Hukum Solat Tanpa Menutup Kepala Bagi Lelaki



Soalan:
Benarkah solat tanpa memakai kopiah, songkok atau serban itu makruh bagi orang lelaki? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Menurut hukum asal, sah solat seorang lelaki yang tidak menutup kepalanya sebagaimana yang disebut oleh para ulama seperti Imam al-Nawawi. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 2/51)

Namun tidak dinafikan, memang terdapat ulama yang memakruhkan solat orang lelaki tanpa menutup kepala. Menurut Syeikh Abu Bakar al-Dimyathi -salah seorang ulama mazhab Syafi’e-, mendedahkan kepala dan bahu ketika solat bagi lelaki adalah makruh, kerana ia bertentangan dengan anjuran sunnah agar memperelokkan pakaian sewaktu dalam solat dengan menutup kepala dan bahu. (Rujuk I’anatu al-Tolibin 1/194).

Begitu juga dengan al-Imam Ibn Nujaim al-Hanafi dan al-Imam Burhanuddin ibn Mazzah yang menghukumkan makruh solat tanpa menutup kepala kerana malas, sedangkan ada padanya penutup kepala. (Rujuk Al-Bahr al-Ra’iq 2/27, Al-Muhith al-Burhani 5/137)

Namun demikian, pandangan beliau ini perlu juga dilihat dan diperhalusi menurut konteks zaman dan juga konteks setempat.

Menurut majlis fatwa negara Jordan, tiada satupun hadith yang sahih yang boleh dijadikan sandaran untuk menghukumkan sunat menutup kepala ketika solat, mahupun ketika keluar dari rumah bagi orang lelaki. Namun di sebahagian negara, menutup kepala ketika solat merupakan satu adat kebiasaan yang dianggap baik dan dianjurkan, maka ia boleh menjadi satu perkara sunat menurut syara’, berdasarkan keumuman firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-A’raf (31)]

Maka hukum dalam isu ini kembali kepada perbezaan adat masyarakat dan cara pemakaian mereka. Jika masyarakat tersebut menganggap menutup kepala merupakan satu bentuk perhiasan, maka ia menjadi sunat. (Rujuk laman rasmi majlis fatwa Jordan pada pautan https://bit.ly/2FTDfdq)

Al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi juga turut menyebut bahawa menutup kepala berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain. Di sesetengah negara, tidak menutup kepala merupakan satu perkara yang mencacatkan maruah dan air muka serta menjejaskan ‘adalah (kredibiliti sebagai muslim yang soleh), sedangkan di sebahagian negara lain, ia tidak demikian. (Rujuk Al-Muwafaqat 2/489)




Kesimpulan

Tuntasnya, kami nyatakan bahawa kopiah, serban dan songkok merupakan antara contoh pakaian yang baik yang sering dilazimi oleh umat Islam ketika solat, dan ia merupakan satu perkara sunat.

Satu qaedah fiqhiyyah yang masyhur ada menyebut:

العادَةُ مُحَكَّمَةٌ
“Adat dan uruf itu boleh dijadikan sandaran hukum (pada perkara yang tiada dalil padanya).”

Banyak hadis yang menunjukkan keadaan Nabi SAW memakai serban atau berimamah sehingga riwayat yang masyhur, Rasulullah SAW memakai ‘imamah hitam ketika pembukaan Kota Mekah. Begitu juga, ada yang menisbahkan serban Rasulullah SAW yang dipamerkan di muzium Topkapi di Turki. Justeru, kami nyatakan bahawa serban tanpa khilaf sebagai sunnah al-‘adah, tetapi dalam isu ibadah, jika ada pun hadisnya adalah amat dhaif. Antaranya hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالْعَمَائِمِ ، فَإِنَّهَا سِيمَا الْمَلَائِكَةِ ، وَأَرْخُوهَا خَلْفَ ظُهْورِكُمْ
“Hendaklah kamu memakai ‘imamah kerana ia merupakan tanda para malaikat dan labuhkannya di belakang kamu.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir (13248)]

Maka kami nyatakan bahawa berdasarkan adat setempat, solat dengan tidak menutup kepala dengan songkok, serban atau kopiah hanyalah bersifat khilaf al-aula (menyelisihi perkara yang lebih utama), dan tidaklah dihukumkan sebagai haram atau makruh.

