Hukum Undang Undang Dan Hukum Politik






Berikutan tidak memberi jawapan mengikut kehendak soalan, Bersatu memutuskan untuk menghantar notis kekosongan kerusi yang kini disandang enam Ahli Parlimen parti itu yang beralih arah menyokong kerajaan perpaduan kepada Speaker Parlimen, Johari Abdul.


Notis dijangka dihantar sebelum bermulanya sidang Parlimen pada 24 Jun depan.


Notis berkenaan adalah sebagai pemakluman bahawa enam kerusi tersebut adalah kosong selepas keahlian mereka dianggap terhenti secara automatik kerana tidak akur dengan ketetapan parti untuk tidak menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.


Tetapi, keputusan akhir adalah di tangan Speaker untuk memutuskan sama ada enam kawasan berkenaan benar-benar kosong atau sebaliknya.


Berdasarkan pindaan perlembagaan Bersatu yang telah diluluskan RoS atau Jabatan Pendaftar Pertubuhan baru-baru ini, bersekali dengan akta anti lompat parti yabg sedang berkuatkuasa, seseorang yang tidak akur dengan keputusan parti akan membawa kepada keahliannya terhenti, seterusnya kerusi Parlimen yang disandang perlu dikosongkan.


Peruntukan perlembagaan seperti itu bukan saja ada dalam Bersatu, tetapi terdapat juga dalam UMNO dan DAP.


Dengan yang demikian, jika mengikut hukum undang-undang, enam kerusi berkenaan memang wajib dikosongkan dan perlu diadakan pilihan raya kecil semula bagi mewujudkan iklim politik yang bersih dan harmoni dalam sebuah negara berjenama madani.


Maka itu, Speaker sepatutnya tidak ada pilihan lain bila mendapat notis daripada Bersatu melainkan mengisytiharkan enam kawasan tersebut telah berlaku kekosongan yang nyata.


Namun, sebagaimana biasa berlaku dalam sistem negara berasaskan demokrasi, walaupun banyak akta dan undang-undang dicipta, keputusan politik selalunya akan mengatasi keputusan undang-undang jika kepentingan politik dilihat lebih perlu diberi keutamaan.


Dalam hal berkaitan, meski Speaker Parlimen seharusnya bersikap berkecuali, adil dan bebas serta benar-benar berasaskan undang-undang dalam membuat keputusan, hendaklah disedari perlantikan Speaker itu sendiri dibuat oleh Perdana Menteri dan parti yang mengetuai kerajaan.


Dengan demikian, tidak dapat tidak, Speaker biasanya akan membuat keputusan yang memihak atau melindungi kedudukan kerajaan.


Dalam bahasa mudah, kalau kerajaan bertukar, Speaker pun turut hilang jawatan.


Sebab itu dalam kes enam Parlimen Bersatu itu, di sebalik harapan semua orang yang waras ialah kekosongan perlu diumumkan tanpa was-was untuk diadakan pilihan raya kecil semula, keputusan Speaker tidak mesti sebegitu adanya.


Speaker mungkin membuat keputusan yang berlainan daripada apa yang kita semua harapkan.


Kalau mengikut undang-undang, disertai pula jika Perdana Menteri sedia untuk berdepan pilihan raya kecil semula – senang cerita – tidaklah sukar untuk Speaker membuat keputusannya.


Jika sebaliknya, tunggu sajalah nanti, macam-macam alasan akan kita dengar mengenainya.


Cuma jangan lupa, jika notis pemakluman Bersatu mengenai kekosongan kerusi itu ditolak Speaker, ia bermakna tidak menjadi kesalahan juga buat Ahli Parlimen UMNO dan DAP ( jika ada) untuk mereka mengumumkan tidak lagi menyokong Anwar dan kerajaan perpaduan, meski kedua-dua parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan.


Apa bezanya Ahli Parlimen Bersatu yang berada dalam blok pembangkang, tapi memberi sokongan kepada Anwar dan kerajaan perpaduan dengan Ahli Parlimen UMNO atau DAP yang berada dalam kerajaan, namun tidak menyokong Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 07Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/07/hukum-undang-undang-dan-hukum-politik.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/hukum-undang-undang-dan-hukum-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semasa Menjadi Pm Tak Dilaksanakan Walau Ada Bercamap Demi Kelangsungan Politik

Semasa Menjadi Pm Tak Dilaksanakan Walau Ada Bercamap Demi Kelangsungan Politik

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 157 hits
Che Ibrahim SUBSIDI DIESEL BERSASARBesar manfaatnya untuk negara namun akan ada golongan terkesan kerananya terutama golongan kaya yang masih menagih bantuan subsidi dari kerajaan namun pulangannya untuk rakyat lebih besar dari kesan negati...
Cabaran Prk Dun Sungai Bakap Kepada Parti Politik

Cabaran Prk Dun Sungai Bakap Kepada Parti Politik

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 173 hits
Cabaran PRK DUN Sungai Bakap Kepada Parti Politik Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap pada 6 Julai ini Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing masing ditetapkan pada ...
Ahli Politik Mesti Bijak Membaca Minda Pengundi

Ahli Politik Mesti Bijak Membaca Minda Pengundi

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 146 hits
Ahli Politik Mesti Bijak Membaca Minda Pengundi Bagi seseorang ahli politik sokongan dari pengundi merupakan faktor yang sangat penting untuk kesinambungan karier politik mereka Sokongan yangb kemudian sekiranya dapat diterjemahkan di dalam...
Menunggang Agama Bukan Jaminan Kejayaan Politik

Menunggang Agama Bukan Jaminan Kejayaan Politik

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 197 hits
Menunggang Agama Bukan Jaminan Kejayaan Politik Dalam Pilihanraya Peringkat Kebangsaan India pengundi di India telah membuat keputusan yang di luar jangkaan Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi gagal mencapai majori...
Adun Pembangkang Tidak Memahami Proses Pindaan Undang Undang Tubuh Kerajaan Pahang

Adun Pembangkang Tidak Memahami Proses Pindaan Undang Undang Tubuh Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 150 hits
KUANTAN Kenyataan pemimpin pembangkang mengenai isu Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru baru ini memperlihatkan mereka kurang memahami proses meluluskan usul untuk meminda Undang Undang Tubuh Ke...
Tak Ada Asas Undang Undang Tiada Pengakuan Bersalah Dari Ibu Bapa Mangsa Peguam Maklum Prosiding Bersambung Esok

Tak Ada Asas Undang Undang Tiada Pengakuan Bersalah Dari Ibu Bapa Mangsa Peguam Maklum Prosiding Bersambung Esok

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 130 hits
Hari ini media menumpukan perhatian terhadap prosiding tertutup melibatkan kes pembunuhan adik Zayn Rayyan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak 7 30 pagi tadi Peguam hanya diberitahu pagi ini Selain menantikan perkembangan kes kehadiran...
Syarat Dan Proses Pendaftaran Brand Menjadi Kunci Untuk Memanfaatkan Perlindungan Hukum

Syarat Dan Proses Pendaftaran Brand Menjadi Kunci Untuk Memanfaatkan Perlindungan Hukum

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 185 hits
Pendaftaran merek bukan hanya tentang mendapatkan perlindungan hukum atas identitas merek tetapi juga merupakan langkah strategis yang memberikan banyak manfaat bagi pengusaha Pemahaman yang baik tentang syarat dan proses pendaftaran merek ...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Kuantan Dakwa Mati Mengejut Waris Musykil Kerana Ada Kesan Kecederaan Pada Arwah Akauntan

Keputusan Spm 2024 2025 Semakan Slip

20 Jenis Pam Tayar Kereta Terbaik Untuk Semua Jenis Kenderaan

Rekomendasi Nama Bayi Laki Laki Jawa Sanskerta Modern Yang Penuh Makna

Hiburan Hujahan Rayuan Syed Saddiq Sambung Pagi Ini Tiba Masanya Untuk Kebenaran Dibela

Sampai Rumah Awal Pz Masak Untuk Dinner