Husam Sepatutnya Buat Laporan Kepada Polis Atau Sprm Bukan Sekadar Tulis Kenyataan




Antara pemimpin yang diketahui paling aktif menyerang Pas berkaitan dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib Razak ialah Husam Musa.


Sama ada sebelum saman fitnah difailkan terhadap Sarawak Report, setelah saman dikemukakan atau kemudian ditarik balik, Husamlah antara yang paling ke depan melontarkan suaranya.


Sebagai bekas Naib Presiden Pas yang diketepikan oleh kumpulan ulama dalam pemilihan Pas yang kemudian membawa kepada tertubuhnya Amanah, apa yang dilakukan Husam tidaklah sukar difahami.


Ia adalah pendirian normal yang pasti akan dilakukan oleh sesiapa saja setelah mereka meninggalkan parti lama.


Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lainnya juga lantang mengkritik parti lama mereka iaitu UMNO setelah berhijrah kepada wadah baru.


Ketika di peringkat awal isu RM90 juta ini terdedah, Husam bukan saja mengkritik dan menyerang Pas, malah mendedahkan bahawa beliau ada maklumat yang sahih mengenai kemasukan wang tersebut.


Beliau tidak saja menyebut jumlah wang itu bukan RM90 juta, tetapi mendakwa angka sebenarnya mencecah RM200 juta.


Lebih daripada itu, Husam juga turut menyebut nama bank yang didakwanya digunakan untuk penyaluran wang kepada Pas itu.


Apabila Hadi Awang menarik balik samannya tehadap Sarawak Report sebagaimana diumumkan semalam, Husam sekali lagi menjadi antara yang paling awal memberikan reaksinya.


Selain mengucapkan takziah atas tindakan Hadi menarik balik saman itu, beliau juga menuntut perlunya ia disusuli dengan tindakan meletakkan jawatan atau mengundur diri atas tindakan yang dianggapnya mencemarkan maruah perjuangan parti itu.


Dalam hal ini, walaupun tidak disebut nama, sudah tentu yang dimaksudkan Husam perlu meletakkan jawatan itu ialah Hadi Awang sendiri.


Tetapi, meneliti semua rentetan itu, kenapakah Husam perlu susah-susah menulis kenyataan, mengucapkan takziah dan mendesak Hadi meletakkan jawatan jika beliau bermaksud mahukan kebenaran?


Kebenaran mengenai sama ada benar atau tidak Pas menerima wang tersebut, tidak kira RM90 juta atau RM200 juta, walaupun semalam Najib telah menafikannya, akan lebih mudah dan cepat diketahui jika Husam dengan segera membuat laporan kepada polis dan SPRM berkenaan dengannya.


Bukankah beliau ada maklumat mengenainya, termasuk nama banknya sekali?


Ketika inilah Husam perlu membuktikan beliau benar-benar mempunyai maklumat sebagaimana yang pernah didakwanya sebelum ini.


Lagi pun, parti yang memerintah negara sekarang ialah PH, bukan lagi BN, maka jika Husam membuat laporan dan menyerahkan maklumat yang ada padanya, sudah tentulah lebih mudah pihak berkuasa menjalankan tugasnya.


Dahulu, sebelum pertukaran kerajaan, mungkin juga boleh diterima mengapa beliau tidak mahu membuat laporan sama ada kepada polis atau SPRM kerana bimbang BN akan melindungi siasatan itu.


Setelah PH yang memerintah sekarang, apa masalahnya lagi? (ShahbudinHusin 04/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/husam-sepatutnya-buat-laporan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepatutnya Husam Menjadi Yang Terawal Ke Pejabat Sprm

Sepatutnya Husam Menjadi Yang Terawal Ke Pejabat Sprm

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 476 hits
Kenapa orang yang menuduh masih lagi teragak agak untuk ke SPRM sedangkan mendakwa dah punyai bukti yang cukup termasuk nama bank yang terlibat Menurut Ketua Pemuda PAS YB Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi sepatutnya Husam menjadi orang yang p...
Hina Agong 20 Ngo Buat Laporan Polis

Hina Agong 20 Ngo Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 372 hits
Hina Agong 20 NGO buat laporan polis Dikemas kini 15 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 1 Feb 2019 8 48PM middot
Pemberitahuan Laporan Polis Jenayah Melibatkan Ambiga Sreenevasan Dan Tommy Thomas

Pemberitahuan Laporan Polis Jenayah Melibatkan Ambiga Sreenevasan Dan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 317 hits
Raggie Jessy Rithaudeen Pemberitahuan ini adalah berkenaan dua laporan polis yang akan saya buat di seikitar pukul 1 00 tengah hari esok bersamaan 9hb February 2019 di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya Selangor Alamat IPD yang dimaksudka...
Polis Tahan Lelaki Muat Naik Kenyataan Perkauman Hina Agama

Polis Tahan Lelaki Muat Naik Kenyataan Perkauman Hina Agama

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 589 hits
10 Feb 2019 Polis menahan seorang lelaki kerana memuat naik kenyataan berbaur perkauman dan maki hamun dalam laman sosial Facebook dengan menggunakan akaun palsu semalam Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A A Anbalagan berkata lelaki berumu...
Mungkin Anggota Bomba Adib Dilanggar Trak Bomba Atau Dipukul Orang Ramai Polis

Mungkin Anggota Bomba Adib Dilanggar Trak Bomba Atau Dipukul Orang Ramai Polis

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 722 hits
Minggu hadapan sebutan keputusan inkues bagaimana anggota bomba Adib meninggal dunia semasa bertugas Sumber hari ini mendedahkan polis menyiasat dua kemungkinan punca berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Satu daripadan...
Kronologi Dan Kenyataan Polis Berhubung Kehilangan Siti Masitah

Kronologi Dan Kenyataan Polis Berhubung Kehilangan Siti Masitah

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 497 hits
Malaysia dikejutkan dengan penemuan myat Siti Masitah dalam keadaan yang sangat menyayat hati Ikuti laporan berita yang dipetik dibawah Pekan Myat kanak kanak dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekelil...
Rakyat Ber Selfie Dengan Najib Di Langkawi Pun Dibuat Laporan Polis

Rakyat Ber Selfie Dengan Najib Di Langkawi Pun Dibuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 555 hits
Buat selfie pun salah Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya Rileks lah Saya ke sini untuk jalan jalan sembang sembang dan makan ikan bakar sahaja Tahun lepas nak sekat saya main FB sekarang nak larang saya self...
Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 465 hits
Foto oleh IsmawebKUALA LUMPUR Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS Menurut sumber kertas siasatan berhubung kes ber...
Polis Sahkan Terima Laporan Program Najib Di Langkawi

Polis Sahkan Terima Laporan Program Najib Di Langkawi

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 497 hits
MALAYSIA GAZETTE Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi LANGKAWI Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di La...
Mi Goreng Pot Luck Sempena Solat Hajat Upkk

Suami Isteri Maut Bayi 6 Bulan Cedera Nahas Di Kota Tinggi

Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

Penghargaan Fam Kepada Pihak Terlibat Dalam Membangunkan Bolasepak Malaysia

Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahad Lepas Asar Bawa Cucu Ziarah Ke Rumah Adik Di Mana 6 Biji Telur Itu

Easy Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe American

Buasir Otak Tv Roblox Undi Pilihan Raya Dan Melawat Pameran Di Smk Mys Live

Gadjet Trending Masa Kini 2025

Selamat Dah Bertunang

Wajar Dikenakan Denda Jika Enggan Bayar Pampasan Sinar Harian 15 11 2025