Semoga pencerahan ini memberikan kita kefahaman dalam agama kita terutamanya dalam isu-isu yang menjadi pakaian harian kita. Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-solat-tanpa-menutup-kepala-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepala Deputi Iv Dicokok Kpk Sesmenpora Dan Kabiro Hukum Kumpulkan Staf

Kepala Deputi Iv Dicokok Kpk Sesmenpora Dan Kabiro Hukum Kumpulkan Staf

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 174 hits
Pengakuan Akbar saat memberikan keterangan sebagai saksi untuk terdakwa Ending di Pengadilan Tipikor Jakarta Pusat tujuan dikumpulkan pejabat Kemenpora khususnya Deputi IV sebagai penguatan atas proses hukum yang sedang proses di KPK
Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 338 hits
Soalan Apa Hukum Ilzaq ketika solat berjemaah Adakah ia sunnah Nabi Muhammad SAW Jawapan Solat adalah ibadah yang disyariatkan kepada setiap Muslim untuk dilakukan sama ada berseorangan atau secara berjemaah sepertimana yang dianjurkan oleh...
Hukum Tidur Selepas Masuknya Waktu Solat

Hukum Tidur Selepas Masuknya Waktu Solat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 393 hits
Soalan Apakah hukum seseorang itu tidur selepas masuknya waktu solat Contohnya seseorang itu tidur pada pukul 2 30 petang tanpa menunaikan solat zohor terlebih dahulu Jawapan Tidur merupakan satu perkara lumrah bagi seorang manusia yang nor...
Ibu Sayang Kamu Lebih Air Dalam Kepala Kurang Sel Otak Dalila Suka Susu Ibu

Ibu Sayang Kamu Lebih Air Dalam Kepala Kurang Sel Otak Dalila Suka Susu Ibu

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 727 hits
Ibu akan terus menyayangi anak anaknya selagi hayat dikandung badan Kisah ibu ini benar benar mengusik perasaan tatkala mengetahui anak istimewa sejak dari dalam kandungan lagi Bertuahnya Nur Dalila Sofea ini mempunyai ibu penyayang ibu 3 o...
Kem Bestari Solat 2019

Kem Bestari Solat 2019

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 249 hits
AssalamualaikumSahabat sahabat yang dirahmati Allah Selasa 9 4 2019 KBS 2019 telah dilangsungkan dengan jayanya dengan melibatkan penyertaan semua murid tahap 1 dan tahap 2 Alhamdulilah sekalung penghargaan terima kasih kepada team PI dan B...
Istimewa Menghampiri Ramadhan Adakah Anda Terlalu Sibuk Dan Terlalai Tertinggal Solat

Istimewa Menghampiri Ramadhan Adakah Anda Terlalu Sibuk Dan Terlalai Tertinggal Solat

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 459 hits
Asalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca apeyop blog spot diam tak diam kita kurang 28 hari lagi untuk sampai ke penghulu bulan yakni bulan Ramadhan Al Mubarakh Ini bermakna pada bulan ini kita sebagai umat Islam kita di wajibkan b...
Putus Tunang Akibat Jahil Solat Istikharah

Putus Tunang Akibat Jahil Solat Istikharah

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 751 hits
Gadis putus tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp Kebetulan kawanku di sebelah terdengarnya Dia lantas berkata Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba tiba jadi bijaksana setelah...
Legenda Cik Siti Wan Kembang Srikandi Yang Memancung Kepala Raja Thai

Legenda Cik Siti Wan Kembang Srikandi Yang Memancung Kepala Raja Thai

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 631 hits
Ada sebuah kisah tentang satu susuk tubuh bernama Adruja Wijayamala Singa Seorang raja dan agamanya Islam dari keturunan Maharaja Srivijaya daripada dinasti Mauli iaitu Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa Legenda Cik Siti Wan Kemban...
Baldi Ke Atas Kepala Tu Fesyen Baju Raya Ala2 Renang Muslimah Tarik Perhatian Netizen

Baldi Ke Atas Kepala Tu Fesyen Baju Raya Ala2 Renang Muslimah Tarik Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 691 hits
Baldi ke atas kepala tu Fesyen baju raya ala2 Renang Muslimah Tarik Perhatian Netizen Bulan Ramadan bakal tiba bermakna bulan Syawal juga semakin menghampiri Pelbagai koleksi pakaian raya sudah di keluarkan oleh jenama jenama terkemuka deng...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik

Holiday Schedule 2024