Hukum Tidak Melepaskan Kuarters Kerajaan Walaupun Sudah Memiliki Rumah Sendiri Dalam Radius 25km


SOALAN
Assalamualaikum.
Apakah hukum jika penjawat awam tidak melepaskan kuarters kerajaan yang didiaminya selepas membuat pembelian rumah sendiri?
Terima kasih.
JAWAPAN RINGKAS
Perbuatan tidak menyerahkan kuarters jika telah memiliki rumah dalam 25KM radius daripada kuarters adalah salah. Hal ini kerana, pihak tersebut telah melanggar syarat kontrak yang telah dipersetujui bersama. Oleh itu, dinasihatkan agar agar berlaku jujur dalam memenuhi setiap syarat yang dipersetujui agar tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari.
HURAIAN JAWAPAN
Kuarters kerajaan merupakan satu tempat kediaman yang disediakan oleh kerajaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun yang berkhidmat di dalam stesen yang sama dengan kuarters seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) atau berkhidmat di kawasan atau Jabatan yang telah diluluskan oleh BPH dibolehkan untuk memohon menduduki kuarters. Pihak BPH telah meletakkan syarat-syarat yang khusus bagi setiap penjawat awam bagi melayakkan mereka untuk mendiami kuarters kerajaan. Setiap maklumat yang diberikan hendaklah sah dan benar. Jika maklumat palsu diberikan maka pihak BPH berhak membatalkan permohonan atau menarik balik kelulusan permohonan tersebut. Pihak BPH juga telah meletakkan syarat bahawa jika pemilik sudah mempunyai rumah sendiri pada radius 25km daripada kuarters wajib menyerahkan kembali kuarters yang didiami kepada pihak BPH.
(Rujuk Frequently Ask Questions FAQ BPH)
Secara umumnya, terdapat perjanjian yang telah dipersetujui bersama di antara penjawat awam dan pihak BPH yang perlu dipatuhi. Islam sangat menitikberatkan penganutnya agar berpegang pada janji. Hal ini kerana, pematuhan kepada setiap perjanjian yang dibuat membuktikan kejujuran dan kepercayaan di dalam kehidupan manusia. Terdapat banyak perbincangan melibatkan penunaian janji yang telah disebut di dalam al Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Menurut firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”
Surah al-Maidah (1)
Dr. Wahbah al Zuhayli menafsirkan ayat ini bahawa perbuatan melanggar janji adalah perbuatan maksiat dan berdosa. Perkara ini disebutkan di dalam tafsirnya:
فالعهد فضيلة وميثاق، والعقد التزام وارتباط، والإخلال بالعهد خيانة ونفاق، والتحلل من العقد إهدار للثقة وتضييع للحقوق، فيجب شرعا الوفاء بالعهد، وتنفيذ مقتضى العقد، فمن أخلف بوعده، ولم يوف بعهده، ولم ينفذ التزام عقده، وقع في الإثم والمعصية
Maksudnya: “Janji adalah satu keutamaan dan pegangan teguh. Merosakkan janji adalah satu sifat khianat dan nifak. Meleraikan perjanjian merupakan sikap yang meruntuhkan kepercayaan dan menafikan hak (manusia). Oleh itu, tetapi janji adalah wajib menurut syarak. Sesiapa yang memungkiri janji dan tidak menepati janji, sebenarnya dia telah melakukan dosa dan maksiat.”
(Rujuk Tafsir al Munir 15/73)
Seterusnya, Allah juga befirman:
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا
Maksudnya: “dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”
Surah al-Isra’ (34)
Syeikh al-Maraghi menyatakan penyempurnaan janji adalah semua janji yang selari dengan syariat mahupun undang-undang yang diredhai oleh Allah SWT.
(Rujuk Tafsir al-Maraghi 15/44)
Dalam pada itu, banyak hadis-hadis yang menyentuh perihal menunaikan janji atau berpegang pada janji. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas R.A, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah memberikan khutbah kepada kami. Baginda bersabda :
لاَ إِيمَانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَةَ لَهُ وَلاَ دِينَ لِمَنْ لاَ عَهْدَ لَهُ
Maksudnya: “Tiada iman (tidak sempurna) bagi yang tiada sifat amanah. Tiada agama (kurang agama) bagi yang tidak menepati janji.”
Riwayat al-Baihaqi
Seterusnya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda Rasulullah SAW bersabda:
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ
Maksudnya: “Orang muslim itu berpegang pada janji mereka.”
Riwayat Abu Daud
Imam Ibnu Ruslan ketika mensyarahkan hadis ini berpendapat bahawa maksud عَلَى شُرُوطِهِمْ adalah mereka yang tetap berpegang pada janji mereka tanpa memungkirinya
(Rujuk Kitab Syarah Sunan Abi Daud Li Ibni Ruslan 14/655)
Kewajipan memenuhi syarat dalam akad adalah merupakan kewajiban yang harus dipenuhi oleh kedua belah pihak. Imam al Mawardi menyatakan bahawa wajib bagi kedua belah pihak memenuhi setiap syarat yang ditetapkan dalam perjanjian.
(Rujuk al Hawi al Kabir 5/359)
Perbuatan melanggar syarat yang telah dipersetujui semasa akad dibuat adalah perbuatan yang salah. Hal ini kerana, kedua belah pihak mesti mengikut syarat yang telah dipersetujui. Jika salah satu pihak melanggar syarat, maka pihak satu lagi berhak untuk membatalkan akad tersebut.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, perbuatan tidak menyerahkan kuarters jika telah memiliki rumah dalam 25KM radius daripada kuarters adalah salah. Hal ini kerana, pihak tersebut telah melanggar syarat kontrak yang telah dipersetujui bersama. Oleh itu, dinasihatkan agar agar berlaku jujur dalam memenuhi setiap syarat yang dipersetujui agar tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari. Wallahuallam.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Hukum Tidak Melepaskan Kuarters Kerajaan Walaupun Sudah Memiliki Rumah Sendiri dalam Radius 25KM appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-tidak-melepaskan-kuarters-kerajaan-walaupun-sudah-memiliki-rumah-sendiri-dalam-radius-25km/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Pop Corn Sendiri Di Rumah

Cara Buat Pop Corn Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 304 hits
Cara Buat Pop Corn Sendiri Di Rumah Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sha nak cerita satu cerita kelakar dekat korang Sebenarnya Sha tak tahu langsung pasal buat pop corn sendiri Satu hari Sha ada beli jagung segar ingatkan nak rebu...
Ajar Anak Tanam Cendawan Sendiri Di Rumah Dengan Mushroom Lab Ready To Go Kit

Ajar Anak Tanam Cendawan Sendiri Di Rumah Dengan Mushroom Lab Ready To Go Kit

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 305 hits
Waktu PKP anak kamu buat apa di rumah Tengoh tv ataupun main game sahaja Dah bosan duduk di rumah Bertani dari rumah semudah ABC Bahan yg digunakan 100 organik seperti habuk kayu kapur pertanian dan dedak padi Kanak kanak dapat belajar mema...
Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah

Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 472 hits
Ini bukan lakonan atau cerita rekaan semata mata Ini kisah benar dan benar benar berlaku Alamak saspens la pula Aksi dalam gambar itu menunjukkan saya sedang menggemburkan tanah pada sebatang pokok durian kunyit Di halaman rumah saya ada di...
Membuat Sate Ayam Dan Nasi Himpit Sendiri Di Rumah

Membuat Sate Ayam Dan Nasi Himpit Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 282 hits
Musim PKP ini teringin nak makan sate dengan nasi himpit Kalau dahulu boleh makan di kedai makan atau restoran bersama keluarga sekarang kena beli dan makan di rumah Kali ini saya tunjukkan sate dan nasi himpit yang dibuat sendiri di rumah ...
Bakal Pm Menjarakkan Diri Dari Kerajaan Yang Dia Sendiri Salah Seorang Darinya

Bakal Pm Menjarakkan Diri Dari Kerajaan Yang Dia Sendiri Salah Seorang Darinya

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 193 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Kritikan Menteri Luar Hishammuddin Hussein terhadap kerajaan semalam mungkin menunjukkan beliau menjarakkan diri daripada pentadbiran pimpinan Perikatan Nasional kata seorang ahli akademik Penganalisis sosio poli...
Hiburan Digelar Syok Sendiri Intan Najuwa Beri Respon Suka Melaram Di Rumah Sepanjang Pkp

Hiburan Digelar Syok Sendiri Intan Najuwa Beri Respon Suka Melaram Di Rumah Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 226 hits
Intan Najuwa sememangnya merupakan selebriti tempatan yang rajin memuat naik gambarnya di laman media sosial Malah wanita itu sering menyarungkan pelbagai pakaian yang menggambarkan stail fesyennya yang menawan BACA Pakai Baju Nampak Perut ...
Kerajaan Disaran Pertimbang Pemberian Vaksin Kepada Pembantu Rumah Warga Asing

Kerajaan Disaran Pertimbang Pemberian Vaksin Kepada Pembantu Rumah Warga Asing

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 293 hits
Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian vaksin kepada pembantu rumah warga asing dalam pelaksanaan fasa ketiga Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang Datuk L Manickam berkata cadangan itu bukan ber...
Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah

Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 331 hits
SINOPSIS DRAMA WIFI SEBELAH RUMAHEPISOD 16TARIKH TAYANGAN 25 Jun 2021PELAKON Zul Ariffin Ruhainies Keith Foo Nurin Afiqah Fadlan Hazim Asha Zainul Ridzuan Hashim Fazlina Ahmad Ziana ZainGhaz selalu mengunjungi kafe untuk menggunakan Wi Fi s...
Adopsi 13 Bayi Ini Sosok Monica Soraya Crazy Rich Jakarta Yang Punya Rumah Bak Disneyland

Adopsi 13 Bayi Ini Sosok Monica Soraya Crazy Rich Jakarta Yang Punya Rumah Bak Disneyland

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 184 hits
Nama Monica Soraya mencuri perhatian setelah menjadi bintang tamu di channel YouTube Boy William
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur