Adun Pembangkang Tidak Memahami Proses Pindaan Undang Undang Tubuh Kerajaan Pahang




KUANTAN: Kenyataan pemimpin pembangkang mengenai isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini memperlihatkan mereka kurang memahami proses meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik lima ADUN tanpa melalui proses pilihan raya, pada 2020.
ADUN lantikan, Mohd Fadzli Mohd Ramly berpendapat, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang tidak sepatutnya membuat banyak kenyataan kepada media mengenai isu tersebut.
Menurutnya, tindakan mereka memberikan komen kepada media seolah-olah bercakap tanpa melakukan penyelidikan yang mendalam.
Menurutnya, tindakan mereka memberikan komen kepada media seolah-olah bercakap tanpa melakukan penyelidikan yang mendalam.
"Tak perlu cakap banyak dalam media seperti bercakap dengan cermin. Cermin dulu pada diri sendiri, apa yang mereka buat untuk kawasan mereka. Tiada lain selain merengek minta peruntukan.
"Tunggu sidang dewan (DUN), kita lawan satu lawan satu!" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada Selasa, media melaporkan dakwaan daripada pembangkang yang menyifatkan ADUN Lantikan hanya berdasarkan politik semata-mata.
ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin, menyatakan bahawa kewujudan ADUN Lantikan sebenarnya tidak berfungsi dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Jasri menegaskan bahawa pelantikan itu lebih berlandaskan kepentingan politik daripada memenuhi keperluan masyarakat.
Senada dengan itu, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus berpendapat, kerajaan Pahang gagal mengotakan janji bahawa lantikan tersebut akan mewakili kelompok tertentu seperti Orang Asli, orang kurang upaya (OKU), dan golongan profesional tanpa membabitkan fahaman politik.
Mohd Yazid menambah bahawa lebih mengecewakan apabila kerajaan Pahang menyatakan bahawa ADUN Lantikan itu bukan daripada kalangan politik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Mengulas lanjut, Mohd Fadzli berkata, pemimpin Bersatu seharusnya bertanyakan kepada rakan parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas yang berada dalam sidang DUN mengenai perkara itu.
Beliau menekankan bahawa semasa Pindaan Perkara 18 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang diluluskan, ia dilakukan atas dasar perbincangan dan persetujuan bersama, tanpa bantahan termasuk oleh rakan mereka dalam PN.
"ADUN lantikan juga dibuat di Terengganu yang tiada kawasan dan di Sabah juga melibatkan pemimpin politik Pas.
"Nampak benar ADUN Bersatu ini tidak buat kerja rumah dan tidak bersedia untuk bercakap kepada media," katanya.
Pada 13 Mei lalu, lima nama ADUN lantikan diumumkan iaitu Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah.
Turut dilantik Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli dan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Rizal Jamin. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/05/adun-pembangkang-tidak-memahami-proses.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patut Lantik Profesional Wakil Orang Asli Kata Penganalisis Berkait Adun Lantikan Pahang

Patut Lantik Profesional Wakil Orang Asli Kata Penganalisis Berkait Adun Lantikan Pahang

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 147 hits
DUN Pahang semalam pelantikan lima individu sebagai Adun dilantik yang diusulkan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail PETALING JAYA Pelantikan lima Adun dilantik diluluskan DUN Pahang semalam sepatutnya dibuat di kalangan kumpulan profesional...
Kerajaan Pahang Berjaya Noktahkan Miskin Tegar Di Negeri Ini Babitkan 1 946 Ketua Isi Rumah

Kerajaan Pahang Berjaya Noktahkan Miskin Tegar Di Negeri Ini Babitkan 1 946 Ketua Isi Rumah

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 229 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang berjaya menoktahkan miskin tegar di negeri itu membabitkan 1 946 Ketua Isi Rumah sebelum ini Menteri Besar Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri ...
Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 219 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyumbang RM8 000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor hari ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata daripada juml...
Kerajaan Pahang Memperuntukkan Kos Bernilai Rm2 734 Juta Selaku Tuan Rumah Mthqk 2024

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Kos Bernilai Rm2 734 Juta Selaku Tuan Rumah Mthqk 2024

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 238 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang memperuntukkan keseluruhan kos bernilai RM2 734 juta selaku tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H 2024M yang akan diadakan di Auditorium Darul Makmur Kompleks Penyiaran Sulta...
Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah Sayur Selamat Di Pasaran

Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah Sayur Selamat Di Pasaran

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan bekalan sayur dan buah buahan dalam pasaran negeri adalah selamat dimakan di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata p...
Wakil Pimpinan Amanah Dan Keadilan Antara Lima Adun Lantikan Di Pahang

Wakil Pimpinan Amanah Dan Keadilan Antara Lima Adun Lantikan Di Pahang

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 162 hits
KUANTAN Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini mengumumkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan Mereka adalah pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al Qadri Ketua M...
Pembangkang Yang Bijak Dan Kuat Lebih Penting Daripada Kerajaan Yang Kuat

Pembangkang Yang Bijak Dan Kuat Lebih Penting Daripada Kerajaan Yang Kuat

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 177 hits
Sering kita mendengar ungkapan yang mengatakan kerajaan yang memiliki majoriti yang kukuh adalah kerajaan yang lebih baik buat rakyat Keadaan itu digambarkan kerana kerajaan disebut dikatakan mampu berbuat apa saja untuk membantu rakyat Mak...
Wan Rosdy Pertindihan Jawatan Adun Lantikan Dan Penyelaras Dun Hanyalah Persepsi Pembangkang

Wan Rosdy Pertindihan Jawatan Adun Lantikan Dan Penyelaras Dun Hanyalah Persepsi Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 299 hits
KUANTAN Dakwaan wujud pertindihan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan dan Penyelaran DUN hanya persepsi pembangkang untuk mengelirukan rakyat Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia kerana kelima lima ADUN y...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya