Hukuman Mati Gagal Banteras Dadah Berak Syaitan




Hukuman mati gagal banteras dadah 
Oleh 
SUBKY LATIF 
SAYA tonton Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV1 malam Khamis 21 Februari 2019 tentang cegah dadah di Malaysia sekalipun hukumnya, mati mandatori bagi pengedar. 

Kedua-dua panelis – seorang ustazah, seorang ustaz datuk – masyghul meskipun banyak yang kerajaan buat termasuk hukuman mati, wabak dadah tidak berkurangan bahkan bertambah puluhan ribu setahun.
Maka siapa salah? Apa patut dibuat?

Semua akan Tuhan tanya atas gara-gara itu. Ulama, guru, pentadbir dan paling dibebankan ialah ibu bapa. Maka akhirnya ibu bapalah dilonggokkan semuanya, sedang semuanya ahli pendidik dan masa mereka dengan anak-anak terhad, malah kuasa mengawal anak-anak hanya di rumah dan kuasa yang masyarakat moden beri kepada ibu bapa amat terhad. 

Saya menunggu apa saranan bagi membanterasnya? Banyak cadangan akademik oleh Pak Ustaz. Ia tidak lebih dari teori. Jika polis dan mahkamah dengan kuasa dan undang-undang yang ada tidak dapat buat apa-apa, apa ibu bapa yang amat lemah itu dapat buat?

Peri peranan ibu bapa dan masyarakat itu telah ada sejak sebelum zaman Nabi Nuh lagi, sedang anggota masyarakat berjenayah juga. Sejak itu mereka membinasakan diri sendiri dan sejak itu kita ketahui sampah masyarakat itu Allah binasakan. 

Demi membanteras gejala pemusnah itu Allah kirim nabi dan rasul membawa ubatnya, peraturan Allah yang dinamakan syariah. Perundangan yang sekalian nabi bawa itu bukan sekadar rukun terbaik menyelamatkan manusia, bahkan ia membawa nikmat penggerun. Orang takut melanggar peraturan. Gerun dan takut itu menyelamatkan manusia. Kebanyakannya ingkar juga, maka Allah binasakan hingga tidak berbenih. 

Dadah zaman ini adalah gejala pemusnah kemanusiaan. Ubatnya sudah disampai melalui al-Quran. Nabi dan ulama saja tidak dapat mencegahnya melainkan ditegakkan syariah. Bani Israil ramai nabi dan ulama. Bila ajaran Taurat dan Injil dibakulsampahkan ia dilaknat.

Al-Quran dan hadis bukan sekadar untuk dihafal tetapi dilaksanakan. Tiada berguna alim ilmu solat tapi tidak sembahayang. Para orientalis mahir semua ilmu Islam tetapi bukan untuk beriman. Sedunia manusia disesatkannya termasuk semua kerajaan Islam, memakai peraturan tidak Islam seperti pencegahan dadah, hanya membawa kebinasaan.

Saya tunggu panelis sebutkan ubatnya iaitu kuat kuasakan syariah. Meraka tidak sebut, puji semua yang kerajaan sudah buat, tetapi kerajaan dengan ulamanya yang tidak sedikit, ditempelak Allah.

Kerajaan sejak merdeka ajak qari/qariah dari seluruh dunia bertilawah al-Quran di sini, cetak al-Quran banyak-banyak, baca pagi dan petang, bina masjid banyak dan indah, tapi peraturan Islam dibakul sampahkan.

Al-Quran suruh murtad dibunuh. Bunuh atas dadah tiada jelas nasnya. Diqiaskan ia boleh membunuh ramai, maka diperaturankan mereka dihukum bunuh. Campur murtad dan dadah hukum bunuh tidak menakutkan sesiapa dan tidak menjadi rahmat sedang kedatangan Rasulullah SAW itu memberi rahmat kepada alam.

Patutnya ustaz sebut, mengaji syariah bukan untuk alim dan pakar, tapi untuk dilaksana seperti ngaji fekah sembahyang untuk solat. Mengajar Islam dan syariat di universiti demi mendaulatkannya. 

Suruh PAS saja perjuang RUU355 tidak memadai. Bagitahu wajib kerajaan daulatkan ia. Peranan ibu bapa besar, tapi jadi kecil dibandingkan tanggungjawab kerajaan.

Bila kerajaan perkecil syariah, hukum bunuh atas kesalahan dadah jadi sia-sia.

Jangan tipu kerajaan betapa ia telah buat semua. Ibu bapa berperanan tapi kerajaan yang tidak berperanan, menyediakan kemusnahan untuk semua. Tunggulah! – HARAKAHDAILY 9/3/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arak terkenal sebagai 'kencing syaitan', adik beradik dadah. Maka wajar dadah disebut 'berak syaitan'. Nampaknya hukuman mati gubahan manusia itu gagal banteras dadah berak syaitan itu!

