Polis Tahan Lelaki Muat Naik Kenyataan Perkauman Hina Agama


Bernama  |10 Feb 2019     Polis menahan seorang lelaki kerana memuat naik kenyataan berbaur perkauman dan maki hamun dalam laman sosial Facebook dengan menggunakan akaun palsu, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 43 tahun itu ditahan di Bukit Mertajam kira-kira pukul 7.15 malam susulan laporan polis dibuat seorang pengurus sebuah kilang di Bayan Baru, dekat George Town.
"Polis menerima laporan daripada lelaki berusia 47 tahun yang bekerja sebagai pengurus sebuah kilang itu pada hari Khamis memaklumkan gambarnya digunakan oleh satu akaun Facebook memuat naik status-status berbaur perkauman, memaki hamun dan menghina agama Islam.

"Lelaki itu mengesyaki perkara itu dilakukan oleh bekas pekerjanya kerana sebelum ini pengurus berkenaan pernah membuat laporan berhubung perkara yang sama dan suspek mengaku tidak mahu mengulangi perbuatan tersebut lagi," katanya di George Town hari ini.

Katanya pengurus itu percaya lelaki berkenaan masih melakukan perkara sama untuk memburukkan nama mangsa kerana dia tidak berpuas hati dengan pengurus tersebut.

Anbalagan berkata polis merampas telefon bimbit digunakan suspek untuk memuat naik status-status berkenaan dan dia mengaku turut memuat naik gambar serta nombor telefon pengurus berkenaan.
Katanya tindakan suspek menyalahgunakan media sosial dan menggunakan agama atau sentimen perkauman seperti itu boleh membangkitkan kemarahan sesuatu pihak atau kaum serta mengundang ancaman kepada individu tersebut.

"Tindakan suspek juga boleh mencetuskan insiden perkauman dan saya berharap pengguna media sosial tidak mudah percaya pada sesuatu yang ditularkan tanpa usul periksa," katanya.

Katanya lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2019/02/polis-tahan-lelaki-muat-naik-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Peniaga Didakwa Hina Agong Disiasat Bawah Akta Hasutan

Polis Tahan Peniaga Didakwa Hina Agong Disiasat Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 455 hits
February 2 2019 6 46 PMKUANTAN Polis Pahang menahan seorang peniaga kerana disyaki menghina Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Facebook Ketua Polis Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan hari ini dan dibawa ...
Polis Siasat Tiga Lelaki Berhubung Kes Hina Agong

Polis Siasat Tiga Lelaki Berhubung Kes Hina Agong

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 388 hits
SHAHRULANOOR ISHAK 02 Februari 2019 2 36 PM KUANTAN Polis di sini semalam menahan dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun kerana melakukan ugutan jenayah terhadap seoran
Pemuda Umno Pulau Pinang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook Hina Agong

Pemuda Umno Pulau Pinang Membuat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Facebook Hina Agong

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 733 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta i...
Hina Agong 20 Ngo Buat Laporan Polis

Hina Agong 20 Ngo Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 387 hits
Hina Agong 20 NGO buat laporan polis Dikemas kini 15 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 1 Feb 2019 8 48PM middot
Hiburan 10yearschallenge Rita Rudaini Paling Win Muat Naik Gambar Bersama Bekas Suami

Hiburan 10yearschallenge Rita Rudaini Paling Win Muat Naik Gambar Bersama Bekas Suami

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 455 hits
Sejak mula viral beberapa minggu lalu ramai selebriti yang melakukan 10 Years Challenge Pelakon Rita Rudaini juga tidak ketinggalan menyahut cabaran popular itu dan menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama bekas suaminya Aid...
Dadah Ditemui Dalam Kereta Polis Tahan Lelaki

Dadah Ditemui Dalam Kereta Polis Tahan Lelaki

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 451 hits
Suspek juga didapati mempunyai rekod lampau melibatkan dadah kata ketua polis daerah Kulai
Kronologi Dan Kenyataan Polis Berhubung Kehilangan Siti Masitah

Kronologi Dan Kenyataan Polis Berhubung Kehilangan Siti Masitah

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 525 hits
Malaysia dikejutkan dengan penemuan myat Siti Masitah dalam keadaan yang sangat menyayat hati Ikuti laporan berita yang dipetik dibawah Pekan Myat kanak kanak dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekelil...
Sempat Muat Naik Status Di Whatsapp Wanita Ini Nekad Gan Tung Diri

Sempat Muat Naik Status Di Whatsapp Wanita Ini Nekad Gan Tung Diri

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 610 hits
Dimarahi Suami Kerana Kerap Main Facebook Wanita Ini Gant ung Diri Seorang wanita bertindak membunuh diri kerana terlalu sedih dimarahi suami akibat terlalu kerap bermain Facebook Menurut laporan Harian Metro kejadian yang berlaku di Samari...
Polis Turun Kain Rentang Hina Kerajaan

Polis Turun Kain Rentang Hina Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 409 hits
GEORGETOWN Empat buah kain rentang dikesan telah digantung sekitar bandar ini dipercayai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan baharu Lokasi yang dikesan adalah Lebuh Pantai Pengkalan Weld Lebuh Chulia dan Kampung K...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari