempat makan di kanan jalan. Terus buat keputusan untuk mencuba makan di sini

Makan Bersama Lebah Kelulut di Lepak Ngopi de’ KelulutRupa-rupanya, kami kumpulan pelanggan pertama yang datang pada pagi ini. Waktu operasi bermula pada pukul 8 pagi, tapi kami sampai pada pukul 7.40 pagi. Kami diminta menunggu seketika kerana mereka belum siap memasak

Tapi tak lama kemudian, sekitar pukul 8 pagi tempat ni dah dipenuhi pelanggan. Entah-entah mereka pun sama macam kami, datang dari Dusun Nakawan yang tak beroperasi 😅
Tempat makan yang terletak di ladang ternakan lebah kelulut. Bahagian depan ni tempat makan, manakala di bahagian belakang menempatkan ternakan kelulut. Terdapat juga sebuah bangunan yang menempatkan Galeri Lebah Kelulut berhampiran pintu masuk kawasan ini

Tempat makan yang santai dengan pilihan tempat duduk di kerusi biasa atau duduk di pondok. Kami memilih makan di pondok paling hujung untuk lebih privasi

Beginilah rupa bongkah kayu sarang lebah kelulut. Sambil menunggu makanan dihidang, bolehlah kita melihat sekitar

Pilihan menu makanan

Pilihan menu minuman. Semua minuman dihidang tanpa gula atau susu

Antara makanan pilihan kami - ubi rebus cicah madu, nasi lemak dan laksa. Disebabkan lebih suka makan ubi rebus cicah sambal, maka kita cicah jelah dengan sambal nasi lemak

Setiap meja makan / pondok disediakan sebotol madu biasa dan sebotol madu kelulut. Boleh letak sendiri madu dalam minuman kita. Terpulanglah nak letak banyak mana ya. Saya memesan air limau suam dan kemudian tambahkan madu kelulut. Saya lebih suka madu kelulut sebab rasa masam manis

Pada mulanya, tak kelihatan langsung lebah di sini. Tetapi sebaik saja hidangan tiba dan kami menggunakan madu yang tersedia, bermulalah episod makan bersama lebah. Hahah

Kawanan lebah berterbangan di sekeliling kami. Di mana ada madu, di situlah lebah-lebah ni berkerumun. Biasanya kan kita sibuk halau lalat masa makan. Tapi ni kita sibuk halau lebah! Ada yang hinggap di gelas minuman, di botol madu dan di pinggan makan

Tapi jangan risau sebab lebah kelulut tidak berbisa. Cuma rasa tak senanglah nak makan sebab sibuk ‘berperang’ dengan lebah. Bukan saja di pondok kami makan, malah saya dapati pelanggan lain pun sedang sibuk menghalau lebah sambil menikmati hidangan. Saya terdengar seorang pelanggan cakap, “Air saya masuk lebah!”

Lepak Ngopi de’ Kelulut merupakan tempat makan dengan keunikan tersendiri. Kalau suka makan dalam suasana santai di kawasan kebun dan nak merasa pengalaman makan bersama lebah kelulut, bolehlah mencuba makan di sini. Laluan ke sini juga lebih mudah sebab tak jauh dari jalan utama berbanding laluan ke Dusun Nakawan yang jauh ke dalam


—————————————————————————————-
LEPAK NGOPI DE’ KELULUT(FF Harmoni Bee Farm Perlis)Jalan Sungai Batu Pahat,Kangar, Perlis

Waktu operasi :Setiap hari dari 8 pagi hingga 3 petang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/11/lepak-ngopi-de-kelulut-kangar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Mee Authentic Thai Empire Kangar

Mee Mee Authentic Thai Empire Kangar

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 613 hits
Setiap kali saya dan encik suami datang ke Perlis adik ipar dan suaminya akan bawa kami makan di tempat yang berbeza Walaupun Perlis negeri kecil tapi banyak sungguh pilihan tempat makan Kali ini kami dibawa ke sebuah kedai makan masakan Th...
Hutan Lipur Bukit Ayer Kangar

Hutan Lipur Bukit Ayer Kangar

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 646 hits
Kali terakhir saya berkunjung ke Hutan Lipur Bukit Ayer sekitar 9 tahun lalu Saya pun dah ingat ingat lupa rupa tempat ini Selepas bersarapan pagi di adik ipar mengajak kami semua ke sini Hutan Lipur Bukit Ayer memandangkan ia berada di lal...
Lepak Makan Malam Aneka Menu Di Bangi Square 2

Lepak Makan Malam Aneka Menu Di Bangi Square 2

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 325 hits
Nii kali kedua kak ana ke Bangi selepas Kak Long bernikah Kami ke rumah Kak Long bawa tok pula kali ni sekali dengan adik kak ana sekeluarga Memang dah plan nak cari baju untuk majlis resepsi Kak Long hujung bulan nanti Orang kata Bangi lah...
Ditegur Jangan Buka Aib Orang Caprice Ajak Kaunselor Lepak Minum Kopi

Ditegur Jangan Buka Aib Orang Caprice Ajak Kaunselor Lepak Minum Kopi

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 196 hits
Kontroversi kontroversi yang melibatkan penyanyi rap Caprice dengan beberapa isu semasa membuatkan netizen tak menang tahan tangan untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaannya Dia juga teruk dikecam di media sosial kerana dikatakan ko...
Cafe Dimsum Tawar Dimsum Halal Di Parit Sulong Kekal Konsep Tempat Lepak Santai Seisi Keluarga

Cafe Dimsum Tawar Dimsum Halal Di Parit Sulong Kekal Konsep Tempat Lepak Santai Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 319 hits
Orang Parit Sulong Johor kini tak perlu lagi tercari cari lokasi kalau nak makan dimsum Sebagaimana yang kita tahu dimsum adalah hidangan masyarakat Cina namun ada ramai peminatnya dalam kalangan masyarakat Melayu Sejak Disember 2020 Cafe D...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita Minggu Ini

Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

Irresistible Beef Jerky Recipe With Prague Powder

Andaian Pru Parlimen Perlis