Raja Saudi Salman bin Abdul Aziz menyerahkan hadiah kepada ulama India Zakir Naik. ©Daily Mail 

Oleh itu, negara umat Islam kena pilih perundangan ini..

Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik April 20, 2016 12:17 PMNILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/03/hukuman-mati-gagal-banteras-dadah-berak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vokalis Kegilaan Ramai Dengan Lagu Aishiteru Berdepan Hukuman Mati

Vokalis Kegilaan Ramai Dengan Lagu Aishiteru Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 763 hits
VOKALIS kumpulan Zivilia yang popular menerusi lagu Aishiteru Zulkifli ditahan oleh Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana didapati menagih dan mengedar dadah Zulkifli ditangkapBerita penangkapan itu disahkan sendiri oleh ...
Kekal Hukuman Mati Mansuh Aspek Mandatori

Kekal Hukuman Mati Mansuh Aspek Mandatori

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 385 hits
MALAYSIAKINI Pertubuhan Ikram Malaysia menyatakan persetujuannya terhadap cadangan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori tetapi menggesa hukuman mati tetap dikekalkan Presiden Ikram Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata pemansuhan aspek man...
Hanya Kerana Pisang Seorang Maut Dan Seorang Lagi Berdepan Hukuman Mati

Hanya Kerana Pisang Seorang Maut Dan Seorang Lagi Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 538 hits
HANYA kerana pisang seorang lelaki berumur 25 tahun dilanggar dalam kejadian yang berpunca daripada insiden kecurian di sebuah kebun pisang Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Paya Lang Mengkuang Bera hari ini Ketua Jabatan Siasatan Jena...
Jadi Kaki Tangan Bandar Narkoba Zul Zivilia Diancam Hukuman Mati

Jadi Kaki Tangan Bandar Narkoba Zul Zivilia Diancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 729 hits
Zul vokalis Band Zivilia merupakan seorang pengedar narkobajaringan besar Zul Zivilia dibekuk Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya di Gading River View Jakarta Utara Zul merupakan seorang pengedar narkoba yang cukup besar dan memilik...
Hukuman Mati Mandatori Akan Dimansuhkan

Hukuman Mati Mandatori Akan Dimansuhkan

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan jenayah akan dimansuh dan digantikan dengan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin memberitahu Dewan Rakyat hari ...
Yazit Search Masih Gagal Mencari Pembeli Keretanya Bagi Menanggung Kos Pembedahan Anak

Yazit Search Masih Gagal Mencari Pembeli Keretanya Bagi Menanggung Kos Pembedahan Anak

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 699 hits
Nampaknya beban yang terpaksa ditanggung pemain dram popular negara Yazit Ahmad bertambah selepas kini dia terpaksa menjual keretanya bagi mencukupkan ks pembedahan jantung anak keduannya Shahmirnuri anak kedua Yazit telah dimasukkan ke hos...
Kejam Gara Gara Gagal Siapkan Kerja Sekolah Kanak Kanak Ini Dibela Sah Teruk Oleh Abangnya

Kejam Gara Gara Gagal Siapkan Kerja Sekolah Kanak Kanak Ini Dibela Sah Teruk Oleh Abangnya

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 348 hits
Kejam Gara Gara Gagal Siapkan Kerja Sekolah Kanak Kanak Ini DiBela sah Teruk Oleh Abangnya Kanak kanak lelaki berusia enam tahun dari Alor Setar Kedah dipu kul oleh abangnya kerana gagal menyiapkan kerja sekolahnya subjek matematik Suspek b...
Informasi Dap Gagal Tangani Rumah Rakyat Wakil Rakyat Wakil Taukey

Informasi Dap Gagal Tangani Rumah Rakyat Wakil Rakyat Wakil Taukey

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 324 hits
Kerajaan P Pinang zalim usir rakyat sendiriGEORGE TOWN Tindakan mengusir keluar lebih 20 penyewa Flat Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis menunjukkan kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang menangani masalah perumahan rakyat Pesuruhjaya PAS N...
Nur Dhabitah Muhammad Syafiq Gagal Menyerlah Lagi

Nur Dhabitah Muhammad Syafiq Gagal Menyerlah Lagi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 243 hits
GANDINGAN Nur Dhabitah Sabri dan Muhammad Syafiq Puteh sekali lagi gagal menyerlah apabila menamatkan saingan di kedudukan terakhir acara 3m papan anjal seirama campuran pada pusingan kedua Siri Dunia Terjun FINA di Beijing China hari ini P...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities